Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Isnin, 23 Mei 2011

Berakhirnya Cerita Duka "Jika Aku Tak Bangun Esok Pagi"

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ




Jika ku tak bangun esok pagi
Sayang ku kau jaga lah diri
Sentiasa ingatkan hati
Diri mu amatku cintai

Andainya dihimpit kesusahan
Sujud dan mohon pada tuhan
Agar diberikan bimbingan
Meniti hidup bersendirian

Bila terasa sejuk...
Pejamkan mata
Bayangkan dalam dakapanku
Bila terasa rindu...
Pejamkan mata
Kita bersua dalam lena

Kalau ada yang sudi mengganti
Sayang...
Lepaskan lah ku pergi
Kerna sayang seistemewa mu
Berhak tuk dicinta dalam hidup

sayangku
tiada apa yang kekal dalam dunia ini
namun yang pasti walaupun ku tiada nanti
cinta ku akan kekal abadi

Ku berharap kau tak akan lupa,
mengirimkan bekalan doa,
Kita jumpa lah di sana nanti...
Jika ku tak bangun esok pagi
Jika ku tak bangun esok pagi....





Dalam Senyum Tawa Orang
Ada lirik Mata Nan Sayu
Ada Senyum Hampa Pilu
Ada Hati Di Rengut Sendu
Hakikatnya
Kau Dan Aku tahu
Di sini ada Air Mata Yang Di Tahan

Semoga Sempurnalah sebuah kehibaan
Nikmatilah Ganjaran Ilahi
Pada duka dan air mata semalam
Lupakan
Lagu "Jika Ku Tak Bangun Esok Pagi"


Arwah anak saya memberikan CD lagu ini kepada tunangnya beberapa hari sebelum dia pergi buat selamanya. Dia seolah-olah tahu yang dia akan pergi. Selama 4 tahun ini saya tak sanggup mendengar lagi ini.

Selepas hampir 4 tahun pemergiannya, selepas sholat zohor hari Sabtu lepas, termakbullah doa saya selama ini. Saya ingin dan sentiasa doakan dia bahagia.

Jadi waktu itu dengan dada yang sebak dan berat saya menjadi saksi kepada sebuah ikatan pertunangan antara gadis yang pernah datang dalam hidup anak saya ini dengan pemuda pilihan ibubapanya. Saya doakan dia bahagia.

Saya tetap sayangkan dia sebagai anak saya. Itulah janji saya pada dia dalam kedukaan 4 tahun lalu. Petang ini beberapa kali dia memeluk saya. Saya nampak kesayuan diwajahnya. Saya pura-pura tidak mengerti. Saya kuatkan hati, saya pesan pada mata - jangan menangis. Saya pesan pada bibir - senyum, senyumlah untuk gadis yang saya sayang ini.

31 ulasan:

LIPISLADY berkata...

Sallam Kak,

Sedih baca entry akak ni,
Semuga tenanglah roh anak disana,
Takdir menentukan mereka tiada jodoh.
Al-Fatihah buat arwah anak akak.

Insan Marhaen berkata...

tak biasa dengar lagu ni.

ummu berkata...

assalamualaikum akak
sayunya hati saya
mengalir air mata
seakan tak mahu berhenti
cinta sejati
tak mesti
bersatu di dunia ini

semoga anaknda akak
bahagia di alam barzakh sana
bersama iringan doa
insan-insan yang menyayanginya.
al fatihah

al-lavendari berkata...

saya tidak tahu sangat cerita kepergian anak awak itu. nak tanya takut menghiris hati.

tapi nak tanya juga .. yang nyanyi tu dia ke ?

Miecyber berkata...

Sedihnya...Al Fatihah...

Gambar Anak Yatim & Anak Kebajikan Madrasah Al-Taqwa Sejurus Sebelum Kejadian Tanah Runtuh

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussal LipisLady,

Allah menentukan segalanya. Itulah yang selalu saya pesan pada diri bila rindu padanya sangat.

Saya tak baik bersedih.

Kunang-Kunang berkata...

IM,

Saya dah tukar gambar youtube tu. Ini lagi Yusri KRU. Lagu yang hangat 4 tahun lalu.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Ummu,

Terima kasih doakan anak akak.

Akak berdoa dengan pertunangan ini semoga berakhirlah kesedihan anak angkat akak tu.

Yang sedih tu tiap kali ada orang yang masuk meminang, ibunya beritahu, dia mesti beri syarat yang bakal tunangnya itu mesti sanggup menerima akak dan suami sebagaimana ibubapa dia juga.

Dia minta supaya dia jangan dilarang untuk bertemu kami jika dia rindukan kami. Sebab katanya dia dah berjanji dengan anak akak, andai sesiapa pergi dulu, mereka akan menjaga ibubapa yang ditinggalkan.

Di hari pertunangan tu tunangnya memanggil kami mama dan abah sebab katanya dia bersetuju dengan syarat yang diberikan sebelum bertunang.

Akak tak minta itu semua. Dia dapat pengganti akak bahagia sangat.

Kunang-Kunang berkata...

Al,

Terima kasih luangkan masa singgah blog saya ni.

Sekarang saya dah boleh imbangkan perasaan bila bercakap mengenai anak saya.

