Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Isnin, 4 Julai 2011

Saat-saat di Jemput Pergi

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ




Assalamualaikum semua kawan-kawan.

Sejak akhir-akhirnya, saya banyak terima berita tentang sahabat-sahabat saya yang telah dijemput Allah pulang ke Rahmatullah. Baik sahabat semasa bekerja dulu atau sahabat sepermainan ketika zaman kanak-kanak di kampong.

Hati terasa takut bila mengenangkan saat akan dipanggil pergi oleh Allah. Maklumlah bekalan yang hendak dibawa ke satu perjalanan yang teramat jauh itu amatlah kurang sedangkan usia semakin laju menuju penghujung sebuah kehidupan.

Bila mengenangkan kenikmatan syurga sebagai balasan pada amalan baik kita, terasa jauhnya kelayakan yang ada. Bila teringatkan pula neraka yang penuh dengan azab sengsara, perasaan takut menguasai hati. Mengenang dosa-dosa, semoga Allah yang Maha Pengasih serta Maha Penyayang dan Maha Pengampun mengampuni dosa-dosa yang pernah dilakukan dan menerima amalan-amalan yang dikerjakan serta taubat yang dipohon.

Sabda Rasulullah s.a.w. sebagaimana yang diriwayatkan oleh Abu Musa Al-Asy'ari r.a., maksudnya:

"Sesungguhnya Allah membuka tanganNYA pada malam hari untuk menerima taubat orang yang melakukan dosa pada siang hari dan membuka tangannya pada siang hari untuk menerima taubat orang yang melakukan dosa pada malam hari. Keadaan ini (penerimaan taubat) berterusan sehinggalah matahari terbit dari barat (kiamat)" (Riwayat Muslim.)

10 ulasan:

AI berkata...

- Ya Allah...ku x layak ke syurga Mu...tapi aku juga takut ke neraka Mu...

- terasa kerdil diri ini kan...

kakcik berkata...

Allah sentiasa bersedia menerima taubat kita, tapi mengapakah kita masih berleka2? :(

Kakzakie berkata...

Assalamu'alaikum Kak Ani,

Benar, bila mendapat berita teman kita pergi terfikir bila pula giliran kita. Moga kita sentiasa berada dilandasan diredai dan pergi membawa bekalan secukupnya.Insya-Alah...

Cikguzam berkata...

Salam Kunang-kunang,
Ya, bimbang, takut dan risau dengan saat penuh sejarah oengakhiran itu. Kita perlu sentiasa ada rasa bahawa amalan masih masih masih tidak cukup2 dan kita, bersama menginsafi diri sendiri........

Syimama berkata...

Salam kak.

Bila teringat mati... takut, kemudian bila gelak ketawa...lupa. Masyaallah, semoga Allah jemput kita dalam keadaan bertaubat dan dapat mengucap "syahadah".

Kunang-Kunang berkata...

Al,

Berbanding dengan nikmat yang Allah janjikan pada kita di sorga memang rasanya ibadah yang dilaku sangatlah sedikit.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Kakcik,

Tulah kakcik, hati sentiasa ingin brubah tetapi kadang2 tersasul juga dengan janji sendiri. Senang leka dengan keasyikan yang ada depan mata.

Kunang-Kunang berkata...

Kakzakie,

Semoga Allah terus memberi kita petunjuk dan hidayahnya supaya kita tidak tersesat di penghujung jalan yang akan membawa kita pulang.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam CikguZam,

Makin meningkat usia, rasa takut makin kerap terasa terutama bila kawan2 sendiri lepas sorang, sorang pulang ke Rahmatullah.

Kunang-Kunang berkata...

Syimama,

Betul tu, bila sedang gelak berderai, lupa sekejap ingatkan mati.

Semoga dalam gelak tu, kita kenangkan juga kematian yang amat pasti. Nak serius sangat pun tak boleh jugakkan. Tensyen pulak nanti. Jadi besederanalah dalam apa juga yang kita lakukan.