Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Ahad, 24 Julai 2011

Besarnya Kereta Dia

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ




Pagi tadi selepas sarapan pagi di Restoran Jayati, hasben saya ajak jalan-jalan ke pasar tani dekat Stadium Melawati, Shah Alam.

Tiba di sana, sebagaimana dijangka, ramainya orang walaupun waktu tu dah pukul 10.00 pagi lebih. Kami berpusing-pusing cari tempat letak kereta. Ketika pusing-pusing tu, saya terpandang sebuah kereta, gambar diatas berplat negara jiran yang bersempadan dengan Kelantan dan Kedah. Lepas tu saya nampak keluarlah seorang lelaki berkupiah putih dalam usia lewat 40'an agaknya. Tak ada orang lain dalam kereta tu.

Bukanlah saya nak mengumpat dibulan baik ni, cuma nak berkongsi sesuatu yang saya rasa ada yang tak kena, walau dengan apa sebab sekali pun.

Saya nampak orang itu berjalan ke arah pasar tani sambil membawa satu bekas plastik lebih kurang macam dalam gambar ni berukuran agak-agaknya tinggi sekaki setengah, garispusat mungkin dalam sekaki. Pada bekas tu saya nampak ada tertulis sesuatu. Selain bekas plastik tu dia bawa juga sebuah bangku plastik.



Bila dah parking kereta, kami berjalan menuju kawasan pasar tani. Di pasar tani tu, saya berhenti ditempat orang menjual pokok-pokok bunga dan orkid. Memang tempat feveretlah kalau ke situ.

Tiba-tiba saya dengar orang bercakap "serial-serial" (seringgit-seringgit), saya toleh, orang lelaki yang saya nampak keluar dari kereta besar tadi tu sedang menghulurkan bekas pelastik yang dia bawa tadi kepada saya. Ketika itu saya nampak bekas plastik tu dah hampir penuh dengan duit RM1.00 dan RM10.00.

Bila saya tengok orang tu, tiba-tiba saya rasa tak nak beri. Bukan saya sayang duit RM1.00, lebih pun boleh saya beri, tapi dengan apa yang saya dah nampak, saya jadi ragu-ragu untuk bersedekah. Saya terus melangkah masuk ke gerai bunga dan orkid tu. Saya dengar dia membebel di belakang saya, dia kata "ahh serial pun tok nok beri". Saya diam jer tak kuasa nak kata apa.

Ketika bersuara, dia tak beri salam, dia tak kata derma/sedekah itu untuk siapa atau untuk apa. Mungkin dia tak nak berdosa kalau dia berbohong dengan memberitahu duit tu untuk kegunaan anak yatim atau sebagainya.

Bayangkan murahnya hati orang kita dalam masa tak sampai setengah jam, bekas plastik tu dah hampir penuh dengan duit. Kadang-kadang orang-orang dari sana, datang ke sini untuk berniaga. Manalah tau mereka mengambik kesempatan di atas kemurahan hati orang kita di sini.

Kita simpati kerana kita rasa mereka susah, mereka tertindas, tapi hakikatnya mereka boleh beli kereta besar walaupun kereta itu mungkin bukan dia punya, tapi persatuan atau badan apa saja yang punya. Bermakna mereka tidak sesusah yang kita jangka.

Bukan nak kedekut tapi sekarang ni ramai sangat orang-orang yang memungut derma di mana saja dan kebanyakan orang dari negara jiran kita. Maafkan saya andainya N3 ni menyentuh hati sesiapa.

38 ulasan:

insan_marhaen berkata...

IM memang tak layan gerombolan macam ni. IM dah terkena dulu. IM sedekah kat NGO je..

ajumohit berkata...

mmg tak tau malu betul kan kak, Allah beri tulang empat kerat dan sempurna akal fikiran utk kita berfikir lebih realistik, tp dia senang2 jek memungut kekayaaan dgn cara mcm tu, ada bahagian untuk dia nnti....

hani@debumelukut berkata...

ini belum ramadhan lagi..kalau masuk jer bulan ramadhan, kami yg berada dekat dgn sempadan ni meriah lah tetamu tak di undang dari negara jiran meminta2 sedekah dan zakat.kalau betul miskin kita pun tak berkira ni entah lagi kaya dari kita.

Kunang-Kunang berkata...

IM,

Akak kalau tak nampak depan mata, beri juga kalau diminta. Hati tu tak sampai nak menolak.

Kunang-Kunang berkata...

Aju,

Tulah, tak beri dibebelnya pulak kita. Kalau dilayan, bergaduh depan orang ramai gitu.

