Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Rabu, 13 Julai 2011

Bayarlah Hutang Aku!!!!

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ




Insiden 1: Merayu2 dalam telefon nak pinjam duit nak buat modal berniaga sebab ada dapat tender. Dia kata RM5,000.00. Dengar RM5,000 rasa kendur lutut. Duit sebanyak tu banyak bagi saya yang dah tak bekerja ni. Akhirnya saya bagi RM2,000.00. Janji pinjamnya sekejap saja. Hingga sekarang dah masuk 2 tahun janji tinggal janji.

Bila berjumpa tak sebut langsung pasal hutang. Bila kenduri kendara di rumahnya semuanya klas, pendek kata semua bercita rasa tinggi ('high taste'). Suaminya kalau bercerita, projek juta-juta, jadi apalah sangat duit saya yang RM2,000 tu, bayarlah.

Berdosa ker saya berfikiran begini. Tak kesian ker dia pada saya sebagaimana saya kesian pada dia ketika dia nak pinjam dulu. Ini kali kedua terjadi, yang kali pertama tu pun dah 'gone with the wind'. Kenapa saya beri pinjam lagi. Atas dasar kesian dan percaya.

Insiden 2: Ada hubungan saudara, satu pagi datang rumah tergesa2. Cari saya atas bawah. Masa tu saya sedang sholat dhuha, mohon Allah murahkan rezeki saya dan beri saya kesihatan yang baik. Selesai sholat, belum sempat buka telekong, dah datang hulur tangan bersalam dengan saya. Tanpa segan silu terus menyatakan hajat. Nak pinjam 3 hari saja. Mustahak sangat. Hingga sekarang dah hampir 4 bulan langsung tak nampak muka. Telefon pun tidak.

Yang sedihnya, saya telefon tak jawab. Usahkan nak telefon bertanya khabar. Sedih sangat rasa... Saya selalu kata pada diri sendiri, belajarlah jadi orang yang 'hati kering'. Bolehkah saya.

Orang-orang yang berhutang duit ringgit atau apa saja harta benda pada orang dan tak bayar, tak takutkah bila mati nanti roh tertahan dari meneruskan perjalanan ke tempat yang mulia walaupun dia seorang yang sholeh.

Ingatlah sabda Nabi s.a.w., maksudnya:

"Jiwa seorang mukmin itu digantungkan dengan hutangnya sehingga hutangnya dibayar (HR: Turmudzi, Ibnu Majah dan Al-Baihaqy)

Begitulah beratnya menanggung hutang. Tapi mereka yang pernah saya tolong ketika kesempitan langsung tidak kesiankan saya balik. Saya yang tidak lagi bekerja ni sangat-sangat memerlukannya.

Nak diminta hati rasa tak sanggup. Apa yang saya buat hanya berharap dan berdoa semoga Allah membuka pintu hatinya untuk membayar hutang saya supaya tak payahlah mencari saya nak jelaskan hutang di Padang Mahsar kelak di mana masa tu duit ringgit tak berguna lagi.

Dari Ibnu ‘Umar, Rasulullah shallallahu s.a.w. bersabda, maksudnya: “Barangsiapa yang mati dalam keadaan masih memiliki hutang satu dinar atau satu dirham, maka hutang tersebut akan dilunasi dengan kebaikannya (di hari kiamat nanti) karena di sana (di akhirat) tidak ada lagi dinar dan dirham.” (HR. Ibnu Majah)

Itulah halnya orang yang mati dalam keadaan masih menanggung hutang dan belum menjelaskannya. Jadi untuk membayar hutang tersebut akan diambil dari pahala kebaikannya. Itulah yang terjadi ketika hari kiamat karena di sana duit ringgit tidak berguna lagi.

38 ulasan:

Ros Illiyyuun berkata...

Assalamualaikum Kak Ani :)

Cuba basahkan hati, minta terus terang :).Cuba, pasti boleh.

ahmad humairi berkata...

Assalamualaikum,

Nak dihalalkan....kita masih bernyawa lagi...masih perlukan RM.

....sabarlah, namun pasti dihalalkan bila kita kembali (yang sebaiknya).

AI berkata...

- Kak Ani, org begini mmg ramai kan...mereka mcm x tahu balasan nye ape kalau x bayar hutang...

- lain kali buat ati kering jek...ckp xde duit...x caye sudah

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Ros,

InsyaAllah tunggu ketika dan masa yang baik, akan saya beritahu dia.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Cikgu Ahmad Humairi,

Jika ditakdirkan dia kembali dulu, InsyaAllah akan saya ampunkan tetapi seperti cikgu kata saya masih bernyawa dan masih memerlukan duit..

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Al,

betul tu, belajar menjadi hati kering, zalim ker.

Cik SHiNJU berkata...

Assalam...

