Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Jumaat, 6 Mei 2011

Lambaian Kinabalu .... Sambungan Terakhir

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


Turun dari Kinabalu Park kami menuju ke kampong Luwanti (kalau tak silap saya). Di sungai Luwanti ini ada terapi kaki yang menggunakan ikan. Ikan-ikan ni akan menggigit kaki yang kita rendamkan di air sungai. Gelilah juga rasanya.



Gambar sungai Luwanti dan ikan yang digunakan untuk terapi





Rumah berhampiran sungai luwanti


Beredar dari Sungai Luwanti kami menuju ke Tea Sabah Plantation. Rasanya Tea Sabah Plantation ni tidaklah seluas Perkebunan Tea di Cameron Highland. Di sini kami minum tea pandan dan makan tea pan cake. Tak ada gambar, lupa. Saya juga beli beberapa kotak tea. Teanya ada beberapa perasa, tapi perasa disini berbeza dengan tea di Cameron Highland. Di sini teanya berperasa halia, kayu manis, topika dan biasa sedangkan di Cameron Highland perasa buah-buahan seperti strawberry, apple dan lain-lain.






Keluar dari Perkebunan Tea Sabah ni kami menuju ke Ladang ternakan lembu susu, iaitu Desa Cattle (Sabah) Sdn. Bhd. Saya lupa nama tempatnya. Ia terletak agak jauh dari Kundasang. Walaupun penat kami nak habiskan juga lawatan-lawatan ni hari ini, iaitu hari ketiga kami di sana. Esok kami nak ke tempat lain pulak.

Kebetulan semasa tiba di Ladang ternakan lembu susu ni hujan begitu lebat. Lihat gambar air terjun yang turun dari gunung kinabalu. Gambar dari jauh.






Lembu-lembu beratur menunggu giliran


Lembu-lembu ini dibersihkan terlebih dahulu sebelum diperah susunya menggunakan mesin pemerah susu. Susu-susu ini juga di proses di sini.




Selepas lawatan di ladang lembu ni, kami terus pulang ke Kota Kinabalu. Perjalanan yang sangat lama rasanya ditambah dengan jem yang terus. Satunya patut dipuji pemandu-pemandu di Kota Kinabalu ni, kami jarang dengar orang bunyikan hon. Sabarnya mereka ni.



Hari ke 4 kami di sana, kami ke Pasar Ikan Masin. Pasar ikan masin ni berhampiran dengan pasar Filipina yang kami pergi pada hari pertama dulu. Di sini kami beli sedikit ikan bilis dan udang kering.




Memandangkan kami tidak kemana-mana pada petang hari ke-4 di sana, kami berjalan-jalan di beberapa kedai dan pasaraya yang terletak di bahagian bahawa Bangunan Hotel tempat kami menginap.




Hari Ke-5 lebih kurang jam 9.00 pagi selepas chek-out hotel kami bergerak menuju Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu untuk balik ke KLIA dengan penerbangan MAS.



Maaflah saya menulis terlalu panjang. Saya tak pandai nak memendekkan cerita

25 ulasan:

werdah berkata...

Assalamu'alaikum Ani

Seronok kan dapat melihat ayat-ayat kauniyah Allah di sana.. kepulan awan yang sentiasa menambat hati, kabus yang melindungi sebahagian gunung, turunnya mata hari menghilang waktu senja.. kak pernah ke sana tahun 2009, tapi tak banyak dapat berjalan, banyak di dalam kereta.. ada juga singgah di kaki gunung.

Terima kasih kongsi pemandangan di sana..

Abd Razak berkata...

Assalamualaikum...

Moga kakak sihat hendaknya..

Ya benar kata Kak Werdah, penciptaan Allah Taala seperti gunung, awan, dan sebagainya memberi tanda kebesaran~Nya. Ia mampu melahirkan rasa kehambaan kita kepada~Nya.

Kakzakie berkata...

Assalamualaikum Kak Ani,

Seronok juga perjalanan yg dipapar. Kalau pendikkan cerita tak dapatlah kakak bayangkan rentetannya. Baguslah cam gini jadi kakak terasa macam ikut sama dalam rombongan.

Balik mesti beg dan beranak-pinak memborong....:)

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Kak Werdah,

Alhamdulillah walaupun agak terpaksa kuatkan juga diri di mana kawasan2 yang memerlukan kita berjalan' tercapailah juga hajat nak ke sana.

