Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Jumaat, 24 Jun 2011

Di Sebalik Takdir Allah

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ




Assalamualaikum pada semua kawan-kawan di pagi Jumaat yang mulia ini. Di hari yang mulia ini saya nak kongsi satu cerita.

Seorang lelaki tersadai di pinggir sebuah pulau. Dia satu-satunya mangsa kapal karam yang terselamat dan masih hidup.

Apabila mnyedari bahawa dia hanya seorang diri di pulau kecil dan terpencil itu, dia berdoa kepada Allah setiap hari supaya menyelamatkannya.

Disamping itu, dia tidak putus-putus meninjau laut yang bagai tidak berpenghujung itu dengan harapan ada kapal yang lalu dan dapat menyelamatkanya. Namun segala harapannya tinggal harapan.

Akhirnya lelaki tersebut membina sebuah pondok tempat berteduh daripada terik matahari di siang hari dan berlindung daripada dingin bayu malam.

Suatu hari, dia meredah hutan untuk mencari sumber makanan. Sebaik pulang, dia dapati pondoknya terbakar hangus. Tiada apa yang tinggal kecuali abu hitam dan asap berkepul-kepul naik ke langit.

Lelaki tersebut terduduk, merenung nasibnya yang malang. Dia mula mempersoalkan takdir malang yang menimpa. "Kenapalah nasib aku begitu malang sekali?, kenapalah Allah uji aku sampai tahap ini? Kenapa aku?"

Petang itu sedang dia berehat di bawah sepohon pokok kelapa dia ternampak kelibat sebuah kapal dari jauh seolah-olah menuju ke arah pulau itu. Sehabis daya dia menjerit-jerit sambal melambai-lambai tangannya dengan harapan pengmudi kapal itu nampak akan kehadirannya di pulau itu. Jelaskan kapal itu memang menuju ke arah pulau itu.

Akhirnya lelaki tersebut diselamatkan dan dibawa naik ke kapal. Dia diberi makanan dan minuman. Namun dia berasa hairan bagaimana kapten kapal tahu dia berada di pulau itu. Dia bertanya kepada kapten itu, "Macam mana tuan tahu ada orang tersadai di pulau itu?".

Kapten kapal itu menjawab "Kami nampak asap dari pulau ni. Sebab itu kami menukar haluan ke sini kerana mungkin ada seseorang yang memerlukan bantuan"

Jangan sekali-kali mempersoalkan apa yang telah Allah tetapkan untuk kita. Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya. Boleh jadi sesuatu yang kita pandang sebagai musibah hari ini merupakan sesuatu yang memberi keuntungan di kemudian hari.

Firman Allah dalam Surah Ghafir:60, maksudnya: "Berdoalah kamu kepada KU nescaya AKU perkenankan doa permohonan kamu"

38 ulasan:

kakcik berkata...

Assalamu'alaikum Kak Ani...

Kita lebih memikirkan musibah tanpa mengetahui di sebaliknya ada hikmah.

MulutPayau berkata...

Terkedu bila baca ntry ni..ya..kadang2 kita mnyalahkan takdir atas apa yg berlaku pada kita..sedangkan di sebalik ujian yg diturunkan..ada hikmah yg trsmbunyi....

Kakzakie berkata...

Assalamualaikum Kak Ani,

Itulah kakak pun selalu begitu. Bila sesuatu itu telah settle baru nampak betapa ujian Allah itu ada hikmah disebaliknya.

Hal ini yg kakak kena belajar lagi...

AI berkata...

Salam...

setiap kejadian ada hikmah nya kan...

werdah berkata...

Assalamu'alaikum Ani

Allah berfirman :"Jenis manusia dijadikan bertabiat terburu-buru dalam segala halnya; Aku (Allah) akan perlihatkan kepada kamu tanda-tanda kekuasaanKu; maka janganlah kamu meminta disegerakan (kedatangannya). (al-Anbiya' [21] : 37)

Sifat manusia bila terjadi sesuatu yang menyusahkan cepat-cepat menuduh Allah tak adil pada hal itulah yang sebenarnya hikmah di sebalik musibah.

"... dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya. (al-Baqarah [2 ]: 216)

Begitulah kan, kita hanya mengetahui bahawa perkara yang berlaku kepada kita tu sebenarnya hikmah apabila perkara itu sudahpun berlalu... Allah Maha segala Kemuliaan

Ros Illiyyuun berkata...

Salam..

Rasanya pernah baca kisah ini...di mana ye? Solusi?

sal berkata...

menariknya cerita ini..
terpegunku membacanya..

moga kita sentiasa menjadi hamba yg sentiasa bersyukur ke atas rahmat yg diberikanNya..

serta tidak lupa berdoa kepada untuk kesejahteraan..

sahromnasrudin berkata...

assalamualaikum kak..

trime kasih atas peringatan ini..mmg ya, kita perlu sentiasa bersyukur terhadap semua kurniaan Allah SWT ini

Ann Huda (Ate) berkata...