Saya sama mcm kak juga..
Susah nak tolak permintaan orang..
Kita kesiankan org,tp dorg amik
kesempatan pula...Lenkali baik derma duit tu ke umah anak yatim jer,dapat gak pahala..

Kunang-Kunang berkata...

Cik Shinju,

Betul tu, sah-sah sedekah pada yang memerlukan. Hati tak sakit dan mengharap, pahala pun dapat.

gadisBunga berkata...

setuju dgn Ros.

baik auntie sebut dan minta je. duit auntie lagipun...

Che Mid berkata...

Salam, Yang berhutang tu tahu kita jenis lembut hati dan tak sampai hati, sebab tu dia buat tak tau bukannya dia tak mampu bayar...

Kunang-Kunang berkata...

GB,

InsyaAllah akan auntie cuba.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Che Mid,

Memang, dah macam kita pulak yang berhutangkan.

werdah berkata...

Assalamu'alaikum Ani

Semoga Ani sihat di sana, dan semoga dipermudahkan segala urusan.

Nabi SAW bersabda yang maksudnya: Barang siapa yang meminjam harta orang lain dengan niat ingin mengembalikannya, Allah akan mengembalikan pinjaman itu, namun barang siapa yang meminjamnya dengan niat ingin merugikannya, Allah pun akan merugikannya. (riwayat al-Bukhari).

Entah dalam kategori manakah yang berhutang tu kann hanya dia sahaja yang tahu niatnya. Semoga Allah memberi taufiq kepadanya.

ajumohit berkata...

Kak, kene kuat smgt nk mulakan tindakan tu, dia yg bhutang tp buat bodoh je, doakan mg hatinya terbuka utk byr blk hutg akak, geram sy dgr

putrylady berkata...

Assalamu'alaikum kak.
Sabar banyak2.
Arwah bonda saya dulu pun macam kak ani juga.
Hutang yang terakhir dibayar selepas 4 tahun ketiadaan bonda.
Beri salah...tak beri pun serba salah.
Dua2 tindakan pun boleh jadi putus saudara...
Wallahu'alam.

Kakzakie berkata...

Assalamualaikum Kak Ani,

Rasanya kalau kita menagih hutang yg memang hak kita tidak salah. Kalau dulu dia pinjam tak malu, sekarang giliran kita jumpa padanya bertanya bila nak pulang? Jangan ada rasa malu kak...

JunAina berkata...

kak ani...

aina pun macam tu, hati ni cepat sangat cairnya, cepat sangat kesiankan orang...

kalau adik, abang atau kakak memang aina niat sedekah jelah...tapi kalau dia pulangkan aina ambik coz kemudian hari pasti dia akan minta lagi dan aina guna duit yg sama utk pinjamkan...kalau ribu2 tak mampu kot...

iza berkata...

Assalam..
Bersabarlah...
Saya pun rasa malu nak minta hutang walaupun itu duit kita..

Cikli berkata...

dalam Islam, hutang kena tulis dan ada saksi, tanpa riba.

insyaAllah, terbuka hatinya untuk membayar.

missgee berkata...

Kak,
Masa minjam ayat manis2 belaka..
Lepas tue hilang ntah ke mana..
hurmmmm..

P/s: tak kasi pinjam kesian pulak..huhuhu

Abd Razak berkata...

Assalamualaikum...

Benar apa yang dibicarakan Cikli..

Kadangkali ujian begini mengukur tahap keimanan kita..

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Kak Werdah,

Semoga akak sihat. Saya di sini sihat juga. Alhamdulillah.

Tulah kak, saya rasa serba salah dalam keadaan ini. Saya harap Allah berikan saya petunjuk apa yang harus saya buat.

Seboleh2nya saya tak mahu hubungan silatulrahim antara kami dengan sahabat handai dan saudara mara terputus. Tapi mereka tidak memahaminya.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Aju,

Itu doa akan semoga mereka dimurahkan rezeki dan membayar hutang berkenaan.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam PutriLady,

Kalau ada yang tahu dan ingat tentang hutang berkenaan, bolehlah dituntut, kalau tidak juga mahu dibayar, terserahlah kepada Allah memutuskannya.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Kakzakie,

Semoga saya ada kekuatan untuk melakukannya.

Kunang-Kunang berkata...

Aina,

Betul tu, kalau tak banyak bolehlah dilupa2kan. Tapi kalau dalam jumlah yang banyak sedeh juga.

Inilah dugaan Allah pada akak, agaknya.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Iza,

Tulah yang payahnya.

Kunang-Kunang berkata...

CikLi,

Yer betul tu dalam Surah Al Baqarah Ayat 282. Allah menyuruh kita mencatitkan mengenai hutang yang diberikan di hadapan saksi.

Tapi tulah, taklah pulak tergamak nak buat macam tu.

