Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Isnin, 25 Julai 2011

Halia Punya Penangan

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ




Masih jelas diingatan saya peristiwa yang berlaku kira-kira 20'an tahun yang lalu. Ianya berlaku ketika bersalin arwah anak saya yang kedua. Anak ni dilahirkan melalui pembedahan selepas saya bertarung dengan 'labour pain' selama lebih 14 jam. Pembedahan terpaksa dilakukan kerana kedudukan baby yang songsang dan tali pusat melilit di lehernya. Alfatihah untuk anak saya ini yang telah kembali ke Rahmatullah 4 tahun lalu.

Selepas pembedahan, walaupun hampir 2 hari dah berlalu, saya masih tak dibenarkan mengambil sebarang makanan selain dari apa yang disalurkan melalui 'drip' ke tangan saya. Tangan tu pun dah bengkak. Lapar pun dah mula terasa. Sakit jangan ceritalah.

Menurut jururawat di hospital tu saya tak boleh makan selagi tak buang angin dalam perut, maksudnya saya kena ke..ut dulu. Kalau saya makan sebelum angin keluar, dibimbangi saya akan muntah. Nanti terbetas pulak jahitan pembedahan saya.

Maka tunggulah saya waktu saya akan ke..ut. Mustahak betul ketika itu. Namun tak kunjung jelma. Akhirnya, mungkin atas dasar kesian, perlahan-lahan jururawat berbisik pada saya, suruh suami saya beli air halia. Selepas minum air halia dalam 2 tegok, perut mula memulas. Tak lama lepas tu,....huh selamat. Dah boleh makan.

Itulah penangan halia (zingiber officinale, Roscoe). Ia amat berguna dalam kehidupan kita bukan saya sebagai bahan yang amat perlu dalam masakan tetapi juga sebagai ubat alternatif ketika kesusahan. Terutama kesusahan buang angin atau kembung. Seperti kita semua tahu halia juga salah satu bahan penting dalam perubatan tradisional kita dan tradisional cina.


Pokok halia bara yang ada ditaman kecik saya


Halia juga amat perlu dalam masakan. Bukan kita saja rupanya perlukan halia dalam masakan, tapi orang Amerika dan lain-lain negara di sebelah barat sana juga memerlukan halia dalam masakan mereka.

Rupanya menurut orang-orang yang menyelidik tentang halia, halia ni ada mengandungi banyak khasiat. Antaranya, ia sekurang-kurangnya ada 19 komponen bioaktif yang berguna sangat untuk tubuh kita. Selain bersifat sebagai antioksiden, komponen halia yang bernama gingerol boleh membantu mencegah pembuluh darah dari tersumbat yang mana jika pembuluh darah itu tersumbat boleh menyebab strok atau sakit jantung.

Cerita mengenai halia ada disebut dalam Alquran Surah Al Insan, ayat 17, maksudnya: "Dan mereka dalam syurga diberi dari sejenis minuman yang campurannya daripada zanjabil". 'Zanjabil' ialah halia dalam bahasa arab. Jadi dalam syorga pun ada halia.

59 ulasan:

zulkbo berkata...

salam Kak..
saya pun antara penggemar halia..
masa isteri bersalin dulu bila ibu mertua masak mesti ada halia dalam masakan buat isteri yang berpantang, tapi saya pula yang pulun makan masakan tu..he he..


(Al-Fatihah buat arwah anak anda..)

insan_marhaen berkata...

IM kalau order teh tarik, selalunya minta teh tarik halia. Ada yang betul bendul, dibuatnya teh tarik campur halia yang baru ditumbuk...

missgee berkata...

Kak Ani,
Memang tak dinafikan Halia
banyak khasiatnya..
Dijadikan minuman..
Diletak dimasakkan..
Digunakan utk kecantikkan
Dan banyak lagi..

P/S: Al-fatihah utk arwah anaknya.. Seperti ingin tau kenapa dia pegi... Itu pun kalo sudi dikongsi

kakcik berkata...

Assalamu'alaikum Kak Ani...

dulu saya rajin rebus halia tua untuk diminum airnya, tapi sekarang dah lama saya tak buat. Mungkin akan dimulakan semula untuk buang angin yang dah bertapa dalam tubuh saya ini. :)

Cikli berkata...

bagus halia ni ye. campur telor puyuh pagi2.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Zulkbo,

Pada orang berpantang selalu benda yang dia makan mesti diletak halia, tujuannya untuk masuk angin.

