Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Ahad, 8 Mei 2011

Kelahiran



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


Kena tak tajuk ni dengan apa yang nak saya tuliskan ni. Semenjak saya menonton drama Akukah Tanggang saya suka dengar lagi ni. Sayu rasanya. Kalau tidak salah tekaan saya lagu ini menceritakan kekesalan seorang anak kerana selama ini telah melupai ibubapanya

Semalam saya kepenatan sangat. Mungkin penat semasa berjalan ke Kota Kinabalu masa belum habis. Doktor pernah kata kepada saya, katanya kalau orang sihat penat sehari kerana sesuatu hal, orang yang ada diabetes akan penat 2 hingga 3 hari. Mungkin sebab tu selepas zohor saya tidur dengan nyenyaknya.


Sedang sedap-sedap tidur tu saya dengar ada suara memanggil "mama, mama, selamat hari ibu". Saya celikkan mata walaupun rasa mengantuk sangat. Antara tidur dan jaga saya nampak Salam menghulurkan sebuah buku kepada saya "hadiah hari ibu untuk mama".

Dia hadiahkan saya sebuah buku bertajuk "Misteri Firaun - Musuh Para Nabi" Penulisnya Afareez Abd Razak Al-Hafiz. Setahu saya beliau seorang pensyarah di UIA dan sedang melanjutkan Ijazah PhDnya di UIA. Kata Salam dia beli buku ini sebab dia tahu saya ada beli buku pertama penulis ini iaitu "Benarkah Iskandar Bukan Zulkarnain".

Terima kasih Salam kerana memahami kesukaan mama. Cuma mama harap kasih sayang yang Salam adik beradik berikan kepada mama dan abah tidak hanya pada hari ibu atau pada hari bapa. Kami perlukan kasih sayang kamu semua adik beradik sepanjang hayat di dunia dan di akhirat. Diharapkan apabila kami telah tiada nanti, kirimkanlah pahala untuk membantu kami di alam sana.

Semoga Salam adik beradik tahu bahawa berbuat baik kepada ibu bapa adalah satu perintah dan tanggungjawab yang wajib disempurnakan bagi setiap individu yang bergelar anak tanpa mengira samaada ibu bapanya itu beriman atau tidak. Dalam surah al-Isra', ayat 23 dan 24, Allah menerangkan kepada kita supaya sentiasa taat kepada mereka:-

وَقَضَىٰ رَبُّكَ أَلَّا تَعْبُدُوا إِلَّا إِيَّاهُ وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَانًا ۚ إِمَّا يَبْلُغَنَّ عِندَكَ الْكِبَرَ أَحَدُهُمَا أَوْ كِلَاهُمَا فَلَا تَقُل لَّهُمَا أُفٍّ وَلَا تَنْهَرْهُمَا وَقُل لَّهُمَا قَوْلًا كَرِيمًا

"Jika seorang atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, janganlah engkau berkata kepada kedua-duanya sekalipun perkataan 'ah', dan janganlah engkau menengking mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia.

وَاخْفِضْ لَهُمَا جَنَاحَ الذُّلِّ مِنَ الرَّحْمَةِ وَقُل رَّبِّ ارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِي صَغِيرً

"Dan rendahkanlah dirimu kepada kedua-duanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu dan doakanlah: Wahai Tuhanku! Kasihanilah mereka berdua sebagaimana mereka memelihara dan mendidikku ketika kecil.

Melalui firman Allah ini jelas menunjukkan ia adalah suatu perintah yang wajib bagi kita menghormati dan mengasihi ibubapa kita dari kecil sehinggalah kita mempunyai keluarga sendiri. Semoga dengan layanan baik yang Salam adik beradik tunjukkan kepada mama dan abah diberikan ganjaran pahala yang besar oleh Allah.

InsyaAllah seandainya kita sebagai anak-anak melayan ibubapa kita sebagaiman disuruh Allah, InsyaAllah anak-anak kamu semua akan berbuat begitu juga. Ingatlah juga bahawa menderhaka kepada ibubapa merupakan dosa besar.

