Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Selasa, 21 Jun 2011

Sayang, Jangan Tidor Selepas Subuh

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ



Orang-orang tua kata, tidor sehingga matahari melangkah kita menyempitkan rezeki. Mesti ada yang kata, "ala rezeki aku dah tetap sebab makan gaji, lainlah orang berniaga.". Tapi kita kena ingat rezeki bukan bermaksud duit saja malah kesihatan yang baik juga dikira rezeki.

Sebenarnya tidur selepas sholat subuh tu tak adalah dalil yang mengatakan berdosa tapi cuba fikir, kalau kita bangun lambat, nak makan nasi lemak untuk sarapan, kemungkinan nasi lemak kesukaan kita dah habis terjual. Penjual nasi lemak pun dah balik.

Menyambung tidur selepas Subuh, sememangnya tidak digalakkan. Rasulullah s.a.w. tidak tidur selepas menunaikan solat subuh kerana Allah memberkati umat ini yang berpagi-pagi, seperti satu hadith yg berbunyi, maksudnya Ya Allah, berkatilah umatku yang berpagi-pagi [Diriwayatkan at-Tirmizi, Abu Daud dan selainnya]. Untuk itu, para fuqaha' memakruhkan tidur selepas solat subuh.

Telah thabit dari Nabi bahawasanya Baginda berdoa kepada Allah supaya memberkati umatnya yg berpagi-pagi, sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ashab as-Sunan yg empat dan Ibn Hibban dalam Sahihnya, Nabi melewati anaknya Fatimah r.ha yang sedang berbaring pada waktu Subuh, maka Baginda bersabda, maksudnya:

Wahai anakku, bangunlah dan hadaplah rezeki Tuhanmu, dan janganlah engkau jadi dari kalangan org yang lalai, sesungguhnya Allah membahagikan rezeki manusia di antara terbit fajar hingga terbit matahari.' (Diriwayatkan al-Baihaqi)

Berkata Nabi di dalam hadith yg diriwayatkan oleh at-Tabarani di dlm al-Awsath. maksudnya:

Berpagi-pagilah (subuh) dalam mencari rezeki, sesungguhnya berpagi-pagi itu adalah berkat dan kejayaan.'

Oleh itu para fuqaha' menetapkan kemakruhan tidur selepas solat Subuh, dan dinukilkan oleh Imam as-Safarini mengenai kemakruhan tidur selepas solat Subuh dan Asar:

'Dimakruhkan tidurmu -wahai mukallaf- selepas solat Subuh, kerana waktu itu adalah waktu mencari rezeki dan berusaha (syara' dan 'uruf) di sisi org yg beraqal.'

Disebutkan ulama' bahawa tidur selepas solat Subuh adalah makruh, dikecualikan dari kemakruhan ini adalah mereka yg berjaga malam utk qiyam dan sebagainya.

Tidak salah tidor selepas subuh tetapi adalah paling afdal jika kita memanfaatkan waktu itu dengan berzikir, membaca alquran dan lain-lain majlis ilmu. Sesunggunya waktu pagi ialah waktu yang penuh berkat.

35 ulasan:

iza berkata...

Assalam..
Perkongsian ilmu yg bagus utk peringatan diri...terima kasih..

Che Mid berkata...

Salam, CM pun tak gemar tidur lepas tidur.. tetapi selalu terlelap sekali bila susukan Deeja.. he he

gadisBunga berkata...

nasib baik saya jenis tak gemor tidur balik lepas solat subuh.

penah terbuat, tapi lepas tu badan lesu tak ingat!

sal berkata...

sya pun dengar begitu..jgn tidur semula apb waktu pagi menjelma kerana rezki...

terimakasih atas imformasi..

Zaitun berkata...

Salam ziarah.

AI berkata...

- peringatan buat yg selalu lupe...

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam iza,

Kita cubalah untuk mengelakkan sesuatu yang tidak digalakkan dalam agama kita walaupun ianya tidaklah berdosa.

Kunang-Kunang berkata...

Che Mid,

Kak ani pun kadang2 tu selepas sholat subuh kuatkan jugak untuk membaca alquran, kadang2 tu Ya Allah tak boleh nak bukak mata.

Kalau mengantuk saja tak aper, kadang tu diikut oleh sakit kepala, tulah kadang2 tu terlelap jugak sekejap.

Kunang-Kunang berkata...

GB,

Bagus tak ajar diri tidor selepas subuh, terutama anak gadis.

Kunang-Kunang berkata...

Sal,

Memang dulu2 mak selalu larang tidor meninggi sebab susah dapat rezeki katanya.

Kunang-Kunang berkata...

