Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Ahad, 31 Julai 2011

Jom Bangun Sahur

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ




Hari ni dah 31 Julai yang bersamaan 30 Sha’aban 1432. InsyaAllah panjang umur, esok kita kita mula berpuasa.

N3 ni sebenarnya ulang tayang N3 yang saya buat tahun lepas. Semoga ianya dapat memberi manfaat kepada kawan-kawan yang singgah.

Bila mula berpuasa bermulalah juga amalan bersahur. Tak semua orang suka bangun untuk bersahor. Contohnya saya, masa muda-muda dulu, terutamanya ketika menyambung belajar selepas SPM dan tinggal di asrama, malasnya nak bangun sahor. Selain dari rasa mengantuk, rasa macam tak berbaloi nak bangun pun ada kerana lauk nasinya tak sedap. Dan ada juga kawan-kawan masa tu tak nak bersahur kerana nak diet. Makan sekali saja iaitu berbuka puasa.

Masa tu kami tak tau betapa bersahur tu salah satu amalan yang penting di bulan Ramadhan. Ada hadis tentang disuruh bersahor di bulan puasa ni antaranya:

Diriwayatkan oleh Bukhari, Ahmad, Tirmizi, Nasai dan Ibn Majah yang bermaksud “Bersahurlah kamu kerana pada sahur itu ada keberkatan”. Jadi selain mengelakkan perut kosong ketika berpuasa, bersahur juga ada keberkatannya. Keberkatan bermaksud rahmat, kebaikan serta restu Ilahi.

Satu lagi hadis yang diriwayatkan oleh Muslim, Ahmad, Abu Daud, Tirmizi, Nasai, Rasulullah saw bersabda “Sesungguhnya perbezaan antara puasa kita dengan ahli kitab adalah makan sahur”. Begitulah dituntutnya amalan bersahur kerana ianya menjadi perbezaan antara puasa umat islam dengan ahli kitab.

Umat Islam juga digalak melewatkan waktu bersahur, iaitu bersahur semasa menghampiri subuh. Rasulullah saw ada bersabda “sentiasalah umatku berada dalam kebaikan selama mana mereka melewatkan bersahur dan menyegerakan berbuka puasa.”, hadis yang diriwayatkan oleh Ahmad.

Penekanan yang dibuat oleh Rasulullah supaya dilewatkan bersahur dan tidak mengabaikannya adalah signifikan lagi saintifik kerana ia menepati waktu bersarapan pagi. Ada kajian yang dibuat menunjukkan makanan yang paling utama adalah sarapan pagi.

Salah satunya, kajian yang dilakukan oleh Dr. Mark Pereira dan rakan-rakannya dari Pusat Perubatan Harvard mendapati bahawa mereka yang tidak bersarapan pagi berisiko tinggi menjadi gemuk, mendapat sakit jantung dan menghidap penyakit kencing manis. Kajian yang sama juga menunjukkan mereka yang sentiasa bersarapan pagi menanggung risiko 50 peratus lebih rendah diserang masalah kesihatan yang berkaitan dengan lebihan kadar gula dalam darah berbanding mereka yang jarang bersarapan pagi.

Bersahur sangat penting kepada kanak-kanak yang berpuasa kerana kesan meninggalkan sarapan pagi ke atas kanak-kanak adalah lebih negatif disebabkan tubuh mereka yang kecil. Kajian-kajian terkini menunjukkan apabila glukosa dalam darah menurun selepas bangun daripada tidur dan keadaan ini berterusan kerana tidak bersarapan pagi, kanak-kanak akan menghadapi masalah memberi tumpuan kepada pelajaran.

Ada satu lagi kajian yang dilakukan oleh Dr. Theresa Nicklas dari Kolej Perubatan Baylor dan rakan-rakannya ke atas 700 pelajar-pelajar dari Louisiana menunjukkan mereka yang tidak bersarapan pagi menanggung risiko dua kali ganda penyakit anemia (iaitu penyakit yang berkaitan dengan kekurangan hemoglobin dalam darah). Ini dilaporkan oleh Kerry Neville dari Chicago Tribune pada 24 September 2001.

Berdasarkan kajian-kajian ini, ia menunjukkan bahawa secara umumnya, bila kita berpuasa dengan mengambil sahur tidak akan mendapat kemudharatan akibat dari puasa yang kita lakukan. Ia juga satu ibadah kerana ia adalah sunnah nabi dan waktu bersahur juga waktu yang dipenuhi keberkatan. Allah juga ada menjelaskan dalam surah Ali-Imran ayat 15 hingga 17:

“Katakanlah, ‘Mahukah aku khabarkan kepada mu apa yang lebih baik daripada yang demikian itu? Bagi mereka yang bertakwa terdapat syurga di sisi Tuhan mereka yang mengalir dibawahnya sungai-sungai. Mereka kekal dalamnya., Mereka juga dikurniakan isteri-isteri yang suci serta mendapat keredaan Allah. Dan Allah maha melihat akan hamba-hambanya. (Iaitu) orang-orang yang berdoa, ya Tuhan kami sesungguhnya kami beriman, maka ampunilah dosa-dosa kami dan perliharalah kami daripada seksa neraka. (Merekalah) orang-orang yang bersabar, yang benar, yang taat, yang menafkahkan hartanya pada jalan Allah dan yang memohon ampun di waktu sahur”.

