Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Isnin, 27 Jun 2011

Lambaian Menghijau

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ



Sebahagian dari pekan Slim River


Sabtu lepas saya ke Slim River. Lama tak jumpa adik saya di sana. Dia tinggal di Kampong Kledang. Untuk tiba ke rumah adik saya, kami kena merentasi ladang kelapa sawit (ladang SKC).

Kampong Kledang ini terletak agak jauh dari dari bandar Slim River. Penduduknya selain melayu, cina dan india ada juga terdiri dari orang-orang asli. Di sini hanya ada sekolah rendah. Anak-anak kampong Kledang dan kawasan persekitaran yang bersekolah menengah terpaksa ke Slim River untuk bersekolah. Pagi-pagi dah terpaksa ke sekolah dengan menaiki bas sekolah.

Anak-anak saudara saya pula dimasukkan ke asrama oleh adik saya bila mereka masuk sekolah menengah (asrama untuk penduduk pendalaman). Ini adalah untuk memastikan mereka betul-betul bersekolah.

Sekarang ni untuk ke Kampong Kledang tak seteruk dahulu. Jalanraya dah elok. Jambatan pun dah dibuat jambatan baru mengantikan jambatan kayu yang berlubang di sana sini. Dulu setiap kali kami melalui jambatan kayu yang buruk tu, hati sentiasa berdoa semoga Allah lindungi kami dari berlaku sesuatu yang tidak diingin.



Sepanjang perjalanan ke rumah adik saya, diiringi dengan lambaian daun-daun kelapa sawit yang menghijau dan luasnya sejauh mata memandang. Keluar saja dari kawasan Ladang berkenaan, kita akan bertemu dengan kampong Kledang.



Rumah-rumah ni merupakan bekas rumah pekerja-pekerja ladang kelapa sawit SKC yang sudah tidak gunakan lagi dan dijual kepada penduduk-penduduk kampong. rumah-rumah ini dah diubahsuai mengikut kemampuan.

Selepas kawasan perumahan nilah terdapat banyak rumah-rumah yang dibina sendiri oleh penghuninya dengan membeli tanah disitu. Rumah-rumah ni berbentuk dan bersaiz mengikut kemampuan tuan punya rumah. Adik saya juga membeli tanah dan membina sendiri rumahnya. Pada saya Kampong Kledang ni cantik dan tenang.

Bila saya ke Slim River dalam perjalanan balik mesti singgah di Tanjung Malim. Saya suka ke kedai pakaian disitu. Di kedai tu saya suka beli baju kaften. Harganya taklah murah sangat cuma materialnya jenis yang tidak mengecut lebih kurang sama kualiti dengan kaften yang saya dibeli di Terengganu dan Kelantan. Kaften-kaften ni buatan indonesia. Saya suka beli Kaften cap Anggerek Cap lain saya tak tahu kualitinya.

16 ulasan:

Kakzakie berkata...

Assalamualaikum Kak Ani,

Tengok pokok kelapa sawit macamlah kebun bapak kakak. Kalau ke belakang rumah bapak kakak tak sampai 10 minit boleh jumpa banyak pokok kelapa sawit. Sejuk sebab banyak angin.

Brand baju pun Kak Ani dah tahu yg mana selesa ye:)

Abd Razak berkata...

Assalamualaikum Kak Ani..

Moga Kak Ani sihat hendaknya..

Jauh perjalanan luas pemandangan..

Kamsiah berkata...

salam
saya pernah ke slim river...bermalam dirumah kawan suami...malam hari..cuaca sejuk yg amat...ada sungai yg cantik dan jernih...ada kebun durian...tu part paling best hehe

Zaitun berkata...

Ayah dan kakak saya juga pernah tinggal di Slim river tapi sekarang tinggal kenangan.

sal berkata...

sesekali jumpa keluarga seronok kan..

klu dikg saya, biasanya harga pakaian agar lebih murah berbanding di bandar..sebab itu klu balik kg, ambilpeluang utk tentu membeli belah keperluan pakaian, jika bawa duit lebih....

cikguden berkata...

shopping raya ke

Pn Kartini berkata...

Assalamualaikum kAk Ani:)

MOga akak sihat2 di sana dan dilindungiNya selalu:)

ermmm...memang tak pernah sampai lagi slim river niihh...huuhu

mamawana berkata...

Lama gak tak gi Slim River.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Kakzakie,

Best yer hidup dalam suasana yang kehijauan ni.

Ha ha gelak akak, .brand. baju boleh ingat tu sebab takut terbeli yang jenis kain mengecut. Frust, rugi duit nanti.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Saudara Abd Razak,

Alhamdulillah akak sihat selain sakit biasa tulah. Semoga Abd Razak juga sihat.

Slim River ni lebih kurang 2 jam perjalanan saja dari Shah Alam ni tapi jarang ke sana.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Kam,

Rumah adik kak ani ni, jauh sangat dipendalaman.

Di persekitaran rumahnya tu adalah dua tiga pokok durian dan rambutan. Tak adalah kebun buah2an.

Kunang-Kunang berkata...

Zai,

Slim River dah membangun sekarang nikan.

Macam saya cerita dalam N3 sayalah dulu nak ke rumah adik saya, jalanya teruk, sekarang Alhamdulillah.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Sal,

Kampong Sal di mana.

Kata orang di Tanjong Malim ni boleh tahan harganya.

Kalau musim nak buka sekolah, penuhlah area ni dengan ibubapa beli keperluan anak-anak sekolah. Parking pun susah.

Kunang-Kunang berkata...

Cikguden,

Tak shopping raya, selalunya saya singgah di Tanjong Malim ni untuk beli 'kaften' saja, He he

Anak2 tinggal dua orang lagi yang belum bekeluarga, tu pun dah besar2 semua. Selalunya beri duit, mereka beli sendirilah keperluan mereka.

Saya pulak, mana ada baju2 kurung yang baru sebulan dua ditempah tu cukuplah. Untuk sholat raya. Orang tua.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Sis Tinie,

Semoga sis tinie sekeluarga berada dalam kesihatan yang baik.

Kak ani ke Slim River ni pun dalam setahun adalah dua tiga kali. rindu pada adik2 dan anak-anak saudara akak pegilah. Kesian adik dia tak ada kereta, susah nak datang.

Kunang-Kunang berkata...

Mamawana,

Semenjak ada Lebuhraya Guthrie ni untuk ke Slim River, dekat sangatlah.