Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Sabtu, 2 April 2011

Tempat Berteduh Dan Menumpang Kasih

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ



Sekarang ni ramai orang bercakap tentang khasiat buah mengkudu. Kebetulan saya ada tanam sepohon pokok mengkudu ni. Pokok ni saya tanam ketika anak sulung saya mengandungkan cucu sulung saya.

Pokok ini saya beli anaknya dengan MARDI ketika MARDI membuat pameran di Kompleks PKNS. Tujuan saya menanamnya ialah untuk mengambil daunnya untuk dijadikan pembalut tungku dan direbus untuk dijadikan air mandian ketika anak saya dalam pantang. Air rebusan daun-daun ni orang Terengganu panggil 'Air serong'.

'Air Serung ni direbus daun mengkudu yang dicampur dengan daun lengkuas, senduduk, daun pandan, daun serai wangi dan lain-lain untuk menyegarkan dan menwangikan badan ibu ketika dalam pantang.

Sekarang pokok ni dah besar dan rimbun. Kadang-kadang ada juga terfikir nak menghabiskan riwayatnya sebab takut makhluk lain pula menumpang teduh.


Sayang pulak rasanya nak tebang kerana buah mengkudu saya ni sering mendapat permintaan orang. 'Free' jer. Dapatlah kumpul pahala. Menurut mereka buah ni sangat bagus untuk orang diabetes dan darah tinggi. Seorang nyonya cina selalu datang meminta buah ni dari saya. Saya sendiri tak pernah mencubanya.

Seorang Jiran lain pula datang minta pucuk mengkudu ni. Dan siap minta saya halalkan hingga mati untuk dia mengambil daun ni sebab katanya takut saya tiada di rumah bila dia memerlukan. Dia kata "sapa mati dulu tak taulah". Sama ada dia atau pokok mengkudu saya ni yang mati dulu.

Jiran saya ni makan pucuk mengkudu mentah sebagai ulam untuk mengubat kencing manisnya. Saya pernah juga makan pucuk mengkudu ni sebagai ulam tapi saya celur dulu. Rasanya sedap dan tak pahit. Cicah budu atau sambal belacan macam pucuk ubi celur.


Di pokok mengkudu ini juga tempat pokok-pokok orkid saya menumpang kasih. Saya gantungkan pasu-pasu orkid saya di dahan-dahannya. Sebab ini sajalah pokok yang saya ada untuk tujuan mengantung orkid yang memerlukan kepanasan sederhana. Kiranya pelbagai gunalah.












Orkid anosmum yang menumpang kasih diperdu pokok mengkudu




Itulah cerita tentang pokok mengkudu saya.

20 ulasan:

Miecyber berkata...

Dulu tak der saper nak ambik tahu pasal pokok mengkudu,tetapi sekarang nilainya telah meningkat kerana ada nilai perubatan dan kormesial...

Alhamdullilah..Malware berjaya di singkir dari blog Kak Nim..

Hotel ayam

ummu berkata...

assalamualaikum kak ani
mengkudu ni, walaupun baunya tak enak, rasanya pahit payau, tapi khasiatnya sangat tinggi kan ,kak.
sejak pindah balik ke kampung selepas pencen, ibu saya dapatlah bercucuk tanam salah satunya pohon mengkudu ni.daunnya bolehlah digunakan wanita lepas bersalin utk bertungku,kan kak.

nur berkata...

As-Salam Kak Ani...
Saya nur dari Mata Hati.. Mula2 nak ucap Happy Anniversary buat Kak Ani, moga sentiasa berbahagia dunia dan akhirat..ameen
Berkenan saya tengok orkid kak Ani tu, berbunga cantik..tentu serasi bawah teduhan pokok mengkudu.

Kamsiah berkata...

salam
belakang rumah saya ada pokok mengkudu jugak..besar...kdg2 amik pucuknya dicelur,buat ulam...tp tak berapa lalu nak telan hehe...

Admin P@P berkata...

Assalamualaikum.
Biasa dengar tentang pelbagai khasiat mengkudu, sama ada daun atau buahnya.

Setakat ini belum cuba lagi, bagaimana rasanya. Bau buahnya yang telah masak cukup 'tak sedap' dan meloyakan. Disebaliknya ia mempunyai khasiat...

TQ

aby berkata...

salam k hanim,
tk dapat beli kapal terbang naik kapal terbang pun ok juga kan..

gitu la dgn pokok mengkudau ni,
tk dapat tanam pokok beli jus nya pun ok jugakan ..
banyak produk jus mengkuda ni,
dulu pernah guna satu jenis tu tp lupa nama nya ..

he..he...

