Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Ahad, 3 Julai 2011

Al Fatihah Untuk Almarhumah Kak Yam Dari Blog 'Life as Pensioners'

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Baru petang ni saya dapat singgah di Blog saya ni.

Innalillahiwainnailaihirojiun. Saya diselubungi rasa sedih bila terbaca N3 terbaru di blog saudara zulkbo mak-cik-yam-dalam-kenangan-al-fatihah. Saya juga singgah di Blog Puan Shima dan dapatlah cerita yang lebih jelas.

Alfatihah untuk Almarhumah Kak Yam (panggilan saya pada Mak Chik Yam) dari blog Life as Pensioners. Semoga Almarhumah dimasukkan ke dalam golongan orang-orang yang dikasihi Allah. Takziah untuk Abang Mad (suami almarhumah) dan keluarga. Semoga tabah dengan ujian Allah ini.

Saya rasa kehilangan seorang kawan yang amat pengasih. Walaupun tidak pernah bersua muka dengan almarhumah tetapi melalui ulasan-ulasan yang almarhumah catatkan di blog saya dan melalui pembacaan N3 Blog almarhumah, saya dapat rasakan bahawa almarhumah seorang yang pengasih dan baik hati.

Tulisan terakhir almarhumah kak yam pada saya di shout box almarhumah

22 ulasan:

Amie berkata...

Assalam Kunang-Kunang,
mudah2an rohnya dicucuri rahmat...al-Fatihah.

ajumohit berkata...

innalillah kak..semoga rohnya dicucuri rahmat...

AI berkata...

- moga dia bahagia di sana...

ibundo berkata...

ya.. kita pula entah bila. Alfatihah buat kakyam. Semuga rohnya aman di sana.

MulutPayau berkata...

Al-fatihah utk arwah ...smoga rohnya dicucuri rahmat..

MulutPayau berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Ann Huda (Ate) berkata...

Moga Makcik Yam ditempatkan di kalangan org2 yg briman dan keluarga yang di tinggalkan dikurniakan Allah ketabahan dan kesabaran.

Pagi smlm Ate terima sms ttg pemergian anak seorang teman yang baru berusia beberapa hari. Satu-satu Allah ambil, tak kira tua atau muda. Mg bila tibanya masa kita kembali kepada Sang Pemilik, akhirnya kita itu dalam husnul khatimah.

Ros Illiyyuun berkata...

Salam...

Semoga ruh al-marhumah di tempatkan di kalangan mukminat solihat. Ameen.

Miecyber berkata...

Al Fatihah...

Terkejut saya apabila membaca entri Kak Nim ini.

Arwah semasa aktif berblogging dahulu adalah salah seorang pengunjung tetap ke blog saya.

Saya betul betul terkejut...


Menambah Trafik Dengan Oh!Belog

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Amie,

Sama2lah kita sedekah Alfatihah kepada roh almarhumah semoga dimasukkan kedalam golong orang2 yang solihah.

Kunang-Kunang berkata...

Ate,

Ujian Allah tidak kita ketahui bila dan di mana. Semoga mereka yang diuji dengan ujian kematian begini tabah.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Ros,

Terima kasih atas ejaan almarhumah. Silap baris.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam

Aju,
Al,
MP,
Kak Pah,
Mie

Sama-samalah kita doakan semoga almarhumah dimasukkan ke dalam golongan orang2 yang dikasihi Allah.

white rose berkata...

salam kak ani...
moga2 sehat dan berada dibawah Rahmat Allah...

takziah buat keluarga almarhumah kak yam...

moga Allah mencucuri rahmat kepada allahyarhamah...

Cik SHiNJU berkata...

Al-Fatihah..
Takziah buat keluarga Allahyarhamah..

aby berkata...

salam k hanim,
alfathihah utk k yam,
semoga rohnya ditempatkan bersama sama org yg soleh ...

hani@debumelukut berkata...

selalu dgr berita kematian orang2 yang hampir sebaya ni..hari kita entah bila dan bagaimana nasib kita nanti hanya Tuhan yg tahu,,AlFatihah buat arwah Kak Yam.

Cikli berkata...

alFatihah

Kunang-Kunang berkata...

White Rose,

Terima kasih atas doa White Rose tu semoga begitulah juga pada WR dan keluarga,

Kunang-Kunang berkata...

Cik Shinju,

Terima kasih sudi singgah.

Cikgu Hani,

Begitulah kita yang hidup ni, kematian pasti tiba cuma bila dan di mana Allah yang menentukannya.

Wak,

Sedih yer, hanya doa dan fatihah sajalah yang dapat kita iringi pemergian kawan-kawan kita.

zulkbo berkata...

salam..
moga Allah menempatkan
arwah di kalangan mereka
yang solehah di sana..
Al-Fatihah..

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Saudara Zulkbo,

Terima kasih sudi singgah dan follow blog saya.

Hanya doa dan kirimkan Al-Fatihah yang dapat dikirimkan untuk almarhumah.