Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Khamis, 26 Mei 2011

Macam tu Ker

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ



Sejak saya balik dari Kota Kinabalu tempoh hari, badan saya terasa gatal-gatal. Di badan saya ditumbuhi ruam-ruam merah. Kadang-kadang terasa miang sangat.

Saya dah berjumpa doktor untuk dapatkan ubat. Doktor dah berikan saya ubat sapu dan ubat makan. Ruam merah tu hilang, tapi rasa miang dan gatal masih ada.

Kemuncaknya malam kelmarin saya tak dapat tidor. Rasanya satu jam pun tak sampai yang saya boleh terlena. Paginya baru saya perasan rupanya seluruh kaki dan belakang saya berbintat-bintat macam kena gegata. Kalau mak saya dulu dia kata kena 'ludah dek hantu'. Kalau kena macam tu, dulu-dulu mak saya akan perasapkan jala atau pukat yang buruk dan asapnya dihalakan ke seluruh tempat yang berbintat-bintat tu. Alhamdulillah menjadi pulak. Sekarang mana nak cari pukat atau jala lama di sini.

Memandangkan saya dah berjumpa doktor di klinik biasa tapi tak juga berkesan, saya pergi berjumpa doktor di pusat perubatan yang biasa saya pegi di Shah Alam ni.

Apa yang nak saya ceritakan ialah selepas doktor memeriksa saya, dia kata saya kena jangkitan 'fungal'. Dia akan berikan saya ubat anti fungal untuk selama 4 minggu. Doktor tu beritahu saya tapi ubat tu harganya mahal. Saya tanya berapa mahalnya, doktor tu kata RM17.00 sebiji. Ubat yang baik. Saya akur jerlah, nak buat macam mana dah sakit.

Akhirnya kos semua sekali, konsultan dan ubat-ubat lain selain 'anti fungal' saya dicajkan sebanyak RM203.00. Nasib baik saya ada kad keahlian Pusat Perubatan tu, jadi saya dapatlah diskaun 10%.

Balik rumah saya termenung sendiri. Berfikir, tadi kalaulah saya kata saya tak mampu nak bayar harga ubat tu, ertinya saya akan diberi ubat biasa saja. InsyaAllah mungkin semboh juga tapi lambatlah sikit agaknya.

Sedihnya bila terkenang macam tu. Kalau sakit, duit pulak tak ada, macam tulah jadinya. Dan sebagaimana sepatutnyalah dengan izin Allah, miang dan gatal saya serta bintat-bintat tu dah hilang pagi ni. Semalam dapatlah saya tidor.

Bercerita pasal duit untuk berubat ni saya terkenang sepupu saya yang sekarang ni sedang menjalani rawatan radioterapi untuk kanser yang dihidapinya. Selepas radioterapi dia kena menjalani kemoterapi pulak.

Katanya doktor dia beritahu, kemoterapi ni pun ada macam-macam ubat. Ada ubat mahal dan ada ubat kurang mahal. Ubat kemo yang diberikan kepada Azean Irdawaty adalah ubat mahal. Itulah katanya Azean sihat hingga sekarang (jangan lupa kuasa Allah). Jadi saya tak taulah ubat apa besok yang sepupu saya akan terima.

Kalau pada yang kerja Kerajaan tu bolehlah Kerajaan tanggung, pada yang kerja swasta atau kerja sendiri, aduss kesiannya.

30 ulasan:

maiyah berkata...

assalam..

Allah akan beri ujian selaras dgn kemampuan hambaNya, pasti jln dan caranya yg berbeza

Ann Huda (Ate) berkata...

Ketika senang mahupun susah, ketika sakit mahupun sihat..harus sentiasa bersyukur..Tak mudah kan?

MulutPayau berkata...

Assalamualaikum kak...
Setiap kita akan diuji dgn ujian yg berbeza.....dan pasti ada jalan pnyelesaiannya...Semoga kita tetap tabah dan sabar mnghadapi apa jua ujian dariNYA...

gadisBunga berkata...

saya selalunya macam ni:

masa sihat tak sedar yg sihat tu satu nikmat, bila dah sakit baru nak insaf.

sekarang saya sedang sakit dan berharap akan sembuh segera.

*bulan 10 ni saya nak gi KK jugak. cemana nak elak jadi gatal2 tu ye? hihihi..

werdah berkata...

Assalamu'alaikum Ani

Dulu pernah makan masa setahun ada fungus kata doktor diberikan ubat, sapu makin gatal, tukar pula ubat, lebih 6 kali tukar. Kemudian kak pergi ke hospital pakar an-Nur di Bangi, alhamdulillah dalam masa 3 hari dah hilang. Jadi tak gunalah lagi ubatnya. Memang mahal namun berbaloi.

