Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Isnin, 20 Jun 2011

Hanya Allah Yang Tahu

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ



pokok langsuir (bird nest)


Hari ni sepagi saya dan adik saya mengumpul semua pasu-pasu pokok di atas. Tujuannya untuk dimusnah. Saya rasa nak buang atau saya bakar saja.

Di luar pagar rumah saya, saya ada tanam pokok ni lebih kurang 5 pasu. Semuanya subur. Ada satu dua pasu yang saya gantung. Saya sangat suka dengan pokok ni kerana selain cantik dia tidak banyak kerenah di tanam. Siram sajer dan sesekali berikan kulit pisang untuk menyuburkannya. Dah bertahun-tahun usia pokok-pokok ni.

Mesti rakan-rakan tertanya-tanya kenapa saya nak musnahkan pokok-pokok ni selepas susah payah ditanam bertahun-tahun. Saya tak ada pilihan, sayangkan cucu lebih utama dari pokok-pokok ni semua.

Ceritanya bermula dengan kisah cucu saya yang kedua Eresya yang selalu saja deman dan sakit-sakit. Semenjak lahir dia macam tu. Bila anak saya berpindah kerumahnya di Puncak Alam lagi kerap dia sakit. Dah banyak kali bawa jumpa pakar padeatrik, semua kata tak ada apa-apa dan diberi ubat, sakitnya hilang.



Selera dia pun kurang. Dah dicuba berikan dia vitamin, elok sekejap.

Dalam seminggu dua ni dia kena pulak gatal seluruh badan. Batuk-batuk waktu malam. Menjelang subuh okey. Demam pun bersilih ganti, kejap baik kejap sihat. Dah badan tak sihat merengek jerlah.

Jadi tergerak dihati untuk cuba bawa dia berjumpa seorang ustaz. Ustaz ni berikan dia air untuk minum dan mandi. Dan satu lagi ustaz tu kata, kalau ada pokok yang daunnya panjang-panjang tolong buang. Pokok ni katanya ialah pokok langsuir atau orang putih panggil 'bird nest'.

Memandangkan di rumah anak saya tak ada tanam pokok-pokok hiasan, jadi nampaknya di rumah sayalah pokok tu. Katanya pokok ni tak elok di tanam dekat rumah terutama kalau ada anak-anak kecil.

Saya cuba google mengenai pokok ni, adalah saya jumpa dua tiga cerita mengenainya antaranya seperti di bawah ni.



["Tuah Says:
October 26th, 2010 at 10:10 pm
Pakcik sy pernah bela pokok ni kat laman rumah dia. Sejak dia ambik pokok tu, tiap2 mlm dengar budak nangis. Memula tu dia abaikan je. Tp bila dah tiap2 mlm, seram la jgk. 1 hari tu dia cuba carik mana dtg bunyi nangis tu. Sekali kat pokok sakat yg dia bela le RM.
Dia tanya org yg pakar ttg hal2 alam ghaib. Org tu kata masa pokok ni d ambil, baby langsuir@pontianak (sy xpasti) ada tertinggal kat situ. Jd menangis tu sbb dia carik mak pak dia le.
Pakcik sy pulangkan semula pokok sakat tu kat hutan tmpt dia ambil. Sejak tu Alhamdulillah xde lg bunyi tangis2an tu. Hiiiii seram.
Kesimpulannya, bela pokok sakat ni nasib2 le. Kalau nasib baik, Alhamdulillah xde apa2. Kalau nasib xbaik dpt le dengar mcm2 bunyi…"]



["eiela Says:
October 26th, 2010 at 10:35 pm
yup, saya sokong Tuah tuh Kak Red. Pokok nih nama dia pokok sakat or pokok paku langsuyar. Dia hidup menumpang. Kalau nak tanam kena hati-hati, takut ada yg menyinggah memang akan dgr suara menangis, mengilai,,kalau ada baby kecik lagi lah dia suka menjenguk dan mengacau. Walau apa pun pokok nih cantik sebenarnya cuma kena hati-hati je. Sudah kena dulu..last-last buang, baru baby berhenti menangis.
Reply"]



["Ye ke? Isshhh....seramlah!"

