Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Ahad, 12 Jun 2011

Jalan-jalan Makan Angin

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Assalamualaikum pada semua rakan blogger yang singgah di sini semasa ketiadaan saya lebih kurang 2 minggu. Hari ini 10 Rejab. Semoga di bulan yang mulia ini Allah berikan kita keberkatan dan kesihatan yang baik untuk membolehkan kita beribadat kepadaNYA.

Nampaknya selepas menulis N3 tentang orang yang koma, akhirnya saya pula yang komakan menulis dalam blog. Bukan sengaja nak koma menulis tapi sebenarnya saya pulang ke Terengganu pada 3 Jun lalu menghadiri perkahwinan sepupu sebelah suami (sepupu muda).


Bergambar dengan pengantin untuk kenangan


Selepas balik dari rumah pengantin, hati tergerak nak ke Kuala Terengganu. Cadangnya nak berjumpa dengan adik. Tapi sayangnya dia tak ada di rumah. Jadi kami terus ke Kota Bharu.

Tiba di Kota Bharu waktu dah senja. Cari hotel bagai nak gila. Jadikan satu pengajaran berjalan tak booking hotel dulu. Wuuh Kota Bharu. Sungguh hebat. Saya mencari hotel dari hotel taraf 5 bintang hinggalah hotel tak ada bintang. Jawapannya sama saja "maaf puan, tempat kami penuh". Nyaris kami tidur dalam kenderaan kami (saya suami isteri dan sakinah).Masa ni teringat Kak Yam dari Blog 'Life as Pensioners' sini yang ada homestay Rumah Tamu Sri Pauh

Akhirnya suami saya cadangkan kami ke Pengkalan Cepa yang terletaknya lapangan terbang Pengkalan Cepa. Sepanjang perjalanan nampak saja notis 'hotel atau Inn' kami tanya, jawapan serupa. Dalam keadaan hampir putus asa, akhirnya bersebelahan dengan lapangan terbang Pengkalan Cepa saya nampak satu papan iklan kecik. 'Budget Hotel Kels.'

Syukur sekurang-kurang taklah kami tidor dalam kenderaan. Bila kami telefon, kata orang yang menjawab masih ada bilik kosong. Terus ke tempat yang dituju. Sebuah rumah banglo besar juga. Masuk ke dalamnya kami 'impressed'. Bersih dan mempunyai ruang tamu/lobi yang luas. Ada lebih kurang 10 buah bilik besar dan sederhana. Kami bernasib baik kerana ada bilik yang boleh memuatkan kami bertiga. Kami tinggal 3 hari 2 malam di situ.

Mungkin saya tersilap anggapan, harap maaf kalau saya silap, tapi selama 3 pagi saya bersarapan di kedai-kedai makan berdekatan dengan lapangan terbang tu, breakfastnya nasi, saya tak ada pilihan. Ini menu salah satu kedai makan yang saya singgah.


Nasi dalam daun pisang, lauknya ayam kerutup, beginilah
bila dibuka bungkusan


Ayam kampong goreng. Kebetulan minum kopi



Seperti biasa bila di Kota Bharu mesti nak ke Rantau Panjang atau Pengkalan Kubur. Tapi kali ini kami ke Rantau Panjang saja. Tak beli apa-apa sangat lebih kepada 'tengok'2. Malamnya kami ke Wakaf Chek Yeh. Nak tengok keadaannya sebab selalu sangat orang cerita tentang tempat ni. Pasar Siti Kadhijah pun singgah jugak, seperti biasa beli serunding.




Memandangkan rakan blogger selalu cerita hal Masjid Beijing ni saya pun singgah juga semasa dalam perjalanan ke Rantau Panjang.

5 Jun kami balik ke Terengganu. Di bawah ni adalah gambar pemandangan di sepanjang perjalanan pulang dari Kota Bharu melalui jalan Pantai iaitu melalui Tok Bali dan lain-lain daerah yang saya tak ingat namanya, ini untuk mengelakkan jem di jalan utama.


Pintu Gerbang berhampiran Lapangan Terbang Pengkalan Cepa





Pemandangan Laut di Sepanjang Perjalanan



Jambatan Tok Bali Yang Tinggi







Teruja dengan kecantikan Pantai, singgah
sekejap di Pantai Bisikan Bayu


Saya tiba di Dungun lebih kurang jam 10.00 malam. Tinggal di Dungun sehingga hari Khamis.

22 ulasan:

MulutPayau berkata...

Assalamualaikum kak...
Wahhh!!! jalan2 ke kelate yer...time cuti skolah mmng ramai orang di Rntau panjang...Mp sndiri pun tak pergi ke RP kalau cuti skolah...Betul lah tu kak..mmng ore kelate suka b/fast nasi..

Miecyber berkata...

Di Taman Negara pun bilik banyak fully booked sempena cuti sekolah nie..

Basikal elektrik boleh lipat

werdah berkata...

Assalamu'alaikum Ani

Alhamdulillah seronok kan dapat berjalan-jalan lebih2 lagi jumpa saudara mara. Semalam adik ipar datang bawa keropok dan sosnya, roti canai, n mertabak raja, katanya baru balik dari Kota Baharu, maklum sekolah cuti.

ajumohit berkata...

kak, seronoknya berjalan, meluaskan pemandangan mata..makan sedap tu, feveret saya semua tu hehehe...saya mmg suke mkn...