Orang cina selalu untuk orang berpantang, tiap2 hari dia orang buat sup ayam hitam diletak hali. Ayamnya tak dimakan tapi airnya diminum.

Kunang-Kunang berkata...

IM,

Kak Ani pun macam tu. Kalau badan rasa tak sedap, pegi kedai mamak, minum teh tarik hali kow-kow sikit. Legalah.

Kunang-Kunang berkata...

Gee,

Tulah kan, kebesaran Allah, setiap ciptaannya ada guna diantara makluknya.

Tumbuh-tumbuhan yang dianugerahkan oleh Allah mempunyai nilaian yang tidak terhingga. Siapa sangkakan tumbuhan sebagai sumber kegunaan dalam makanan harian kita mempunyai pelbagai khasiat untuk kesihatan diri yang mana kita sendiri kurang menyedarinya.

Terima kasih atas sedekah Al-FAtihah untuk anak kak ani tu. Kalau sudi nak tahu tentang kisah anakanda kak ani, kliklah dibawah ni.

kehilangan

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam kakcik,

Yerlah, amalan yang baik eloklah diteruskan.

Untuk orang perempuan selepas bersih dari haid, ada juga orang minum air kunyit dicampur dengan madu lebah dan telur ayam kampong untuk mengembalikan kesihatan badan dan pelancaran perjalanan darah.

Kunang-Kunang berkata...

CikLi,

Ubat yang paling murah dan senang didapat serta sah kebersihannya kerana dibuat sendiri.

ibundo berkata...

salam ani,
alfatihah untuk arwah.

halia ni memang terkenal untuk ubat buang angin. Rebus halia dan minum airnya memang selalu kpah buat terutama bila perut sebu sebab angin tak keluar. Kadang2 bila suruh bibik ngurut, picitkan halia gak dalam minyak urut. Pasti burppp...

ajumohit berkata...

wah TQ utk info ni kak, mmg tau halia ni elok utk buang angin..sebb adik saya ni gastrik, mak saya slalu rebus air halia utk dia ms kami kecik2 dulu, dia minum secawan kecik tu tutup idung pehtu minum sirap plak hehehehe

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Kak Pah,

Oh bolehlah saya buat nanti. Picitkan halia dalam minyak urut.

Kunang-Kunang berkata...

Aju,

Amalan orang dulu bagus diterukan kerana ianya satu penemuan yang diuji dan diperturunkan hingga kini.

ummu berkata...

salam kak hanim
alfatihah untuk allahyarham
benar, halia sangat berkhasiat

Kakzakie berkata...

Sekarang pun kita lepas bersalin kalau belum kentut/buang air kecil tak boleh keluar wad.

p/s: Dulu masa kakak kecik-kecik arwah mak ada buat air halia/sarbat (dibuat dengan hirisan halia + gula melaka). Sekarang pun adakalanya kakak buat lagi....

sekamar rindu berkata...

salam....puan,

dulu pernah minum teh halia sedap juga...

AI berkata...

Salam Kak Ani,

- patutlah masa saya bersalin anak ke3 (caeser) nurse asik tanya 'dah ke..ut'

sahromnasrudin berkata...

mmg byk khasiat halia nie..kne byk korek

sal berkata...

khasiat halia..

sesekali saya minum terutama ketika batuk2..boleh baik tanpa memakan ubat batuk..

memang bnyk khasiatnya yg lain yg boleh digunakan dlm perubatan tradisional...

ieja amieja berkata...

salam kak,
saya x suka minum air halia, w/pun tahu dlm bdn byk angin, tp blh dikatakan hmpr setiap masakan sy gunakan halia..mmg x dinafikan byk khasiatnyer halia ni..

ainnoraini berkata...

kadang2 buat teh halia..sedap jugakkan...anak2 tak suke maknye ajer yg minum sampai habis...

mase dlm pantang mmg halia ni tak tinggal dlm masakan...tapi gune halia muda buat makan dgn nasik panas2

littlehumblelynn berkata...

salam kak ;

saya mmmg suka sgt makan halia..even asam halia..

masa pantang bukan main banyak menu menggunakan halia..sedap sgt2 ..