Saya ingin mengucapkan selamat hari ibu kepada semua ibu, dan juga pada ibu yang dah menjadi nenek seperti saya. Semoga kita dikasihi oleh anak-anak, menantu-menantu dan cucu-cucu kita selama-lamanya dunia dan akhirat, Amin.

22 ulasan:

aby berkata...

salam k hanim,
semoga k hanim berbahagia disamping anak2 dan cucu, tk kira hari ni saja tp setiap hari ..
anak2 wak plak yg prepare kan surprise utk mama nya ..
yg nyaprisekan papanya plak ..permohonan bajet dari depa tu ..
pak juga yg kena ..
he..he...

pasti satu buku yg menarik tu ..

werdah berkata...

Assalamu'alaikum Ani

Alhamdulillah, bahagia pada hari ibu dan kak doakan agar Ani sentiasa bahagia di samping anak-anak dan keluarga.. kak juga ada membeli buku tu di PBAKL baru-baru ni dan sedang membacanya.

kakpah berkata...

salaam ani,
selamat menyambut hari ibu. semuga sentiasa bahagia di samping anak2 dan keluarga..

Cikli berkata...

selamat hari ibu kak

Abd Razak berkata...

Assalamualaikum Kak Ani..

Moga kakak sihat hendaknya..

Selamat Hari Ibu kak!

Miecyber berkata...

Menarik buku nie...

Ais Artik kian cair

Syimama berkata...

Assalam ..selamat hari ibu..bertuah kerana dihargai oleh anak2.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Wak,

Alhamdulillahlah yer wak, anak-anak ingat pada ibubapa.

Kadang-kadang geli hati yer wak, terima hadiah dari anak tapi budget kita juga yang punya.

Tak aperlah, ingatan tu yang perlu.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Kak Werdah,

Semoga akak sihat. Saya juga doakan akak sentiasa berbahagia dengan anak-anak dan keluarga. Itu saja yang kita harapkan dalam usia kita nikan kak.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Kak Pah,

Semoga kak pah sentiasa berbahagia dan gembira di samping anak-anak dan cucu-cucu.

Kunang-Kunang berkata...

CikLi, terima kasih.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Abd Razak.

Semoga Abd Razak sihat hendaknya. Terima kasih doakan kesihatan akak.

Kunang-Kunang berkata...

Mie, terima kasih.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam syimama,

Kak ani juga ucapkan selamat hari ibu pada syimama. Semoga bahagian selalu di samping anak-anak.

Kakzakie berkata...

Assalamulaikum Kak Ani,

Bahagianya punya anak yg kasih pada kita. Moga berkekalan sebagaiman yg kak ani kata bukan hanya pada hri ibu dan hari bapa saja.

Insya-Allah....

...kakak tak ada buku itu.

sahromnasrudin berkata...

assalamualaikum kak..

selamat hari ibu untuk akak sbg ibu kpd anak2 akak..

semoga akak sekeluarga senantiasa dirahmati Allah SWT

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Kakzakie,

Kak ani juga sentiasa berdoa semoga mereka tidak lupa akak suami isteri bila kami selamanya.

Buku tu menarik juga, sedang baca dan sedang memahaminya sebab buku ni akademik sikit.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Sahrom,

Semoga kita semua disayangi anak-anak hingga bila2kan.

Semoga Sharom sekeluarga sentiasa dalam bahagia dan sihat.

Mutiara Bernilai berkata...

Assalamualaikum kak kunang-kunang.

wah, alhamdulillah, dapat buku dan ilmu baru dr anak..

doa2 moga anak2 akak akan menjadi anak soleh

doakan sy juga.

selamat hari ibu.

ajumohit berkata...

terima kasih atas ilmu yg baik ni...

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Mutiara,

Terima kasih atas ucapan hari ibu. Selamat hari ibu juga untuk mutiara. Semoga Mutiasa sekeluarga bahagia selalu. InsyaAllah.

Kunang-Kunang berkata...

Waalakumussalam Aju,

Sama2. Mana yang tahu kita berkongsi.