Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Khamis, 21 Julai 2011

Kenangan Ramadhan

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ




Assalamualaikum kawan-kawan semua. Hari ni dah 20 Sa'aban. Tak lama lagi muncullah bulan Ramadhan yang mulia tu. Mudah-mudahan dapatlah kita sama-sama menyambut Ramadhan tahun ini dan merebut tawaran istimewa yang Allah tawarkan pada kita dalam bulan tu.

Kali ni jom kita cerita tentang kenangan masa dulu-dulu apabila nak tiba bulan Ramadhan. Ini tidak termasuk soal ibadatlah cuma nak cerita soal persiapan fizikal dan mental lebih kurang.

Dulu-dulu masa zaman saya masih tinggal dengan mak ayah, bila tiba bulan Ramadhan ni saya perhatikan mak akan keluarkan pinggan mangkok yang tersimpan dalam almari pinggan mangkok. Kalau ada yang kurang terutamanya mangkok untuk kuih-muih mak akan beli yang baru. Pinggan mangkok dulu semua pinggan mangkok impot dari China. Orang sekarang panggil 'pinggan bunga kangkong'. Pinggan ni sekarang dah jadi pinggan antik yang dicari-cari.

Bila berbuka puasa Mak akan hidangkan lauk pauk dan kuih muih dalam pinggan mangkok yang mak keluarkan dari simpanannya tu. Sebabnya, entah, saya tak pulak diberitahu tapi rasanya adalah untuk memeriahkan bulan Ramadhan. Mungkin juga untuk menambah selera ketika berbuka bila lihat pinggan cantik selepas seharian berpuasa. He he agaknyalahkan.

Sekarang ni rasanya sudah jarang orang beli pinggan mangkok baru untuk menyambut Ramadhan kerana tiap-tiap hari pun dah memang makan minum dalam pinggan mangkok dan gelas yang dah cantik.

Ada juga kawan-kawan saya bercerita, ada orang dulu-dulu yang akan menjahit telekong baru untuk digunakan ketika sholat terawih. Yelahlah nak ke masjid dan menyembah Allah dibulan yang mulia tu, nak cantik-cantiklah kan. Malah ada yang saya dengar orang tua-tua mandi bunga untuk menyihatkan badan supaya ibadah puasa dapat dikerja dengan selesa.

Sekarang ni dah banyak bezanyakan. Bulan Ramadhan belum tiba lagi, kita dah buat persiapan untuk bulan Shawal seperti membeli belah untuk persiapan rumah dan pakaian serta keperluan anak-anak. Tak kurang untuk diri sendiri.

Sesekali fikir bagus juga, kalau kita mampu apa salahnya kita buat persiapan awal supaya di bulan Ramadhan yang penuh keberkatan tu taklah kita sebok-sebok memikirkan dan menyediakan keperluan serta persiapan menyambut Aidilfitri. Bolehlah kita tumpukan mental dan fizikal kita untuk beribadat kepada Allah.

Bila pandang kiri kanan, nampaknya dah ramai kawan-kawan sepermainan saya sudah dijemput Pencipta untuk menemuinya. Sama-samalah kita berdoa semoga kita dapat meraikan bulan Ramadhan tahun ini sebaik-baiknya, InsyaAllah.

29 ulasan:

kakcik berkata...

Assalamu'alaikum Kak Ani...

Ramadhan kali ini kakcik tidak punya ibu dan ayah lagi. :(

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Kakcik,

Itulah putaran hidup yer kakcik. Semoga kakcik tabah dan tetap cekal dengan dugaan Allah ini.

Kak Ani memang dah lama 'yatim piatu'. Hanya suami, anak-anak, adik beradik dan ipar duilah tempat kita beraya.

ariana's berkata...

Semoga kita diberi rezeki oleh Allah menyambut Ramdhan hinggalah ke syawal dan hari-hari seterusnya..

missgee berkata...

Kak Ani,
Sy pun tak sabar nak sambut
ramadhan nie..
Mudah-mudahan mendapat keberkatan
dan pahala berlipat kali ganda :)

P/s: Pinggan mangkuk tue masih ada lagi ke??? :)

Che Mid berkata...

Dulu-dulu, di kampung Che Mid tiap-tiap rumah mesti buat kenduri tahlil, silih berganti menyembelih ayam kampung jiran-jiran. Sampai rumah dia mesti kejutkan cucu-cucu dia untuk makan nasi ambeng tadi yang Nyai dah hidang atas dulang... Shedap betul!!

ajumohit berkata...

Kak, tak sbr nk tggu kdtgn ramadhan, mg tahun ni dpt bterawikh bjemaah, skali pon xpe, huhu

Kakzakie berkata...

Assalamualaikum Kak Ani,

Gambaran yg diberikan menunjukkan betapa org dulu benar-benar bersedia rohani & jasmani nak menyambut ramadhan... bagus sangat.

AI berkata...

- ahlan wasahlan ya ramadhan... tetiba rasa sayu la ...

