Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Jumaat, 29 Julai 2011

Lakukan Segalanya Dengan Tenang

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ




Ketika Rasulullah s.a.w. duduk di masjid, tiba-tiba masuk seorang lelaki ke dalam Masjid. Lelaki itu pun mengucapkan salam kepada Rasulullah s.a.w., kemudian berdiri dan melakukan sholat. Ketika lelaki itu selesai melakukannya, ia pun menghampiri Rasulullah s.a.w. yang kemudian bersabda kepadanya. "Kembalilah untuk mengerjakan sholat, sebab engkau belum mengerjakannya".

Ia pun pergi menjauh dan melakukan sholat. Setelah selesai bersholat, lalu ia kembali lagi menghampiri Raulullah s.a.w., Rasulullah bersabda lagi kepada lelaki itu "kembalilah mengerjakan sholat, sebab engkau belum mengerjakannya". Lalu lelaki itu kembali pergi melakukan sholat. Setelah selesai medirikan sholat ia menghampiri Rasulullah s.a.w. lagi. Namun Rasulullah s.a.w. tetap bersabda,"Pergilah untuk mengerjakan sholat sebab engkau belum mengerjakannya!"

Lelaki itu akhirnya berkata. "Demi Allah yang mengutus Anda dengan kebenaran, saya tidak boleh mengerjakan yang lebih baik dari ini. Ajarilah saya, wahai Rasulullah!".

Rasulullah s.a.w. pun bersabda "Jika engkau mengerjakan sholat, maka mulailah dengan bertakbir, lalu bacalah beberapa ayat Al quran yang mudah, kemudian lakukan rukuk sampai kamu betul-betul rukuk dengan muthmainnah (tenang); lalu lakukan i'tidal sampai kamu betul-betul telah berdiri; lalu lakukan sujud sampai kamu betul-betul sujud dengan tenang, kemudian lakukan duduk sampai kamu betul-betul duduk dengan tenang; selanjutnya kembali lakukan sujud sampai kamu betul-betul sujud dengan tenang. Biasakan ini dalam setiap (rakaat) sholat mu!" (HR. Al-Bukhari).

Begitulah Rasulullah s.a.w. megajarkan bagaimana seharusnya kita mengerjakan sholat!. Mudah-mudahan kita dapat praktikkan nasihat ini ketika kita mengerjakan sholat dan tidak lupa menjaga thuma'minah (ketenangan) dalam sholat kita.

35 ulasan:

Kakzakie berkata...

Sayang jika tunaikan solat tapi segala rukun fikli and aqli dilanggar je kan Kak Ani... Moga kita dapat melakukan sebaik-baiknya....

Ati Masrif berkata...

salam kak,

ati pun risau juga jika
mengerjakan solaht yg sia2 saje

terima kasih dgn info yg amat bagus ini

selamat menyambut ramadhan kak :)

luahfikiran berkata...

SALAM,
TERIMA KASIH ATAS PERKONGSIAN INI !

zulkbo berkata...

salam..
kelam kabut nak ke mana kan?
ermm..biasa tengok pak arab
bersolat cepatnya..?wallahualam

zue berkata...

assalamualaikum kak ani,
terima kasih brkongsi info..selamat berpuasa.

sal berkata...

ketertiban itu penting ye...

kadangkala kelam kebut aja..spt ada yg dikejar..

baginda pun sangat sabar mengajar umatnya bersolat...

kesabarannya itu..klu dpt dicontohi alhamdulillah.....

Ros Illiyyuun berkata...

Salam...

Banyak ujian yang terpaksa dilalui dalam menuju solat yang sempurna.Apapun semuanya kembali kepada iman.

Temuk berkata...

Assalamu'alaikum KUNANG-KUNANG

Bagusnya jika boleh bertenang dalam apa juga kerja yang kita lakukan, apa lagi bila mengerjakan solat. Dah peringkat 'emas' ni, lebih kerap pula keadaan tak tenangnya! Memang kena berusaha kuat dan selalu berdoa utk mendapatkannya. Ketenangan, seperti juga kesihatan atau kekayaan, anugerah Allah juga, kan? Selamat menjalani ibadah puasa.

Kunang-Kunang berkata...

Kakzakie,

Godaan untuk mendapat khusyuk dalam sholat susahnya rasa. Macam2 cara yang dianjurkan oleh ulamak diikut, tapi masih berperang dengan sibertanduk tu untuk mendapat kusyuk dalam sholat.