Kakzakie berkata...

Assalamualaikum kak Nim,

Sukanya kakak tengok pokok bunga orkid tu. Pokok orkid kakak lebat dengan daun je. Susah betul nak berbunga.

Jus mengkudu kalau blend campur dengan lemon pun sedap tau....

LIPISLADY berkata...

Sallam kak,
Besarnya buah mengkudu tu,
kakak saya selalu makan menkudu juga,
buat ubat darah tinggi katanya.

kakpah berkata...

salam ani.
kat sebelah tadika kpah ni ada neighbor tanam pokok mengkudu. Tapi buahnya bersepah-sepah tidak dipungut. Bila jatuh di jalan dan terpenyek dek kereta yang lalu lalang, baunya tak tahan hidung nak mnghidu. Kitorang selalu cakap, bilalah orang ni nak tebang..

Kunang-Kunang berkata...

Mie,

Orang tua2 dulu dah lama tahu. Tapi mungkin tak dibebahkan. Mana kita tahu mungkin makjun2 yang tok nenek kita buah tu pun masuk mengkudukan.

TQlah Mie pasa malware tu yer.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Ummu,

Selalunya ubat memang sama ada rasanya tak sedap atau baunya kan.

Ada kawan kak ani beritahu, dia kata nak minum jus mengkudu yang kita buat sendiri ni, campurkan sedikit gula kedalam jus tu, tutup hidup dan minum. Rasanya ok.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Nur,

Terima kasih atas doa dan ucapan Nur tu.

Orkid memang habitat dia di pokokkan. Jadi mungkin dia sesuailah diletakkan ditempat redup. Tapi ada juga orkid yang perlukan panas matahari baru dia berbunga.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Kam,

Pada pemerhatian sayalah kan, pokok mengkudu ni ada 2 jenis. 1 jenis tumbuh liar dan satu jenis yang macam akak punya ni.

Mengkudu jenis nilah yang daunnya ok bila dicelur. Daun mengkudu yang liar bentuknya tirus dan daunnya kecil sedikit.

Dulu2 akak pernah tengok mak ambik daun mengkudi jenis ni untuk dimasak sayur bagi orang bersalin makan. Daun ni ditumbuk halus, diperah airnya dan barulah disayur dengan santan. Orang sekarang mungkin dah tak tau nak buat rasanya.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam P&P,

Memang bau mengkudu ni begitu menggoda. Tak terhidu rasanya apa lagi nak minum macam tu.

Jadi rasanya kalau nak cuba khasiatnya belilah yang dah diproses.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Wak,

Betul tu wak, kita beli saja produk yang dibuat dari mengkudu. Nak tanam mengambil masa dan tempat.

Mungkin orang yang 'berani' saja akan mencuba minum jus mengkudu ni. Tapi daunnya akak sanggup. Dah buat pun.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Kakzakie,

Kak ani ni dulu sukalah juga tanam dan menjaga orkid ni mengikut cara sepatutnya.

Tapi sekarang ni ikut kadaq dan kadarnya sajalah. Dah tak larat nak jaga. Tapi galak pula orkid2 ni berbunga.

Cuba letakkan kerang pada pokok2 orkid ni sebulan sekali. Tapi baunya busuklah sikit. Kalau makan pisang tu, cuba hilis halus2 kulitnya dan letakkan dalam pasu orkid. Air basuhan beras dan ikan pun elok disiran pada orkid.

Satu tip yang baik untuk orang yang nak cuba minum jus mengkudu ni.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Lipislady,

Selalunya yang pahit dan lain2 rasa tak enak nilah menjadi ubatkan.

Tapi menurut kawan2 yang pernah minum jus mengkudu ni, kata mereka ia tak ada rasa apa cuma baunya saja yang kita tak larat.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Kak Pah,

Nasib baik pokok saya buahnya tak jatuh atas jalan jadi mungkin tak adalah orang berdoa supaya umurnya pendek. He he

sahromnasrudin berkata...

assalamualaikum kak..

bagusnya akak..sangat suka pada tumbuh-tunbuhan..mmg banyak manfaatnya kpd mereka yg berbudi kpd tanah kan???

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Sahrom,

Tak adalah berbudi sangat pada tanah. Tanaman hiasa dalam pasu saja yang mampu. Tanaman hiasan ni hanya boleh menjamu mata dan terapi jiwa.

Pokok mengkudu ni ditanam 7 tahun dulu. Masa tu masih kuat angkat cangkul. Sekarang, dah serender.