Kunang-Kunang berkata...

Cikgu Hani,

Sekarang ni dah menjadi2 sangat.

Keluar bank dah ada orang tunggu. Sedang makan direstoran pun ada orang datang.

Kadang2 tu yang jual tisu macam dah wajib mesti ada.

Ros Illiyyuun berkata...

Assalamualaikum

Bagus entri ni Kak Ani. Buat panduan buat semua. Terlalu ramai penipu sekarang ni, lebih baik kita sedekahkan kepada orang yang kita kenal kesusahannya.Takpun pergi terus ke rumah-rumah anak yatim.

zulkbo berkata...

salam Kak..
ada orang yang cari makan begini
saya pun pernah jumpa..hairan, sanggup mereka makan dengan duit cara begitu..keberkatannya?

sal berkata...

em..mencari kesenangan dengan jalan mudah..

ada juga orang begini..klu betul2 susah takpelah..

kak, sya pun sependapat dengan kakak,ramai lagi orang susah yg patut di tolong ..

Mutiara Bernilai berkata...

salam sis,,

mutiara dlu pun slalu gak nampak dan blaku depan mata,
tapi mcm serba salah jugak, kadang2 beri, kdg2 x beri,,just anggap pemberian tu sbgai hadiah or sedekah... sedekah bukn utk org miskin je kan.. cumanya, risau jugak kalu kita beri kepada2 anak2 yg di bawah agensi kutip duit ni, seolah3 kita mcm menggalakkan perkara ni utk trus berlaku,,hu..buntu jugak kadang...

Cikli berkata...

kalau dibiarkan. lama-lama naik, 'tiga amas, tiga amas'

hazeleyed lady berkata...

...tak per sis...memang jelas tiada rezeki dia dari kita yang terang2 lihat penipuan nya...

missgee berkata...

Akak,
Guna umur dan kupiah untuk menyamar
dan amik kesempatan tanpa pikir pahala dosa.. hurmmmm..

Manusia bertopengkan.....hurmmmm

Miecyber berkata...

Kita yang jujur selalu terkena.

a.samad jaafar berkata...

masyaAllah.. saya pulak yg terasa malu bila membaca catatan kakak ni..
kalau saya di tempat kakak..saya akan tunggu dia kat keretanya tu..serius.. bukan nak mengaibkan dia, cuma dgn harapan lain kali dia fikir 2x utk ke situ lagi.. saya membenci sang penipu.. adakah saya berdosa?

Mohamad berkata...

Sama-samalah kita berhati-hati dalam memberi sedekah ini... jangan sampai ada orang mengambil kesempatan atas keramahan dan kebaikan kita..

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Ros,

Sekarang ni nampaknya menjadi2 sangat orang meminta derma ni sehingga kita dah keliru antara yang benar dan tidak.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Sulkbo,

Tulah yang menjadikan kadang kita berkata2 bila memberi. Tak beri hati kesian.

Kunang-Kunang berkata...

Sal,

Kalau kita tak nampak depan mata tak berani juga kan. Ini nampak sendiri depan mata kita. Sehingga saya balik kereta tu masih disitu, itu yang saya ambik gambar.

Kunang-Kunang berkata...

Mutiara,

Kak ani juga begitu. Beri bila ada orang yang meminta dengan ikhlas dan atas ingatan apa yang dia orang buat Allahlah yang membalasnya.

Tapi ni depan mata berlaku. Lepas tu tak beri tahu apa tujuan. Cuma minta seringgit. Orang drug addict lagilah jelas minta ngan kita, dia orang terus terang cakap, 'lapar'. Kita beri tapi kita tahu dia orang memang drug addict, kita beri bukan suruh dia pegi beli dadah tapi suruh dia beri makanan. Kalau dia minta singgit, kita beri singgit.

Kunang-Kunang berkata...

CikLi,

Betul tu, mintak tiga amas, orang sini dok beri gamoknya sebab dok fahang berapa.

Kunang-Kunang berkata...

Haz,

betul tu, bukan duit yang kita pertikaian tapi penipuan dia dan mengambil kesempatan.

Kunang-Kunang berkata...

Gee,

Umur 40'an masih kuat bagi seorang lelaki untuk mencari rezeki.

Kunang-Kunang berkata...

Mie,

betul tu, tapi dah depan mata. Tu pun nasib baik, akak tak cakap apa-apa, kalau mulut akak jahat, akak kata "hai kereta besar, takkan minta sedekah", sebab dia tak kata apa-apa sedekah ker derma. Dia kata serial-serial jer. Pah tu tadah bekas tu.

