Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Isnin, 13 Jun 2011

Dengarlah Cerita Mak ni Wahai Anak

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ



Ketika menghadiri kenduri perkawinan sepupu sebelah suami tempoh hari di kampung, kami berkesempatan bertemu kawan-kawan sepersekolahan dulu yang juga merupakan saudara mara sendiri.

Bila dah berkumpul macam ni, macam-macam cerita keluar. Sekejap terdengar ketawa berdegah-degah terutama di pihak tetamu lelaki yang juga suami-suami kami. Saya pasti mereka pun bercerita tentang kenakalan mereka sejak kecik. Maklumlah kebanyakan mereka membesar bersama sebelum masing melanjutkan pelajaran ke mana-mana insitusi pengajian tinggi dalam menentukan masa depan.

Tak kurang jugalah di pihak mak-mak ni. Seronok sakan bercerita kisah-kisah silam. Anak-anak menjadi pendengar. Biar mereka dengar kesusahan kita ketika bersekolah dahulu iaitu dalam tahun 60'an/70an.

"Dulu kita orang semasa balik sekolah, dua tiga telaga (perigi) kami berenti sebelum tiba di rumah", cerita seorang mak saudara suami. Dianguk oleh seorang lagi mak saudara.


"Kami berenti untuk minum air kerana dahaga. Maklumlah kami berjalan dalam jarak yang agak jauh dari sekolah ke rumah lebih kurang 2 hingga 3 kilo meter di tengah panas terik. Kami cedok air dari telaga dengan timba, kami minum air dari timba tu untuk menghilang dahaga, dua tiga kali berenti minum, baru tiba di rumah".

Dulu mana ada mak ayah yang hantar anak ke sekolah dan jemput dari sekolah. Kenderaan yang ayah ada pun basikal saja. Bas sekolah belum ada pada masa tu.

"Tapi kita tak sakit pun, waima demam, sihat jer walaupun minum air direct dari telaga." Sampok seorang lagi.

"Anak-anak kita sekarang tak lasak, kita jaga bagai menatang minyak yang penuh". Jawab pulak yang lain.

Dalam gelak2 terselit juga rasa sedih mengenangkan susahnya kita dulu. Jika di banding dengan anak-anak kita sekarang, Ya Allah rahmatnya mereka.

48 ulasan:

Kakzakie berkata...

Assalamualaikum Kak Ani,

Walau gelihati bila baca sebab minum iar telaga terus dari timba tapi sayu juga. Hebat org dulu kan. Minum air telaga pun tak batuk-selsema. Mungkin dulu pun org kurang guna racun serangga. Kalau sekarang rasanya bahaya minum air telaga sebab banyak org dah guna racun serangga meresap dlm tanah.

Pengalaman susah kita mengajar diri lebih mendekatkan diri pada Allah...

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Kakzakie,

Sekarang ni agaknya kalau disuruh minum air direct dari perigi, fikir berkali-kali juga.

Sekarang ni susah dah nak cari telaga. Semua orang dah kambus telaga semua guna paip.

sal berkata...

memang hidup susah dulu..
tpi kakak tetap berjaya dlm pelaj wlupun bnyk cabaran..
itulah pahit manis hidup dulu..
semanganyat kuat..

bertuah betul anak2 sekarang yee..

kakcik berkata...

Assalamu'alaikum Kak Ani...

saya juga ada pengalaman 'menonggeng' minum air dari pap air kerajaan (sekarang tiada lagi) di tepi jalan sewaktu balik dalam panas dari sekolah. Anak2 sekarang tidak merasai pengalaman itu.

Marina Monroe berkata...

Salam kakzakie, pengalaman saya juga berjalan kaki ker sekolah, melalui jalan keretapi, jambatan sungai kelang..jauh juga lebih kurang 3 km dgn hanya berbekalkan duit belanja 30 sen saja..

Syimama berkata...

Assalam, sy juga nak cerita, gi sekolah jln kaki 1/2 km, kemudian naik sampan seberang sungai, dan sembung jln kaki semula 1 1/2km ..kaki ayam, kasut simpan dlm beg sampai sekolah baru pakai kasut...pernah jatuh dlm sungai, sampai sekolah lenjun dengan buku2 sekali..cerita dengan anak, kelip2 mata cam tak caya je.

Abd Razak berkata...

Assalamualaikum...

