Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Khamis, 12 Mei 2011

Penawar Panas

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


Sekarang ni di mana-mana kita pergi semua orang mengeluh "Panasnya". Dan akibat panas juga ada orang marah bila ada orang ingatkan "di neraka lagi panas". Walau pun panas di neraka itu hakikat, tapi bagi orang yang sedang kepanasan, dailog itu tak rasional dan memanaskan hatinya. Sabar-sabar, minum air banyak2.

Malam tadi kami bertiga, Sakinah, abahnya dan saya keluar ambik angin konon. Sampai di satu tempat di Shah Alam ni ternampak sebuah Restoran. Ramai orang di dalamnya. Kami pun singgah. Tujuannya nak cari minuman untuk hilangkan dahaga dan panas badan. Dalam nak elakkan minuman berais, minum juga.


Inilah minuman kami malam tadi yang mencari minuman untuk melegakan panas badan. Sakinah Aiskrim, abahnya tea 'o' panas dan ais kosong, saya minum karet susu.





Tapi sedang menyedut air karet susu ternampak pulak orang di meja depan sedang menghirup lee chee kang. Eh!! lee chee kang boleh ambik panas badan. Akhirnya panggil waiter "Lee Chee Kang sejuk, nak manis sikit saja." Nah inilah lee Chee kangnya. Best jugak air lee chee kang.


Biasalah dah minum, sedap jer nampak makanan dalam menu yang diletakkan depan kami, akhirnya, inilah makanan saya. nasi goreng nenas untuk menemani lee chee kang dan karet susu saya. Nasi goreng nenas nik kami syare bertiga. Mau semput nafas kalau saya makan sorang.

Di rumah ni pun dah ada yang batuk bersahut-sahutan walaupun dah minum ubat batuk, dah nak habis sebotol. Ubat batuk beli dan ubat batuk doktor bagi. Semalam Kaisah balik dari nurseri pun suara dan garau dan batuk-batuk, badan suam. Nasib baik hari ni okey nampaknya tu.



Saya sendiri pun ada ruam di badan. Dah 2 kali jumpa doktor, nampaknya masih belum hilang lagi. Minggu lepas bawa Salam jumpa doktor selepas dia batuk bertalu2 diikuti dengan sesak nafas. Doktor berikan dia 'sedut gas' macam orang lelah tu untuk membantu melancarkan pernafasannya. Sekarang dia dah balik ke UIA. Malam tadi saya telefon, dia kata dah okey sikit. Alhamdulillah.

Untuk membantu badan dengan cuaca yang panas sekarang ni nampaknya kita kenalah banyakkan minum air kosong, jus buah-buahan atau minuman isotonik. Elaklah berada di luar kawasan rumah kalau tak perlu. Mandi kena keraplah nampaknya dan kenalah pakai pakaian yang nipis tapi tidak seksi yer.


Happy 2nd Anniversary



Selamat menyambut ulang tahun ke 2 untuk Blog Syimama Page. Semoga terus menulis. Terima kasih sudi memanjangkan stem 2nd-anniversary ni ke Blog saya.

30 ulasan:

Kakzakie berkata...

Assalamualaikum Kak Ani,

Sekarang luar bangunan kakak sedang hujan lebat sungguh. Semalam petang balik kerja pun meredah hujan. Alhamdulillah...

Lee chee kang memang sedap. Kakak suka yg panas....

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam,

Syukor Alhamdulillah, dah hujan. Harap2 di sini hujan jugak nanti. Jangan sampai banjir dahlah.

Kat Lembah Klang ni tahu jerlah, lama sikit hujan, orang merungut juga, banjir kilat.

sahromnasrudin berkata...

assalamualaikum kak

tgh drive pun pnas kan smpai rasa aircond krete nie rosak kot huhuhhhhh

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Sahrom,

Akak pernah rasa macam ni beberapa tahun dahulu semasa bawa budak2 bercuti di Pulau Pinang. Masa di Pulau Pinang tu, ingatkan air-rosak juga.

Semasa balik sehingga melepasi Butterworth kami ingat air rosak. Tapi dah melepasi bukit mertajam baru rasa air-cond. rupanya tak rosak, cuaca terlalu panas.

pB berkata...

Betul betul
panas hingga air cond dalam kereta tak rasa apa apa. rasa angin jer ....



akak,

restoran tu kat mana , kak?

Miecyber berkata...

Cuaca panas dan bejerebu..

Jerebu kembali lagi....

ajumohit berkata...

elok minum air byk2, jgn kene ulser mulut mcm saya..tp ni nak elok dah hehehe, boleh mkn byk2 dah, selera dh dtg heheheheh

Kunang-Kunang berkata...