Kunang-Kunang berkata...

Gee,

Silap2 boleh putus kawan dan saudara.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Saudara Abd. Razak,

Semoga saudara sihat.

Itulah sifat kita ni, tak tergamak nak melakukannya.

Tau taklah sdr Abd Razak, saya selalu diuji Allah dengan perkara2 macam ni dari semenjak muda lagi.

Alhamdulillahnya saya belum lagi menguji mereka ini termasuk saudara mara sendiri untuk meminjam daripada mereka pula. Buat masa ini Allah masih memberi saya rezeki yang mencukupi.

Tapi tulah, pinjam tetap pinjam. Kalau nak minta dihalalkan pun beritahu kita.

ariana's berkata...

Assalamualaikum. Memang kita berada dalam situasi serbasalah, bila kwn atau sesiapa minta tlg nak pinjam wang ni, dan bab nak membayar tu lah yg selalu liat..,kita pulak segan nak minta balik..tak halalkan, kita pun bersabit sama di akhirat nanti..mmg usah jg ye Kak..:)

a.z.r.i.n.a.03.07 berkata...

Salam Kak Ani,

Nak biarkan sakit hati, nak cakapkan tak sampai hati..


Teringat kes yang sama kak.. Dah 10 tahun lebih berlalu. Batang hidung pun tak nampak.Pernah jumpa tapi kata nak bayar bila ada projek baru. RM4500 tu macam takde benda pada dia.

Nasib baik bukan jodoh saya dengan dia. Syukur sangat.

littlehumblelynn berkata...

kak ani ;

saya baru2 ni sejak 2 tahun lepas niat nak mintak hutang asyik bertangguh.
adik ipar pinjam duit masa dia nak kawin dkt 9k..janji nak bayar lepas kwn..
baru2 ni kami nak pindah rumah..banyak nak pakai duit..dgn muka x malunya saya mintak jugak..baru dpt 3k..janji dpt..

inipun saya akan terus tanya spy dia tahu malu & akan cuba bayar duit kami..

ini duit simpanan utk anak2 kami..sng2 org pakai..xde t/jwb nak bayar

nasihat saya- kena mintak & terus-terang kak..

org mcm ni kita x leh bg muka :(

white rose berkata...

salam kak ani...

insya'Allah, Allah dengar rintahan hambaNya...

ambil la masa yg sesuai tuk bertanyakan hal ini...

MulutPayau berkata...

Assalamualaikum kak...

saya pun mmng TERKENA dgn orang2 macam ni...kadang2 pelik jugak..kenapa kita sndiri tak serik utk beri pnjam..sdngkan tahu orang tu susah nak bayar...

Norsha berkata...

salam ziarah kak,
begitulah manusia....

ibundo berkata...

salam ani,
begitulah lazimnya. Masa meminta, macam2 janji dibuat. Bila dah dapat, buat muka tak ada perasaan bila jumpa kita. kpah pun dah banyak kali terkena. Tak bagi, kesian. Lagipun hati tu berkata-kata takut Allah tarik balik nikmat yang diberi kalau kedekut sangat nak memberi pada orang yang amat-amat memerlukan. Tapi bila dah diberi, diorang buat macam tak pernah berhutang pada kita. Mungkin Allah nak tunjuk yang kita ni perlu mempunyai perasaan sabar dan kalau yang kita beri itu memang rezki kita, dapatlah kita rasa balik.
Pernah seorang sedara datang ke opis hasben menangis-nangis minta pinjamkan duit. kebetulan hasben baru terima beberapa jam sebelum itu duit royalti buku sebanyak dua ribu. Macam tahu2 je sedara ni hidu duit. Dia perlukan dua ribu. Sebab tengok dia menangis sakan, hasben bagi jugalah. Bertahun kalau jumpa dia buat muka tak bersalah. Tapi setelah hampir sepuluh tahun, beberapa bulan lepas dia datang hantarkan duit dua ribu yang dia pinjam tu. Tak tahu kenapa tiba-tiba dia nak bayar.
Sebelum tu hasben kakpah cakap.. kalau dia bayar aku ambek. Kalau tak bayar aku kira halal je.

Macam tu lah. Mulut kita ni kalau nak minta hutang memang macam kena kunci.

eh.. panjang pulak becakap.
salam jumaat ani..

sal berkata...

kak kunang2..
begitulah adat manusia..
saya pun pernah melepaskan org drp utang..

smpai skrg tak nampak pun dtg berterimakasih..ke ,apalah nak sebut bayar..

begitulah adat manusia yee..

kini...
tak nak ingat2..
dan kdg2 Allah bgi rezki yg lebih drp yg telah dikeluarkan...
seterusnya, kepada Allah mohon berserah, dimurahkan rezki kita, itu jee yg sentiasa dipohon..