Setiap yang dilalui banyak memberi pengajaran dan pengalaman. Rahmat senang yang anak-anak lalui sekarang ni lagi mencabar dan menguji.

cikguden berkata...

zaman banyak berubah

Kamsiah berkata...

betul tu kak ...kita dulu2 main hujan bagai nak rak...kecut satu badan..tak demam pun...bdk2 skrg..kena tempias hujan pun demam berminggu2...

Miecyber berkata...

Zaman dah berubah...

Basikal elektrik boleh lipat

maiyah berkata...

assalam..

msa kecik slalu main kat perigi di kg.. main kat sawah.. kehidupan mmg brbeza dgn ank2 skrg, kita nk kontrol pun x smpai hti bila anak2 mnta itu ini hehe

kakpah berkata...

salam ani.
bila dah jumpa kawn lama mesti riuh rendah kan? macam2 cerita yang keluar.

white rose berkata...

salam kak ani...
memang...rezeki anak2 skrg ni sangat2 dimurahkan Allah...

dlu sy g sek jalan kaki walaupun hampir 2KM...
aiskrim malaysia harga 10sen laa jadi bekalan air...

Cikguzam berkata...

salam puan,
terima aksih kerana sudi singgah di laamn saya. Sesungguhnya kebahagiaan ada kaitan yang sangat rapat dengan keberkatan hidup. Bersama kita merenung InsyaAllah.

herumi berkata...

Salam. terima kasih share.

Poster Menarik Membuatkan Anda Terkesima

Ann Huda (Ate) berkata...

Assalamualaikum Kak Ani,
Ate asalnya org bandar JB, pergi balik sekolah naik van dpn rumah. Masa darjah 2 arwah mak jatuh sakit, lumpuh separuh badan. Kami berpindah ke rumah ibu saudara di 'estet'. Di situ baru belajar hidup susah. Nak gi sekolah kena jalan kaki jauuuh baru jumpa jalanraya. Mandi di perigi. Tiada letrik mahu pun paip. Nak buang air besar (maaf) kena pergi ke celah pokok getah, punyalah banyak nyamuk... tapi Allah izin tak pulak kena denggi. Zaman mmg telah berubah. Ada org, dulu dah susah, maka ank2 mereka, tak mahu di ajar kesusahan. Tapi bagi keluarga Ate, pernah merasakan kesusahan maka anak-anak juga di ajar tentang kesusahan hidup, jgn nak apa sahaja semua boleh dapat dengan mudah kerana kita tak tahu pada bila2 masa sahaja Allah berkuasa menarik kesenangan yg ada pada kita, sekurang2nya ank2 telah bersedia.

Cikli berkata...

yang sayu dan pilunya, masih ada budak sekolah yang perlu lalui itu semua pada hari ini, di saat komisyen pun makan tak habis.

Kunang-Kunang berkata...

Sal,

Kalau dikenang zaman2 tu sedih rasanyakan. Sungguhpun begitu zaman kanak-kanak kita maseih menyeronokkan bila dikenang semula.

Dulu masa sekolah menengah baru ayah belikan basikal. Berketurunanlah basikal tu digunakan adik2 untuk bersekolah.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Kakcik,

Bagus tu zaman dah ada air paip.

Di terengganu terutamanya ditempat kak ani rasanya akak dah dalam tingkatan 5 baru ada rumah yang dimasukkan paip. Itu pun pada sapa-sapa yang mampu. Yang menggunakan perigi pun masih banyak pada masa tu.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumusalam Marina,

Itulah kesusahan yang kita tanggung untuk menimba ilmu.

Tapi syukurnya pada masa itu tak ada kita dengar budak sekolah terutamanya perempuan dikianati seperti sekarang ni sehingga kita tak percaya anak-anak sendirian.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam syimama,

Begitulah kan. Cuba zaman sekarang anak-anak kita naik sampan ke sekolah, mahu kita pindah rumah agaknya kan. Tapi dulu2 apa kan daya dah itu kampong halaman mak ayah kita.

Apa pun semua itu satu kenangan manis bila dikenang sekarang.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Saudara Abd Razak,

Anak-anak sekarang ialah mana yang ibubapa senang sikit tu, mereka tidak pernah merasa susah.

Nak buat mereka susah seperti kita pun tak sampai hati sebab zaman dah berubah.

Tapi cabaran mendidik anak-anak sekarang begitu besar.

