Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Sabtu, 18 Jun 2011

Saat Kesabaran Diperlukan

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ




Bila seseorang ditimpa musibah, kata-kata semangat yang selalu kita bisikan ialah "sabar, sabarlah". Sebenarnya sabar bukan hanya apabila ditimpa musibah sahaja.

Menurut para ulamak sebagaimana yang dinukilkan oleh Syeikh Abdul Qadir Isa dalam Haqaiq al Tasawuf bahawa kita juga perlu bersabar ketika melaksanakan ibadah kepada Allah. Sentiasa istiqamah dalam mentaati Allah dan melakukan ibadah kepadaNYA. Melaksanakan amar makruf dan melarang kemungkaran. Sepanjang melakukan ibadah kepadaNYA kita hendaklah bersabar menempuh semua rintangan yang datang sepanjang ketaatan itu dilaksanakan.

Allah ada berfirman dalam Surah Luqman 31:15: Maksudnya"Wahai anak kesayanganku, dirikanlah sembahyang dan serulah kepada kebaikan, serta cegahlah daripada melakukan perbuatan yang mungkar dan bersabarlah atas segala yang menimpamu"

Kita juga hendaklah bersabar dalam meninggalkan perkara-perkara yang dilarang oleh Allah. Kita hendaklah berjihat melawan hawa nafsu yang sentiasa cenderung memperhambakan diri kepada selain Allah. Sentiasa berusaha membersihkan jiwa daripada bisikan syaitan dan nafsu ke dalam jiwanya.

Allah akan menganugerahkan sorga yang dijanjikan untuk orang yang sabar dalam meninggalkan larangannya sebagaimana firmanNYA dalam surah al-Naziat 79:40-41, maksudnya: "Dan bagi mereka yang takutkan keadaan ketika berdiri di mahkamah Tuhannya (untuk dihitung amalannya), serta ia menahan dirinya daripada menurut hawa nafsu, maka sesungguhnya syurgalah tempatnya."

Kita juga hendaklah bersabar ketika menghadapi musibah. Kita hendaklah sedar bahawa dunia ini hanyalah tempat ujian dan cubaan daripada Allah s.w.t. serta dunia ini juga bersifat sementara. Kita kenalah sedar hakikat kehambaan serta betapa lemahnya kita manusia yang tertakluk kepada kudrat dan iradat Allah semata-mata. Firman Allah dalam surat al-Baqarah 2:156, maksudnya: "Orang yang apabila mereka ditimpa kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya kami kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali."

Kesempurnaan Sabar Rasulullah s.a.w.

Ibn Mas'ud r.a. menyatakan: "Seolah-olah aku melihat sendiri (dengan mataku) bagaimana pada saat Rasulullah s.a.w. menceritakan tentang seorang Nabi yang dipukul oleh kaumnya sehingga darah mengalir dari wajahnya. Sambil mengesat wajahnya yang berlumuran dengan darah Nabi itu mengucapkan "Ya Allah, kurniakanlah keampunan kepada kaumku. Sesungguhnya mereka tidak mengetahui."

Subhanallah! Betapa sempurnanya kesabaran yang telah ditunjukkan oleh Baginda s.a.w. dalam menerima ujian daripada Allah. Segala kepahitan dan rintangan dihadapi dengan redha dan tabah demi menggapai anugerah yang dijanjikan olehNYA.


Sumber rujukan: Majalah Solusi

27 ulasan:

sal berkata...

terimakasih kerana berkongsi info..
moga kehidupan kita dirahmati dan diberkati Allah..

JunAina berkata...

insayallah akan sentiasa bersabar tetapi kekadang terlepas jugakkk...sabar2...

ajumohit berkata...

terima kasih atas info ini kak...mmg perlu byk bsbar dlm mcm2 hal kan...

werdah berkata...

Assalamu'alaikum Ani

Semoga beroleh kesejahteraan.. amin

Juga semoga kita sentiasa dapat bersabar dalam setiap keadaan.

AI berkata...

Salam,

T/kasih atas info...