Tadi pun bacaan indek jerebu di Pelabuhan Klang paling tinggi tu termasuklah Shah Alam.

Restoran di seksyen 20, dekat Pusat Perubatan KPJ, namanya tak ingat tapi di atasnya ada hotel. Satu deret dengan 7 Eleven,

Kunang-Kunang berkata...

Memang mie, ini merbahaya.

Kunang-Kunang berkata...

Alhamdulillah ulser mulut aju dah beransur semboh. Minum air asam jasa sedap jugakkan.

putrylady berkata...

anak saya dah sebulan ruam.
habis montot luka digarunya...
doktor, ubat ...dah macam2 jenis...
mudah2an sembuh terus tak lama lagi...
insyaallah.

cikguden berkata...

bumi makin panas. apakah ini gara-gara tangan manusia itu sendiri?

Ros Illiyyuun berkata...

Assalamualaikum :)

Alhamdulillah, tengahari tadi hujan turun membasahi bumi. Syukur,Allah sentiasa memahami isi hati hamba-Nya.

werdah berkata...

Assalamu'alaikum Ani

Di sinipun alhamdulillah, hujan pukul 4.30 petang tadi dan berhenti hampir pukul 7.

MulutPayau berkata...

Assalamualaikum kak...
Mmg betul..Cuaca panas sngat skrang ni...Kat tempat saya pun sama...nak keluar rumah pun malas...

Tapi..Alhmdulillah..ptang tadi hujan lebat walaupun diikuti ribut dan petir...

Kamsiah berkata...

Aalhamdulillah...dah berakhir cuaca panas kat sini...hari ni hujan sehari suntuk...sehelai baju pun tak kering..

anitaare berkata...

assalammualaikum kak,

sy suka lee chee kang sejuk2..lega tekak rasa..
amboi besarnya nasigoreng nenas tu..kalu saya dan anak empat org nih cukup tu..mesti sedapkan

Kunang-Kunang berkata...

Assalamualaikum rakan-rakan blogger,

ulasan yang telah dibuat oleh kawan-kawan di N3 dah terhapus dengan sendirinya.

MulutPayau berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Sham berkata...

salam tuan rumah...

musim panas ni kalau kuat sangat minum air batu jadi batuk2 pulak...!jaga2...;-)

MulutPayau berkata...

w'salam kak...entry trbaru saya juga hilang...disimpan sbgai draf...kena keluarkan semula...
Saya dah jnguk rakan2 blogger lain..semua kes yg sama..

Kakzakie berkata...

Alhamdulillah blog pun kena uji juga Kak Ani. Kakak punya pun sama juga.

Dalam kepanasan udara tetiba blog pun jadi panas. Ikut cuaca pulak dah dia. Hari ini sejuk balik dah. Hehehe......

LIPISLADY berkata...

Sallam kak Kk,

Memang panas sikit cuaca sekarang,
saya pun baru baik demam, batuk.

kak ada ke link Che Mid,
saya nak minta maaf dengan dia,
saya dah memfitnah dia,
memang betul2 ada kekeliruan dengan entrynya yang itu.

werdah berkata...

Assalamu'alaikum Ani

Samalah dengan kak, habis N3 terbaru, insyaAllah taip semula sebab ada draftnya tapi tak lengkap sebagaimana yang dipublish dulu.. nak buat macam mana kan.. sabar je la...

Ros Illiyyuun berkata...

Assalamualaikum

Makcik (Werdah0 :) )

...juga berlaku kepada entri terbaru saya, ketika hendak 'reply' komen Makcik (Werdah) tiba-tiba perasan yang komen itu telah ter'delete'. -Under maintenance-


P/S:tumpang ye Kak Ani :)

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Sham,

Terima kasih sudi singgah dan ikut.

Musim panas nilah susah nak kawal diri dari minum minuman berais.

Kunang-Kunang berkata...

MP, akak hilang komen jerlah.

Senasiblah kita semua nampaknya.

Kunang-Kunang berkata...

Ujian ni Kakzakie. kita sabar jerlahkan.

Kunang-Kunang berkata...

Lipislady
Kak Werdah

Senasib kita.

Ros,

Tumpanglah tak kisah.

werdah berkata...

Assalamu'alaikum Ani

Tumpang juga jawab untuk Ros

Makcik perasan yag komen makcik hilang.. pada N3 Abd Razak juga.. nak buat macam mana bukan di bawah kawalan kita kan..