Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Rabu, 15 Jun 2011

Berkembangan

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Assalamualaikum kawan-kawan semua. Kali ini saya nak ajak-ajak kawan rehatkan minda kejap kita tengok bunga-bunga orkid yang sedang berbunga di taman sekankang katak saya ni.

Bunga ni lama saya tak peduli sebab ketika kena jangkitan paru-paru baru-baru ni doktor nasihatkan saya jangan buat 'gardening'. Jadi saya siram jerlah pokok orkid ni. Tak letak baja pun. Tapi nampaknya pokok-pokok ni masih sayangkan saya, tetap juga berbunga. Alhamdulillah. Sekarang saya berjinak-jinak balik walaupun tak sekerap dulu.

Sayang juga, saya dah banyak belanjakan duit ketika gilakan pokok-pokok orkid ni. Jadi sebagai orang yang membelinya saya kenalah bertanggungjawab menjaganya. Bab kata member-member orkid, jangan biarkan dia ke sorga kerana kecuaian kita.


Ini saya dah tak ingat namanya, dari jenis vanda rasanya



Bunga putih dan merah ni jenis cattleya, keduanya
berbau harum


Doritis, bunga tahan lama


Nodosa pink, ada juga yang kuning


Mimi Palma warna purple, ada juga kuning.
Bunga ini berbau wangi


Ini pun jenis vanda juga tapi dah tak ingat
nama penuhnya. Dia ni rajin berbunga. Layu setangkai,
keluar pulak spike baru


Ada satu dua pasu lagi sedang berbunga, tapi saya gantung tinggi, tak dapat nak snap gambarnya.

26 ulasan:

ajumohit berkata...

wah cantik2nya kak, subhanallah..kalau mak saya nmpk ni menggeram jek dia hehehhe

sal berkata...

kenapa tak boleh gardening semasa sakit jangkitan peparu..ada efek kee

Cikli berkata...

comel tu cik kak. ambo suka.

iza berkata...

Assalam..
Rajinnya menanam pokok bunga. Saya tak berminat dgn bunga, lebih suka tanam sayur yg boleh dimakan..

endiem berkata...

lawar lah orkid orkid te.

ibuintan berkata...

kak ani... saya pun gila orkid, dah banyak melabur untuk orkid

kalau ada yg ke surga tu memang rasa terkilan sangat... tambahan yg mahal dan susah dapat

aby berkata...

salam k hanim,
cantik2 orkid tu, klu dah melabur sampai ribuan ringgit, pasti hasilnya menawan ..
nak bagi kucing2 wak main kt taman tu boleh tk ..

meh layan kucing2 wak plak ..

http://dorobeescattery.blogspot.com/

kakpah berkata...

jeles dah ni ani... banyaknya okid. tangan kakpah ni tak berapa ngam nanam oked. kadang2 berbunga lepas tu lamaaaa tak berbunga..

alimaz kembara terasing berkata...

sybhanalah... cantik2nya.... anyway terima kasih ya kak atas nasihat perihal saya dan anak2... saya tak akan ulangi lagi apa yg saya buat terhadap anak2 saya ... kalau saya marahkan diorang saya akan belajar memberi nasihat dgn cara lemah lembut... saya benar2 menyesal....

Kunang-Kunang berkata...

Aju,

Bunga2 ni berbunga tanpa dijaga. Kesian kan

Kunang-Kunang berkata...

Sal,

Masa kena jangkitan paru-paru baru2 ni doktor tak bagi buat garderning mungkin sebab ketahanan badan masa tu rendah.

Garderning tu berhabuk, lepas tu bacanya selalunya dari najis binatang, contohnya orkid bajanya selalunya dari najis kambing atau najis kelawar.

Kunang-Kunang berkata...

CikLi,

Terima kasih. Ada member orkid yang lelaki selalunya bunga2 dia orang, cantik2 dan mahal.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam iza,

Terima kasih sudi singgah.

