Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Jumaat, 27 Mei 2011

Koma!!!!

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ




Assalamualaikum. Semoga di hari Jumaat yang mulia ini Allah kurniakan kepada kita semua keberkatan dalam menjalani aktiviti kehidupan seharian.

Di kawasan perumahan saya ni, semenjak pagi tadi hujan renyai-renyai dan kadang-kadang lebat. Lebih kurang pukul 10 pagi baru betul-betul berhenti. Senanglah orang nak ke masjid untuk sholat Jumaat.

Pagi ni ketika masa terluang saya membaca artikel dalam sebuah majalah yang menceritakan tentang kisah-kisah orang-orang yang pernah mengalami koma. Koma ialah satu keadaan di mana pesakit tidak sedar dalam satu tempoh yamg lama. Kalau sekejap ianya adalah pengsan atau pitam.

Banyak perkara-perkara yang dialami oleh mereka yang koma ni ketika mereka koma. Kebanyakannya cerita yang menakutkan seolah-olah gambaran balasan atas apa yang mereka lakukan ketika sebelum koma.

Apa yang menarik pada saya ialah ulasan dari Profesor Madya Datuk Dr. Mohd Hashim Yahya, iaitu bekas mufti Wilayah Persekutuan yang sekarang ni menjadi pensyarah di UIA.

Menurut beliau memang susah nak dinafikan pengalaman yang dialami oleh mereka yang sedang koma. Dalam islam pun katanya tidak ada firman atau hadis yang menafikan pengalaman ini.

Dalam islam kita dikehendaki beriman kepada Allah dan beriman dengan yang ghaib. Mungkin yang kita nampak masa koma itu kehendak Allah tapi ada juga orang yang koma tidak mengalami apa-apa. Jadi kita juga kena ingat mungkin ia juga tipu helah syaitan. Syaitan ada bermacam-macam cara dan bermacam-macam tektik nak sesatkan kita.

Jadi jalan yang terbaik ialah bagi mereka yang pernah melalui pengalaman ini bertaubat dan berjumpa dengan ulamak-ulamak yang boleh mentafsir pengalaman itu dan jangan menjadikan pengalaman itu sah dan benar.

Misalnya semasa koma itu kita dibawa ke sorga. Nampak bidadari yang cantik-cantik dan macam-macam keindahan lagi. Bila kita melalui ini semua, jangan lah kita khayal dan anggap kita sudah baik, amalan dah cukup dan lepas itu tak mahu buat ibadat lagi. Mungkin syaitan sengaja nak sesatkan kita supaya kita jangan beribadah.

Ada juga yang di bawa ke neraka, kita kena seksa, nampak orang kena seksa, janganlah pula kita berputus asa. Jangan rasakan tak ada gunanya kita beribadat kalau tempat kita di akhirat itu memang di neraka.

Jadi jalan terbaik ialah bertaubat dan tambahkan amal ibadah. Mungkin kita bertuah dengan petunjuk dari Allah.

Sama-samalah kita memhon agar Allah s.w.t. menyelamatkan kita semua daripada tipu daya dan gangguan syaitan.

43 ulasan:

kakpah berkata...

salam jumaat ani. Hanya DIA yang tahu. Kita manusia jadikan sebagai iktibar. Kita berdoa supaya tidak mengalami keadaan seperti itu.

iza berkata...

Assalam..
Kiranya ada hikmah utk org yg koma sbb masih sempat bertaubat dan jadi tauladan jgk utk org lain yg masih hidup..

Miecyber berkata...

Semuga kit ambil iktibar...



Jus Katak

Cikli berkata...

semoga

aby berkata...

salam k hanim,
teringat wak mengikuti kursus ESQ,
digambarkan mase kite koma ..
dgn layar gergasi yg besar, kita dibawa seandainya yg koma tu kita,
roh kite dibawa naik kelangit,
mula nya pandangan dari 100m, kemudian ke 1000m, lps tu 10000m dan lg menaik sampai melepasi bumi, bulan, bintang, matahari dan sampai ke satu keadaan yg gelap ..
maka berlaku la dailog2 antara kita dgn allah swt mengikut ayat2 dlm surah alquran ..

kite bernasib baik. allah bagi peluang nak diturunkan semula roh kita kejasad,nampak mcm mana roh tu dimasukan balik kedalam badan ..
dan yg pengsan tu pun sedar balik ..

lebih kurang gitu kot ...

