Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Jumaat, 29 April 2011

Terima Kasih Banyak-banyak

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ




Assalamualaikum rakan blogger semua. Diam tak diam hari ini 29 April 2011 dah dua tahun usia blog saya ni. Blog ini tercipta hasil dari rasa kesunyian tinggal sendirian di rumah selepas saya mula bersara atas pilihan sendiri dari pekerjaan saya.

Bila bersara saya rasa saya kehilangan segalanya, terutama kawan-kawan. Untuk menghilangkan kesunyian dan bosan, saya mulakan 'blog walking' dari satu blog ke satu blog. Membaca berbagai cerita dari blog-blog yang saya jumpa. Masa tulah saya teringin mempunyai blog sendiri. Dengan susah payah dan tunjuk ajar dari anak-anak, saya belajar apa-apa yang perlu dalam membuat blog. Nasib baik semasa di alam pekerjaan dulu saya memang menggunakan komputer.

Bila ada blog sendiri, saya mula menjadi 'follower' kepada blogger yang pernah saya singgah dan juga blog kawan-kawan yang saya kenal.

Akhirnya terciptalah blog 'Kerdipanrohani'. Atas sokongan kawan-kawan blogger yang sudi menjadi rakan blogger saya, saya ucapkan berbanyak terima kasih. Terima kasih juga kerana sudi meninggalkan ulasan-ulasan bagi N3 yang saya buat. Sehingga sekarang saya masih memerlukan tunjuk ajar dari rakan blogger semua.

37 ulasan:

Ati Masrif berkata...

salam kak,

dah 2 tahun lama tu..kita otailah ni

atipun sambut ulangtahun hari ni


^______________^

Cikli berkata...

selamat jadi blogai = blogger otai.

blog yang comel.

werdah berkata...

Assalamu'alaikum Ani

Kakpun dah 2 tahun berbolg pada 2 April yang lepas, juga dengan tunjuk ajar anak-anak.. . Ni Februari ke April ni.. rasa kak 29 April tu...

Kakzakie berkata...

Assalamu'alaikum Kak Ani,

Alhamdulillah banyak yg kakak dah perolehi dari N3 yg kak ani bagi.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Ati,

Tak berapa nak panggil diri otai (dari segi umor, layak) sebab masih belajar selok belok berblog.

Tulah akak dah singgah blog Ati tadi. Selamat menyambut hari ulangtahun yer Ati, semoga Ati sekeluarga bahagia selalu.

Kunang-Kunang berkata...

Assalamualaikum CikLi,

Belum layak dipanggil blogai, masih memerlukan tunjuk ajar ni.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Kak Werdah,

Akak sihat hendaknya.

Terima kasih kan, tarik perhatian saya pada tarikh tu, memang betul bulan April bukan bulan Februari.

Bila saya terjumpa blog akak, saya rasa bersemangat nak berblog kerana baru saya tahu orang sebaya saya ada yang berblog. Mula2 tu rasa malu juga sebab dah tua baru nak berblog.

Kunang-Kunang berkata...

Waalakumussalam Kakzakie,

Alhamdulillah kalau apa yang saya tulis di blog saya ni memberi faedah sedikit sebanyak kepada rakan blogger. Terima kasih kakzakie.

en_me berkata...

tahniahnyerr .. ehehe

Kunang-Kunang berkata...

Terima kasih en-me

Ros Illiyyuun berkata...

Assalamualaikum :)

Selamat ulangtahun ke-2 wahai 'Kerdipan Rohani'.

Semoga terus menghasilkan entri yang penuh pengisian.

Ukhuwwah antara kita terbina di 'sini' walau kita dari satu 'negeri' :)

Semoga ukhuwwah terus mewangi :)

Pn Kartini berkata...

Assalamualaikum my dear sis...:)

Kak Ani...:)

Tahniah!!..Selamat Ulangtahun Ke2
:)MOga kan terus berkarya di Kerdipan Rohani...yang banyak info,ilmu didapati di sini...
Tksh juga kak Ani utk segala dorongan & nasihat di blog tinie yaa:)Moga ikt ukhwah berpjgan..:)

JunAina berkata...

sekejap sahaja masa berlalu dah dua tahun...aina baru melewati usia setahun tetapi masih banyak yg perlu dipelajari bab nak cantikkan blog...
apamyg ada standard je, dapat update entri pun dah bersyukur sangat...

apapun nice blog sis...

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Ros,

Kita berjumpa di alam maya. InsyaAllah sapa tahu satu hari kita betul2 berjumpa di alam nyata.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Sis Tinie

Atas sokong Sis Tinie dan kawan2 blogger semua akak bertahan hingga 2 tahun.