Kunang-Kunang berkata...

Ummu,

Terima kasih sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah Iskandar.

Semoga Ummu berada dalam kesihatan yang baik.

Kunang-Kunang berkata...

Kakzakie,

Tulah kan dalam perut tak boleh banyak anging yer.

Kak Ani selalu minum telah halia dikedai mamak jer tak pernah buat sendiri.

Kunang-Kunang berkata...

Sekamar Rindu,

Teh halia memang sedap.

Kunang-Kunang berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Kunang-Kunang berkata...

Sahrom,

Tanpa halia, kurang sedaplan kari kita, rendang kita dan lain asal dinamakan gulai mesti nak halia.

Masak singgang terengganu tak guna halia tapi guna lengkuas. Adik beradik dialah tu.

Kunang-Kunang berkata...

Sal,

Kalau budak2 batuk susah nak berhenti, cuba hiris halia nipis2 dan gosokkan di belakang dan bahu dia.

Pernah cuba masa anak2 masih kecil dulu, Alhamdulillah berkesan juga. Cara ni kawan cina saya yang ajar.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam ieja,

Pada yang tak suka air halia memang rasa tak sedap sebab ada rasa pedas2 sikit.

Msukkan dalam masakan pun okey.

si para para berkata...

halia... tak tahu banyak sangat pasal halia..
tapi time angin memang suka ambik halia..
hari tu makan ikan siakap masak stim. banyak orang tu letak halia..
lepas makan..fuhhhh memang terbaik untuk menyahkan angin.hehe




al fatehah untuk arwah...

aby berkata...

salam k hanim,
peristiwa yg 20 thn berlalu pun masih fresh dalam ingatan apatah lagi peristiwa yg baru 4 thn berlalu,
alfathihah utk anak k hanim tu,
wak rase pasti menjelang ramadan ni k hanim dah bersihkan kubur arwah tu ..

pasal halia,
wak takat membeli kt kedai ..
buat masa ni masih kegunaan utk memasak jer ..

Kunang-Kunang berkata...

Para,

Memang kalau ikan masak stem cara Thailand tu banyak dia orang letak halia muda. Memang sedap, tapi bagi yang tak suka halia diketepikannya, rugi.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Al,

Itulah kan, kadang2 nak tergelak pun ada, tiba2 semua orang menunggu kita ken...ut. Ada jugak gunanya tu walaupun kalau masa sihat orang marah kita kalau terlepas.

Kunang-Kunang berkata...

Ain,

Dalam pantang semua makanan yang diberi kepada kita untuk tujuan buang anginkan.

Kunang-Kunang berkata...

Lynn,

Makan asam halia pedas, kena gigit sikit2kan, baru rasa sedapnya.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Wak,

Yerlah wak, dengan tak ada tuan punya badan segala memori masih segar dalam ingatan.

Yang dah 4 tahun tu memanglah sukar nak lupa, kalau teringat tergenang lagi air mata ni.

InsyaAllah sebelum puasa ni akak dan adik-adiknya akan pergi bersihkan kuburnya. Sebenarnya kuburnya sentiasa terjaga. Hilang rindu akak wak, dapat tatap kuburnya pun jadilah.

Selamat berpuasa wak dan keluarga.

Pn Kartini berkata...

Assalamualaikum kak Ani..:)

memang bagus kan kak air halia...:)
utk buang angin memang ok..tinie ada jugak minum air teh roiboss + halia then diblend..:):)kiranya idok lee rasa sgt kehaliaan tuuu....:):)

:)

iza berkata...

Assalam..
Al-Fatihah utk arwah anak..

Petua yang bagus ni...
terima kasih atas info tu..

gadisBunga berkata...

saya sangat suka teh halia kurang manis. :)

a.samad jaafar berkata...

salam buat kakak kunang-kunang..
al-fatihah buat anakanda tercinta..

kalau tak sedap perut, saya minum Eno halia..berkesan kak..

MulutPayau berkata...

Assalamualaikum kak...
Halia mng bnyak khasiatnya....Tapi saya tak suka air halia...cuma bubuh dalam masakan jer...

p/s...Al-Fatihah utk arwah...

Ann Huda (Ate) berkata...

Tahu manfaat halia tu banyak tapi tak pandai minum air halia. Paling2 pandai makan 'asam halia'..terukkan Ate ni...:(

nur berkata...

