Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Khamis, 16 Jun 2011

Catitan Untuk Kenangan

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

N3 saya kali ni adalah sekadar ingin merekod sesuatu yang akan menjadi kenangan dalam hidup saya. Tidak ada niat lain. Ianya hanya penghujung sebuah pengajian yang saya ikuti selepas saya bersara.

Pada 2 Jun 2011 lalu, pihak Masjid Sultan Sallehuddin Abdul Aziz Shah (SSAS) atau Masjid Negeri telah mengadakan Majlis Hari Guru. Yang hadir pada malam itu ialah pengajar-pengajar (para imam-imam Masjid SSAS dan tenaga pengajar dari luar) yang terlibat dengan semua pengajian di Masjid berkenaan.

Salah satu aturcara Majlis ialah penyampaian Sijil kepada Guru Alquran tahun 2010. Antara penerimanya termasuklah saya.

Malam tu juga diumumkan Tokoh Guru Terbaik Masjid SSAS yang dianugerahkan kepada Ustaz Khalid AlWalid. Tokoh Ulamak pula dianugerahkan kepada Ustaz Dr. Musa Fathullah Harun. Kalau ada kawan blogger yang ingat, Dr. Musa ni adalah anak kepada Kiyai Fathullah Harun yang terkenal satu ketika dulu (tahun 70an).


Pengarah JAIS (berbaju melayu) yang menyampai sijil


Dr. Musa Fathullah Harun sedang berucap, Maaf gambarnya
kurang jelas sebab saya ambik dari jauh


Ini kami pelajar wanita yang menerima Sijil Guru Quran


Malam Tadi pula berlansungnya Majlis Khatam Alquran bagi Pelajar Guru Alquran Tahun 2009. Kami dijemput memeriahkan Majlis.



Kawan-kawan yang berkhatam quran


Guru Alquran Kami dua dari kanan yang juga
Imam Besar Masjid SSAS


Bergambar Kenangan


Selesai Majlis Khatam Alquran tu, kamu dijamu dengan nasi arab. Sekarang ni nampaknya nasi arab dah jadi menu kesukaan masyarakat kita.


Tengoklah Makanan Untuk 8 orang, memang takkan
termakan dek kita ni, rasanya.






Bunga Telur dan Bungkusan Puri Sebagai Kenangan
Pada Yang Hadir

47 ulasan:

Ann Huda (Ate) berkata...

Alhamdulillah. Tahniah kak, dah berjaya menamatkan pengajian jdi guru mengajar Al Quran. Moga ilmu itu dapat di manfaatkan dan menjadi bekal buat kita di alam sana nanti.

Nasi Arab..Best nya. Slalu dpt mkn bila ke Restoran Arab jer itu pun bukan slalu sgt pergi...mahal kan ;).

Kakzakie berkata...

Assalamualaikum Kak Ani,

Seronoknya kakak lihat rasa bangga sama bila insan-insan begini diraikan walau mereka tidak minta ini semua. Tetapi sekurang-kurangnya dapat menarik minat utk sesama menghayati Al-Quran.

Tahniah buat Kak Ani dan teman-teman semua.

Syimama berkata...

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, seronoknya tengok camni...rasa terharu, agaknya bolehke saya merasai keadaan begini satu masa nanti?

Ati Masrif berkata...

bestnya dah dpt lesen nk mengajar
al-Quran
ati ni kalau dekat boleh nak belajar
dgn akak pasai nak berbetuikan mana
yg tak betui

Azira Mohamad berkata...

Assalamualaikum..
Alhamdulillah...tumpang gembira dgn perkhabaran yg gembira. Sy pun skrg tgh cari guru mengaji sbnrnya..nk belajar tajwid dgn bertaranum skali.tp kt area paka-kerteh ni ssh nk dpt..

apa2pun tahniah buat akak.. :)

Amie berkata...

assalam,
syukur alhamdulillah, ada pengisian rohani,
amie berminat utk memperdalami taranum...

PCL berkata...

Salam dan Tahnih PCL ucapkan.

a kl citizen berkata...

banyak pahala kak ani dapat mengajar alquran... bestnya

ajumohit berkata...

alhamdulillah kak, bagusnya mengimarahkan majlis sebegini kan...saya pon niat nk betulkan lagi tajwid ni, hmmmm

luahfikiran berkata...

