Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Rabu, 25 Mei 2011

Basahkan Tekak Di "Ice Room"

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ



Pemandangan Dari Bandar Baru Nilai


Hari Isnin lalu memandangkan tak ada rancangan untuk kemana-mana, Sakinah pun masih bercuti, kami jalan-jalan ke Nilai 3. Tak ada cadangan tertentu. Cuma cadangnya tu kalau berkenan nak cari sarung kusyen kereta Sakinah. Tapi tak jadi beli sebab tak banyak pilihan sangat.

Dalam perjalanan balik sebelum ke Plaza Tol Nilai, di Bandar Baru Nilai terpandang sebuah bangun bernama "Ice Room". Sakinah kata itu tempat jual aiskrim. Saya fikir, wah panas-panas ni elok juga kalau dapat aiskrim.


Kami pun singgah. Beginilah suasana dalam 'Ice Room" ni. Kita seolah-olah berada di dalam kapal. Agaknyalah sebab saya pun tak pernah naik kapal.


Kami memesan aiskrim semangkok seorang. Nama aiskrim tu tak ingat. Tapi sedaplah rasanya dan banyak berpada dengan harganya semangkok antara RM7.00-RM8.00. Di samping aiskrim sebagai menu utama, dihidangkan juga makanan 'western' seperti 'chicken chop', fish & chip' dan beberapa jenis pasta.


Perasa hazelnut


Perasa strawberry

Memandangkan waktu tu dah jam 3.00 petang dan kami belum makan tengahari, saya dan Sakinah makan fish & chip dan abahnya makan 'salad' saja.

Fish & Chip


Salad RM5.00

Di Bandar Baru Nilai ni pun saya nampak terdapat banyak kedai-kedai yang menjual beranika barangan rumah seperti permaidani, kain langsir dan lain-lain. Harganya tak tau sebab tak masuk pun kedai-kedai tu cuma pandang dari jauh saja.

17 ulasan:

sahromnasrudin berkata...

assalamualaikum kak..

wah!!! sy yg duk area N9 pun tak pernah taahu ada ice room nie..kne pi melawat nie..trime kasih ya

ajumohit berkata...

kt area umah aju pon ade ice room ni kak, tp takut nk masuk ngn anak2 coz nmpk mcm mahal jek eskrem dia hehehe..nmpk menarik, blehla try pasni

Kakzakie berkata...

Assalamualaikum Kak Ani

Bestnya kalau tempat kakak ada ice room. Di JB tak adalah Kak Ani. Atau mungkin ada tapi kakak tak tahu entahlah...

Salad yg dlm gambar macam sedap sangat....

zul permatang badak berkata...

pertama kali singgah......tengok ice cream sini.....bila nak tak tau nak gi n9......jalan2 nilai...

Syimama berkata...

sekarang ada macam2 benda baru..sejak 2 menjak ni agak jarang keluar jalan2..banyak yg ketinggalan..kadang2 tu org kg dtg, lagi tahu dari kita yg tinggal disini.

Miecyber berkata...

Bestnyer...

Hotel Gantung

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Sahrom,

Selalunya macam tulah. Orang lain lebih tau dari kita.

Kunang-Kunang berkata...

Aju,

Kak ani pun tak selalu makan tempat2 macam ni sebab kak ani sekali sehari mesti makan nasi. Tak boleh makan benda2 macam ni.

Ann Huda (Ate) berkata...

Assalamualaikum Kak.
Salam perkenalan.

Ate dah lama teringin nak ke Ice Room psl nak gi umah Kak Ngah Ate mesti lalu situ..tapi puas ngajak org neman tak ada yg sudi..depa habaq, "Halal ka?" Terus terbantut nak pegi :(

Cikli berkata...

wah... lagi best daripada beli kain

Kunang-Kunang berkata...

Assalamualaikum Zul,

Terima kasih sudi singgah di sini.

Nilai ni daerah negeri sembilan yang paling dekat dengan selangor.

Akak suka jalan di Nilai 3 ni sebab kita boleh berkereta ke mana saja kedai yang kita nak pegi. Parking pun senang.

Kunang-Kunang berkata...

Syimama,

Yerlah, terutama pada yang bekerja. Pagi turun dari rumah ke tempat kerja, petang balik jer rumah terus bersilat di dapor.

Jadi mana yang tak penting tu mungkin terlepas pandang.

Kunang-Kunang berkata...

Mie,

Semoga sihat.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Kakzakie,

Salad tu sebenarnya simple saja. Rasanya kita boleh buat baik dari tu.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Ate,

Mengenai bab halal, memang rasanya memang tak nampak tanda halalnya.

Tulah kalau rasa was-was baik jangan.

Kunang-Kunang berkata...

CikLi,

Di Nilai 3 ni akak belum pernah beli kain ela. Selalunya ke sini ikut hasben akak cari eksesori kereta. Tak taulah dari segi harga berbanding dengan tempat lain. Mahal atau murah.

Tapi kain ela akan dah banding, kain yang sama corak yang sama, akak beli di Shah Alam RM60.00 sepasang, bila tanya di satu kedai di Nilai 3, dia kata harganya RM100.

Marah betul rasanya, akak cakap dengan dia harga kain ni di Shah Alam RM60.00 saja. Dengar gitu, dia terus nak beri harga RM60.00. Kerana terperanjat dan rasa tertipu akak tak beli.

Kesimpulannya berhati-hati.

ummu berkata...

assalamualaikum kak hanim wah sedapnyyaa...