"Benda tu memang suka duduk atas pokok tu, tempat dia bermain.Pokok langusirkan tumbuh atas pokok-pokok besar, jadi benda tu sukalah bergayut, tempat dia main tau tak!"

"EErrrr....pontianak ke Langsuir?" tanya aku gugup.

"Dua-dua sama je!"

"Isshhh...tak cayelah...!"

"Tak percaya sudah! Tapi.....kalau rajin malam-malam jalan kat rumah orang yang ada tanam pokok ni,manalah tau untung-untung jumpa," usik kak Long.

"Eerrr...taknaklah! tapikan.....betul juga sebab kat office, dia orang ada tanam pokok langsuir ni kat taman, memang cantik siap ada jambatan kecik. Tapi....malam-malam bila pengawal meronda kawasan tu, dia orang ada nampak perempuan pakai baju putih jalan kat situ,jalan slow je, melayang-layang pergi kat pokok tu."

"Hah.....betullah tu, dahlah...aku nak makan ni, dah masak?" mak limah cuma diam aje memikir kadang-kala betul juga sebab Kak Long mempunyai keistimewaan boleh nampak makhlus halus.]

Saya cuma berikhtiar, selainnya saya serah pada Allah. Selama saya menanam pokok-pokok ni tak pernah ada perkara pelik berlaku sehinggalah Eresya sakit ni. Waallahuwa'lam. Rakan-rakan tolong doakan agar cucu saya sihat.

36 ulasan:

Miecyber berkata...

Semuga si cucu sihat walafiat...

Kereta masa hadapan

Ros Illiyyuun berkata...

Assalamualaikum Kak ...

Kat rumah saya ada jugak ditanam pokok ni..tengah berfikir-fikir sekarang ni, yang pasti pokok ni datang dari hutan...apakah sama dengan 'si ciku" ? Wallahu A'lam.

kakcik berkata...

Assalamu'alaikum Kak Ani...

semoga usaha Kak Ani akan membuahkan hasil yang baik. InsyaAllah.

hani@debumelukut berkata...

laaa ingatkan nama jer yg menyeramkan rupanya ada yang menumpang jugak..tak yah tanam lah kalau macam tu..

PCL berkata...

Allahuakbar...mudah2an cucu dan seisi rumah anda dilindungi Allah.

ibundo berkata...

eh ye ke anie. Kakpah pun ada bela pokok ni. ada 3 4 pasu. Gemuk2 pulak tu...

werdah berkata...

Assalamu'alaikun Ani

Kak sangat berkenan bila nampak pokok ni, tak tahu pula namanya begitu dan begitu pula penangannya. Ya lah hanya Allah Yang Maha Mengetahui, tiada siapa yang mendatangkan mudharat dan manfaat kecuali dengan izinNya.

Ann Huda (Ate) berkata...

Kdg benda2 cam ni susah gak nak cakap, nak kata tak percaya mmg ada pun Allah ciptakan makhluk 'halus' ni. Alam mereka beza dg kita.. kita kdg manalah menyangka pokok hiasan kita rupanya tempat permainan mereka. Wallahualam.

Apa yg penting akak dah usaha. Moga cucu akak sihat.

Cikli berkata...

x-file ni ...

Kunang-Kunang berkata...

Mie,

Terima kasih. Semoga Allah makhbulkan doa mie tu. InsyaAllah.

Kunang-Kunang berkata...

Waalakumussalam Ros,

Tulah kan Ros. Kadang2 kita rasa macam tak ada kaitannya. Tapi kita berusahalah dah orang yang tahu cakap macam tu.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Kakcik,

Itulah harapan kami semua. Semoga Allah sembohkan Eresya.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Cikgu Hani.

Tulah, akak mula tanam pokok ni masa tu orang belum ramai lag tanam.

Benihnya akak ambik ketika melawat tamam burung di lake garden tu. Masa tu pokok tu tumbuh ditebing2 disitu lebih kurang besar 2 tapak tangan saja.

Akhir beranak pinak pokok tu. Tak pernah mengalami apa-apa yang pelik pun.

Kunang-Kunang berkata...

PCL,

Terima kasih di atas doa PCL. Semoga PCL sekeluarga pun dikurniakan Allah kesihatan yang baik.