Kunang-Kunang berkata...

A. Samad,

Tulah atas dasar belas kesihan dan inginkan pahala kerana bersedekah, kadang2 orang mengambil kesempatan pulak.

Kunang-Kunang berkata...

Cikgu Mohamad,

betul tu. Saya perhatikan sekarang ni ramai sungguh. Contohnya orang yang tak nampak, datang bila kita makan, kadang tu memang betul kita nampak matanya cedera atau rosak, bila ia datang jual tisu kita tak nak tisu pun kita beri juga seringgit dua.

Tapi sekarang ni kita dah was-was, yang datang dan yang memimpin tu segar bugar, muda belia dan berjalan cukup laju. Itulah kadang2 berkata juga dalam hati.

Saya pernah terserempak dengan orang yang tak nampak dalam bank. Seorang lelaki seorang perempuan. bercerita dengan rancaknya, gelak-gelak, lepas tu, bank in duit 2 ribu melalui ATM. Adakah orang ni termasuk orang 'jual tisu'.

ibundo berkata...

kat pasar tani di sini pun sampai empat lima orang yang letak tabung tengah2 laluan. Ada yang untk anak yatim, ada untuk masjid, ada untuk pembedahan anak. Kita tak tahu benar ke tak. Kpah selalu ikut naluri je. Kalau hari tu kpah belum sedekah, kpah bagi je lah secara ikhlas. Kalau dorang berbohong, tanggunglah dosa tu. Tapi kalau dah mata dah nampak sendiri kereta menjalar macam tu.. ish.. memang tak patut kita bagi.

Kakzakie berkata...

Assalamualaikum Kak Ani,

Di tempat kakak ini pun sama juga. Ada lagi kesian bila budak-budak yg dijadikan umpan. Bayangkan kalau org S'pore duit seringgit tak jadi apa sebab tak sampai 50 sen duit mereka. Itu yg makin rancak mereka meminta. Sayangnya mereka ini dipergunakan...

sekamar rindu berkata...

salam..

bila dalam hati dah terasa ragu2 lebih afadal tak perlu bagi sedekah..sedekah perlu keikhlasan..


Allah berfirman :

لَن تَنَالُواْ الْبِرَّ حَتَّى تُنفِقُواْ مِمَّا تُحِبُّونَ وَمَا تُنفِقُواْ مِن شَيْءٍ فَإِنَّ اللّهَ بِهِ عَلِيمٌ“

Kamu sekali-kali tidak sampai kepada kebajikan (yang sempurna), sebelum kamu menafkahkan sehahagian harta yang kamu cintai. Dan apa saja yang kamu nafkahkan maka sesungguhnya Allah mengetahuinya “ ( Al Baqarah : 93 )

kalaulah yg yg datang tu berkereta besar meminta sedekah, tak tepatlah nak bagi..tetapi terkadang kita perlu lihat juga..sedekah itu untuk apa..

apapun...moga puan dirahmati Allah swt selalu.

pCL [p@kcikLie] berkata...

wah senangnya nak dapat duit....memang pemurah la rakyat negara kita ni...bijaknya dia memanipulasi keadaan lg2 di bulan baik ni..yg jelas kita dapat bahagian kita dan 'dia' akan dapat 'bahagiannya' kelak.

AI berkata...

- kalau dah terang2 nampak gitu xyah bagi la kan...

Kunang-Kunang berkata...

Kak Pah,

Betul Kak Pah. Kadang ada budak2 jual kimis, dia datang pada kita jual kismis kerana katanya nak tolong mak sakit buah pinggang. Saban minggu kita jumpa budak2 sama alasan yang sama.

Kita beri. Lepas tu ada pulak yang lain datang alasan yang sama. Saya rasa ini orang yang ajar. Kesian, kalau orang kata kebetulan langit terbuka masa budak tu kata untuk bantu mak dia sakit. hai buatnya sakit betul, malangnya. Doa seorang anak.

Kunang-Kunang berkata...

Kakzakie,

Akak kalau tak tahu memang ikhlas beri. Tapi kalau dah tahu, minta maaf jerlah.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Sekamar Rindu,

Memang, kalau hati berkata2, baik jangan beri.

Kunang-Kunang berkata...

PCL,

Orang ambik kesempatan di atas lembut hati orang kita.

Kunang-Kunang berkata...

Al,

Betul tu.

NzA berkata...

mcm2 cara manusia yg tak bertanggung jawab nak dapatkan duit cara senang...sanggup mengadai maruwah agama....

gadisBunga berkata...

saya selalu pegi pasar tani tu auntie...