NzA berkata...

mmg cantiklah kak ani koleksi pinggan mangkok lama tu....

sy pn trkdg gitu juga...akn keluarkan pinggan mangkuk lain utk menyambut ramadhan..saja untuk anak2 rasa meriah nk smbut bln puasa.....

Ann Huda (Ate) berkata...

Walau hanya beberapa hari lagi kedatangan Ramadhan belum tentu kita berkesempatan menemuinya. Moga kita sempat sampai untuk bertemu dengan Ramadhan pada tahun ini dan dapat melaksanakan amalan yang lebih baik dari tahun-tahun yang lalu.

Sayu...sayu hati ini..
Pertemukan kami dengan Ramadhan ya Allah, pertemukanlah.

ASE1 berkata...

Assalammualaikum kak ,

Tak sabar menunggu kedatangan Ramadhan . Berdebar2 .. tahun lepas puasa penuh ! Harap2 tahun nie begitu gak ...

Kunang-Kunang berkata...

Gee,

Semoga Allah panjangkan umur kita dapat menyambut Ramadhan tahun ini dan tahun2 seterusnyakan.

Meriahnya sholat terawih.

Kunang-Kunang berkata...

Ariana,

Mudah2an Allah murahkan rezeki kita semua disamping memberi kita kesihatan yang baik untuk melaksanakan amal ibadah di bulan Ramadhan ni.

Kunang-Kunang berkata...

Che Mid,

Sekarang rasanya masih ada orang buat kenduri sebelum ramadhan kan.

Seronok tu dapat berkumpul ramai-ramai masa kenduri.

Kunang-Kunang berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Kunang-Kunang berkata...

Kakzakiem,

Semangat orang dulu2 lainkan berbanding dengan kita. Mungkin sebab kita ada pekerjaan jadi susah sikitlah nak meneruskan tradisi tu.

Kunang-Kunang berkata...

Al,

Mudah2an Allah berikan kesempatan kita menyambut Ramadhan dan dianugerahkan kesihatan yang baik.

Kunang-Kunang berkata...

NZA,

Gambar pinggan mangkok tu akak google. Di rumah mak semua dah tak tau mana peginya pinggan mangkok ni selepas dia tak ada.

Sayang sungguh, masa tu tak terfikir langsung.

Kunang-Kunang berkata...

ATe,

Betul tu apa yang hati tulis. Bila2 pun kita boleh dijemput pergikan.

Berdoalah semoga kita diberi kesempatan menyambut puasa tahun ini dan tahun2 berikutnya, InsyaAllah.

Kunang-Kunang berkata...

Aju,

Seronok yer apa terawih berjemaah selain dapat pahala berjemaah dapat mengeratkan hubungan silatulrahim lagi.

Kunang-Kunang berkata...

ASE1.

Alhamdulillah dapat puasa penuh. Mudah2an Allah makhburkan hajar ASE tu.

Terima kasih sudi singgah sini yer.

Syimama berkata...

salam kak.. baru semalam hati berkata2, kenapa kekunang lama tak berkelip2.. tup2 hari ni terbit dengan isu sentimentel. Sayu dan pilu pula bila mengenang diri dulu dan kini..tidak tahu cepat atau lambat, sempat atau tidak, semoga kita semua dikurniakan Allah dengan pengakhiran yang terbaik.

zulkbo berkata...

salam Kak...
kenangan lama mengusik jiwa
penuh dengan keinsafan..pada
yang pergi dulu Al-Fatihah buat
mereka..semoga di tempatkan di kalangan orang yang beriman

a.z.r.i.n.a.03.07 berkata...

Tahun ni berbeza dari tahun yang lepas-lepas.

Buat pertama kalinya saya belum beli kain pasang @ baju anak-anak untuk beraya.

Tak tau kenapa..

endiem berkata...

selamat menyambut puasa..semoga mendapat rahmatNya

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Syimama,

Kunang2 ni kunang yang dah tua. Kadang bila sihat tu berkelip2lah, kalau kurang sihat pudarlah kerdipannya.

Begitulah syimama, setiap tiba bulan Ramadhan dan Syawal banyak kenangan dulu2 datang menjelma kan. Kita jadikan semua tu kenangan yang indah.

Kunang-Kunang berkata...

Sdra Zulkbo,

Yer Al-Fatihah kepada semua yang dah pulang ke Rahmatullah semoga Allah sentiasa memberikan roh mereka semua segala keberkatan.

Kunang-Kunang berkata...

Reen,

Tak ada apa-apam, itu cuma peralihan. Kadang keinginan kita berubah mengikut keadaan dan usia.

Membeli kain pasang buat baju anak-anak kadang kita merasa lebih puas sebab kita dapat memilih kain dan corak mengikut kemahuan kita.

Kunang-Kunang berkata...

Endiem,

Begitu juga dengan Endiem sekeluarga, selamat menyambut puasa semoga Allah memberikan kita kesihatan dan ketabahan untuk membolehkan kita menjalani ibadah di bulan Ramadhan ni melebihi Ramadhan2 sebelumnya.