Kemudian dah lebih setahun jadi balik, jumpa lagi doktor di hospital pakar tu, lalu dia nasihatkan supaya jumpa dia di HKL bahagian pakar kulit, jadi akan dapat ubat yang sama percuma je..Ini kena buat appoinment dulu dengan klinik yang biasa kak pergi yang dulunya berkali-kali tukar ubat tu.. memang masalah kan bila gatal-gatal ni.

Setiap orang Allah berikan ujian dan akan diselesaikan oleh orang itu berdasarkan pilihannya. Allah akan mempermudahkan segala-galanya. Sembuh atau tak itu berdasarkan pilihan kita berubat dan pengetahuan Allah serta atas kehendak dan kekuasaan Allah SWT. Itu apa yang kak faham daripada kuliah al-Qadar wal Qadha' ustaz Kariman. Kita wajib berikhtiar cari ubat tak boleh biarkan begitu sahaja.

Semoga Ani cepat sembuh. Kepada sepupu Ani didoakan supaya Allah permudahkan segala urusan. Sepupu kak yang kak sebutkan dulupun masih dalam rawatan kimo.

Cikli berkata...

itulah, gatal nak ke kk sangat.
gurau je kak... kk bagus.
semoga tidak gatal lagi dan sihat.

saya pernah lihat tertulis di pintu di rumah konsi indonesia dam tv "orang miskin dilarang sakit"
penuh makna....

kakpah berkata...

salam ani,
bagi yang tak berduit nak buat macamana kan. direct seller yang jual makanan kesihatan umpamanya selalu cakap: jangan sayang duit untuk sehat. Dorang tu cakap sebab nak melakukan barang mereka. Kalau tak ada duit, nak beli macamana. Banyak perkara lain yang nak dipikirkan.
Tapi kalau memang duit tu ada, apa salahnya melabur untuk kesihatan kita.Kakpah juga kadang2 teragak2 nak beli ubat/supplement tapi bila dipikirkan tentang kesihatan. hilang sifat kedekut. Sekarang ni pun setiap pagi dan petang ngap segenggam ubat ubatan...

semuga ani dah sehat sepenuhnya. Salaam jumaat.

Kunang-Kunang berkata...

Assalamualaikum Maiyah

Semoga Maiyah sihat.

Setuju dengan Maiyah, Allah juga janjikan ganjaran terbaik kepada hambanya bila dia diuji.

Apa yang perlu kita berikhtiar mencari jalan untuk mengatasinya.

Kunang-Kunang berkata...

Assaamualaikum Ann Huda,

Ate, sakit semboh semuanya dari Allah. Dia yang memberi kita sakit dia jugalah yang akan memberi kita ubat.

Terima kasih singgah blog saya.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam MP,

Ujian Allah sentiasa ada. Terpulanglah cara kita menerimanya sama secara positif atau negatif.

Kita disuruh berikhtiar.

Kunang-Kunang berkata...

GB,

Semoga dah sihat kalau belum didoakan semoga GB cepat sihat.

Sebenarnya sakit yang kita alami adalah sedikit berbanding sihat yang Allah berikan.

Akak rasa KK tak salah dah memang badan akak ni jenis cepat alergik agaknya. Suami dan anak-anak yang ikut Alhamdulillah tak ada apa-apa.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Kak Werdah,

Semoga akak sihat.

Gatal yang saya alami ni jenis yang datang2. Kejap dia bebintat2 di paha dan kaki, seolah-olah orang kena gigit agas. Di sapu cream atau bedak, hilang. Nanti bila dia nak datang, datang lagi.

Saya nak tengok dulu ubat yang saya ambik ni. Kalau masih juga timbul2 bintatnya, saya ingat saya nak ke Darulsifa', nak minta air, bukan kerana takut disampuk tapi nak ikhtiar cara tu pulak.

Tapi doa saya semoga Allah permudahkan dengan ikhtiar saya ni.

Kunang-Kunang berkata...

CikLi,

Ha itulah kan, masa di KK gembira tak terhingga. Tapi masih ingat dunia.

Ini sedikit ujian yang Allah beri pada kak ani. Semoga ujian ini segera berlalu.

Nanti dah sihat boleh berjalan2 ke tempat lain pulak.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Kak Pah,

Setuju dengan kak pah. Kita berikhtiarlah ikut apa yang kita mampu.

Tapi yang terasa sedih tu, bila tak berapa mampu, lain pulak treatmentnya. Saya ni terasa sangat tentang perubatan ni kerana dulu semasa hasben masih dengan TM, jarang ke hospital Kerajaan kerana TM tanggung semua perbelanjaan perubatan sekeluarga.

Sekarang padan muka saya bila suami dah pencen. Nak selesa guna duit sendiri.

