Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Rabu, 29 Jun 2011

Jangan Kamu Kahwini.....

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Assalamualaikum pada semua rakan-rakan. Semoga dibulan Rejab yang penuh keberkatan ini Allah kurniakan kita dan keluarga keberkatan dalam hidup. Ketika saya menaip N3 ni di luar sana hujan sedang mencurah dengan lebatnya. Suasana sejuk dan nyaman.

Hari ini 27 Rejab. Di mana setahun sebelum Hijrah pada tarikh ini telah berlaku peristiwa Israk dan Mikraj. Semoga peristiwa2 yang berlaku ketika Israk Mikraj ini menjadi pengajaran dan panduan kepada kita didalam menjalani kehidupan.



Di pagi yang nyaman dalam bulan yang penuh berkat ini, saya ingin berkongsi pesanan Rasulullah s.a.w. kepada kaum lelaki yang diriwayatkan oleh Imam Al-Ghazalli. Walaupun pesanan ni untuk kaum lelaki tapi saya rasa ia baik juga untuk kita semua, pada yang belum tahulah yer. Pada yang dah tahu kira ulang tayanglah ni.

Sabda Baginda, maksudnya: "Jangan engkau kahwini wanita yang en...am, jangan yang ananah, yang mananah, dan yang hananah dan jangan engkau kahwini yang hadaqah, yang basaqah dan yang syadaqah".

1.Wanita Ananah : wanita yang banyak mengomen itu dan ini. Apa yang diberi atau dilakukan suami untuk rumahnya tangga semua tidak kena dan tidak berpuas hati.

2.Wanita Mananah : wanita sebegini yang menidakkan usaha dan jasa suami sebaliknya mendabik dada dialah yang banyak berkorban untuk membangun rumah tangga dan suka mengungkit-ungkit apa yang dilakukannya untuk kebaikan rumah tangga.

3.Wanita Hananah : Menyatakan kasih sayangnya kepada bekas suaminya, iaitu suami yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain. Ia juga berangan-angan mendapatkan suami yang lebih baik dari suami yang sedia ada. Dia juga merendahkan kebolehan dan kemampuan suaminya. Dalam kata lain wanita sebegini tidak bersyukur dengan jodohnya itu. Wanita yang sebegini mengkufuri nikmat perkahwinan.

4.Wanita Hadaqah : melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya selain itu wanita ini suka ikut nafsunya.

5. Wanita Basaqah : ada 2 makna:

Pertama wanita sebegini yang suka bersolek dan menghiaskan diri tapi bukan untuk suaminya sebaliknya untuk orang lain di luar rumah.

Kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagiannya.

6.Wanita Syadaqah : banyak cakap, tidak menentu lagi bising. Kebecokan itu juga menyebabkan segala kerja yang dibuatnya tidak sempurna.

Semoga dengan membaca pesanan Rasulullah s.a.w. ini kita (terutama saya) boleh memperbaiki diri mana yang terkurang.

37 ulasan:

endiem berkata...

tip yg berguna untuk orang yg belum kahwin.. Orang perempuan juga hendaklah juga jauhi sifat tersebut..

putrylady berkata...

Ingatan untuk diri sendiri.
Terima kasih kak ani, sudi kongsikan di sini.
Mudah-mudahan ALLAH pelihara kita para isteri daripada sifat yang tersebut. Amin.

AI berkata...

- moga terhindar dari sifat2 yg dinyatakan itu...

kakcik berkata...

Mudah2an suami kakcik tidak merasa terbeban beristerikan kakcik. Semoga juga kakcik akan sentiasa menyenangkan hati suami walaupun ada ketikanya sebagai manusia biasa, kakcik tak lepas dari sifat2 yang tidak baik.

Kakzakie berkata...

Sesekali kena tanya juga suami kita ada ke sesuatu yg kita lakukan membuat dia rasa kurang senang...

Kunang-Kunang berkata...

Endiem,
Tulah kak ani kata tips untuk semua, tak kira lelaki atau perempuan.

Kunang-Kunang berkata...

Samalah PutriLady,

Orang yang berumur macam kak ani ni pun banyak kena muhasabah diri dalam hal begini. Maklumlah dah lama hidup bersama, takut terjadi 'ambik mudah' pula.

Kunang-Kunang berkata...

Al,

Mudah2an kita tidak termasuk dalam golongan itu.

ajumohit berkata...

moga dijauhkan dari sifat2 sebegitu...susah nk mendidik jiwa kan kak

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Kakcik,

Mudah2an suami kita redha dengan kita yer kakcik.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam kakzakie,

Kita kena belajar redha dan bersyukur serta menerima suami yang telah Allah jodohkan pada kita dengan penuh keikhlasan dan taat.