Ati Masrif berkata...

salam kak,

kadang2 orang jadi takbur bila dah
mengalami hal2 spt itu

semoga kita tingkatkan lagi amalan

rasa tak sabar nk tunggu ramadhan ini
ntah panjang umor ntah tidak :)

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Kak Pah,

Betul tu hanya Allah yang tahu apakah yang tersirat dari pengalaman itu semua.

Semoga kita mendapat perlindunganNYA selalu.

Kunang-Kunang berkata...

Iza,

Alhamdulillah, mudah2an orang yang diberikan pengalaman begini mengambilnya sebagai menggalakkan mereka lebih rajin beribadat kepada Allah.

Kunang-Kunang berkata...

CikLi,

Semoga ianya menjadi iktibar juga kepada kita semua yang Allah boleh berbuat apa saja untuk menguji dan menyedarkan kita.

Kunang-Kunang berkata...

Waalakumussalam Wak,

Rasa-rasanya tak naklah mengalami benda-benda macam ni dalam hidup kita.

Semoga Allah melindungi kita semua dari kejadian2 yang begini.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Ati,

Itu yang kita takut. Sifat takbur satu sifat yang tiak baik.

Hjh Noralenna Abbas berkata...

Kunang-kunang,
Arwah kakak sulung saya coma 2 tahun, tak sedar...

Pn Kartini berkata...

Assalamualaikum kak..

Moga apa yang berlaku..memberi kita ruang waktu utk berfikir dan mengambilnya sebagai pengajaran..

& Moga kita sekalian dijauhi dari tipuhelah syaitan yang sentiasa dalam cubaan menyesatkan!

Ayie berkata...

aminnn... ^^

Insan Marhaen berkata...

teringat tanda koma di dalam penulisan. ia juga adalah satu tanda berhenti sementara sebelum titik noktah untuk berhenti selamanya buat ayat yang ditulis.

shameel Iskandar berkata...

Assalamualaikum Kak.
Pada pandangan saya, 'pengembaraan' ketika koma ni persis 'pengembaraan' dalam mimpi. Mimpi boleh jadi petunjuk dari Allah dan boleh jadi juga mainan Syaitan. Dan, dlm hal mimpi ini, Ibn Sirin antara ulama silam yg terkenal kerana keupayaan mentafsir mimpi.

intanrh berkata...

Assalamualaikum Kak Ani. Sy tak pernah koma tapi ada pengalaman tgk mak sedara koma. Bila dia pulih dari koma, ingatan dia berada 35 tahun dulu. Dia merasakan dia masih bersekolah menengah sdgkan dia dah berumur 50an. Hampir 3 minggu juga barulah dia kembali ke tahun semasa.

en_me berkata...

insaf kanns.. uhuhu

ajumohit berkata...

sebenarnya org yg medpt peluang ni amat2 bertuah kan? terpulang kpd mereka utk memilih jalan yg benar dan diredhainya

sal berkata...

memang bertuah mendpt pentunjuk drp Allah dan mndpt hidayahnya...moga sentiasa sihat, panjang umur dan tergulung menjadi orang2 yg mendpt rahmat dan taufiknya.. ameen..

Kunang-Kunang berkata...

Assalamualaikum Hajjah,

Terima kasih sudi singgah.

Kita ni Allah dah tetapkan bahagian masing-masingkan. Semoga kita tidak diberi ujian yang berat dari Allah dalam hidup kita semua.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Sis Tinie,

Semoga Sis Tinie sekeluarga sihat sentiasa.

Baik buruk yang berlaku dalam hidup seseorang kita jadikan iktibar dalam menghadapi ujian Allah kepada kita semua.

Kunang-Kunang berkata...

Ayie,

Begitulah keadaannya dalam kita menghadapi hidup.

Kunang-Kunang berkata...

IM,

Yerlah begitulah ibaratnya. Ada orang ada koma dulu, ada tu terus pustop.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Cikgu Shameel,

Mimpi juga merupakan tanda adanya alam ghaib. Mimpi yang ada tapi tidak boleh dibuktikan di alam nyata.

Semoga kita tidak ditakdirkan menghadapi pengembaraan di alam ghaib secara ini.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Intan,

Alhamdulillah ingatan mak saudara intan pulih setelah berlakunya perunduran waktu dalam ingatannya.

Semoga intan sekeluarga sihat.

Kunang-Kunang berkata...

En_me,

Begitulah keadaan kehidupan masing2 dalam hidup ni. Semoga en_me sekeluarga sihat.

Kunang-Kunang berkata...

Aju,

Semoga aju sekeluarga sihat dan diberkatiNYA selalu.