Saya juga ambik food supplement. Saya mula mengambilnya dengan serius atas nasihat doktor selepas terkena jangkitan paru2 pada tahun lepas.

Abd Razak berkata...

Assalamualaikum...

Moga kakak dah sihat sepenuhnya..

Saya pun pernah kena sakit kulit ni, rawatannya memang mahal sikit. Dugaannya ketika tengah solat, gatalnya melanda. Subhanallah..kena sabar sungguh-sungguh.

Miecyber berkata...

Semuga segera pulih yer Kak Nim..

Jus Katak

sahromnasrudin berkata...

assalamualaikum kak..memang mahal la ubat tue...alhamdulillah, dgn kuasa Allah akak dah sembuh

Ati Masrif berkata...

salam kak,

tulah yg selalu ati fikirkan
kalau tak ada insuran ni bahaya
juga kalau sakit ke ...apa2 ke..
susah...

tengah2 fikir pilih com insuran mana
yang baik utk ati n hubby

a.z.r.i.n.a.03.07 berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
a.z.r.i.n.a.03.07 berkata...

Cerita akak ni teringat yang Along pernah kena 'gegata' ni masa dia 4 tahun. Penuh satu badan. Kesian tengok dia.

Kami ke Utara Perlis. Sempadan Siam. Tak ingat apa nama tempatnya tapi memang melalui hutan jugaklah ke sana.


Doktor kata alergi. Mungkin dari minuman bersusu yang saya beli di sana.


Doktor hanya bagi antibiotik dan sapukan calamine lotion. Alhamdulillah sembuh.


* kisah 'gegata' yang mak akak cakap tu sama pulak macam nenek saya. kena sembur bila main waktu senja ;o)

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Saudara Abd Razak,

Memang betul, ketika sholatlah gatalnya menjadi2. Ataupun ketika kita mengaji alquran, tergaru-garu hilang konsentarasi kita.

Mudah2an tak lama dugaan ini pada akak.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Sahrom,, Semboh betul tu belum lagi api Alhamulillah dalam proses.

Mintak2 tu tak berpanjangan.

Kunang-Kunang berkata...

Terima kasih Mie

Kunang-Kunang berkata...

Ati,

Beli insuran pun satu cara yang baik untuk meringankan beban bila sakit terutamanya bila masuk hospital.

Kalau hospital Kerajaan tak teruk sangat kalau hospital swasta, agak mahal.

Dari usia sekarang ni eloklah beli insuran, anak2 kak ani pun semua ada beli insuran walaupun mereka kakitangan Kerajaan.

Kunang-Kunang berkata...

Reen,

Cerita yang mak kata tu, mungkin jugak ada kebenaran. Sebab syetan ni dia tak kira, pelbagai cara dia boleh uji kita.

Akak nak berubat cara moden ni dulu disamping tu akak sendiri pun baca2 jugak sendiri doa dan ayahg2 yang tahu.

Ujianlah ni. Bwersabar ajerlah nampak.

Ayie berkata...

tu la kak, kadang kadang insuran kesihatan tu perlu.. Kita bukan tau bila kita akan sakit..

walaumacam mana pun, tawakal je.. Dia yang terbaik.. ^^

ummu berkata...

assalamualaikum kak hanim
terima kasih atas perkongsian akak hanim.
kak pengalaman saya menjadi penghuni ward,kadang akala terpaksa kena duduk ward 3, memang timbul rasa keinsafan bila melihat ada orang lain yg lebih susah diduga, sudahlah miskin papa, sebatang kara taida sipa yang datang menjenguk, hanya misi dan doktor yg menjenguk...kunjungan dari rakan seward mengi=hiburkan nya.

p/s; kak hani entry saya di blogspot saya itu adalah cerita rekaan pertemuan dgn rakan2, sekligus buat blog review followers.

ummu berkata...

assalamualaikum kak hanim
maaf saya datang lagi
saya ada tag akak dan tampal header blog akak di segmen yg saya sertai,

klik di sini,Penulis Senja cari Blog Simple dan kemas

sekian, wassalam

Kunang-Kunang berkata...

Ayie,

Rasanya sekarang ini sangat perlu kita membeli insuran. Kata orang bukan kita nak sakit, tapi kita tak tahu apa akan berlaku pada kita.

Sediakan payung sebelum hujanlah katakan.....

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Ummu,

Betul tu, bila kita di hospitallah baru kita sedar betapa beruntunya kita berbanding dengan orang yang sakitnya lebih teruk dari kita.

Apa lagi kalau termasuk pulak dalam golongan kurang pendapatan.

Terima kasih ummu sudikan taq akak di blog tu. InsyaAllah ada masa akak ke sana.