Allah Maha Pencipta. Itulah Allah menyuruh kita berjalan-jalan untuk melihat kebesaranNYA.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Abd Razak.

Alhamdulillah akak sihat walaupun ketika tiba di KLIA rasa dah tak berdaya lagi. Tapi hati terasa puas dapat menyaksikan kebesaran Allah yang Maha Pencipta.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Kakzakie,

Alhamdulillah jika cerita-cerita yang kak ani coretkan ni dapat memberi sedikit gambaran tempat2 berkenaan.

Cikli berkata...

wah nampaknya 4 hari tu melebihi 4 tahun saya di sana.
sabah memang special.

Kunang-Kunang berkata...

5 hari 4 malam tu dapat pergi banyak tempat kerana adik ipar saya dah lebih dari 10 tahun di sana. Adik saya sekarang ni menetap di Kuantan kerana senang anak-anak nak sekolah. Adik ipar saya saja tinggal di sana bekerja.

Mutiara Bernilai berkata...

Salam alaik kunang-kunang,
wah, teringin sekali mutiara buat terapi ikan tu. tak silap, ikan2 tu akan makan toksin kat kaki kita kan? sebab tu ikan2 tu gigit2 kita..

seronoknya berjalan2. saya pun sedang kumpul duit nak berjalan.. :)

Miecyber berkata...

Bestnyer bah....

Osama Laden seorang Idola

Ayie berkata...

Ikan berenang renang didalam gambar tuh kelihatan sedap.. ^^

alma berkata...

wah..bestnya negeri sabah..
indah betul hasil alam disana..

Exabytes (my) mencari 100 blog untuk mengiklan

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Mutiara,

Kata orang dia gigit kematu2 yang ada dkaki kita tapi rasanya ikan ni dia gigit jer mana dia sempat.

InsyaAllah berjalan2 luas pandangan.

Kunang-Kunang berkata...

Mie, best and penat.

Kunang-Kunang berkata...

Ayie, memang ikan tu kalau goreng sedap tu, kata orang ikan lampang, tak taulah betul ker tidak.

Kunang-Kunang berkata...

Alma,

Terima kasih singgah. Negeri Sabah memang luas.

atie berkata...

salam kak...

terbaru nie ahli kelurga saya pun ada ke sana.... dapat jugalah buah tangan dari sabah..... tentunya mutiara dan teh sabah.... syok kak ye berjalan tengok negeri org.....banyak membeli belah.... tak gi jumpa saudara razak...di sabah

ummu berkata...

assalamualaikum kak hanim
subhanallah jernihnya ir tu
sampai nampak ikan2 tu..

MulutPayau berkata...

Assalamualaikum kak..
Seronoknya dapat jalan2...
Besar2 ikan tu yer..saya tak prnah buat terapi ikan...biasanya tgk ikan kecil jer utk terapi ....

anitaare berkata...

assalammualaikum kak,

cantik ek kat Sabah ye kak..insyaAllah bulan depan sy pun akan ke sana..

o lembu kat sana cam lembu kat Australia ye..hehe

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam atie,

Memang mabuk tengok kerdipan kristal dan mutiara ni.

Harganya memang jauh berbeza dengan harga yang kita beli di sini.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Atie,

Memang jernih sungguh airnya. Kiranya sungai2 yang saya jumpa di daerah KK dan Kundasang semua airnya membiru dan bersih walaupun hanya anak sungai kecil.

Bestnya kalau sungai2 di KL dan Shah Alam ni macam tu, tidak tercemar.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Atie,

Memang jernih sungguh airnya. Kiranya sungai2 yang saya jumpa di daerah KK dan Kundasang semua airnya membiru dan bersih walaupun hanya anak sungai kecil.

Bestnya kalau sungai2 di KL dan Shah Alam ni macam tu, tidak tercemar.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam MP,

Masa mula2 tengok tu takut juga sebab terlalu besar ikannya berbanding yang kita tengok terapi ikan di sini hanyak ikan kecik2.

Tapi yang best tu keadaan semula jadi tu memang menyenangkan jiwa dengan kesejukan air dan melihat ikan berenang2 mengesel2kan tubuh dia ke kaki kita. Kata anak-anak kak ani 'ikan gigit kaki'.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Atie,

Memang lembu2 dan suasana sekelilingnya seolah-olah kita berada di negara yang menternak lembu.


Kata adik ipar saya ada sekali tu dia orang datang ke sini, ladang ni tutup. Jadi mereka bergambar dari luar saja. Wah macam kat oversea kata dia orang.