Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Sabtu, 21 Mei 2011

Keranjang Usang

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ



Sambil menumpang dagu budak lelaki itu asyik mendengar alunan bacaan ayat-ayat suci al quran yang sedang dilagukan oleh datuknya.

Setiap pagi selepas pulang dari kebun, datuknya itu pasti meluangkan masa membaca alquran. Pagi itu tak tahu kenapa timbul keinginan di hati budak lelaki itu untuk bertanya kepada datuknya.

"Tuk, kenapa kita perlu mengaji alquran setiap hari?. Saya cuba membaca Al-Quran macam Atuk baca tapi saya tak faham pun, dan jika saya faham sekali pun saya akan lupa sebaik sahaja saya menutupinya. Apa bagusnya bila kita membaca Al-Quran?’

Lelaki tua itu lantas bangun. Dia mencapai sebuah keranjang usang yang tersangkut atas para di dapur. Kerajang itu dianyam daripada rotan dan corak anyamannya jarang-jarang.

"Atuk mahu kamu gunakan keranjang ini untuk mengangkat air daripada sungai". Arah lelaki itu.

Walaupun kehairanan tetapi budak lelaki itu menurut perintah datuknya dengan mengambil keranjang itu lalu pergi ke sungai yang terletak tidak berapa jauh dari rumah mereka.

Sepanjang perjalanan, air di dalam keranjang itu jatuh bercucuran keluar daripada segenap lubang. Sebaik budak lelaki itu sampai di rumah, keranjang itu kosong tiada lagi air di dalamnya.

"Tiada gunanya tuk, mana boleh menggunakan keranjang untuk mengisi air. Belum sampai ke rumah air dalam keranjang dah kosong" keluh budak itu.

Lelaki tua itu terus memujuk budak tersebut.

"Kamu kena berusaha, cuba cepat sedikit agar air di dalam keranjang itu tak habis".

Budak lelaki itu mencuba lagi tapi biar pun dia berlari ketika membawa keranjang berisi air itu untuk mengejar masa, hasilnya tetap sama. Keranjang itu tetap kosong setiap kali dia sampai ke rumah. Akhirnya budak lelaki itu putus asa.

"Ini kerja sia-sia" Keluh budak lelaki itu.

Kamu fikir sia-sia, cuba kamu lihat betul-betul keranjang itu" Lelaki tua itu menjawab.

Budak lelaki itu melihat kerajang ditangannya. Baru dia sedar keranjang itu sudah berubah wajah. Daripada sebuah keranjang yang kotor, berdebu dan pudar, kini keranjang itu bersih di dalam dan di luar.

"Ibarat seperti keranjang inilah bila kamu rajin membaca alquran. Kamu mungkin tidak memahami atau mengingati isinya tetapi bila kamu rajin membacanya, diri kamu berubah jadi lebih 'bersih' di luar dan di dalam tanpa kamu sedari" Jawab lelaki tua itu sambil tersenyum.


1. Sabda Rasulullah s.a.w., maksudnya: "Sesungguhnya hati ini berkarat seperti mana berkaratnya besi apabila terkena air". Lalu seorang sahabat bertanya "Ya Rasulullah, bagaimana kita dapat menghapuskan karat tersebut?". Jawab Rasulullah s.a.w. "Banyakkan menyebut mati dan membaca alquran", Hadith riwayat Abu Daud.

2. Abi Umamah al-Bahili telah berkata bahawa dia mendengar sabda nabi s.a.w yang bermaksud : Kamu hendaklah membaca al-Quran maka sesungguhnya ia akan datang pada hari qiamat sebagai syafaat bagi ahli-ahlinya - Riwayat Muslim

3. Pahala tiap-tiap huruf Al-Quran dijelaskan dalam sebuah Hadis dari Ibnu Masud r.a dari Rasulullah s.a.w. Ibnu Masud r.a telah berkata bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda, maksudnya; "Barangsiapa membaca satu huruf daripada Kitabullah maka baginya satu kebajikan dan setiap kebajikan sepuluh kali gandanya. Aku tidak mengatakan Alif Laam Miim satu huruf tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf."

4. Mengenai pahala tiap-tiap ayat telah disebut dalam beberapa hadis antaranya yang diriwayatkan daripada Abi Hurairah r.a telah bersabda Rasulullah s.a.w., maksudnya: "Sesiapa yang membaca Al-Quran sepuluh ayat dalam satu malam tidak dimasukkan ke dalam golongan yang lalai."

30 ulasan:

Miecyber berkata...

Sungguh hebat moral dari entri ini...

Gambar Perarakan Bantah Lynas 20 Mei 2011

iza berkata...

Assalam..
Kiasan yg menarik dan terkesan dlm jiwa..Subhanallah..

anitaare berkata...

salam kak,

bagus betullah cerita keranjang ni..1st time dengar..sungguh penuh dgn pengajaran..nk citer kat anak2lah..
terimakasih atas perkongsian ini kak

Cikli berkata...

orang tua penuh dengan wisdom.

Mutiara Bernilai berkata...

ahamdulillah..

banyak pengajaran yg sy dpt dr entri akak ni/...


terima kasih akak,
sama2 kita usaha ya.

