Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Rabu, 6 Julai 2011

Nasib baik tak ada sakit jantung

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


Lebih kurang pukul 11.00 pagi tadi ketika dalam perjalanan nak balik rumah dari beli keperluan rumah, tiba-tiba Salam telefon.


ihsan google


"Ma, orang Lembaga Hasil Dalam Negeri datang rumah", suara Salam bunyi risau dan panik.

"Kenapa", tanya saya

"Entah, dia ada bagi surat untuk abah, orang tu kata abah tak bayar cukai pendapatan RM10k lebih.", dup sekejap jantung seolah-olah tersekat.

"RM10 ribu, cukai bila, kan abah dah pencen dekat 3 tahun". Tanya saya lagi

"Tak tau, orang tu kata ni kes serius, suruh abah datang bincang. Orang tu tanya dah lama ker kita duduk rumah ni" cerita Salam lagi. Apa pulak halnya dengan rumah disebut sekali. Rumah tu dah lama habis bayar, fikir saya.

Tiba di rumah Salam terus berikan surat LHDN yang berwarna merah. Dalam surat tu diberi tempoh 21 hari untuk menjelaskan jumlah cukai atau diambik tindakan mahkamah.

Semenjak bersara, dah 2 kali suami saya ke LHDN beritahu yang dia dah bersara. Dah beri surat bersara pun kepada mereka.

Akhirnya tengahari tadi saya temankan suami ke LHDN. Bukan dia takut, he he tapi saya yang kepoh. Dikaunter, suami saya tunjukkan surat merah tu pada pegawai yang bertugas.

Pegawai LHDN tu pun semak. Semak punya semak, dengan selambanya tanpa mengucapkan 'sori', dia kata suami saya terhutang dengan LHND sebanyak RM300.00 lebih saja. Yang RM10k lebih tu anggaran saja untuk tahun 2008 dan 2009. Kalau yer pun anggaran tak kan sampai RM10k lebih, agak-agaklah. Nasib baik jantung masih kuat.

Agaknya apa yang kita cakap di pejabat LHDN tu tak dicatit pun dan inilah hasilnya.

22 ulasan:

sal berkata...

sepatutnya mrk lebih teliti apb menjalankan tugas..

rekod kewangan, tak boleh sambil lewa jeee..krn ia melibatkan data2...

moga Allah mempermudahkan urusannya..

Abd Razak berkata...

Assalamualaikum...

Moga kakak sihat hendaknya..

Takperlah tu kak! Maafkan mereka. Kita manusia ni tak sunyi dari melakukan kesilapan

ibundo berkata...

salam ani.
diorang ni cakap haah..haah.. iya..iya.. nanti dia buat lagi.
kita ni jugak yang azab.
agaaknya sebab tak dicatatlah tu. yang kita jumpa orang lain. yang buat semakan orang lain.

macam hasben kpah kena masa makan kat rnr sungai buluh. dia puasa tapi tak sempat sampai rumah on time. pegi solat dan bbuka kat rnr tu lah. sebab nak alas perut je, belilah set filet. dorang bagi fries dulu dan janji nanti hantar filet sbb belum siap. tunggu punya tunggu sampai ries dah habis tak datg2 juga. bila pergi komplen rupanya budak yg tadi tu takde sbb dah habis shift dan yang tinggal pula tak tahu menahu.

samalah macam kes ani. takde koordinasi antara staff.

Cikli berkata...

ini pun satu hal yang memeningkan. cakap lebih salah, tak cakap lagi salah..

Ann Huda (Ate) berkata...

Namanya anak manusia bukan anak malaikat memanglah melakukan kesilapan samada sengaja atau tidak TAPI seharusnya org yg melakukan kesilapan itu ada kerendahan hati untuk meminta maaf. Bukan susahkan sgt nak keluarkan perkataan "Maaf" berbanding dg susah payah Akak dan asben pergi ke pejabat LHDN tu.