Cikli berkata...

sungguh. sabar menyelesaikan banyak perkara

Cikguzam berkata...

salam,
satu artikel yang sangat sesuai saya baca ketika saat ini, kesabaran...........

littlehumblelynn berkata...

kak;

membaca entry ni sbg terapi utk saya kala ini... :-) tq kak

anitaare berkata...

assalamualaikum akak,

Subhanallah..tinggi sungguh kesabaran Nabi kita walau dipukul oleh kaumnya.

Kita entahlah ditegur sikit pun dah nak melenting..

Ya Allah jadikanlah kami dikalangan orang-orang mukmin yang bersabar..Ameen

Terimakasih akak atas perkongsian ini.

Pn Kartini berkata...

Assalamualaikum my dear Kak Ani..:)

Moga akak diberikan kesihatan yang baik dan dilindungiNya selalu..Amin..:)

Sememangnya sabar itu INDAH..
Cuma dalam pada beringat akan sabar..terkdg dek lemahnya diri..ada kala tersasar juga..aduhai..

masih lemahkan kak..iman di hati..

Tksh yaa kak utk peringatan ini..:):)

aby berkata...

salam k hanim,
wlupun kesabaran tu perlu bila ditimpa musibah, ibadah dan dalam mengawal memarahan nafsu, namun bila melibatkan ugama dan bangsa, kesabaran tu boleh ditolak tepi ...

sbb tu ada perang badar dan uhud ..

kesabaran tetap ada batasan nya ...

Kamsiah berkata...

salam
sabar...bersabar..sabarlah...
begitu mudah utk diucap...tp begitu payah dilakukan...oleh sebahagian besar manusia hari ni...kerana tiada kesabaranlah berlakunya segala yg terkeji,terkutuk...

sahromnasrudin berkata...

assalamualaikum kak..

trime kasih atas nukilan ini...benar, sabar bukan sahaja di waktu susah..di waktu senang je perlukan kesabaran

Kakzakie berkata...

Telah banyak dinyatakan dan diperingatkan pada kita yg dunia ini menuju destinasi akhir. Dlm sabar menanti dunia berakhir masih lagi ramai yg tak sabar mengumpul harta hingga lupa destinasi akhir itu.

Takut benar kakak...

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Sal,

Mudah2an Allah berikan kepada kita hati yang sabar dalam menempuh sebarang cubaan dan dugaanNYA.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Jun,

Alhamdulillah.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Aju,

Sama-sama semoga Allah memberi balasan yang baik di atas kesabaran Aju.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Kak Werdah,

Saya Alhamdulillah semoga akak juga berada dalam keadaan yang baik.

Saya tahu kak werdah seorang yang sabar dalam menempuh dugaan sakit yang Allah uji dan akak tak pernah berputus asa berubah. Semoga Allah permudahkan segala ikhtiar kak werdah tu.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Al,

Sama-samalah kita berusaha untuk mengamalkan sifat sabar ini.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam CikguZam,

Belajar bersabar dengan dugaan Allah. Semoga kita diberi hati yang tabah.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Littlehumble Lynn,

Terima kasih sudi menjengok lagi blog akak ni.

Semoga Allah permudahkan segala urusan yang sedang Lynn hadapi.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Anitaare,

Nabi Muhammad s.a.w. tokoh yang terpuji dan terbilang.

Tidak pernah berdendam dengan umatnya.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Sis tinie,

Betul tu sis tinie. Tidak mudah nak membentuk hati yang sabar tetapi kita berusahalah seboleh mungkin.

Semoga Sis Tini sekeluarga dikurniakan Allah keberkatan.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Wak,

Dalam keadaan2 tertentu terutama melibatkan agama dan maruah, kita jangan sampai menjadi orang yang dayus.

Hak kita mesti dipertahankan.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Kam,

Betul, membentuk dari dan mengajar hati untuk bersabar tidak semudah kita mengucapkannya.

Kadang2 kita tewas juga. Mudah2an Allah memberikan kita hati yang tenang dalam menerima ujianNYA.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Shahrom,

Yer betul Shahrom, kadang2 Allah menguji kita dengan kesenangan.

Semoga kita boleh imbangkan bila keadaan susah dan senang.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Kakzakie,

Itu yang kita takutkan. Takut hati kita berubah bila diuji Allah sama ada ujian susah ataupun ujian senang.

Semoga Allah tidak membolak balikkan hati kita. Dan semoga kita tidak disesahkan dipenghujung hidup kita.