Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Sabtu, 16 Julai 2011

Jerebunya!!!!!

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ







Jerebu di Putrajaya pada 13 Julai 2011


Assalamualaikum kawan-kawan semua. Dah 2 hari tak berblog. Hari pertama di rumah tak ada bekalan elektrik kerana TNB pasang kable baru.

Memandangkan tak ada bekalan elektrik di rumah, saya pegi jalan-jalan kononnya nak ke Pesta Floria di Putrajaya. Tiba di Putrajaya di tempat Pesta, tak larat pulak rasa nak jalan sebab parkingnya agak jauh, mungkin pada sayalah. Akhirnya balik rumah.

Keadaan tengahari di Putrajaya sangat berjerebu. Seakan-akan nak hujan. Tulah satu dua gambar yang saya snap semasa di sana.


Lebuhraya Persekutuan dari Klang



Kali ini kenapa Jerebu, orang seberang bakar hutan lagi ker?

35 ulasan:

ahmad humairi berkata...

Assalamualaikum,

Jerebunya sampai kat tempat saya - Kg Gajah, Perak...sampai mahari jadu kelabu...huuu.

zulkbo berkata...

salam Kak..
elakkkan persekitaran luar
boleh jadi batu2 dan sakit
kepala..mata pun mudah pedih

ajumohit berkata...

hari ni cuaca mendung je kak, tmbh dgn jerebu bertambah suram suasana

aby berkata...

salam k hanim,
jerebu di luar nampak nyata ..
jerebu dihati tk siapa tahu ..

minjam kata2 karam singh walia ..

oh ye..
isnin ni wak plak gi KK ...
insyallah nak sampai ke tips of borneo, apa ke nama tempat tu ..
hu..hu..

Cikli berkata...

mungkin saki baki teargas 709 baru ni kak.

gadisBunga berkata...

sungguh jerebu....

missgee berkata...

Jerebu harap2 kualiti udara
adalah baik bebas dari membawa
penyakit..

Abd Razak berkata...

Assalamualaikum Kak Ani...

Moga kakak sihat hendaknya..

Alhamdulillah di tempat saya setiap hari hujan, segar rasanya..

Pn Kartini berkata...

Assalamualaikum Kak Ani:)

Moga akak sihat2 di sana dan dilindungiNya selalu..:)

Bila jerebu...mudah juga yaa dapat batuk2 atau yang sewaktu dengannya kan...lebih2 lagi ank2 kecil..aduhaii.. bimbang juga kan...

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Cikgu Ahmad,

Kena berhati2 kalau berada di luar rumah. Mudah2an cepatlah jerebu pergi.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Zulkbo,

Tulah kan hari ni pun nampaknya persekitaran masih jerebu walaupun ada hujan malam tadi dan petang kelamarin tapi kejap saja.

Kunang-Kunang berkata...

Aju,

Kalau boleh elakkan bawak anak-anak keluar rumah kan. Budak2 senang dapat penyakit.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Wak,

Seronoknya nak ke KK. Mesti nak pergi menyelamkan.

Selamat bercuti wak.

Kunang-Kunang berkata...

CikLi,

Mungkin juga.

Kunang-Kunang berkata...

GB,

Semoga kita semua diberikan Allah kesihatan yang baik walaupun berjerebu.

Kunang-Kunang berkata...

Gee,

Mudah2an jerebu cepat berlalu.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Saudara Abd Razak, semoga saudara juga sihat.

Alhamdulillah di sana hujan. Sejuk dan nyaman yer.

Mudah2an di sini pun begitu juga, esok atau lusa.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Sis Tinie,

Semoga Sis Tinie sekeluarga diberikan kesihatan yang baik oleh Allah.

Jerebu ni kalau yang ada asma tu kurang baik sikitkan. Kata orang banyakkan minum air dan makan timun.

hani@debumelukut berkata...

jerebu boleh merosakkan mood jugak..

Miecyber berkata...

Hujung minggu ni nak pergi KL harap jerebu tak adalah...

sal berkata...

jerebu...jaga diri baik2 kak, sb jerebu boleh menurunkan kualiti kesihatan.membuat kita senang terkena selsema dan demam...

endiem berkata...

kalau selalu hujan taklah jerubu sangat... pesta flora tu tentu meriah

Cik SHiNJU berkata...

Kena banyak minum air kosong kak..
Org sebelah mmg bakar hutan tiap2 tahun tapi kabarnya ladang2 tersebut pemiliknya org kita...

white rose berkata...

assalamualaikum kak ani...
jerebu mmg makin tebal...

tapi kami di kampung xde sangat, masih sperti biasa...
sebab masih banyak pokok2 segar...

a.samad jaafar berkata...

salam kak..
kalau berdasarkan gambar tu.. nampaknya Ipoh lebih jerebunya..

sahromnasrudin berkata...

assalamualaikum..

mata saya pun dah jerebu..kne pakai spek hehehheee

al-lavendari berkata...

dulu kuarters saya tak jauh dari jambatan spt dalam gambar no, 1 dan 2. tapi tak ingat ada kena jerebu ke tidak masa tu.

Kunang-Kunang berkata...

Cikgu Hani,

Betul tu, persekitaran boleh mempengaruhi mood. Mood pun jerebu.

Kunang-Kunang berkata...

Endiem,

Kebelakangan ni hutan di lembah klang ni tak menentu. Kadang2 tu dah siap bunyi guruhnya, tunggu hujan turun tak turun jugak.

Kunang-Kunang berkata...

Sal,

Memanglahkan, dengan keadaan jerebu ni ramai orang batuk2 dan selsema dengan tiba2.

Kunang-Kunang berkata...

Cik Shinju,

Macam tu pulak kisahnya yer. Tu nak salahkan saper.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam White Rose,

Untung orang duduk di kampong kan. Persekitaran segar dan menghijau.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam sdr Samad,

Bandar2 semua begitu agaknya tak.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Sahrom,

Pakai spek hitam macam dalam lagu Rafeah Buang tukan.

Kunang-Kunang berkata...

Tuan Hj Al,

Saya kadang2 segan nak cakap. Di Putrajaya tu ada 2 orang adik ipar tinggal di sana, tapi setiap kali ke sana, saya akan tawaf berkali2 baru jumpa rumah dia orang. Terutama kalau pegi waktu malam.

Cuma baru minggu lepas bila ke sana, elok pulak tak sesatnya.