Kunang-Kunang berkata...

Kak Pah,

Tak taulah sejauh mana kebetulannya tu.

Pokok ni memang cantik untuk hiasan taman dan senang dijaga.

Saya berikhtiar kak pah, mudah2an Allah izinkan.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Kak Werdah,

Semoga akak sihat.

Itulah Kak Werdah, semua ciptaan Allah. Kalau dah macam takdirnya pokok tu, kita jauhkanlah.

Kunang-Kunang berkata...

Ate,

Itulah juga harapan akak semoga apa yang akak ikhtiarkan ni di izinkan Allah dan cucu akak sihat.

Yerlah benda tu ujud dan dia pun dah berjanji dengan Allah nak menganggu kita dari penjuru mana pun.

Semoga Allah jauhi kita semua dari gangguan makhluk yang tak nampak dek kita ni.

Kunang-Kunang berkata...

CikLi,

Itulah. Benda yang tidak kita nampak hanya tau keujudannya.

ajumohit berkata...

semoga cucu akak cpt sihat..kita tak nmpk dari segi mata halus kak, kalau dari segi saintifik mgkn alergi kepada pokok tu, tp dari sudut lain wallahualam

JunAina berkata...

salam...

kak ani...banyak cerita di sebalik pokok ini, sepaerti namanya paku langsuir tentu ada cerita kenapa org menamakannya sebagai paku langsuir...

Kunang-Kunang berkata...

Aju,

Nak kata alergik, pokok ni akak letakkan di luar pagar rumah. Dan cucu akak ni tak pernah pulak main-main kat situ.

Apa pun mudah2an dia cepat sihat.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Jun,

Betul tu, orang dulu2 beri nama kadang2 berpandu pada pengalaman.

Sekarang ni banyak pokok2 hutan dan masuk bandar. Pokok2 hutan ni cantik-cantik sebenarnya yang tersorok dari mata kita yang jarang masuk hutan ni.

Acik berkata...

a ah kerusi dia la tu ...

sekamar rindu berkata...

salam..

saya sungguh sedih membaca entri ni..

moga cucu pun sihat2 selalu lepas ni..

AI berkata...

- kak kunang2...moga cucu sihat...

gadisBunga berkata...

semoga cucu auntie sihat kembali.

pokok tu dah dibuang ke? kalau belum buang boleh bagi saya tak? :)

sahromnasrudin berkata...

assalamualaikum kak..

lagi satu pokok ciku....darus syifa tak bg tanam pokok ciku kerana ia tempat makhluk halus tinggal huhuhuhhhh

Kunang-Kunang berkata...

Acik,

Terima kasih sudi singgah.

Tulah dah kita tak nampak, nak buat macam manakan.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Sekamar Rindu,

Terima kasih sudi singgah.

Terima kasih doakan cucu saya. Alhamdulillah sekarang nampak tu ada perubahan sikit. Dah mula nak makan.

Kunang-Kunang berkata...

Al,

Terima kasih atas doa.

Kunang-Kunang berkata...

BG,

Terima kasih doakan cucu saya.

Auntie dah buang.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Sahrom,

Yer, akak pun ada terbaca tentu perkara tu.

Begitu juga dengan pokok kemboja, orang tua2 kata kalau boleh jangan tanam di laman rumah.

Syimama berkata...

salam kak, kecil dulu tinggal dgn nenek kat kampung kebun kelapa. Pokok ni tumbuh subur kat pokok kelapa yang tinggi2 tu...bila angin tiup, seram tengok daun2nya, burung hantu suka duduk kat situ. Bila malam bunyi burung hantu mendayu2.

Bila dewasa, saya jadi tidak berminat dengan pokok ni.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Syimama,

Tulah, sekarang ni kita berani2 tanam pokok ni kerana tergoda dengan cantiknya tu.

littlebrickman / Ketam Bulan berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Miftahul Jannah berkata...

Atuk saya kata kalu nak tanam pokok ni boleh, tapi kene buat ni- memula selawat lepastu cucuj paku panjang betul² kat tengah-tengah pokok tu (kat tempat yg hitam tu)