Akak tak boleh tanam sayur, tanah yang ada depan rumah tu ciput jer. Tanam orkid ni boleh gantung2.

Contohnya ada orkid2 ni yang akak gantung di beranda.

Kunang-Kunang berkata...

Ibu Intan,

Memang ketika gilakan orkid tak sedar hulur duit pada penanam orkid ni.

Saya tak beli orkid yang dijual ole peraih di nurseri2 tu tapi saya terus pegi ke kebun orkid. Banyak pilihan dan harganya murah.

Nasib baik cik abang sporting, ikut jer kalau diajak ke kebun orkid. Member2 orkid pun ada yang tolong beli bila mereka ke kebun orkid.
Semenjak tak berapa sihat ni, dah lama tak ikut member ke kebun orkid.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Wak,

Pertamanya, tahniah wak dah ada blog kucing kesayangan. Comel2nya.

Kak hanim tak suka sangat bela kucing tapi selalu sedekah makanan untuk kucing yang lapar. Singgahlah...

Taman akak tu boleh kucing main, sebab orkid tu semua bergantung. Tapi wak bukan tak tahu, taman kecik akak senonet jer.

Apa pun seronoknya layan hobi boleh hilangkan stress kita.

Kunang-Kunang berkata...

Kak Pah,

Saya rasa tangan tak salah. Cuma satu jer menunggu dia berbunga tu memang perkara biasa. Kalau yang baru kita tanam setengahnya makan masa setahun baru belajar berbunga.

Teruskanlah kak pah.

Kunang-Kunang berkata...

Alimaz,

Terima kasih sukakan bunga2 akak tu.

Akak sekadar berkongsi apa yang pernah dialami. Itu saja, jika ia memberi manfaat, Alhamdulillah.

Kunang-Kunang berkata...

Endiem,

Terima kasih.

Kakzakie berkata...

Assalamualaikum Kak Ani,

Alahai kenapalah bunga orkid Kak Ani menjadi begitu rancak. Kakak punyalah membelai daun saje yg rancak. Tak keluar-keluar bunga. Masa beli dah ada bunga. Itulah the only flowers yg dapat kakak nikmati. Lepas layu terus tak berbunga lagi. Siap spay bunga yg kena tempias spraynya pulak yg berbunga bukan pokok orkid. Orkid tetap membisu.

Ada tips tak Kak Ani?...

Miecyber berkata...

Orked memang cantik...

Naik basikal ke Mekah

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Kakzakie,

Sebenarnya tanam orkid ni memang memerlukan kesabaran tinggi. macam orang memancing jugaklah.

Kadang2 pokok tu ambik masa bertahun untuk berbunga. Sekali dah berbunga tu InsyaAllah.

Kak Ani tak ada petua, cumanya spray dengan baca orkid. Tapi kawan ada juga buat, dia letakkan kerang (dengan isi) sebulan sekali dan pokok orkidnya rajin berbunga. Tapi busuklah sikit.

Kalau basuh beras masa nak masak nasi, simpan airnya semalaman, air kita cuci ikan pun siram2kanlah.

Orkid ni ada yang perlu panas matahari sepenuhnya ada yang tidak. Kena perhatikanlah.

Bila ada masa, potong kulit pisang kecik2, letak dalam pasu orkid. Bila siang ikan bilis pun, sisa2nya tu letakkan dalam pasu orkid tu.

Cubalah.

Kunang-Kunang berkata...

Mie,

Terima kasih.

gadisbunga berkata...

berkenan betul saya kat orkid yg wangi tu.. :D

Kunang-Kunang berkata...

GB

Banyak orkid yang wangi sebenarnya.

Azira Mohamad berkata...

Sy peminat orkid! suka sangat. orkid ni senang nk jaga.tp, sejak sy kawen xberpeluang lg nk berjinak2 dgn orkid sbb masa byk spent dekat office. :(

cantikkk orkid akak!

AI berkata...

Salam,

- wahhh...cantik2 bunga orkid ni...