Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Sabtu, 14 Mei 2011

Percuma saja

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ




Hari ni ramai antara kita dah boleh senyum. Tak boleh senyum lebar pun senyumlah juga sikit pun. Kebanyakan di antara kita dah dapat berblog semula selepas tersiksa semalam walaupun masih ada masalah di sana sini.

Kata orang dengan selalu senyum kita akan awet muda. Bermanis muka dan senyum selalu dengan orang yang kita jumpai membuatkan urat-urat pada otot muka aktif bekerja. Kesannya orang nampak wajah kita lebih muda dari usia. Betul ker tidak pendapat itu terpulang kepada hati kita ketika kita senyum, sama ada kita senyum ikhlas atau senyum paksarela. Yang pasti jangan biarkan urat senyum kita 'putus'. Yang pasti kita tak perlu bayar apa-apa untuk senyum.

Orang yang mudah senyum selalunya nampak mesra berbanding dengan orang yang kurang senyum. Kadang-kadang kita rasa takut nak menegur orang yang nampak serius walaupun pada hakikatnya dia tidaklah sombong. Senyum juga merupakan sedekah, oleh itu senyum ada keberkatannya. Jadi cuba-cubalah murahkan senyum apabila berjumpa menyapa atau disapa seseorang.

Nabi Muhammad s.a.w. telah menyatakan bahawa senyuman dapat memberikan rasa senang kepada orang lain. Rasulullah pernah memotivasi para sahabatnya tentang makna senyuman itu.

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh HR. Muslim, Rasulullah berpesan, maksudnya “Janganlah kalian menganggap remeh kebaikan itu, walaupun itu hanya bermuka cerah (senyum) pada orang lain,”.


Saya ingat lagi ketika saya masih belajar dulu, seorang guru saya selalu kata "smile, the world will smile back to you". Sebenarnya bila kita senyum dan orang balas senyuman kita, kita rasa sangat gembira dan ceria. Senyuman kini telah dikembangkan menjadi sebuah terapi yang menyejukkan diri sendiri dan orang lain. Sungguhpun senyum itu satu sedekah, fikir-fikirlah sendiri pada siapa kita senyum supaya jangan sampai disalah tafsir sudah dan menimbulkan fitnah,"

Semalam sedang rehat2 lepas sholat zohor, Sakinah mendekati saya sambil menghulurkan sebuah kotak putih kecil tanpa dibalut. Sambil tu mulut sebok beritahu "ori ni ma", saya ingatkan apa, rupanya dia beri saya purse. "Ini dari Inah dan Kak Ju".

Terima kasihlah atas ingatan pada mama. Tak kiralah 'ori' atau tidak yang penting ingatan dan kasih sayang pada mama. Kebetulan purse mama pun dah tak berapa sihat dah.


Hadiah hari ibulah ni. Walaupun dia kata bukan untuk hari ibu, tapi untuk bila-bila.

24 ulasan:

petai jeruk berkata...

Assalamualaikum...

Semalam memang senyum juga, tapi senyum pahit.. x blh buka blog... hari ni senyum banyak sikit sebab puan jumpa pulak blog saya.. senyum sedekah yang paling murah...moga Allah bantu kita utk beri senyuman yg manis sepanjang masa

Pn Kartini berkata...

Assalamulaikum my dear Kak Ani:):)

Paling terkedu..bila senyum tak terbalas..!adusss...
Pe2..
yang ptg senyum ikhlas kan:):)

werdah berkata...

Assalamu'alaikum Ani

Betul lah tu jangan salah senyum pula.. bahaya juga..

Ros Illiyyuun berkata...

Assalamualaikum Kak Ani :)

Saya tersenyum bila melihat hadiah yang diberikan oleh anak Kak Ani. Saya juga turut memberikan hadiah yang sama.

Pada mulanya saya berhajat untuk beli untuk diri sendiri memandangkan 'purse' saya juga sudah uzur, sekaligus hadiah untuk diri sendiri sempena hari lahir saya.

Untuk membeli dua 'purse' sekaligus agak mustahil sebab takut lari bajet.Fikir punya fikir saya buat keputusan dahulukan emak sempena hari ibu.

Emak saya tanya adik saya yang bongsu:"Ori kan? Kenapalah Ros beli yang mahal-mahal..." Erm, mahal harga 'purse' itu tidak akan sama dengan mahalnya harga pengorbanan seorang ibu.

Miecyber berkata...

Tahniah....

Blogspot Bermasalah & Entri Hilang

Insan Marhaen berkata...

terpikat tang dagunya tu. memang senyum dia senyum yang ori..

MulutPayau berkata...

Assalamualaikum kak...
Saya pun jenis yg suka senyum..tapi mmng sakit hati kalau kita senyum, orang buat tak tahu jer....
Bukannya susah nak senyum..Tapi betullah kan..jngn salah senyum pulak...lain jadinya...

Cikli berkata...

senyum mudah berjangkit

sahromnasrudin berkata...

assalamualaikum..

tahniah dpt purse tu kak..yang penting, tanda ingatan lebih dari nilainya kan

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussal PJ,

Terima kasih sudi singgah blog akak ni. Semoga ukhwah kita berpanjangan.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Sis Tinie,

Tulah yang sedih tu, kita senyum dia tak balas, agaknya urat senyum dia 'jem'.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Kak Werdah
Mudah2an agak dikurniakan kesihatan yang baik.

Betul tu kak, terutama masa memandu, jangan senyum2 sembarangan terutama dengan berlainan seks, takut dikata nak mengurat pulak. He he.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Ros,

Alhamdulillah, memang pada seorang ibu, ingatan anak padanya adalah sesuatu yang sangat diharapkan.

Kalau ada pemberian hadiah atau apa saja tanda ingatan, lagi suka.

Semoga Ros sihat selalu.

Kunang-Kunang berkata...

Betul IM, senyum dari kanak2lah senyum paling murni dan hati dan paling ori.

Kunang-Kunang berkata...

Orang suka senyum dan mulut ramah ni ramai kawan.

Semoga MP sekeluarga berada dalam kesihatan yang baik dan bahagian selalu.

Kunang-Kunang berkata...

Terima kasih Mie.

Kunang-Kunang berkata...

CikLi, seperti lyrik dalam lagu senyum tu kan.

Kunang-Kunang berkata...

Betul Sharom, ingatan tulah yang mahal bukan harga sesuatu pemberian.

Menerima hadiah memang seronok walaupun kita sendiri mungkin mampu untuk membeli lebih dari itu.

LIPISLADY berkata...

Sallam kak,

Kalau sentiasa tersenyum,
fikiran pun jadi semakin tenang,

Tahniah dapat purse baru.

sonata anak kancil berkata...

salam...tak perasan pulak ada masalah...nampak benor lah tak bukak blog! semoga kembali senyum meleret...

Che Mid berkata...

Che Mid ni kalau tak senyum.. nampak garang, tapi bila senyum tetiba nampak jadi friendly..he he boleh masuk iklan ubat gigi kut

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam LipisLady,

Senyum boleh buat orang gembira, tapi senyum tak berbalas, sengsarakan.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Sonato,

Oh terlepaslah perasaan 'kecewa dan susah hati' tak dapat berblog. He he

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Cik Mid,

Sebab tu kita tak boleh meneka sikap seseorang hanya sekadar pandangan pertamakan.