SALAM,
TAHNIAH, LF TURUT GEMBIRA !

werdah berkata...

Assalamu'alaikum Ani

Alhamdulillah, kak turut gembira, semoga Ani sentiasa dirahmati Allah.. amiin

aby berkata...

salam k hanim,
sekadar catatan kenangan wak juga,
mase kt rumah dulu,
kita berdua yg konsisten dalam mengaji quran tk ada kompromi dalam bacaan kecuali dah dilahirkan dgn tk fasih ...
tk ada bacaan cara mudah, quran mesti berguru,
alhamdullillah, sekarang rakan wak tu dah jadi guru tauliah ...
insyallah wak menyusul juga ..

AI berkata...

Salam,

Best nye...

Che Mid berkata...

Salam, Masya Allah rindunya CM akan majlis sebegini.. sejak duduk SP ni tak berpeluang lagi nak aktif di masjid. Terlalu jauh.. tak boleh memandu bawa Deeja yang sedang lasak yang amat.. kena sabar dulu buat masa ni. Apa pun tahniah!!

Abd Razak berkata...

Assalamualaikum kak!

Moga kakak sihat hendaknya..

Tahniah Kak!

anitaare berkata...

assalammualaikum kak,

tahniah kak, akak sy pun berminat gak lah nak belajar cam akak ni.maknanya akak dah dpt lesen utk ngajar Quran ye?

akak leh tak kasi info sikit macam nak join.. tq kak

Cikli berkata...

hidup guru Quran

Cikguzam berkata...

salam kak,
Semoga kita sentiasa mendapat keberkatan Illahi, Amin Amin Amin.

MulutPayau berkata...

Assalamualaikum kak...
Alhamdulillah...Tahniah yer...

JunAina berkata...

alhamdulillah...terasa sangat terlalu banyak ketinggalan dalam mengejar ilmu agama...

insyaallah suatu hari semoga Allah memudahkan urusan untuk kembali belajar secara tertib...

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Ate,

Alhamdulillah Allah berikan akak kesihatan untuk terus belajar dalam usia sekarang ni.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Kakzakie,

Sebenarnya dalam menuntut ilmu agama ni terutama mengaji quran kita kena buangkan jauh2 rasa malu bila nak belajar.

Tak keterlaluan kalau akak kata ada antara dalam kelas itu yang bermula dari kelas Asas. Maksudnya bermula dari belajar alif, ba dan mengeja. Tapi mungkin atas kesedaran, bila masa peringkat menengah mereka dah boleh baca alquran.

Yang penting kena istiqamah datang kelas.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Syimama,

InsyaAllah semua orang boleh dengan syarat ada kemahuan dan mesti tekun dengan apa yang kita lakukan.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Atie,

Sebenarnya ini bukan lesen. Sijil sebagai galakan untuk kami belajar lebih lanjut lagi.

Sebenarnya mengaji alquran ni tak ada tanda pustop. Sentiasa on.

Akak yakin Atie boleh melakukannya. Lakukan dari mudah lagi bagus, banyak masa untuk beramal.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Azira,

Alhamdullillah bila ada keingin, tandanya hati telah diberi hidayat oleh Allah.

Pada pandangan akak sebelum azira belajar tranum mahirkan dulu tajwid sebab kalau tajwid tak kuat dibimbang akan tersilap bila melagukan ayat-ayat suci alquran ni.

Kunang-Kunang berkata...

Waalakumussalam Amie,

Baguslah ada niat. Akak belum belajar tranum kerana sekarang ni sedang mencuba untuk mendalami ilmu qiraat.

InsyaAllah bila ada kelapangan nanti ingin juga nak cuba tranum.

Kalau tajwid Amie dah kuat, baguslan belajar tranum pula. Belajar tranum pun susah sebenarnya, tapi InsyaAllah jika keinginan kuat, semuanya boleh.

Kunang-Kunang berkata...

PCL

Terima kasih. Itulah aktiviti bagi orang yang dah senja ni PCL.

Kunang-Kunang berkata...

Cikgu Normah,

Sekarang akak cuba membetulkan bacaan anak2 dan ajar cucu2 saja dulu belum lagi mengajar.

Rasanya nak mengajar macam2 kawan lain yang banyak mengajar dikelas2 mengaji alquran, akak susah sikit walaupun ada kawan2 ajak, ini kerana memandangkan kesihatan yang tak menentu.