Tak sempat nak baca kak..tapi nak komen jugak. Hehehe.

Nanti malam skit Ate free, Ate baca N3 ni dan...Insyallah komen lagi ;)

gadisBunga berkata...

insaf saya auntie!

tu la...mulut kita ni takleh laju sangat nak kata pasal sesuatu, sebab hikmah di sebaliknya hanya Allah yang tahu..

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussala Kakcik,

Apa nak buatkan, kita hamba yang lemah kadang2 terlepas pandang hikmah yang Allah nak turunkan bila kita ditimpa musibah.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam MP,

Kadang2 kita tersasul ketika diuji.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Kakzakie,

Bukan senangkan nak menjadi insan yang redha atas segala dugaan Allah.

Kak Ani juga kalah dengan ujian Allah, dengan membaca cerita2 yang berbentuk motivasi secara tak sengaja ni semoga menyedarkan kak ani juga.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Al,

Semoga ianya tersemat dihati kita terutama kak ani yang musibah yang ditimpa oleh Allah kepada kita itu akan ada kebaikannya.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Kak Werdah,

Semoga akak sihat.

Saya juga termasuk dalam golongan yang selalu kalah dengan ujian Allah kepada saya.

Hati sering merasa resah sekiranya ada apa-apa terjadi, kesabaran terlalu tipis. Walaupun begitu sentiasa berdoa semoga Allah menyedarkan saya dan tabahkan hati saya.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Ros,

Betul sangkaan Ros, dalam Solusi.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Sal,

InsyaAllah kita sama-sama berusaha untuk menjadi hamba yang tabah.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Sahrom.

Betul tu Sahrom. Mudah2an kita tabahkan.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Ate,

Tak apa bila free singgah yer.

Kunang-Kunang berkata...

GB,

Memanglah susah kita nak menjadi insan yang betul redha dengan ujian Allah, apa pun sama-samalah kita berusaha. InsyaAllah.

aby berkata...

salam k hanim,
2 potong firman allah swt dalam surah al hadid, menjawab kenapa kta tk perlu keloh kesah bila di timpa musibah.

[22]
Tidak ada sesuatu kesusahan (atau bala bencana) yang ditimpakan di bumi, dan tidak juga yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia ada di dalam Kitab (pengetahuan Kami) sebelum Kami menjadikannya; sesungguhnya mengadakan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah.
[23]
(Kamu diberitahu tentang itu) supaya kamu tidak bersedih hati akan apa yang telah luput daripada kamu, dan tidak pula bergembira (secara sombong dan bangga) dengan apa yang diberikan kepada kamu. Dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri.

hani@debumelukut berkata...

every cloud has a silver lining..

Cikli berkata...

subhanallah.
perancangan Allah jauh melebihi perancangan kita

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Wak,

Terima kasih sudi tambahkan lagilah pada N3 kak ani ni.

Kunang-Kunang berkata...

Betul tu cikgu Hani,

Kunang-Kunang berkata...

CikLi,

Allah Maha Kaya.

cikguden berkata...

ada hikmah di sebalik kejadian

Mutiara Bernilai berkata...

ye, jgn pertikaikan takdir Tuhan,,semuanya ada hikmah,,

a.z.r.i.n.a.03.07 berkata...

Assalamualaikum Kak Ani,



Terkedu dan Insaf saya Kak..
Terima kasih ingatkan saya yang sentiasa leka.

Miecyber berkata...

Allah telah mengaturkan semuanya....

Pemerdagangan Orang

anitaare berkata...

beriman pada Qada dan QadarNYA..terimakasih atas perkongsian ini kak

Cikguzam berkata...

Salam makcik,
Terima aksih banyak-banyak cerita ini. harap makcik terus berkarya di laman ini, InsyaAllah,. Semoga juga kesihatan sentiasa baik, Amin.

Kunang-Kunang berkata...

Cikguden,

Memang semua yang Allah atur ada hikmahnya cumanya kita sahaja yang kurang memahaminya.

Kunang-Kunang berkata...

Mutiara,

Betul tu kenalah memberitahu diri mengenainya dan belajar bersabar dengan ujiannya.

Kunang-Kunang berkata...

Reen,

Sama-sama. Betul tu Reen kita ni kenalah diperingatkan selalukan.

Kunang-Kunang berkata...

Mie,

Betul tu.

Kunang-Kunang berkata...

Ita,

Yer kena percaya pada kadaq dan qadar yang menjadi salah satu rukun iman.

Kunang-Kunang berkata...

Cikguzam,

InsyaAllah bila keadaan kesihatan mengizinkan, Mak cik akan terus membuat N3 baru jika ada idea.