:)

Che Mid berkata...

Salam, pernah baca sebelum ini. Moga kita bersama golongan yang sentiasa mati dan al Quran

Abd Razak berkata...

Assalamualaikum Kak Ani...

Moga kakak sihat hendaknya serta sentiasa dalam perlindungan Allah Taala...amin

Tanda kebahagiaan itu adalah cinta dan dekat dengan kaum shalihin dan membaca al-Quran.

Ros Illiyyuun berkata...

Assalamualaikum... :)

Begitulah al-Qur'an, pimpinan sepanjang zaman. Tiada rugi menjadi teman kepada al-Qur'an kerna dalam keadaan apapun tetap disuluh hidup kita dengan hidayah-Nya.

white rose berkata...

assalamualaikum kak ani...
semoga sentiasa sehat dan dibawah lindungan rahmatNYA...

banyak hikmahnya cerita ini...
banyak syafaatnya kpd kita...

terima kasih kerana cerita ini, ianya membuka hati & minda saya...

Syimama berkata...

Alhamdulillah kerana berkongsi ilmu dan memberi kemudahan...

werdah berkata...

Assalamu'alaikum Ani

Semoga Ani sihat dan sentiasa dalam rahmat Allah..amiin

Al-Quran diturunkan sebagai penyembuh segala penyakit (rohani dan jasmani).. jangankan membaca melihatnya pun berpahala.. bila orang membaca kita mendengarpun dapat kesannya.. Allahu Akbar mengurniakan kita al-Quran sebagai tanda kasihNya kepada kita..

Insan Marhaen berkata...

IM akui tidak mapu lagi untuk konsisten baca Quran saban hari.

Patutlah keranjang IM berdebu!

maiyah berkata...

assalam..

trm ksh dgn bingkisan ni, byk beri kesedaran ;)

Kunang-Kunang berkata...

Mie,

Kita kena terangkan kepada anak-anak kita kenapa mereka perlu membaca alquran.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Iza,

Pengajaran melalui cerita kadang-kadang berkesan.

Kunang-Kunang berkata...

Ita,

Semoga anak2 kita rajin membaca alquran walaupun mereka tidak memahami isinya. Lama2 mereka akan faham.

Kunang-Kunang berkata...

CikLi,

Orang tua mempunyai cara yang halus untuk menyedarkan anak-anak kepada sesuatu perkara.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Mutiara,

Semoga ia boleh memberikan cara halus untuk menunjukkan ajar anak-anak kita dalam sesuatu perkara supaya anak-anak tidak terasa mereka dipaksa.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Che Mid,

Halus cara orang tua mendidik cucunya supaya memahami kenapa dia mesti membaca alquran setiap hari kalau boleh.

Membaca, melihat, mendengar apa lagi jika faham ertinya memberi pahala yang besar pada kita oleh Allah.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Saudara Abd Razak,

Semoga saudara sihat sejahtera.

Alangkah nikmatnya jika kita dapat membaca dan menghayati alquran.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Ros,

Betul tu, nikmatnya bila kita dapat meluangkan masa membaca alquran apa lagi pada yang faham maknanya.

Tulah yang akak usahakan juga belajar bahasa arab. Untungnya orang2 seperti Ros yang memahami bahasa arab.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam White Ros,

Semoga WR dan keluarga dikurniakan Allah kesihatan yang baik.

Seronoknya dapat membaca alquran selalu apa lagi kalau orang yang memhami bahasa arab dan orang yang boleh mentafsirkan. Banyak pahala yang Allah berikan.

Kunang-Kunang berkata...

Sama-sama berkongsi cerita ni. Mudah2an anak-anak kita termasuk dalam golongan anak2 yang terang hati belajar alquran.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Kak Werdah,

Semoga akan sihat.

Memang kak membaca alquran dapat memberikan kita ketenangan. Memandangkan saya tidak berapa faham bahasa arab selalunya saya akan membaca terjemahannya baris demi baris brselang-seli bahasa arab dan melayu.

Beruntungnya mereka yang diberi hidayah dan teranghati dalam menghafal alquran.

Kunang-Kunang berkata...

IM,

Cubalah berusaha tak dapat banyak sikit-sikit dulu tapi istiqamah. InsyaAllah IM boleh.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Maiyah,

Semoga Maiyah sihat.

Sama-sama kita petik pengajarannya darinya.

MulutPayau berkata...

Assalamualaikum kak...

Terima kasih atas prkongsian ilmu yg sangat memberi erti dan mmbwa pngajaran yg amat brguna.....

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam MP,

Semoga Allah memberkati kita selalu dengan amalan membaca alquran ni.

Dilihat, didengar apa lagi membaca semua dapat pahala, InsyaAllah.

p@kcikLie berkata...

Assalamualaikum..

tak paham takpe..sikit2 kita cuba memahaminya...amalan yg nampak mudah tapi susah sebenarnya bg mereka yg tak kenal dgn Al-Quran.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam PCL,

Yang penting istiqamah, sikit2 dulu, lama2 rasa nikmatnya.