Apa yang Allah takdirkan dalam hidup kita semua ada pengajarannya.

Terpulanglah kepada kita cara penerimaan kepada apa yang Allah takdirkan itu.

Kunang-Kunang berkata...

Sal,

Semoga Allah mengampuni dosa2 mereka ini setelah melalui pengalaman-pengalaman yang teruk ketika koma.

abu muaz berkata...

t.kasih berkongsi maklumat.

werdah berkata...

Assalamu'alaikum Ani

Pagi ni entah kali ke berapa kak singgah sini, bila nak komen ada je hal yang menyebabkan tertangguh..

Anak sulong kak pernah koma sebab kemalangan kereta yang teruk, tak lama, jika ikut N3 ni jika tak lama bukan koma. Tapi dia memang tak sedar dan dimasukkan ke hospital. Bila dia sedar selepas bebarapa hari dia asyik kata badannya berada di luar jasadnya dan dia nak masuk ke dalam jasadnya. Itulah yang dimintanya hari-hari.Kakpun keliru apa bezanya antara jasad dan badan.

Mengurusnya seperti mengurus anak kecil sedangkan ketika itu dia dah 21 tahun.Terpaksa ambil cuti tanpa gaji dua minggu menjaga dan membawanya berubat.

Dia sentiasa takut, namun akhirnya selepas berubat selama 3 hari berturut-turut dengan ayat-ayat al-quran yang dibacakan oleh pengamal perubatan dia kembali pulih. Syukur.

Benar kata Ani,bila ada pengalaman seperti ini patutlah bersyukur. Kak selalu ingatkan anak kak ni, supaya sentiasa ingat untuk tambah amal.

Kakzakie berkata...

Assalamaualaikum Kak Ani,

Sesungguhnya kita tak tahu kemana tempat kita kelak tapi sebagai manusia kita kena berusaha mencari yg terbaik dgn mencari keredhaan Allah dengan melakukan perintah dan meninggalkan laranganNya.

hani@debumelukut berkata...

sewaktu hubby saya koma dulu, dia gitau yg dia seakan pergi ketempat yg dia tak pernah pergi dan jumpa dgn org yg dia tak pernah jumpa seumur hidup..masa tu hubby on life support kerana heart failure

white rose berkata...

salam kak ani...
moga2 Allah memberikan rahmat kpd kak ani sekeluarga...

hanya yg dah mengalami alam koma tu saja yg mengetahui apa yg terjadi...

Abd Razak berkata...

Assalamualaikum Kak Ani...

Sebaiknya selepas mengalami koma hendaknya kita menambah amal kita dan sentiasa berharap akan ampunan dosa dari Allah Taala

Kunang-Kunang berkata...

Assalamualaikum Abu Muaz

Sama-samalah kita manfaatkannya. Terima kasih lapangkan masa singgah.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Kak Werdah,

Alhamdulillah anak kak Werdah pulih seperti sediakala. Boleh bayangkan betapa susahnya hati bila anak sakit.

Semoga Kak Werdah sihat yer kak.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam kakzakie,

Yer betul tu sebagai hambanya kita cuba menjadi hamba yang terbaik dengan taat kepada perintahNYA.

Semoga kita semua berada di bawah keberkatanNYA.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam White Rose,

Terima kasih doakan kak ani sekeluarga. Akak juga berharap semoga WR dan keluarga berada dalam keberkatan Allah jua.

Kunang-Kunang berkata...

Cikgu Hani,

Semoga Cikgu sekeluarga sihat. Begitu juga dengan suami cikgu hani.

Macam2 dugaan yang kita tempoh dalam menjalani hidup ini, semoga Allah kurniakan kita hati yang tabah.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Saudara Abd Razak, semoga saudara sihat.

Itulah yang sepatutnya. Bak kata orang seolah2 mati hidup kembali dan Allah telah memberi kita peluang untuk terus beribadat kepadaNYA.

ibuintan berkata...

assalamualaikum..

semoga Ani dan keluarga sihat hendaknya

moga mereka yang telah melaluinya bersyukur dan menambahkan amal ibadat, mereka beruntung mendapat peluang tersebut

nadia90 berkata...

salam...ckp psal koma ni...hmm...skang abg sye dh 5 thun koma akibat kmalangan jalan..dh mcm2 ikhtiar kami buat..tp nak buat cmner mne Allah yg tentukan segalanya...kami sekeluarga brharap dan berdoa agar abg saya akan cepat sedar dan sembuh dr koma...insyaAllah...tlong doakan abang sye....sye btul2 sygkn die..=(