Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Ahad, 22 Mei 2011

Salam Takziah

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ







إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ Itulah saja yang mampu diucapkan apabila saya mendengar berita tentang tanah runtuh yang menimpa Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Hulu Langat tengahari semalam melalui Berita Jam 3.00 petang di Klasik FM.

Tak dapat nak diucapkan dengan kata-kata kesedihan hati apabila mendengar tentang tragedi ini. Dalam hati tak putus-putus berdoa semoga tidak ada yang kehilangan nyawa. Tapi Allah Maha Berkuasa atas segalanya dan kita semua tahu apa yang terjadi.

Memandangkan dah ramai rakan-rakan blogger yang menyiarkan berita ni, di sini saya cuma ingin menyampaikan takziah saya kepada semua keluarga mangsa yang terlibat dan Alfatihah kepada yang terkorban. Semoga keluarga mereka yang terlibat dalam kejadian ini tabah dan sabar menempuh ujian Allah ini.

20 ulasan:

Miecyber berkata...

Al Fatihah ....

Faktor menyebabkan tanah runtuh menimpa Rumah Anak Yatim & Anak Kebajikan Madrasah Al-Taqwa,Hulu Langat

Insan Marhaen berkata...

takziah juga dari IM buat semua keluarga mansa.

sedihnya, sempat juga mereka main isu ini untuk kepentingan peribadi mereka. hurmmm...

aby berkata...

salam k hanim.
salam takziah juga kpd keluarga yg terlibat ..
semoga mereka menerima musibah ni sebagai ujian dari allah swt utk hamba2 nya ..
al fathihah utk yg pergi.
semoga roh mereka diletak bersama sama org yg soleh ...

Syimama berkata...

Salam tuan rumah..innalillahi wainnailaihi rojiun dan takziah pada semua keluarga terlibat ... tiada kata2 untuk menggambarkan kesedihan dan simpati.

Kakzakie berkata...

Sebagaimana runtuh tanah itu samalah runtuh hati kita melihat tragedi meragut anak-anak yatim tersebut. Sedih sungguh....

sahromnasrudin berkata...

al-fatihah utk semua arwah..

saya sedih dengan kenyataan yang saling salah menyalahi

gadisbunga berkata...

sedih sgt...semoga adik2 yg suci tu menjadiahli syurga...amin...

sal berkata...

sungguh menyedihkan dan menyayat hati..al fatehah..

abu muaz berkata...

ya, semoga keluarga mereka tabah menghadapi ujian ini

Kunang-Kunang berkata...

IM,

Terbayang dimata deretan jenazah yang dikapan dan dikebumikan. Sama-samalah kita berdoa semoga roh mereka dicucuri rahmat dan kita mengambil jalan berpakat untuk membendong perkara sedih ini supaya tidak berulang lagi.

Kunang-Kunang berkata...

Mie,

Hanya doa yang mampu kita berikan pada mereka semua.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Wak,

Sama-samalah kita berdoa semoga yang mempunyai kuasa berpadu membendong perkara ini dari terjadi lagi.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam syimama,

Yerlah, takziahlah kepada keluarga yang terlibat. Sabarlah dengan ujian Allah ini.

Kunang-Kunang berkata...

Kakzakie,

Memang sedih walaupun mereka tidak terdiri dari darah daging kita tapi perasaan sayu dan sedih tidak dapat kita tahan melihat jenazah anak-anak yang pergi dan mereka yang tercedera.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Sahrom,

Betullah tu dalam keadaan sedih ini tak usahlah kita saling menuding jari, lebih baik kita mencari jalan terbaik membantu menyelesaikan perkara ini. Perkara dah terjadi.

Kunang-Kunang berkata...

Gadis bunga, InsyaAllah mereka semua akan menjadi ahli sorga.

Kunang-Kunang berkata...

Saudara abu muaz,

Itulah doa kita semua kepada keluarga yang tinggal semoga tabah dalam menempoh dugaan ini.

Kunang-Kunang berkata...

Sal,

Memang tak dapat nak kita gambarkan dengan kata2 yang kita memang sama bersedih dengan apa yang terjadi. Selama ni kita cuma mendengar terjadi di luar negera sekarang ini nampaknya kita juga tidak terkecuali,

ummu berkata...

assalamualaikum kak hanim
menatap wajah anak2 yang terselamat ni
sayu di hati
teringat perkongsian sesi kaunseling antara pelajar saya yang tinggal di rumah anak yatim,
mereka sangat menghargai kasih sayang yang dihulurkan kawan dan guru...

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Ummu,

Yerlah kak, dengan kita yang sudi ni jerlah mereka menumpang kasih.

Akak pernah sekali ke rumah anak yatim di Klang - Rumah Anak Yatim Haji Siraj, akak tak boleh menahan sebab tengok mereka, akak menangis.

Terutama bila mereka diperkenal kepada akak yang yatim piatu ibubapa mati kemalangan. Sayunya melihat kak yang besar sikit tu mendukung adik yang kecil.

Merenung mata mereka Ya Allah, sedihnya.