Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Khamis, 23 Jun 2011

Pemandangan Seperjalanan

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Pagi semalam selepas sarapan pagi, saya keluarkan ikan dan ayam dari peti ais. Hajatnya nak masak untuk makan tengahari. Dah banyak hari asyik makan tengahari di luar.

Tapi semalam juga seharian saya rasa keletihan. Selepas menyiapkan kerja-kerja rumah yang sepatutnya, saya baring-baring sambil membaca hingga menjelang waktu zohor. Tengahari semalam, kami cuma makan roti. Lepas zohor, saya baring lagi. Badan rasa melepek sangat. Lepas Azar barulah saya rasa segar sedikit dan dapatlan saya singgahkan beberapa blog rakan-rakan.

Pagi ni rasanya agak segar sedikit. Tapi tak ada perkara yang nak dijadikan N3 baru, jadi kali ini saya pastekan beberapa gambar yang saya ambil semasa dalam perjalanan ke Kota Bharu sehingga sampai ke kampong saya.







28 ulasan:

kakcik berkata...

Maha Suci Allah yang menjadikan segala keindahan. Sukanya saya menatap pandangan yang indah itu. :)

Amie berkata...

assalamualaikum,
lama tak singgah sini...apa khabar.., alam ini memang sgt indah terutama bagi yang sentiasa melihat dengan penuh rasa kesyukuran.

Zaitun berkata...

Salam...tengok laut tenangnya jiwa,pandang pula masjid...Subhanallah...

sal berkata...

clear betul gambar..

saya memang suka tengok pemandangan laut dan langit .. begitu tenang dan mendamaikan..

tengok alam tu, akan teraslah betapa kecilnya diri kita...

ajumohit berkata...

tenang rasanya menikmati alam ciptaan Allah kan kak

Abd Razak berkata...

Assalamualaikum Kak Ani...

Moga kakak sihat sejahtera hendaknya serta dikurniakan kekuatan untuk beribadah kepada Allah Taala..

Cantik sungguh pemandangan perjalanan kakak ke kampong..subhanallah

Miecyber berkata...

Pemandangan yang menarik....

Robot Orang Gaji

maiyah berkata...

assalam..

apapun mmg indah melihat laut yg terbntang luas

MulutPayau berkata...

cantiknya pemandangan ni....

ibuintan berkata...

as salam kak ani... moga sihat

pemandangan alam ni kalau kita hayati memang mengasyikkan

shameel Iskandar berkata...

Assalamualaikum Kak.
Pemandangan yg menarik. Di atas bumi yg menadah dan di bawah langit yg meneduh, kita dihidangkan dgn kekuasaan Allah. keindahan yg dibicarakan oleh alam yg terhampar dan terbentang.

aby berkata...

salam k hanim ..
rasanya tk cukup menatap gambo2 tu ..
kena paste lebih lg ..
suma nya menarik ..
tenangkan jiwa ..

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Kakcik,

Terima kasih sukakan gambar2 tu.

Kunang-Kunang berkata...

Terima kasih Amie luangkan masa singgah.

Keindahan alam selalunya tidak kita sedari bila kita sudah di dalamnya, cuma orang yang mendatang yang perasan kecantikkannya.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Zai,

Mungkin sebab akak ni membesar di perkampong yang berhampiran pantai menjadikan akak selalu kagum dengan kecantikan laut dan pantai.

Kunang-Kunang berkata...

Sal,

Gambar2 ni saya ambil menggunakan h/set saja.

Melihat laut ketika dia tenang memang boleh menenangkan jiwa.

Kunang-Kunang berkata...

Aju,

Terima kasih.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Saudara Abd Razak, semoga saudara sihat.

Begitulah alam ciptaan Allah. Mungkin orang setempat tidak merasa keindahannya cuma pada kita yang lalu sekejap ni yang dapat merasakan keindahan alam ni.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Maiyah,

Laut yang terbentang sejauh mata memandang selalu mengkagumkan kak ani juga.

Kunang-Kunang berkata...

MP,

Terima kasih.

Kunang-Kunang berkata...

Mie,

Terima kasih.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Ibuintan,

Betul, apa lagi kalau direnung dengan mati hati. Hebatnya Allah sebagai Pencipta.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam shameel,

Betul tu. Allah suruh kita berjalan dan melihat ciptaannya untuk menyedarkan kita betapa Allah Pencipta yang Agong.

Kunang-Kunang berkata...

Wak,

Terima kasih.

Cikli berkata...

pantai timur sungguh indah.
harap rakyatnya juga berpekerti begitu sentiasa.

ibundo berkata...

salam jumaat ani,
semuga jumaat ini lebih baik daripada jumaat yang lalu.

Kunang-Kunang berkata...

CikLi,

Itulah juga harapan kita.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Kak Pah,

InsyaAllah, mudah2an hidup kita semua sentiasa diberkati Allah.