Terima kasih banyak2.

Kunang-Kunang berkata...

Alhamdulillah Jun, atas sokongan kawan2 blogger, akhir jejak juga usia 2 tahun.

Apa pun masih merangkak dalam membuat N3.

maiyah berkata...

assalam..

wahhhh.. dah 2 thn ya.. moga akan terus berblog ;)

ummu berkata...

assalamualaikum kak hanim
alhamdulillah wah tahniah ya kak...
dah 2 tahun tu...
kalau ank kecil dah pandai berlari dan petah berbicara.
maaf ya kak hanim sebab ummu tak dapat blogwalking sebab sdg tak berapa sihat.rundu cattaan akak, teruskan menulis ya
p/s: suka dengan background lagu tuk blog ni

ummu berkata...

assalamualaikum kak hanim
alhamdulillah wah tahniah ya kak...
dah 2 tahun tu...
kalau ank kecil dah pandai berlari dan petah berbicara.
maaf ya kak hanim sebab ummu tak dapat blogwalking sebab sdg tak berapa sihat.rundu cattaan akak, teruskan menulis ya
p/s: suka dengan background lagu tuk blog ni

Syimama berkata...

Salam sikunang-kunang..Tahniah. seronok dpt singgah dsini..baru bertemu..seperti juga saya..dulu asyik teroka blog org..jelusnya rasa, bila dpt buat camtu. Nak join, takde idea, rasa cam dah tua (he3).xtau nak mla tapi teruskan hajat n blog kini 2 th juga (2 minggu lagi)..sy akan sediakan "SETEM KHAS"..nanti dtg ambil ya.

Insan Marhaen berkata...

tk juga sebab follow IM dan jadi jadi pengomen blogai..

Miecyber berkata...

Congrats Kak Nim...

Handphone untuk orang buta

Kamsiah berkata...

salam
terimakasih jugak kerana sudi menjadi sahabat maya saya..

shameel Iskandar berkata...

Salam ziarah.
Berblog ni dapat meluaskan empayar persahabatan dan melebarkan wilayah persaudaraan.

Bersahabat dan bersaudara sesama insan tapi kerana Tuhan.

Selamat ulang tahun kepada kedipan rohani.

a.z.r.i.n.a.03.07 berkata...

Selamat Ulant Tahun buat blog Kak Ani.




Kita sama-sama belajar kak..

Ayie berkata...

blog saya baru masuk bulan kelima.. hahahaa/.. btw, congrat kak...

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Maiyah,

InsyaAllah kalau tidak aral saya ingin terus berblog.

Terima kasih, semoga Maiyah sihat sentiasa.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Ummu,

Semoga Ummu berada dalam kesihatan yang baik, InsyaAllah.

Kak Ani juga berterima kasih kepada Ummu kerana kerap singgah dan meninggalkan ulasan di N3 akak.

Semoga ukhwah kita berpanjangan.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam syimama,

Alhamdulillah kita dapat menjalinkan ikhwah walaupun hanya di alam maya.

Tahniahlah di atas usia blog syimama yang bakal menjejak 2 tahun 2 minggu lagi/

Kunang-Kunang berkata...

Sama-sama IM, Akak juga ucapkan terima kasih kerana selalu juga meninggalkan komen di blog akak ni.

Kunang-Kunang berkata...

Terima kasih Mie. Akak banyak belajar selok belok berblog dari Mie.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Kam,

Akak pun berterima kasih kepada Kam kerana sudi singgah dan meninggalkan ulasan di blog akak ni.

Ulasan2 dari kawan2 menjadi dorongan untuk terus berblog.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Shameel,

Betul tu dari blog rakan blogger banyak ilmu yang dapat kita kutip.

Terima kasih kerana selalu singgah blog akak ni yer

Kunang-Kunang berkata...

Terima kasih Reen.

Akak sungguh gembira bila orang macam Reen yang banyak pengalaman dalam berblog ni singgah dan jadi rakan blogger akak.

Kunang-Kunang berkata...

Ayie, Terima kasih.

Blog Ayie walaupun baru masuk bulan kelima tapi banyak followersnya.

LIPISLADY berkata...

Sallam kak,

Alhamdulillah, Selamat Ulang Tahun Blog Kerdipan Rohani.Lama juga dah akak berblog yee, Dah dewasa dah tu.
Saya kalau ada kesempatan memang selalu masuk blog akak, suka dengan blog akak.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam LipisLady,

Alhamdulillah dah dua tahun blog akak ni. Tapi nak dapat followernya merangkak2.

Terima kasih sudi jadi rakan blogger akak yer. Bila lapang singgahlah