Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Jumaat, 6 Mei 2011

Lambaian Kinabalu .......Sambungan

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ




Jam 6 pagi di sini dah terang. Ketika keluar ke beranda rumah semi D tu, inilah pemandangan pertama yang saya nampak. Puncak gunung kinabalu yang belum diseliputi kabus. Sayangnya terlindung pula dengan atap rumah.

Di bawah ni ada beberapa gambar yang sempat saya ambik sehingga menjelang jam 8.00 pagi di mana puncak gunung tu sudah mula diliputi kabus sedikit demi sedikit.





Saya juga ada mengambil beberapa keping gambar pemandangan di persekitaran kawasan gunung berkenaan dan sekelilingnya






Pagi tu kami breakfast dengan roti, telur dan sardin serta margerin dan minum nescafe 3 dalam 1. Kira-kira jam 8.30 pagi kami bergerak ke Kinabalu Park iaitu kaki gunung kinabalu. Memandangkan saya ni kaki tak berapa tahan, kami berkeretalah ke sana.




Kami berhenti di salah satu tempat perhentian bernama Timpohon ketika dalam perjalanan mendaki ke kaki gunung kinabalu. Di belakang kami tu sepatutnya nampak gunung kinabalu tetapi kerana gunung berkenaan dah di liputi kabus tebal, tak nampak apa-apa lagi selain kabus.

Kami berkereta hingga ke tempat paling akhir boleh berkereta. Kebetulan semasa tiba di situ, kami terserempak dengan seorang porter untuk mendaki ke gunung kinabalu. Kami tanya dia berapa jam dia boleh sampai ke puncak gunung. Dia kata kalau tak membawa apa-apa barang masa 1 hingga 2 jam pergi balik. Kalau bawa barang seberat 40 kg seperti yang dibawanya sekarang memakan masa 3 jam. Dia berulang alik ke gunung lebih kurang 3 kali sehari mengikut permintaan.





Saya perhatikan pendaki-pendaki itu terdiri dari orang-orang asing. Kalau bukan 'orang putih' pun mereka ada yang india dan china.




Kami berjalan kaki sehingga ke 'pintu masuk' terakhir untuk orang yang tidak mendaki. Kami singgah sekejap di station terakhir tu. Tak ada apa di situ, semuanya dikelilingi hutan. Kami tertarik dengan tupai yang jika di sini. Tak takut pada orang-orang yang ada di situ.




Semasa turun dari kaki gunung kinabalu kami singgah sekejap di Kinabalu National History Galery. Kami tak masuk dalam Galery, dah tak larat. Batu dalam gambar kedua tu dikatakan di ambil dari Gunung Kinabalu. Dari sini pun pemandangan cantik.





gambar hero saya di kawasan galery

6 ulasan:

Insan Marhaen berkata...

IM sudah ke puncak gunung tahan. plan nak ke puncak gunung kinabalu, tapi terpaksa kahwin dulu. hancuss..

Kunang-Kunang berkata...

InsyaAllah mana tau satu masa IM berjaya juga mendaki gunung kinabalu kalau diizinkan Allah.

ummu berkata...

assalam kak
sungguh indah si kinabalu
fauna dan flora bersatu
menjadi landskap syahdu
terapi bermakna...

iBu...gUru berkata...

assalamualaikum kak ani......... happy nyer kak ani ......... apa pun happy mother's day spesel utk kak ani... moga kita menjadi ibu yg dibangga oleh anak2........

Kunang-Kunang berkata...

Waalaimussalam Ummu,

Di sana tu masih dikelilingi oleh alam semulajadi. Memang cantik sangat. Leka kita memandangkan.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam IbuGuru,

Selamat hari ibu juga pada IbuGuru semoga sihat sentiasa. Syukur anak-anak menghargai kita sebagai ibunya.