Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Jumaat, 1 Julai 2011

Apa Dah Jadi Dengan Saya

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ



Assalamualaikum pada semua rakan-rakan di hari Jumaat yang mulia ini. Semoga rakan-rakan semua sentiasa diberkati Allah. Pagi ni bila saya duduk sorang-sorang, saya terkenang hal-hal yang berlaku kepada saya semalam.

Semalam hari yang serba tidak kena kepada saya. Mana tidaknya, pagi semalam ketika saya dan suami ke Meru kami mengambil masa dekat 3 jam baru sampai ke Meru. Ini akibat saya terlelap sekejap dan suami pulak terlepas jalan biasa. Lepas hampir 3 jam pusing keliling, dan bayar tol dua kali, tak tahu tol mana, yang saya nampak satu darinya tol Kapar, baru kami tiba di simpang Taman Bukit Raja. Pada hal dah berpuluh-puluh kali ke sini. Tak pernah sesat.

Balik dari Meru dengan barang sarat dalam kereta, saya singgah dikedai yang jual ikan dan sayur serta barang-barang keperluan rumah. Kedai ni tak jauh dari rumah saya. Semasa melangkah masuk ke kedai, ketika itu terdengar riuh rendah dengan suara gadis-gadis indon yang baru balik dari kerja sedang membeli belah. Mereka bercakap dalam bahasa yang saya tak faham dan ditambah dengan gelak tawa yang kuat seolah-olah kami tak ujud dalam kedai tu. Tiba-tiba saya rasa tak selesa.

Ketika membayar pun masih dalam suasana bergurau senda. Minta itu free, minta ini percuma pada tuan kedai tu (budak muda orang kita) dengan suara mengada-ngada. Kalau boleh semua nak free. Walaupun tuan kedai berkali-kali kata "tak boleh, tak boleh", saya nampak mereka selamba jer masukkan limau kasturi 3, 4 biji, free.

Satu lagi saya perhatikan, mereka ni selamba jer beri bayaran yang kurang pada tuan kedai. Contohnya kalau jumlah kesemua belian mereka RM3.50. Selamba jer beri RM3.00 dan terus berlalu tanpa peduli penjual tu meminta-minta bakinya. Dalam hati saya berkata "tak tau halal haram ker mereka ni."

Rupanya kebetulan hari tu tuan kedai tu sedekahkan roti kepada semua pelangganya, saya pun dapat jugak. Tiba-tiba kumpulan gadis-gadis indon yang dah keluar dari kedai tu tadi datang semula meminta roti percuma. Mereka kata, ada antara mereka yang belum dapat. Penjual tu pulak beria-ria kata dah beri. Namun mereka meminta juga tanpa malu pada kami yang masih beratur untuk membayar. Saya pulak yang rasa malu tengok gelagak mereka ni.

Keluar dari kedai saya terus ke kereta. Ketika membuka pintu belakang kereta untuk letak barang-barang yang dibeli, baru saya perasan, belakang kereta penuh. Saya terus beritahu suami yang menunggu di dalam kereta, mungkin dengan suara kuat, tanpa sedar "tak boleh letak, banyak barang".

Tiba-tiba saya dengar ada orang bersuara "Ok, ok saya sekejap jer ni, nanti saya gostan". Baru saya perasan rupanya ada seorang perempuan di kereta sebelah yang kebetulan menunggu anaknya dari kedai. Dia parking kereta dia memang agak rapat dengan kereta saya tapi saya masih boleh membuka pintu kereta.

Sepantas kilat saya kata "tak, tak, saya kata kereta saya ni, belakang dah penuh tak boleh letak barang lagi". Pemandu perempuan tu macam marah, terus gostan kereta dia sambil menjeling belakang kereta saya yang memang sedang sarat.

Saya rasa terkilan, takut dia ingat saya sindir dia, tapi saya tak berniat langsung. Semoga dia tidak salah sangka pada saya.

Saya kena mengajar hati supaya tabah dan sabar dengan kerenah orang lain. Lagi satu nak bercakap pandang sekeliling dahulu.

21 ulasan:

gadisBunga berkata...

kadang-kadang benda macam ni memang tak sengaja terjadi. bukan salah auntie pun. takpelah...kalau org nak salah faham takde apa yg kita boleh buat sebab kita dah explain...

AI berkata...

- saya juga perlu belajar bersabar...susah nyerr...

hani@debumelukut berkata...

macam tu lah kita, kadang2 rasa nak tengking jer org yg tak ada adap sopan nih...tapi bila di fikir2, biarlah mereka asal jgn kita..jgn anak2 kita yg macam tu.

sal berkata...

dia silap pendengaran...
tak pelah..bukan niat kita ,kan..

MulutPayau berkata...

Mmng meluat dgn prangai bdak2 yg mngada2 mcm ni....kat mana2 pun ada prngai mcm ni...kena sntiasa sabar, kalau tak mcm2 boleh jadi...

NaeBlog berkata...

Orang itu salah dengar... tapi kita pasti rasa tidak sedap hati kerana dia sudah salah sangka...sedangkan kita tidak terniat pun...kan?

a.samad jaafar berkata...

salam buat akak yg dihormati..

memang adakala berlaku kekalutan dalam hidup kita..kita gagal mencari puncanya.. saya sedar sejak lama.. dan kerana kekalutan kita itu, menimbulkan kekalutan2 yg lain pula.. bukankah hidup ini penuh keanehan ??

Syimama berkata...

salam kak... kadang2 terjadi perkara sebegitu tanpa disengaja, tapi kita asyik rasa bersalah. Moga itu muhasabah diri dan tidak memudaratkan diri.

Cikli berkata...

lain orang lain hatinya.

Che Mid berkata...

Salam, Perbuatan kita menjadi tambah tak kena bila hati tiba-tiba berdebar-debar. Mula terfikir yang bukan bukan..

Che Mid berkata...

Salam, ke Meru tu di mana ya.. CM pun orang sana juga..

Kunang-Kunang berkata...

GB,

Akak selalu rasa bersalah takut orang salah anggap pada kita. Makan masa juga untuk melupakan.

Kunang-Kunang berkata...

Al,

Memang susah untuk mengajar hati supaya sentiasa bersabar.

Kunang-Kunang berkata...

Cikgu Hani,

Kadang2 kita rasa tak senang bila ada orang yang lupa diri di mana mereka berada.

Tapi bak kata orang "biarkanlah asal mereka bahagia".

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Sal,

Moga2dia berkecik hati dan maklum maksud saya.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam MP,

'Dia orang' ni memang dah lupa diri.

Kunang-Kunang berkata...

Naeblog,

Salah faham tu yang kita takutkan.

Kunang-Kunang berkata...

Waalakumussalam,

Betul tu kerana satu kekalutan yang tidak disengajakan menjadi apa yang kita lakukan berterusan kalutnya.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam syimama,

Yer itulah mungkin Allah yang menyedarkan akak supaya lain kali pandang kiri kanan dulu, maksudnya berhati2 dalam apa jua pekerjaan yang kita lakukan.

Kunang-Kunang berkata...

CikLi,

Betul tu, hati manusia tak serupa.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Che Mid,

Akak senang rasa bersalah bila terjadi sesuatu yang akak rasa boleh menyinggong orang lain.

Akak ke Meru di salah satu kilang di sana, urusan suami.