Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Isnin, 25 Julai 2011

Cerita Tentang Durian.......

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


Sekarang ni banyaknya kita nampak durian dijual ditepi-tepi jalan, dipasar-pasar malam dan apa lagi di pasar minggu. Ada juga dijual di pasaraya-pasaraya tertentu.

Orang yang ada dusun durian, dah balik kampong makan durian. Tapi saya yang tak ada dusun durian ni ditepi-tepi jalan, di pasaraya-pasaraya (giant dan tesco) menjadi dusun kami mendapat durian. Tambah pulak sekarang ni di giant dah ada jual durian sebiji-biji tak payah beli yang dah dibuka. Harga lebih kurang dengan tempat lain tapi yang pasti isinya memang tak rosak (berpandu pada masa sudah-sudah).

Rintitan dari cerita durian, pagi tadi saya masak pengat durian. Lebihan durian beli semalam. Pengat durian makan dengan pulut. Dan pada yang tak makan pengat tu saya sediakan 'nyior' gaul gula dan garam. 'Pulut Gaul Nyior' kata orang kampong saya.



Pengat Durian



Pulut



Kelapa yang dah digaul dengan gula dan garam


Orang kata makan pulut melemahkan badan. Bagi saya, sama jer dengan makan nasi lemak. Nak sedap lagi makan pulut gaul nyior ni ialah kita makan pulak pulut tu dengan ikan kering atau ikan goreng. Best sangat, pada sayalah, nak cuba.

47 ulasan:

Kakzakie berkata...

Assalamaualaikum kak ani,

Bukan tepi jalan saja yg banyak durian. Masuk blog pun banyak N3 tunjuk durian. Haa.... ini ada makanan guna durian. Kakak suka pulut makan dgn gula durian....:)

missgee berkata...

Kak Ani,
Kat Sabah bukan musim durian..
So bau semerbak tak terhidu
kat sini..
Takde sapa bulih berhenti
kat tepi jalan utk beli durian..
huhuhu

musollahehsan berkata...

SALAM,
SUKA SANGAT DGN BUAH BERDURI NI ! ISI DURIAN, DIGAUL DGN NASI DAN DICAMPUR DGN SEDIKIT SANTAN DAN GULA! BEST !

kakcik berkata...

Assalamu'alaikum Kak Ani...

saya suka pulut durian! :)

ajumohit berkata...

Sy pon suke durian kak, nk plak bubur durian tu mmg la licin dikerjakan hehe

putrylady berkata...

Kak...sedapnya.
Tapi saya dah tukar jadi orang dah...
Dulu, memang "hantu durian".
Bleh tahan jerat dengan umpan durian...sure saya dulu masuk. kekeke...
Tapi sekarang dah kurang nafsu. Mungkin sebab masa peknen dulu nak makan durian hb tak kasi kot...
terbawa2 sampai hari ni.
huhuhu

AI berkata...

- wahhh sedap nyer...nak gi makan kat umah kak ani boleh...

ummu berkata...

assalamualaikum kak hanim
kakak, saya tengok gambar durian di blog akak ni terus teringat pengat durian masakan ibu saya.rindunya dengan ibu saya,sebab saya tinggal dgn mertua.suami saya boleh demam kak, kalau bau durian.tapi anak2nya pantang jumpa durian, :)

nyanyisunyi berkata...

Assalamualaikum kak..
sy dapat beli durian bila harga dah murah mcm ni...yg baka baik pun dah jatuh 5 bji sepuluh ringgit..anak yg no 2 suka sgt pulut..bila buat lebih2 bawak opis..semua merasa...minggu dpn dah puasa dah tk lalu durian ni jan.

alimaz kembara terasing berkata...

sedapnya pulut durian.... kalau saya suka makan pulut durian gaul santan....

sal berkata...

mengapa tak jemu2 makan durian..
tengok pengat durian kak..serta merta terasa lapar durian..

si para para berkata...

peberet saya ni kak..
dah lama tak makan..
dulu masa kat kg selalu la makan time musim durian..
masa tok dan toki ada lagi..
sekarang ni lain la sikit..
tak dapat rasa semua tu lagi..


pasal durian..
beberapa hari lepas ada kawan kerja meninggal sebab makan durian.. dia ada darah tinggi dan kencing manis..
dia koma.. lepas tu dia pergi..

al fatehah~

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam kakzakie,

Betul tu, bila ziarah blog kawan2 yang cerita hal durian, bestnya.

Kunang-Kunang berkata...

Gee,

Di sini nampaknya sekarang ni menjadi sungguh durian. Tak lama lagi bulan puasa, tak adalah sangat orang makan durian.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Dato' LF,

Cara makan durian macam yang dato' sebut tu, kalau tak silap, itu cara orang Johor makan kan.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Kakcik,

Kak Ani pun suka tapi memandangkan dah ada penyakit yang menunggu, makan sekadar lepas ingin jerlah. Kalau ikut hati memang suka sangat. Sekarang buat pengat durian ni lebih untuk anak-anak jer.

Kunang-Kunang berkata...