Kunang-Kunang berkata...

Cikguden,

Betul tu cikgu, zaman dah banyak berubah, jadi mendidik anak-anak juga kena berubah supaya mereka menjadi anak-anak yang baik dan soleh/solehah.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Kam,

Bila cerita kisah main hujan memang itu satu rahmat bila hujan turun.

Masa tu seronoknya main hujan keliling rumah, cari tempat yang ada pancur air hujan, tadah kepala disitu. Besnya, konon mandi air paip sebab masa tu rumah belum ada air paip.

Semua ni masa sekolah rendahlan.

Kunang-Kunang berkata...

Mie,

Zaman berubah dan kita pun mendidik anak-anak mengikut perubahan zaman.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Kakpah,

Betul tu kak pah, jumpa kawan lama tak ingat dah kat mana suami, kat mana anak-anak.

Semua cerita keluar, cerita sekolah rendah, tapi cerita masih sekolah menengah dah lain pulak.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Maiyah,

Kampong kak ni pula tak ada sawah kerana rumah kami di tepi laut.

Jadi kami asyiklah mandi laut walaupun mak selalu marah. Kadang2 kena pukul dek ayah sebab curi2 mandi laut.

Masa tu langsung tak fikir merbahaya atau mak susah hati, yang fikir seronok saja.

Kena pukul pun tak serik, senyap2 cukup geng mandi laut lagi.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam White Rose,

Anak-anak sekarang anak2 yang beruntung. Tapi tak dinafikan masih ada kalangan yang susah. Cuma tahap kesusahan tu mungkin tak sama.

Keperluan asas zaman ni dah berubah.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Cikguzam,

Terima kasih juga sudi lapang masa singgah di blog akak ni.

Betul tu cikgu, kita semua mengharapkan keberkatan Allah dalam kehidupan kita.

Harta banyak tapi tidak berkat kita tidak akan bahagia juga.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Ate,

Betul tu, kita tidak boleh mengikut saja kemahuan mereka. Ini bertujuan untuk mengajar erti kesusahan supaya ketika berada kita tidak lupa apa akan jadi jika ditakdirkan berlaku sebaliknya.

Kadang2 pengaruh dari persekitaran dan kawan2 juga memainkan peranan dalam mendidik anak-anak sekarang.

Kunang-Kunang berkata...

Herumi,

Terima kasih sudi singgah.

Kunang-Kunang berkata...

CikLi,

Itulah hakikatnya, dalam kita berceria tentang kesenangan dan kebahagian yang Allah berikan pada kita semua, kita kena ingat masih ada lagi yang tidak sebaik kita.

Memang sedih juga bila kita lihat dalam zaman yang dikatakan maju ini, masih ada golong yang tidak mampu ke sekolah dan tidak mampu mendapat makanan yang mencukupi.

gadisBunga berkata...

budak2 sekarang ni manja terlebih kan kak? rasa nak debik je. hihihi~

Che Mid berkata...

Salam, Pernah dulu masa di Uitm, che mid mintak duit banyak sikit sebab nak beli buku.. emak cuma mampu bekalkan nasi putih dgn sambal bilis je dgn duit RM5. Duduk atas motor dgn abah, airmata meleleh-leleh sedih..

sahromnasrudin berkata...

assalamualaikum kak...

memang banyak perbezaan kan..dulu kite boleh biarkan anak2 mandi sungai, masuk hutan tp skrg kalau dibiarkan mcm itu, alamat lain la jadinya huhuhuhh

alimaz kembara terasing berkata...

salam kenal kak kunang2.... mak saya selalu jugak bercerita pasal zaman sekolah diorang dulu... jalan kesekolah batas bendang.... bukak kasut sampai sekolah baru pakai kasut....

alimaz kembara terasing berkata...

salam kenal kak kunang2.... mak saya selalu jugak bercerita pasal zaman sekolah diorang dulu... jalan kesekolah batas bendang.... bukak kasut sampai sekolah baru pakai kasut....

Admin P@P berkata...

Assalamualaikum.
Terkenang masa kecik-kecik dulu.
mana ada minum air mineral, hanya air telaga. Kadang-kadang dah keruh air telaga (dekat sekolah masa rehat), minum juga.
Alhamdulillah sihat sampai sekarang.