AsSalam kak hanim...
Saya suka wat ulam halia muda.. :)

Kunang-Kunang berkata...

Sis Tinie,

Memang tak larat nak minum air halia tu saja. Tapi itu semua kalau belum emergency, kalau emergency tertelah jugak rasanya.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Iza,

Terima kasih sedekahkan Al-Fatihah untuk anak kak ani tu.

Cuba2lah kan petua dari zaman ke zaman ni.

Kunang-Kunang berkata...

GB,

Auntie kalau minum air teh halia suka yang dikedai mamak, kow dia punya halia tu, kedai melayu ni kurang sikit 'kick'nya.

Kunang-Kunang berkata...

Saudara A. Samad,

Terima kasih sedekahkan Al-Fatihah pada anak kak ani.

Pendeknya semua berkaitan dengan halia kebanyakannya untuk mengeluarkan anginkan.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam MP,

memanglah tu rasanya kurang sedapkan kalau makan macam tu.

Terima kasih sedekahkan Al-Fatihah pada anak kak ani.

Kunang-Kunang berkata...

Ate,

Usahkan Ate orang muda, kak ani sendiri kalau tak terpaksa tak boleh juga nak makan halia macam tu jer.

Tapi kalau terpaksa telan jerlah.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Nur,

Halia muda ni kalau dicampur dengan kunyit muda (anak kunyit), dicampur bayang merah, letak gula sikit, garam sikit lepas masukkan cuka sikit. Macam kita buat acar mentah. Simpan dalam peti ais, boleh makan sikit2.

Bagus juga terutama untuk orang dalam pantang.

ahmad humairi berkata...

Owh!...sape yang kent.. selalu tu minum air halia nilah ek?...hehe

Che Mid berkata...

Uuuu.. lamanya tunggu nak kentut..Masa kentut tu... terbuka tak jahitan! Hi hi

Satu lagi, untuk orang yang berkepala angin, pun elok minum air halia ni..kuut..

shameel Iskandar berkata...

Salam kak.
Betapa perit dan deritanya melahirkan anak, jika ini difahami oleh semua org, tentu sahaja tiada lagi anak2 yg menderhaka kpd ibu nya( trmsuk juga kpd bapa).

Halia mmg bagus utk kesihatan. Kalau kt KB tu selalu singgah minum teh tarik halia telur puyuh. Kat Miri sarwak pula, halia digoreng mcm goreng pisang dan keropok lekor. best jugak sesekali mkn halia goreng.

Al-Fatihah buat arwah anak kak.

Kunang-Kunang berkata...

Cikgu Ahmad Humairi,

Kalau tiba-tiba ada bau tanpa zatnya tu yerlah tu,.

Cerita pasal ken..ut ni teringat masa sekolah dulu (dah form 5 ni), ada kawan2 lelaki yang main lawan2 ken..ut ni. Dia orang ni sengaja makan keledek mentah. Aduss nakal sungguh, tapi sekarang ni kebanyakan mereka dah jadi 'orang'lah.

Bila balik kampong jumpalah member2 ni, masing2 dah macam kak ani semua. Selalunya jumpa di pasar Ramadhan sama ada bersama cucu atau anak.

Kunang-Kunang berkata...

Che Mid,

Masa ken..ut tu mana nak buka jahitan. Operation kan jahitnya di perut... he he geli hati pulakkan kalau terkenan.

Sapa2 yang kena bedah masa akan datang dah tak ken..ut2 gunalah tektik yang sama, jangan minum banyak, sikit jer. Banyak nanti termuntah pulak...

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Cikgu Shameel,

Itulah pulak pengorbanan seorang wanita untuk menambah zuriat umat Muhamad di dunia ini.

Betul tu, pada anak-anak ingatlah dan berjumpalah ibubapa selalu semasa mereka masih ada. Dapat pahala lagi bila tengok muka ibu bapa.

NzA berkata...

al-fatihah...

ttp masa dlm pntang sy cukup suka makan halia muda buat ulam kak....

Ibu Lala berkata...

Tengah cari penawar angin dlm bdn. Tup tup jumpa cerita akk dlm ni. Bdn sy mmg byk angin kak. Gastrik dan angin. Tu yg pening kpla mamnjang