Anak saya meninggal dalam kemalangan semasa balik dari kerja. Keretanya melanggar divider jalan, dah dekat sangat dengan rumah. Takdir dah menentukkannya. Masa tu dijangka dia beberapa bulan lagi nak kawin, persiapan semua dan siap.

Budak2 muda, masa baru berlaku tunangnya susahlah nak cerita. Orang sedih. Mereka berkawan semasa anak saya masih di universiti lagi. Bila dah kerja, mereka bertunang.

Tapi tulah jodoh tak ada.

Kunang-Kunang berkata...

Mie,

Terima kasih. Kisah yang diulang2 yer Mie. Tiap2 dah 4 tahun.

Kakzakie berkata...

Assalamualaikum kak ani,

Sedih kakak baca N3 ini
betapa kasih terlerai kerana ajal
ibu bersendu
tunangan bertangisan
namun Allah maha pengasih
Dia maha mengetahui

Moga doa-doa dimakbul Allah
buat dia yg telah tiada

sal berkata...

sedihnya..
bersabar ye..dugaan..

wlupun anak tlh tiada,dia tetap hidup dan segar di hati..

moga Allah mencucuri rohnya..ameen

werdah berkata...

Assalamu'alaikum Ani

Kata orang bila kita nasihatkan orang lain supaya bersabar itu mudah namun bila sendiri hadapi sukar juga nak sabar tabah dan redha.. walaubagaimanapun kak harap Ani yang sangat tabah ini sentiasa redha.. insyaAllah..

Semoga Allah menempatkan arwah anak Ani ke dalam golongan orang-orang yang diampuni segala dosa serta dirahmatiNya.

Juga semoga anak angkat Ani sentiasa diberikan ketenangan dalam hidupnya di dunia mahupun di akhirat.

kakpah berkata...

salam ani,
sori.. tak dapat nak komen. Hati sungguh tersentuh.

shameel Iskandar berkata...

Assalamualaikum Kak.

Sebak dada saya membaca entry ini. Namun, seberat2 mata memandang berat lagi bahu memikul. Pelbagai dugaan yg menyapa dan beraneka ujian menerpa, kita sebagai hamba-Nya terpaksa akur sambil mengharapkan redha-Nya.

anitaare berkata...

Kak,

hiba dan sayunya hati saya baca n3 ini kak..tak sangka pula saya kak melalui dugaan sebesar ini..Moga roh anak akak dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang2 beriman..Al-Fatihah

a kl citizen berkata...

sedih dan tersentuhnya membaca entri ini kak ani

Mutiara Bernilai berkata...

salam kakak..

Allah..

terasa sayu dan sebak saya membacanya,
dan saya yakin, tulisan ini benar2 dari hati kakak..sampaikan saya dapat tempias gundahnya.


*saya doakan yg terbaik utk semua. moga Allah redha akan kita..

Cikli berkata...

semoga dia bahagia di sana

gadisBunga berkata...

semoga roh anak akak tenang di sana... amin...

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Kakzakie,

Terima kasih atas doa.

begitulah ujian Allah pada setiap hambanya.

Kunang-Kunang berkata...

Sal,

Dugaan yang paling berat peristiwa inilah rasa. Tapi berbekal agama yang ada sedikit sebanyak di dada sedaya upaya menerimanya dengan redha.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Kak Werdah,

Semoga akak sihat.

Sebenarnya saya tidak sekuat mana kak. Tapi mengingatkan inilah kadaq dan kadar Allah kepada kami, kami meredhakannya.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Kak Pah,

Semenjak peristiwa ini saya senang mengalirkan air mati bila saya membaca berita kematian anak. Saya dapat bayangkan perasaan seorang menerima takdir Ilahi yang kita tiada pilihan ini.

Tapi Allah dah janjikan dia akan menggantikan dengan sesuatu yang lebih baik dari yang hilang menjadi ubat duka hati.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Shameel,

Kesedihan yang tak dapat diceritakan dan digambarkan. Semakin lama peristiwa berlalu bukan semakin lupa tapi semakin rindu.

Mudah2an kami bertemu disana nanti. InyaAllah.

Kunang-Kunang berkata...

Terima kasih Ita. Hanya doalah yang diperlukan untuk mereka yang dah berada di sana.

Kunang-Kunang berkata...

Cikgu Normah,

Sekarang bila bercerita akak dah tak menangis lagi. Dulu tak boleh sebut nama tu, mesti menangis.

Itu dah takdir Allah. Siapalah kita kan. Cuma semoga Allah kuatkan hati kami sekeluarga.

Kunang-Kunang berkata...

CikLi,

Terima kasih atas doa untuk anak kak ani tu.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Mutiara,

Terima kasih kerana dapat menyelami perasaan yang dirasa di hati kak ani.

Ingatan yang kalau boleh akak ingin sepintas lalu saja datang sebagai kenangan. Tapi sukar sangat.

Kunang-Kunang berkata...

Gadis Bunga,

Terima kasih atas doa tu.

the freakness boy berkata...

assalamualaikum ummi (kunang-kunang) tabahkan hati ya ummi .. Allah x akan menguji manusia melebihi kemampuan kita , ok .. amin .. :)