TQ

anitaare berkata...

assalammualaikum kak,

sayu hati ini bila mak kita cerita bab2 cam gini..anak2 sekarang sepatut lebih bersyukur kerana macam2 kemudahan.
saya dulu pun pernah gak minum air paip masa panas2 blik dr sekolah..fuhh sedapnya air tu tidak terhingga lemaknya..tak de pulak taun ke..hehe

p@kcikLie berkata...

Salam kak Ani, kalau selalu2 diceritakan pd bdk zaman skrg.. mau mencebik mulutnya..kata mereka " dulu lain sekarang lain"...

werdah berkata...

Assalamu'alaikum Ani

Kenang masa awal sekolah dulu akhir tahun-tahun 50an n awal 60an memang banyak pahit dan manisnya kan.

Ke sekolah berjalan kaki ramai-ramai jauh pula, bila balik singgah mandi di sungai dan macam-macam lah, kemudian kdg2 terponteng sekolah agama sebelah petang, leka menangguk udang bila air sungai dalam(lepas banjir).

Tempat kak tak guna perigi, sebelum ada paip (itupun ambil dari sungai) pada tahun 60. sebelum tu kami angkat air untuk masak dengan baldi dari sungai(junjung)untuk basuh kain dan mandi dan buang semuanya di sungai, sungai masa tu dalam dan besar tak seperti sekarang dah tohor (cetek).

Dulu dan kini ternyata berbeza kemudahannya. Anak-anak sekarang rasanya tak boleh terima seperti itu sebab dah terbiasa dengan keselesaan.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Gadis Bunga,

Kadang2 tak boleh nak salahkan anak jugak, sebab dulu kita tak dapat nikmati kemewahan yang anak kita dapat sekarang kerana ibubapa kita pada masa itu memang tak mampu.

Sekarang bila kita mampu mengikut kehendak mereka, nak sekat2 sangat pun nanti lain pulak jadinya. Maklumlan anak-anak sekarang, tengok kawan2 ada itu ini, mereka mesti teringin memilikinya.

Kunang-Kunang berkata...

Assalamualaikum Cik Mid,

Bila Cik Mid sebut pasal Uitm, akak juga terkenang semasa belajar di sana, masa tu di Shah Alam. Susahnya nak ke mana-mana harapkan bas kl-klang saja.

Mungkin zaman Cik Mid dengan akak masa di Uitm jauh berbezaan masanyakan. Masa akak dulu tu ITM beri kami elaun bulanan sebanyak RM15.00 seorang. Makan minum, ITM sediakan. Mak beri juga duit tapi taklah banyak.

Masa tu semua free belajar sebab belum ada apa-apa loan pun.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Sahrom,

Dulu kita masa budak2 pun tak faham yang mak/abah susah hati kita pegi mandi lautlah, masuk semak cari buah 'kemunting'.

Kita sekarang anak hilang sekejap depan mandi, berdegup degap jantung.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Alimaz,

Terima kasih lapangkan masa singgah sini.

Sebenarnya keadaan semasa menjadikan kita melalui semua nikan.

Alhamdulillah dengan perubahan masa dan pembangunan negara, anak-anak kita tidak mewarisi kesusahan yang kita pernah tempoh dahulu.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussam P&P

Itulah kami bercerita jugak dulu tentang apa kita makan, apa kita buat tidak memberi kemudharatan pada kita tapi sekarang keadaan tidak seperti itu lagi.

Tak usah banding dengan anak-anak kita, kita sendiri pun sekarang ni kalau terkena hujan sikit2 pun berdenyut2 kepala, mungkin suasana sekarang tidak sesihat zaman kita dulu.

Kunang-Kunang berkata...

PCL,

Betul tu, sama ada dia orang melopong mendengar dengan rasa tak logik atau mereka kata "itu dulu".

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Kak Werdah,

Semoga akak sihat.

Pengalaman kak werdah lagi best kalau dibayangkan. Siap tanguk udang di sungai tu.

Saya pulak kampong tepi laut, air perigi jauh ke dalam tanah sebab tanah pasir. Siksanya bila kena angkut air, cumanya perigi tu dekat dengan rumah.

Teringat lagi, bila pegi mengaji quran, mula2 kena cedok air dulu isi dalam tempayan untuk basuh kaki. Lepas mengaji, tolong ambik kambing tok guru dari padang. Silap2 bukan kita yang tarik kambing, tapi kambing tarik kita, terutama kambing jantan, jahat.