Kunang-Kunang berkata...

Ati,

memanglah kan bila kita bersholat kita berharap sangat Allah menerima sholat kita.

Kunang-Kunang berkata...

Dato' LF,

Sama-sama.

Kunang-Kunang berkata...

Zulkbo,

Tulah kan. Bila sholat ada jer kat fikiran tu nak cepat.

Kunang-Kunang berkata...

Zue,

Sama-sama. Selamat berpuasa juga pada Zue dan keluarga.

Kunang-Kunang berkata...

Sal,

Kalau kita dengar cerita khusyuknya orang zaman Rasulullah sholat, ya Allah, jauhnya beza dengan kita dizaman ini. Apa pun kita cuba yang terbaik.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Ros,

Betul apa yang Ros kata tu. Macam2 cara diajar oleh tok2 guru kita cara nak khusyuk dalam sholat, tapi susahnya. Macam mana pun cuba lakukan yang terbaik dengan harapan Allah menerima ibadat kita tu dan mengampunkan kita bila terlalai.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Temuk,

Betul tu cikgu, lagi kuat kita berusaha untuk menumpukan fikiran dan hati kepada Yang Satu, lagi kuat godaan yang datang.

Itulah juga harapan saya semoga apa yang kita dalam diterima Allah dan jika terlalai semoga Allah ampunkan kita.

Dalam usia sekarang ketenangan amat penting.

Cikli berkata...

hidup pun perlu tomakninah

insan_marhaen berkata...

Huu... Tkasih. Amat berguna tips ini buat IM. Belajar sesuatu malam ni...

missgee berkata...

Kak Ani,
Terima kasih atas perkongsian
yang penuh dengan ingatan..

Solat tiangnya iman..

P/s: Ke sini untuk mendapatkan ilmu yang mungkin saya tak miliki.. Berkongsi pengalaman yang saya tak rasai..:)

Khairul Hakimin B. Muhammad berkata...

seronoknya baca belog akak.. nak duk lama sikit ;))

Kunang-Kunang berkata...

CikLi,

Betul tu, kadang-kadang terlalu mengejar keduniaanm kita terlupa untuk tokmakninah dalam hidup kita.

Kunang-Kunang berkata...

Saudara Khairul,

Terima kasih sudi singgah sini. Singgahlah bila kelapangan.

Kunang-Kunang berkata...

IM,

Dalam menunaikan sholat banyaklah benar dugaan yang datang ketika kita ingin mengkhusukkan hati dalam mengadap Allah.

Kunang-Kunang berkata...

Gee,

Alhamdulillah seandai ia memberi sedikit manfaat kepada Gee. Begitu juga dengan auntie sendiri.

sekamar rindu berkata...

assalamualaikum..puan,


entri yg terbaik..saya berdoa agar Allah swt memberi rahmatNya pada puan dan keluarga...

ummu berkata...

salam kak hanim
terima kasih atas informasi dan perkongsian akak.sesungguhnya ketenangan itulah kunci bahagia.:)

gadisBunga berkata...

sebab tu kite kene betul2 jaga adab2 solat kan. takut nanti sia-sia aje..

selamat berpuasa auntie. :)

Pengasas berkata...

Salam,
Kalau berpuasa, hadithnya macamana ...

NzA berkata...

thanks 4 sharing...

si para para berkata...

emm kalau nak cepat2...mesti rukuk sujud tak sempurna....


trma kasih kak utk perkongsian ini....

Mutiara Bernilai berkata...

salam kak,,

betul tu,,
kadang solat terlalu laju,
mmg xnampak tenang dan tukmaninahnya,
insyaAllah, cuba perbaiki lagi,
terima kasih kak :)

a kl citizen berkata...

Kak ani, nak didik diri jadi tenang ni memang payah. Tapi itulah yang dihajatkan

MulutPayau berkata...

Assalamualaikum kak...

Terima kasih atas prkongsian ini...Semoga Allah mnerima ibadah kita selama ini...InsyaAllah...

p/s...Selamat Menjalani Ibadah Puasa...

anitaare berkata...

salam ramadan kak..moga puasa kita tak sia-sia

ajumohit berkata...

Ilmu yg nmanfaat kak, slmt berpuasa utk Akak n family