Al,

Saling ingat mengingat antara kita.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Zai,

Terima kasih sudi singgah blog akak ni.

sonata anak kancil berkata...

salam...biasanya sy tak tidur lepas subuh...cuti @ hari berkerja...kdg2 dah plan - esok cuti bolehlah tidur semula...tp dah biasa tak tidur - tak tidurlah juga...Arwah ayah pesan - jangan tidur lepas subuh @ matahari dah terbit - pendek rezeki!walahualam

Cikli berkata...

tarikan tilam pada hari cuti amat kuat.

ibuintan berkata...

arwah mak saya pun pantang sangat anak2nya tidur semula selepas subuh... pendek rezeki katanya

Ati Masrif berkata...

salam kak

ati mmg tak suka tido waktu pagi
nanti kerja melambak2 tak buat :)

Hjh Noralenna Abbas berkata...

Kalau mengantuk, buat senaman, biar badan cergas. Tapi kalau bulan puasa, lepas subuh nak tidur..letih amat agaknya.

Syimama berkata...

Untuk yang dewasa mungkin panjang fikiran, masalah bagi anak yang baru naik ni ... zaman sekarang ni, malam tak tidur, menjelang subuh baru nak tidur. Bangun solat subuh, sambung tidur. Pagi jadi malam, tengahari jadi pagi ... tu sebab masa tak cukup.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Sonata,

Itulah, apa yang mak ayah kita larang tu ada sebabnya, cuma masa tu kita kurang bijak sikit, jadi kita selalu tertanya2, betul ker larangan tu.

Kunang-Kunang berkata...

CikLi,

Betul tu Cikli, sebab cuma pada hari cuti dapat tidor lebih sikit. Itu pada yang lebihkan tidor. Pada yang lain menunggu hari cuti kerana banyak kerja dapat dibereskan bila hari cuti.

Kunang-Kunang berkata...

Ibuintan,

Dulu-dulu masa akak kecik dulu pun jarang tidor meninggi hari walaupun hari cuti kerana pada hari cutilah kena mengaji quran 2 kali, pagi dan petang.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Ati,

Betul tu Ati, kalau kita mulakan kerja selepas subuh banyak kerja yang kita boleh selesaikan.

Boleh siapkan sarapan pagi awal2 lagikan.

Kunang-Kunang berkata...

Hajjah Nora,

Terima kasih sudi singgah.

Sebenarnya rasa saya, tidor meninggi hari ni akibat kebiasaan, kalau tak biasa mahu pening kalau bangun tidor meninggi hari.

Kawan saya ada kata, kita boleh tidor sekejap di sebelah pagi sementara matahari naik. Iaitu sementara menunggu untuk waktu sholat dhuha.

Kunang-Kunang berkata...

Syimama,

Tak apa, perlahan-perlahan kita aturkan perjalanan tidor mereka.

a.z.r.i.n.a.03.07 berkata...

Terima kasih kak.


Kengkadang terlelap jugak kak. Bila terjaga dah jam 8. Kelam-kabut saya dibuatnya.

Mutiara Bernilai berkata...

terima kasih kak,,

hu, aritu migrain, xbley tdo malam,
so tdo skejap lepas subuh,,then pkul 7 bangun semula..siap bkerja,,

Kakzakie berkata...

Assalamualaikum Kak Ani,

Kalau hari kerja memanglah tak tidur balik sebab mana ada masa. Tapi kalau cuti mata ini nampak tilam-bantal macam menggamit pulak. Walau tidak tidur mesti berbaring-baringan.

Miecyber berkata...

Peringatan yang baik untuk diri saya...

SMS provokasi
Fenomena langit merah

littlehumblelynn berkata...

salam

mmg selalu mak saya sebut...sbbnya sy rasa kalo tido pas subuh akan terlajak tido lama sgt...

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Mutiara,

Orang tak sihat ni segalanya dikecualikan melainkan sholatkan.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Reen,

Yerlah Reen, sebagai manusia macam tu keadaan kita. Kadang2 okey, kadang2 tersasul juga.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Kakzakie,

Bulan puasa pun macam tukan, bangun awal untuk sahor, tunggu pulak subuh, ada ketika tu bangun lebih awal untuk ibadat lain, lepas sholat, mata memang tak tertanggung lagi.

Kunang-Kunang berkata...

InsyaAllah Mie.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Lynn,

Orang tua selalu inginkan yang terbaik untuk anaknya kan. Itulah sebabnya ibu kita selalu mengingat2kan apa yang patut dan tak patut.

Tanpa Nama berkata...

Klu mengantuk sgt nk buat camne??