Kunang-Kunang berkata...

Aju,

Berdoalah semoga hati kita tidak dipesongkan oleh Allah dan mendidik diri kita menjadi isteri yang sebaik mungkin kepada suami.

gadisBunga berkata...

saya harap saya tak jadi perempuan yang macam tu~

anitaare berkata...

Assalammualaikum kak Ani,

kak terkesan sungguh n3 ini pd saya kak, terimakasih..muhasabah diri
moga sy x tergolong dikalangan wanita nah dan qah ini..Ameen

Abd Razak berkata...

Assalamualaikum kak ani...

Moga kak ani sihat hendaknya dan moga apa yang kak ani muatkan di sini menjadi pedoman dan peringatan buat saya...

MulutPayau berkata...

Assalamualaikum kak ani...
Terima kasih atas prkongsian ini...terasa diri bnyak kekurangan...
Muhasabah diri dan perlu baiki kekurangan yg ada.....

nur berkata...

AsSalam kak hanim..

Thanks kak, perkongsian ilmu yang bermanafaat.
Sama2 kita didik hati agar dipermudahkan jalan oleh Allah dapat menjadi isteri yang solehah.. aminn

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Ita,

Sama-samalah kita mendidik diri supaya menjadi isteri yang diredhai suami dan disayangi anak-anak.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Saudara Abd Razak

Akak sihat dan semoga Abd Razak begitu juga.

Tidak ada orang yang perfect, tapi sama-sama kita mencuba supaya menjadi yang terbaik.

Kunang-Kunang berkata...

MP,

Memanglah kata orang, sedangkan lidah lagi tergigitkan. Apa lagi kita ni manusia yang serba kekurangan. Sama-samalah kita berusaha ke arah yang lebih baik.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Nur,

Alhamdulillah, mudah2an Nur sekeluarga dirahmati Allah selalu.

a.z.r.i.n.a.03.07 berkata...

Assalamualaikum Kak Ani.

Terima kasih atas peringatan akak. InsyaAllah saya akan sentiasa menyenangkan hati suami.

Pn Kartini berkata...

Assalamualaikum my lovely kak Ani:):)

tksh kak utk peringatan demi kebaikan bersama:)
Baca di ptg2 sebegini...bermuhasabah kan diri sendiri..
Tksh yaa kak...

Moga akak sentiasa dirahmatiNya dan sihat2 selalu...:)

hani@debumelukut berkata...

takut jugak nih...mana tau kot termasuk dlm mana2 satu ni...harap2 tidak lah, kesian roomate kan?

Miecyber berkata...

Entri yang menarik...

Mesin ATM Untuk Ikan Di Pulau Tioman

sal berkata...

trima kasih atas info tersebut..

moga kita sebgi istera, dpt menjadi pemudah cara pada keluarga dan menjadi pelengkap pd suami..

harap2 kekurangan ..akan diperbaiki dri masa ke semasa...

Syimama berkata...

Alhamdulillah.

Kena cek ada tak sifat2 ni dalam diri. Takuttt, moga dapat muhasabah diri untuk disuci.

Cikli berkata...

pesanan Rasul ikutan kita

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Reen,

Sama-samalah kita berusaha menjadi isteri yang diredhai suami.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Sis Tinie,

Semoga Sis tinie sekeluarga sihat.

Mudah2an kita termasuk dalam golongan isteri yang sebagaimana sepatutnya.

Kunang-Kunang berkata...

Cikgu Hani,

Betul tu. Dalam usia perkahwinan yang dah menjangkau bertahun2 ni takut juga menderhaka pada sama secara tidak disedari.

Kunang-Kunang berkata...

Terima kasih Mie

Kunang-Kunang berkata...

Sal,

Begitulah harapan kita semoga menjadi isteri yang menyenangkan hati suami dan anak-anak.

Kunang-Kunang berkata...

Syimama,

Alhamdulillah Allah kurniakan kita suami yang bertanggungjawab dan sayangkan keluarga, jadi sebagai balasannya semoga kita boleh menjadi seorang isteri yang taat kepadanya.

Kunang-Kunang berkata...

CikLi,

Seboleh2nya cuba mengikuti nasihat nabi s.a.w.

Kunang-Kunang berkata...

GB,

Insyallah, GB akan menjadi seorang isteri yang solehah.

nadia mustafa berkata...

Astagfirullah, minta di ampunkan dosa yg lalu~