Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Isnin, 9 Mei 2011

Cemburukan Bidadari Di Sorga

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ



Ketika berjalan-jalan ke blog rakan-rakan blogger saya tertarik dengan sebuah N3 di blog sulamkaseh yang membincangkan tentang bagaimana cemburunya seorang isteri sehingga tidak sanggup berkongsi kasih suami waima dengan bidadari di sorga,Ustaz boleh tak kalau disyurga nanti tak nak suami ada bidadari?

Itulah sayangnya seorang isteri kepada suami. Sehingga mati pun tidak sanggup kasih dibahagi-bahagi. Memandangkan pihak isteri terlalu cemburu walaupun dengan bidadari ada pula suami yang keberatan membincangkan hal bidadari di sorga kerana tidak mahu melukakan hati isteri. Patutkah sampai tahap itu cemburu kita sebagai isteri...

Firman Allah dalam surat Ar-Rahman ayat 72:


Maksudnya:iaitu bidadari-bidadari, yang hanya tinggal tetap di tempat tinggal masing-masing

Dari Ali r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: maksudnya "Di syurga ada tempat pertemuan para bidadari. Mereka bersuara keras yang tidak pernah terdengar suara seperti itu oleh para makhluk. Mereka berkata: Kamilah wanita-wanita yang kekal. Kami tidak binasa. Kamilah wanita-wanita yang merasakan kesenangan. Maka kami tidak sengsara. Kamilah wanita-wanita yang reda, maka kami tidak marah. Beruntunglah orang yang menjadi milik kami dan kami menjadi miliknya (HR. Tirmizi)

Dari Buraidah, dari Abu Mas'ud Al-Ghiffari, beliau mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda, maksudnya: "Tidaklah seorang hamba berpuasa sehari dalam bulan Ramadhan, melainkan Allah mengawinkannya dengan seorang isteri dari bidadari dalam sebuah khemah dari mutiara kosong. Setiap perempuan dari mereka mempunyai 70 pakaian, warna yang satu tidak sama dengan yang lain dan diberi semacam minyak wangi yang baunya berbeza antara yang satu dengan yang lain.

"Setiap perempuan itu dari mereka mempunyai 70 tempat pembaringan dari yaqut merah dan dihiasi dengan mutiara dan yaqut. Di atas tempat pembaringan ada 70 permaidani dan di atas setiap permaidani ada dipan.

"Setiap perempuan dari mereka mempunyai 70,000 orang pelayan perempuan untuk melayani keperluannya dan 70,000 orang pelayan lelaki. Setiap pelayan lelaki mempunyai sebuah piring dari emas berisi semacam makanan yang suapan terakhirnya mempunyai rasa yang lain dari yang pertama. Suaminya diberi seperti itu di atas tempat pembaringan dari yaqut merah. Ini adalah ganjaran untuk puasa yang dijalannya setiap hari di bulan Ramadhan selain kebaikan-kebaikan lain yang dikerjannya"
(HR. Tirmizi)

Diriwayatkan oleh Tirmizi bahawa Rasulullah s.a.w. ditanya tentang bidadari, dari apa mereka dicipta, Nabi s.a.w. menjawab: "Dari tiga bahan. Bahagian bawahnya dari misik (kasturi), tengahnya dari ambar dan atasnya dari kaafur. Rambut dan alis mereka adalah garis cahaya."

Allah s.w.t berfirman dalam Surah At-Thur,


Maksudnya ‘Dan orang-orang beriman, dan yang anak cucu mereka mengikuti mereka dalam keimanan, maka Kami hubungkan anak cucu mereka dengan mereka, dan Kami tidak mengurangi sedikitpun dari pahala amal mereka. Tiap-tiap manusia terikat dengan apa yang dilakukannya’ (Q.s. at-Thur/52: 21)

Allah swt. juga berfirman dalam surah Ar-Ra'd, ayat 23


"Surga Aden yang mereka masuk ke dalamnya bersama-sama orang-orang yang shalih dari bapak-bapaknya, isteri-isterinya dan anak cucunya, dan malaikat-malaikat masuk ke tempat-tempat mereka dari semua pint"u (Q.s. ar-Ra’d/13: 23).

Ayat-ayat di atas adalah janji Allah bahawa kita boleh masuk surga bersama keluarga, asalkan kita, isteri dan anak-cucu kita mempunyai iman yg sama dengan suami kita (meskipun derajat iman mereka di bawah suami).

Insya Allah, di akhirat nanti, mudah-mudahan kita akan menjadi istri suami kita.Bahan ini saya petik dari buku "menyingkap Tabir Rahsia Hidup Sesudah Mati"

37 ulasan:

Ati Masrif berkata...

salam kak,

alhamdulillah...pasti gembira si isteri
membaca n3 ini...kena kuat iman agar
dapat menjadi isteri lagi buat suami
disana nanti...insyaAllah :)

zue berkata...

assalamualaikum kak ani,
setiap wanita mesti ada sifat cemburu..mcm zue pun sama gak..tapi lum pulak trfikir smpai nak cemburukan bidadari di sorga...
siapa lah kita kann

Ummi Humaira berkata...

assalamualaikum...

apakata kita jadi ketua kepada bidadari untuk suami kita di sana nanti...

werdah berkata...