Aju,

Akan suka pengat durian ni buat pekat sikit jadi boleh cicah roti. He he

Kunang-Kunang berkata...

PutryLady,

Orang mengandung sebab takut panas agaknya kan. Atau pun takut blood pressure naik.

Ada juga kadang2, feveret kita pada satu ketika dah tak menjadi feveret ketika sekarang. Selera berubah.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Ummu,

Macam tu kalau nak makan durian kena tunggu cik abang tak adalah yer.

Nak buat macam manakan. Kenalah hormat perasaan dia.

Macam akak kecik2 dulu, ayah tak suka makan budu sebab ayah bukan orang terengganu. Bila teringin nak makan budu tunggu ayah tak ada.

Kunang-Kunang berkata...

Al,

Kalau dekat boleh jerkan. Ni tak tau kat mana kita berada.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam nyanyisunyi,

Bila cerita tentang bawa makanan kat ofis nostalgialah pulak.

Seronok yer makan ramai-ramai. Apa dibawa semua selamat.

Kunang-Kunang berkata...

Alimaz,

betul tul makan dengan santan dan durian mentah. Arwah ayah kak ani suka makan macam tu.

Kunang-Kunang berkata...

Sal,

Samalah macam kak ani. Abang kadang tak beri sangat akak makan durian sebab ada diabetes dan darah, tapi makan jugak sikit. Takut tu takut juga.

Kunang-Kunang berkata...

Para,

Takut akak dengan tentang kawan kerja para tu.

Kak ani pun ada kedua2 penyakit tu. Sebab tu kalau tengok durian Ya Allah sabar jerlah. Takut juga. Tengok macam Malik Nor tukan kerana makan durian kena stroke.

maiyah berkata...

assalam..

adoiiii.. my peberet.. bukan bleh tgk bergelora tekak :D

IMANSHAH berkata...

salam, IS pun tengah makan durian ni

atie berkata...

sedap2 kak nak tumpang sekaki boleh

NzA berkata...

sedapnya kak pulut mkn dgn ikan kering...
sy xsuka durian ttp peminat tempoyak...hi...

iza berkata...

Assalam..
Akak pun makan durian juga ke? Tak sama la kak...kat belah kedah dan perlis ni lain sikit...

Miecyber berkata...

Masa sesuai nak borong durian untuk buat tempoyok...

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Maiyah,

Tulah, tambah sekarang ni durian seolah tak bermusim lagi, bila-bila pun ada, cuma harga mahal dengan murah jerkan.

Kunang-Kunang berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Kunang-Kunang berkata...

Atie,

Sila-sila.

Kunang-Kunang berkata...

ImanShah,

Makan tu ingatlah jugak pada orang jauh ni. Jauh ker..

Kunang-Kunang berkata...

NZA,

Pulut ni kalau di kampong masak dengan air kelapa muda, sedap.

Kalau lawan dengan ikan bakar lagi sedap.

Kunang-Kunang berkata...

Iza,

Lain ker. Nanti kita tunggu Iza masak Pulut Durian pulak yer.

Kunang-Kunang berkata...

Mie,

Kak Ani semenjak berbesan dengan orang Taiping ni, tempoyak sepanjang tahun ada bekalan.

S..U..D..@..I..S berkata...

pulut durian nyami2....sdap bangat

ainnoraini berkata...

saye seluarga mmg suke mkn durian ni..mmg sedap...

suami saye mmg suke kalau mkn pulut durian ni...

ieja amieja berkata...

terliur ieja dibuatnyer,,meh ler anto ckit...kami mmg 'hantu' durian..

si para para berkata...

betul tu kak..
tapi yang pentng apa jenis makanan pun kita kena jaga jgk..
makan dengan kuantiti yang sepatutnya..

kita susah kan nak ikut cara penghulu kita makan...time sakit baru la pusing2 cari ubat..



selawat dan salam ke atasmu........

gadisBunga berkata...

makan apa pun kalau banyak2 boleh bagi bad side effect juga kan?

tapi saya suka pulut. sedap.

makan sikit2 la tapi..

Kunang-Kunang berkata...

Is,

Terima kasih lapangkan masa singgah.

Tulah orang kata kalau dah musim durian ni, terutama pada orang yang ada dusun durian, semua benda dimasukkan durian.

Kunang-Kunang berkata...

Ain,

Dalam rumah akak ni pun boleh dikatakan semuanya suka pulut durian ini.

Terima kasih singgah sini yer.

Kunang-Kunang berkata...

Para,

Memang kalau ikut Nabi makan, rasanya kuranglah orang yang mengidap berbagai penyakit.

Kunang-Kunang berkata...

Ieja,

Tulah tak tahan teringin nak makan. Tapi kak ani ni terpaksa kawal juga sebab ada bp dan diabetes. Takut juga.

Kunang-Kunang berkata...

GB,

Ada orang kata makan buat ubat. Tapi buat ubat apa lagi dah sepinggan, he he tu akaklah tu.

Cuba juga menahan keinginan nak makan durian ni, doktor kata makan seulas jer. Senyum jerlah.