Syimama berkata...

salam..lama x on9 rupanya jln2 cari makan...alhamdulillah akak sihat ya. Cerita akak buat sy terkenang masa gi T'ganu beberapa tahun lepas. Dtg tanpa booking hotel, berpusing2 cari dari tghari sampai senja...last dpt hotel apek, dgn cadar kotak2. Teringat tu, senyum sendiri.

Kamsiah berkata...

kat kelantan...bekpes mmg kebanyakannya nasi-nasi lemak,nasi dagang,nasi berlauk...kalau nak kuih muih,kena pergi ke pasar2..

Kakzakie berkata...

Assalamualaikum Kak Ani,

Ini bukan jalan makan angin Kak Ani. Jalan makan-makan hehehe...

Kakak nampak makanan yg ditayang memang susah nak kawal sebab semuanya sedap tapi nampak gaya kalori dah bertan-tan ye...

Ann Huda (Ate) berkata...

Seronok akak makan hangin mujur tak kembong perut masuk hangin (hee gurau ye kak). Lama betol Ate tak ke Kelantan, rasanya lebih dari 8 tahun. Kadang teringin gak jalan2, tapi keja sendiri kak, tarak keja tarak duit. So kena lah keja hari-hari. Rehat pun kat umah aja sehari..tidur membesarkan diri ;)

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam MP.

Semoga sihat sentiasa. Akak kalau balik ke Terengganum hati selalu teringin nak ke KB.

Hari tu teringat kata Sakinah semasa kami menginap di budget hotel yang akak kata tu, dia kata, duduk sini rasa tenang jer sebab dikelilingi kampong. Baru dia tahu kalau tidak dia memang fussy. Nak duduk hotel saja.

Ini first time dia tinggal di tempat seperti homestay ni. Nampaknya dia seronok.

Kunang-Kunang berkata...

Mie,

Orang kita dah pandai menghargai waktu bernilai dengan anak-anak terutama waktu anak-anak bercuti sekolah.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Kak Werdah,

Raja Mertabak tu memang sedap. Dulu2 masa masih bekerja selalu kirim pada kawan2 bila mereka balik ke kelantan.

Tentang keropok, saya masih suka keropok keping atau keropok lekor terengganu.

Kunang-Kunang berkata...

Aju,

Memang seronok berjalan-jalan. Tapi memandangkan hasben akak tu ada gout, kesian pulak, bila memandu jauh2 ni, kesannya teruklah. Sakit kaki.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Syimama,

Tulah, lama sungguh rasanya tak online. Walaupun semasa di kampong dan semasa di KB boleh online, tapi rasa malas pulak.

Sama dengan adik ipar saya yang balik dari Alor Star singgah di terengganu sama tarikh dengan tarikh saya di Kelantan, mencari hotel bagai nak rak, akhirnya dapatlah satu hotel 'china'. Anak2 semua merungut.

Kunang-Kunang berkata...

Kam,

Kami orang terengganu juga kuat makan nasi sebagai breakfast. Tapi kami makan nasi lemak, nasi dagang dan nasi minyak serta kuih.

Tapi mungkin dah lama di Shah Alam, rindu nak roti canailah pulak.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Kakzakie,

Memang makanan sedap2. Tapi sayangnya akak kurang tahu tempat makan yang best2 di Kelantan ni.

Kuih muih selalunya kak ani beli di Pasar Siti Khadijahlah. Di tingkat 2 pasar tu, kain batik pasang cantik2nya. Control-control supaya tak kelabu mati ni.

Kunang-Kunang berkata...

Ate,

He he, jalan2 tu akan tak kembong tapi kesian abanglah, kaki dia gout yang bengkak. Jadi mana-mana kami singgah dia tunggu di kereta saja. Kesian dia.

p@kcikLie berkata...

Assalamualaikum kak,
.. jgn 'koma' kan blog anda...hee gurau je...
bestnya jln2 cari mkn ni..emm tgk cawan kopi tu 'klasik' sangat...
selamat bersiaran kembali.

nur berkata...

AsSalam kak hanim..
Wah seronok nye makan angin. Sempat singgah beli serunding kat pasar Siti Khadijah lagi.. kami panggil serunding tu, Sambal Daging. Best buat makan time sahur..yang tak lalu jadi lalu kalu ada sambal daging.. :)

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam PCL,

Kadang2 tu terpaksa 'koma'kan sekejap berblog sebab komputer (tak suka guna laptop) di kontrol oleh cucu yang dua orang tu, tambah2 cuti sekolah ni.

Ni mereka dah balik rumah dia orang baru neneknya ni boleh berblog.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Nur,

Akak kalau tak beli serunding ka KB, akak akan beli di Kuala Terengganu, harga pun lebih kurang. Ni dekat2 nak raya mesti kirim pada sapa2 yang nak ke KB atau KT nak lawan dengan ketupat pulut ketika raya.

Bila ke KT mesti pulak beli ketupak palas untuk dimakan dengan serunding.

Ros Illiyyuun berkata...

Salam :)

Alah Kak Ani, "bakpe dok kabo mai Tganu?:)". Saya ada kat kampung masa cuti 2 minggu tu...Kalau tidak mungkin boleh jumpa :)

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Ros,

Akak ingat Ros berada di Sarawak.

Untuk ke KB memang lalu kampong Roskan.

InsyaAllah panjang umur kita berjumpa.