Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Jumaat, 6 Mei 2011

Lambaian Kinabalu

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Assalamulaikum pada semua rakan yang singgah. Saya berada di Sabah selama 4 malam 5 hari. Dah lama berjanji dengan sakinah dan salam kalau ada kesempatan mereka cuti bersama, kita pergi jalan-jalan. Jadi kebetulan mereka cuti bersama, kenalah tunaikan janji.



Setiba di Kota Kinabalu lebih kurang jam 12.35 tengahari, adik ipar saya bawa kami makan di Restoran Sri Keningau di Putatan(Cawangan, di Shah Alam pun ada). Tak rasa lapar cuma dahaga, jadi saya minum air kelapa ni, tengok gelasnya, Ya Rabbi besarnya.




Selesai chek-in di hotel yang telah di booking, kami terus ke Pasar Filipina. Di sini banyak dijual barang perhiasan yang diperbuat dari kristal dan mutiara. Singgah cuci mata dan beli sikit untuk cenderahati orang yang tinggal di rumah sebagai kenangan.





Memandangkan di sana waktu maghribnya cepat kami pulang ke hotel semula. Selesai waktu maghrib adik ipar saya membawa kami makan di Restoran Nasi Padang ditepian Jeti ke Labuan. Mungkin dah malam lauk dah tak banyak tinggal, jadi saya seorang makan nasi. Orang lain makan nasi goreng.


Ini saja lauk yang saya pilih


Malam tu kami singgah juga di Pasar Malam Kampong Air. Suasana di Pasar Malam Kampong Air begitu ramai pengunjung sehingga tak nampak sipenjual kerana dikerumuni oleh pembeli. Kebanyakan barang yang dijual ialah barang perhiasan dari kristal dan mutiara seperti brooch, cincin dan macam-macam lagi. T-shirt yang ada gambar-gambar tempat menarik di sabah juga banyak dijual. Di gerai-gerai macam nilah ramai pembeli.



Hari kedua pagi lagi kami dah dibawa adik ipar ke Restoran Senario untuk breakfast. Sengaja tak breakfast di hotel konon nak rasa makanan orang Sabah. Akhirnya inilah yang kami makan. Di Sabah ni semua makanan dari nasi beserta supnya.




Sup dalam gambar tu dinamakan 'sup wantan'. Sup ni sedap


Sebelum bergerak ke Kundasang kami ke Wisma Karamunsing. Ada orang berhajat nak beli iPot. Di Wisma Karamunsing ni kalau di KL macam Low Yatlah menjual peralatan komputer, hand phone dan peralatan elektrik.



Disepanjang perjalanan ke Kundasang saya ada mengambil beberapa gambar mana yang sempat di bandar KK. Gambar pertama di bawah tu ialah Wisma Sabah, gambar ke 2 dan ke 3 ialah Yayasan Sabah. Masjid dalam gambar yang bawah sekali tu, kami singgah juga tetapi kerana hujan lebat terlupa nak ambik gambar.






Sepanjang jalan mendaki ke Kundasang cuaca tidak berapa elok. Hujan turun agak lebat dan cuacanya berkabus tebal.





Kami tiba di Kundasang dalam keadaan hujan lebat. Ketika melintasi kawasan Gunung Kinabalu, gunung berkenaan langsung tak kelihatan kerana diseliputi kabus tebal.

Memandangkan ketika tiba di Sri Intan Resort, iaitu TM Resort (dah booking dari Shah Alam) hujan masih lebat, jadi kami chek-in saja dulu di situ. Kami meneruskan perjalanan ke Ranau untuk mencari makan malam dan mencari sedikit barang-barang makan memandangkan di Resort berkenaan restorannya sedang diubahsuai. Ranau terletak tidak jauh dari Kundasang. Pekannya pun lebih besar dan lengkap jika dibandingkan Kundasang. Di sini ada bank, ada sekolah, balai polis dan juga pasaraya. Di Pasaraya tulah kami membeli roti, telor, sardin dan biskut.



Persekitaran Resort Sri Intan (TM) Di Kundasang

6 ulasan:

endiem berkata...

dah tiba ke kk tu tak pergi mendaki gunung ke?

Syimama berkata...

salam..seronoknya jalan2, cuti2..membuka minda.

aby berkata...

salam k hanim..
dapat gambaran KK ni,
insyallah bulan july ni wak kesana.

tiket dan hotel dah settel ..
harap wktu tu sihat badan utk berjalan ..

Kunang-Kunang berkata...

Endiem,

He he kata orang dulu2, hajat hati nak peluk gunung, apa kan daya tangan tak sampai.

Jadi kata orang sekarang pulak, hajat hati nak daki gunung, apakan daya stamina tak ada.

Nampak, mendaki gunung kinabalu dalam mimpi sajalah.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Syimama,

betul tu, jauh perjalanan, luas pemandangan.

Berjalan2 tempat orang. Walaupun terpaksa menahan kaki yang sakit, tapi tak aper asalkan hati tenang.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Wak,

Baguslah wak dah merancang untuk ke KK.

Memandangkan minat kita yang berbeza, saya boleh agak tempat yang mungkin wak tujukan. Sama-samalah kita kongsi gambar wak dan keluarga di sana nanti yer.