Teringat malam td Ate bergurau di sms dg sorang kakak super senior, yg Ate tak jadi beli brg yg Ate dah tempah dg dia. Kemudian dia balas "Ini satu peringatan, dg org yg dah tua mcm akak jgn bergurau mcm ni ..bole kena serangan sakit jantung tau." Rasa bersalah plak terus minta maaf. Kadang gurauan pun harus ada batas dan kena tau menghormati org lain.

luahfikiran berkata...

SALAM,
ADA RAHSIA DAN HIKMAHNYA DI SEBALIK APA YANG BERLAKU ! YANG PENTING, KITA DI JALAN KEBENARAN !

ajumohit berkata...

haduiii ngape la tak usul peksa betul2?? siap dtg umah tu, eiii memalukan gov sector jek....

Kakzakie berkata...

Assalamualaikum Kak Ani,

Mulai sekarang Kak Ani dgn abang kena kuatkan semangat. Tahun depan kakak rasa dia akan lupa dan datang lagi...

gadisBunga berkata...

10k tu....jantung pun mau lompat kelaur. heheh~

Aina berkata...

kekadang orang lain buat silap tak patut pulak nak marah orang lain yang berurusan dengan kita. cuma bila dah tahu silap di pihak mereka sepatutnya derang sensitif sikit dan minta maaf.bila kita dah buat komplen pulak sepatutnya diorang ambil tindakan susulan dan bukan mengulang lagi kesilapan di tahun tahun berikutnya...sabar jelah kan.

salam kenal ye kak:)

Kunang-Kunang berkata...

Sal,

Itulah sepatutnya kita yang dipertanggungjawab ni buat.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Saudara Abd Razak,

Semoga Abd Razak berada dalam kesihatan yang baik.

Bukanlah nak puji, tapi hasben akak ni memang jenis relax. Dia ambik surat tu selamba jer ke pejabat LHDN. Bila kak ani merungut2, dia kata "Tak aper, InsyaAllah boleh selesai ni".

Akak rasa kalau orang lain mesti dah marah dengan orang di kaunter tu walaupun kita tahu bukan dia yang buat, tapi hasben kak ani tak kata apa-apa, dia tunjuk jer surat tu.

Kunang-Kunang berkata...

Kak Pah,

Betul dugaan kak pah tu, semalam dia tanya dulu tu jumpa dengan siapa. Mana nak ingat, tapi kali ni kami catitlah dengan sapa kami jumpa, untuk urusan akan datang, jika ada.

Kunang-Kunang berkata...

CikLi,

Tulah, nak cakap pun kita pun bekas orang Kerajaan. Macam mana?

Kunang-Kunang berkata...

Ate,

Betul tu, kita sebagai penjawat awam sepatutnya mewakili kawan kita untuk menyatakan maaf seandainya berlaku sedemikian.

Mereka tak pernah hantar surat pun sebelum ni, tiba2 hantar surat merah, lainlah dah hantar surat kami buat tak tau sajer.

Tak aperlah, mungkin mereka rasa mereka tidak bersalah. "Anggaran" saja.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Dato' LF,

Tulah. Mau hilang selera makan tengok kena cukai RM10k lebih. Mana nak cekau duit, pencen-pencen ni.

Kunang-Kunang berkata...

Aju,

Tulah siap datang rumah. Tak pernah2 terkena.

Masa kerja dulu bukankah kita dah dipotong tiap-tiap bulan dari gaji untuk income tax.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Kakzakie,

Tulah resit bayaran terakhir sebanyak 3 ratus lebih tu kena simpan, dan nama orang yang kita jumpa tu pun kena catit. Senang merujuknya besok.

Kunang-Kunang berkata...

GB,

Memanglah 10k masa2 dah pencen ni, mau tak nak pengsan dibuatnya.

Kunang-Kunang berkata...

Salam Aina,

Terima kasih sudi singgah.

Mengenangkan apa yang Aina tulis tulah, kami diam saja bila jumpa dia orang.

Fikir2 pun bising2 kan lagi menyesakkan dada. Mungkin mereka dah lali dengan keadaan ni

AI berkata...

- skang dah online je...siap dtg umah...prihatin betol mereka kan..hehehe

Kunang-Kunang berkata...

Al,

Terlebih perihatin. Tak aperlah dah ditugaskan.