Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Khamis, 7 Julai 2011

Jom Masuk Kontes Pantun Oleh Komensen

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Assalamualaikum kawan-kawan semua. Semoga berada dalam keberkatan Allah semuanya.

Semalam ketika singgah dari satu blog ke satu blog kawan-kawan, tibalah saya di blog Komensen, milik Tn. Hj. Hamzah Al-Lavendari yang menganjurkan kontes ke 3 beliau iaitu berbalas pantun.

Tengok jer pantun, berminatlah pulak nak mencubanya pusaka nenek moyang kita ni. Semoga dengan pantun-pantun dari saya yang tak seberapa ni turut memeriahkan blog Tuan Haji ni. Jom kita berbalas pantun. Jomlah klik kat SINI



Tuan Haji, ini jawapan saya kepada pantun Tuan Haji:

Tuan Haji soal

Anak sepat di dalam sawah
Elok dimasak dengan pegaga
Bila dah dapat gading bertuah
Tanduk hendak letak kat mana ?


Saya jawab

Mengerlip ngerlap intan baiduri
Hendak dimuat ke dalam peti
Gading digilap cantik berseri
Tanduk dibuat seruling sakti


Tuan Haji soal

Pisang emas masak se sikat
Masak pulut janganlah hangus
Sudah kemas perahu ku ikat
Kenapa hanyut di bawa arus ?


Saya jawab

Orang makasar gulai jelawat
Sakit tangannya berdenyut-denyut
Badai besar gelombang kuat
Putus talinya perahu pun hanyut


Tuan Haji soal

Anak senangin anak tenggiri
Masuk ke kelong mengelak pukat
Jika tak ingin dibuat isteri
Kenapa diusung merata tempat?


Saya jawab

Susah nak panjat sipokok jati
Tebuan bersarang didahan tinggi
Memang berhajat nak buat isteri
Duit hantaran tak cukup lagi



Makan sambal pedas berkuap
Simpan dulu di atas meja
Tuan Haji soal saya dah jawab
Tinggal menunggu keputusannya saja

18 ulasan:

kakcik berkata...

Assalamu'alaikum Kak Ani...

indah dan cantik sekali pantun2 Kak Ani. Saya suka. Jangan lupa tinggalkan linknya kat blog Al Lavendari tu. :)

al-lavendari berkata...

Makan sambal pedas berkuap
Simpan dulu di atas meja
Saya jual tuan dah jawab
Sabarlah menunggu siapa juara.

Terima kasih kerana sudi memeriahkan kontes berbalas pantun saya.

Cik SHiNJU berkata...

Wah..hebatnye pantun nih..
Good luck :)

werdah berkata...

Assalamu'alaikum Ani

Semoga sihat.. kak tak reti berpantun.. tak dapatlah nak bertanding.. memang kena jawapan Ani tu kepada soaln yang diberi.

Kakzakie berkata...

Assalamu'alaikum wahai Kak Ani
Pagi-pagi kakak bertandang sini
Seronok berpantun dgn Al-lavendari
Kakak pun nak turut sertai:)

endiem berkata...

selamat berjaya..

gadisBunga berkata...

hebat pantun auntie...nampaknya saya tak berpeluang menang walaupun belum join lagi. hihi~

pCL [p@kcikLie] berkata...

Assalamualaikum ...

wah hebatnya Kak Ani berbalas pantun...moga berjaya dlm kontes ni.

Mommy Fara berkata...

Pucuk meranti daun turi,
Jeruk pekasam ikan paya,
Pantun indah cantik berseri,
Hamba ucapkan selamat berjaya!

sis intan berkata...

Wah kak Ani...juara berpantun la nanti nampaknya :)

mamawana berkata...

Assalam,

Wah bestnyer berpantun pantun gitu.. melankolik jiwaku

iza berkata...

Assalam..
Best ni pantun2 ni..
Gud luck..

Ati Masrif berkata...

salam kak,

agak2nya sambil buat apalah
boleh dapat idea berpantun ni..

sambil masak2 ke ... :)

ajumohit berkata...

Hari ini sakit tekak,
Gud luck ye akak!!!!!!

Hehe

zulkbo berkata...

salam Kak..
indahnya pantun melayu..
insyaallah jika berkelapangan
saya akan join..
:)

Kunang-Kunang berkata...

Assalamualaikum dan terima kasih pada semua kawan-kawan yang singgah. Sama-samalah kita memeriahkan kontes berpantun anjuran tuan haji Al-lavendari.

sahromnasrudin berkata...

selamat berjaya kak...


semoga rezeki akak dipermudahkan untuk memenangi salah satu slot

Zil-el-Saif @ The Encik Saif berkata...

saya suka kartun
dan saya suka pantun