Rujukan – Quran Saintifik

28 ulasan:

Pengasas berkata...

Salam,
Kena sahur ... jangan tak sahur ...
Rebutlah keberkatan yang Allah kurniakan ...

رمضان كريم
كل عام وأنتم بخير

ieja amieja berkata...

salam ramadhan..
sahur ttp kena kak..nnt x de energy plk..betul kata Pengasas tu..amek keberkatan yG ALLAH berikan...

zulkbo berkata...

salam Kak..
insyaallah kita akan berpuasa Ramadhan besok hari..selamat berpuasa dari saya buat anda sekeluarga..

leeya abdul berkata...

salam ramadhan al-mubarak. leeya tag u tuk sertai segmen tauladan. ikut sini http://way2healthynbeauty.blogspot.com/2011/07/segmen-tauladan-jom-ingat-pesanan-ibu.html

hani@debumelukut berkata...

kita orang sahur minum jer..lagi pun selalu nya lewat malam masih makan2..

sal berkata...

dulu2 saya tak sahur..

tpi apb dh berkeluarga kenalah buat persediaan untuk hubby dan anak2..

makan pun simple2 je jika bersahur krn makan tak bnyk ketika waktu itu..

diucapkan selamt menyambut ramadhn moga kehadirannya membawa seribu rahmat dan keberkataan..sahdunya..ameen

ainnoraini berkata...

Selamat Menyambut Ramadhan kak ani...

semoga kite semua diberkati oleh allah dibulan yg mulia ni...

Zaitun berkata...

Selamat menyambut puasa semoga melipat gandakan amalan.

endiem berkata...

selamat berpuasa dan jangan lupa makan sahur

missgee berkata...

Kak Ani,
Tahun lepas sahur minum air
kosong ngan makan kurma..

Tahun nie nak tambah menu
ngan nasi dan lauk pauk yg ada :)

Cikli berkata...

info yang amat cantik

Cikgu Tie berkata...

Selamat menjalani ibadat puasa!

AI berkata...

- selamat berpuasa buat kak ani sekeluarga...

abu muaz berkata...

salam ramadhan

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Pengasas,

Terima kasih lapangkan masa singgah blog saya.

Bersahur ni perlu walaupun sedikit, selain perut tak kosong sangat, dapat pahala pulak tu.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam ieja,

betul tu kita perlukan tenaga untuk meneruskan puasa dan menjalankan ibadat di sepanjang bulan yang berkat ni.

Selamat berpuasa juga pada ieja sekeluarga.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Zulkbo,

Kak Ani sekeluarga juga mengucapkan selamat berpuasa pada zulkbo sekeluarga, semoga diberikan Allah segala keberkatan.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Leeya,

Selamat berpuasa juga diucapkan kepada Leeya. Akak dah buat apa yang Leeya tagkan tu.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Cikgu Hani,

Sekurangnya bangun juga kan dan dapat pahala bersahur.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Sal,

Betullah tu cara Sal, mungkin orang dewasa tahan tak bersahur tapi budak2 mungkin tak larat. Lagi pun perut kosong nanti tak boleh belajar pulakkan.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam ainoraini,

Akak juga ucapkan selamat menyambut puasa kepada Ain dan keluarg. Semoga diberikan Allah bekerkatan di bulan yang mulia ini dan bulan2 seerusnya.

Kunang-Kunang berkata...

Zaiton,

begitu juga pada zaiton dan keluarga, akak ucapkan selamat berpuasa dan diberikan Allah bekerkatan di bulan yang mulia ini dan bulan2 seterusnya.

Kunang-Kunang berkata...

Endiem,

Kak Ani juga ingin ucapkan selamat berpuasa dan semoga diberikan Allah bekerkatan di bulan yang mulia ini dan bulan2 seterusnya.

Kunang-Kunang berkata...

Gee,

Kiranya tahun ni ada perubahanlah yer. Baguslah tukan, hidupkan perlu berubah kearah yang lebih baik setiap masakan.

Kak Ani ucapkan selamat berpuasa kepada Gee dan keluarga semoga diberikan Allah bekerkatan di bulan yang mulia ini dan bulan2 seterusnya.

1 Ogos 2011 1:46 PM

Kunang-Kunang berkata...

CikLi,

Terima kasih.

Kak Ani ingin ucapkan juga selamat berpuasa kepada CikLi sekeluarga dan semoga diberikan Allah bekerkatan di bulan yang mulia ini dan bulan2 seterusnya.

1 Ogos 2011 1:46 PM

Kunang-Kunang berkata...

Assalamualaikum Cikgu Tie,

Terima kasih sudi singgah dan follow blog kak ani ni.

Akak juga ingin megucapkan selamat berpuasa pada Tie sekeluarga dan semoga diberikan Allah bekerkatan di bulan yang mulia ini dan bulan2 seterusnya.

Kunang-Kunang berkata...

Al,

Selamat berpuasa juga akak ucapkan kepada Al sekeluarga dan semoga diberikan Allah bekerkatan di bulan yang mulia ini dan bulan2 seterusnya.

Kunang-Kunang berkata...

Abu Muaz,

Selamat menyambut Ramadhan dan semoga diberikan Allah kesihatan yang baik kepada Abu Muaz dan keluarga supaya dapatlah menjalan ibadah di bulan yang mulia dan bulan2 yang mendatang.