Assalamu'alaikum Ani

Begitulah harapan kak juga agar kita semua dapat tempat yang baik di sisi Allah bersama semua ahli keluarga.

Kakzakie berkata...

Assalamualaikum kak Ani,

Semua kita berharap mahu bersama bila diakhirat kelak. Apa yg penting sekarang bersama menjauhi kemungkaran dan sama-sama manjadikan keluarga kita yg diredhai Allah.

Kakak suka N3 ini....

kakpah berkata...

sama2lah kita berusaha untuk dapat menjadi penghuni syurga..

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Atie,

Alhamdulillah penat lelah kita didunia ini dalam menjalankan tanggungjawab sebagai isteri disamping menjalankan apa yang disuruh Allah dan menghindari apa yang Allah tegah, mudah2an kita diterima menjadi penghuni sorga.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Zue,

Betul tu zue, tak terfikir sejauh tu.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Umi Humairah,

Itulah sebaik-baiknya, kita berusaha ke arah menjadi Ketua bidadari kepada suami kita di sorga kelak.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Kak Werdah,

Semoga Allah kurniakan akak kesihatan yang baik sentiasa.

Itulah doa kita setiap hari semoga kita dan orang2 yang kita sayang berkumpul bersama kita di sorga nanti. Sama-smalah kita berusaha ke arah itu.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam kakzakie,

Mudah2an kita sekeluarga akan berkumpul semula di akhirat kelak di dalam sorga.

Kunang-Kunang berkata...

Kak Pah,

Betul tu, kita kena berusaha kearah itu dengan bersungguh2. Semoga Allah makhbulkan doa kita. InsyaAllah.

p@kcikLie berkata...

di syurga sana nanti semuanya indah2 belaka..tiada apa yang nak dicemburukan...semoga kita berusaha untuk mendapatkan tempat yg terbaik di kalangan orang yang beramal soleh.

Cikli berkata...

semoga kita berjaya ke sana

Miecyber berkata...

Bestnya kalau dapat bidadari Hehehehe

Kembara Berakit Antarabangsa Sungai Pahang 2011

kami sihat berkata...

Satu penulisan yang bermaklumat dan berkesan..

sahromnasrudin berkata...

assalamualaikum kak...

terima kasih kerana berkongsi artikel yang sangat bermanfaat ini...

semoga akak sekeluarga terus dirahmati Allah SWT

Kunang-Kunang berkata...

PCL,

Buat masa di dunia ini kita terus berusaha menjadi muslimin yang taat. Semoga Allah memberi ganjaran pahala kepada kita.

Kunang-Kunang berkata...

CikLi, InsyaAllah, berusahalah ke arah itu.

Kunang-Kunang berkata...

Mie,

Di dunia pun perlu bidadari jugak sebelum bidadari sorga.

Kunang-Kunang berkata...

Wak aji,

Terima kasih sudi singgah.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Sahrom,

Begitu juga doa akak semoga sahrom sekeluarga bahagia selalu di dunia dan di akhirat.

a.z.r.i.n.a.03.07 berkata...

InyaAllah Kak Ani.



terima kasih kerana sudi berkongsi..

maiyah berkata...

assalam..

mmg mndlm sygnya.. yg pasti Allah lebih mngetahui

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o berkata...

salam
nice post and info..thx

Syimama berkata...

alhamdulillah..bacaan murni...semoga Allah sentiasa merahmati kita dan dikurnia syorga disamping yang dikasihi.

Kamsiah berkata...

salam
bukankah di syurga nanti..tiada perasaan cemburu,iri hati..tiada yg negatif...semuanya serba indah...

Ayie berkata...

Nice sis.. ^^

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Reen.

InsyaAllah kita sama-sama berusaha ke arah itu.

Kunang-Kunang berkata...

Maiyah,

Begitulah kasih seorang isteri, waima di akhirat pun dia dah bayangkan ingin hidup bersama. Besarnya kasih itu.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Kamsiah,

Mungkin terlalu kasih menjadikan dia lupa di sana segalanya sempurna.

Kunang-Kunang berkata...

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o,

Yhank you.

Kunang-Kunang berkata...

Syimama,

Itulah orang kata kasih hingga ke mati. Mudah2an kita dan keluarga akan bersama kembali di sana nanti.

Kunang-Kunang berkata...

Terima kasih ayie, semoga sihat sentiasa

Che Mid berkata...

Sedang berusaha dan terus berusaha menjadi bidadari suami di dunia..

Kunang-Kunang berkata...

Che Mid,

InsyaAllah mudah2an kita dan keluarga kita dapat bersama di sana nanti. Berusahalah ke arah itu.

shameel Iskandar berkata...

indahnya kehidupan di syurga. keindahannya tak dapat digambarkan dengan kata-kata. harap2 di sana nanti, syurgalah kediaman kita.