Tapi kalau ada yang nak belajar di rumah akak, InsyaAllah. Sebenarnya belajar ni lebih kepada memperbaiki bacaan sendiri.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Aju,

Baguslah, dah ada niat tu teruskan, jangan tunggu2.

InsyaAllah boleh. Bacaan alquran yang betul sangat dituntut.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Dato' LF,

Terima kasih. Semoga Allah berikan akak kesihatan dan kekuatan untuk meneruskan pengajian agama.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Kak Werdah,

Semoga akak sihat.

Terima kasih kak. Semoga akak juga sentiasa dibawah rahmat Allah.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Wak,

Alhamdulillah kerana Allah membuka hati kita untuk belajar.

Kita berdoa semoga kita diberi petunjuk dipenghujung jalan hidup kita dan kita tidak disesahkan dipenghujung jalan.

Akak doakan wak berjaya dalam ilmu yang sedang Wak pelajari. Dah tak lama lagi habislah di UM tu yer.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Al,

Terima kasih. Semua orang mampu melakukannya asalkan ada kemahuan.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Cek Mid,

InsyaAllah mendidik anak-anak dirumah itu pun diberi ganjaran yang besar oleh Allah.

Bila ada kesempatan cuba-cubalah mana yang termampu.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Saudara Abd Razak,

Akak sihat semoga saudara juga begitu.

Terima kasih.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Ita,

Nak kata dapat lesen tu tidaklah mahir sangat lagi. Di Selangor ni kita kena minta kebenaran daripada JAIS dulu untuk mengajar ilmu agama termasuk alquran.

Kalau Ita duduk di area KL, Masjid Negara ada kursus talaqi ni. Akak duduk di shah Alam, jadi di Masjid Negeri ni macam2 kursus dan kelas2/syarahan agama diadakan tiap2 hari.

Untuk kursus Talaqi alquran, pendaftarannya dibuka dalam bulan November. Sebelum ditentukan kelas, pemohon kena ditemuduga dulu oleh imam2 masjid. Dari temuduga tersebut akan ditentukan kelas.

Kelas paling tinggi yang boleh dimasuk sebagai kelas permulaan ialah Kelas Talaqi peringkat Menengah. Dari Asas hingga peringkat Tinggi memakan masa 3 tahun.

Bila tamat peringkat Talaqi tinggi dan mendapat markah 90% keatas, kita boleh memohon untuk kelas guru alquran. Ada temuduga juga oleh imam besar Masjid negeri.

Dalam kelas ni kita tidak diajar mengaji sahaja tetapi diajar qiraat, Ulum Quran, Ulum hadis, Hafzhan beberapa surah dalam alquran. Belajar bahasa Arab dan tulisan Khat. Lulus semua ni dengan markah minum 70%, InsyaAllah diberi sijil.

Kiranya 4 tahun jugalah.

Aduss panjang lebar akak terang ni, mudah2an Ita mendapat peluang meneruskan niat dihati.

Kunang-Kunang berkata...

CikLi,

Terima kasih.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam MP,

Terima kasih.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Jun,

InsyaAllah semua yang berkemahuan akan diberi peluang.

Tidak ada had umur dalam menimba ilmu apa lagi ilmu agama. Jauhkan sifat malu dalam belajar agama. Ikhlas kerana ingin membaiki diri demi mengjadi seorang muslim yang baik.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam CikguZam,

Terima kasih semoga kita semua diberikan keberkatan dalam hidup oleh Allah.

sonata anak kancil berkata...

salam...tahniah kak - semoga akak terus berbakti untuk menyampaikan ilmu agama ini.TK

gadisBunga berkata...

terkenang masa saya khatam quran dulu. ustaz bagi sijil dan mak buat pulut kuning. :)

sal berkata...

amboi meriahnya ..

alhamdulillah kerana majlis dapat disempurnakan dengan lancar..

moga sentiasa mendapat keberkatan..

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Sonata,

Terima kasih, mudah2an.

Kunang-Kunang berkata...

Gadis Bunga,

Sijil diberi sebagai galakan dan pengiktirafan di atas tamatnya pengajian Alquran.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Sal,

InsyaAllah.

Aisyan berkata...

Alhamdulillah. Tahniah kak, dah berjaya menamatkan pengajian jdi guru mengajar Al Quran.