Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Isnin, 25 April 2011

Tak Cuba Tak Tau Kan!!!

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


Tadi semasa singgah di kedai kerana nak beli sedikit barang-barang dapor. saya terpandang majalah mingguan wanita bagi akhir April. Rasanya majalah ni keluar seminggu sekali. Gambar muka depannya Rozita Che Wan

Tiba-tiba rasa nak beli, bukan teruja kerana kecantikan Rozita Che Wan, tapi kerana rasa teringin nak baca isi kandungannya. Dah lama tak beli majalah-majalah ni.

Sampai rumah, belek-belek cari cerita atau rencana menarik. Akhirnya terbaca ruangan 'Petua' agaknya. Menarik juga. Jadi disini saya salinkan apa yang ada di dalam buku tu. Gambar-gambar saya google sendiri.


Daun Belimbing Buluh Boleh mengatasi kekuningan bayi yang baru lahir. Caranya ialah dengan merebus daun belimbing buluh. Air rebusan tu digunakan untuk mandi bayi di waktu pagi selama 3 pagi berturut. InsyaAllah, kekuningannya akan hilang.







Daun Sirih Boleh menghilang parut jerawat. Cara tradisionalnya ialah dengan menumbuk beberapa helai daun sirih dan disapu ke seluruh muka.






Daun sirih juga dikatakan boleh digunakan untuk melangsingkan badan. Caranya ambil 5 helai dari sirih. Bersihkan dan rebus dengan 3 cawan air. Rebus sehingga air rebusan sirih tu jadi 1 cawan. Minum waktu pagi. Katanya bagus juga untuk ibu-ibu lepas bersalin.


Uncang Teh Terpakai Pada yang menghadapi mata sembab kerana kurang tidor boleh menggunakan uncang teh yang dah digunakan untuk menghilangkan sembab tu. Caranya, uncang teh yang telah digunakan itu dilekapkan pada mata (mestilah mata yang pejam kan). Biarkan semalaman. Buat 3 kali seminggu.




Limau Nipis Boleh menghilangkan bau ketiak. Pada yang mengalami masalah ni bolehlah menyapu limau nipis ni di ketiak. Biarkanlah beberapa minit. Lepas tu dibasuh. Ulang 3 kali seminggu.




Cara-cara tradisional ni bolehlah dicuba. Mana tau boleh membantu mengatasi masalah yang dinyatakan tu. Sekurang-kurangnya kalau guna air limau nipis sebagai 'deodoran' tak adalah kita bimbang adanya 'alkohol'. Tak was-was bawa sholat.

Orang-orang dahulu kala ni selalunya petua mereka berdasarkan pengalaman. Tapi kita kena tengok juga, ada orang sesuai, ada orang tak sesuai. Wallahuwa'lam

12 ulasan:

Abd Razak berkata...

Assalamualaikum kak..

Moga kakak sihat hendaknya..

Terima kasih atas petua ini, bolehlah saya cuba beberapa darinya

mohdandmeriam berkata...

Assalamualaikum nim..terima aksih berkomgsi petua...semua bahan tu ada dirumah tak payah keluarkan banyak duit.hanya kena rajin je kan.
apa khabar nim..kakyam doakan nim dan keluarga sihat.

kakpah berkata...

salam anie,
limau nipis tu memang banyak khasiat.
tk untuk info berguna.

Cikli berkata...

limau nipis yang dah guna tu, jgn sesekali terbuat teh o limau pulak.

Kakzakie berkata...

Assalamu'alaikum kak Ani,

Semua benda itu amat mudah buat kakak mendapatkannya sebab ada tanam pokoknya tapi tak pernah praktikkan pun. Kalau rajin buat mesti bagus kan kak ani....

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Abd Razak,

Bagus jugakan kita cuba mana yang boleh. Semoga Abd Razak sihat.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Kak Yam,

Semoga akak sihat.

Saya kalau dapat belimbing buluh ni selalu terbayang kuah nasi dagang. Bestnya kalau masak gulai kuah nasi dagang masukkan belumbing buluh.

Di sini belimbing buluh susah sikit nak dapat, nasib2lah, kadang2 boleh dapat di pasar tani.

a.z.r.i.n.a.03.07 berkata...

Kak Ani,

Lepas ni bolehlah saya tanam pokok sireh kak. Beli produk langsing sekarang ni mahal sangat.


;0)

Kunang-Kunang berkata...

Memang yer Kak Pah. Saya masa muda2 dulu kalau rambut gatal walaupun dah disampu. Selalunya saya sapukan rambut dengan santan dan disental dengan limau nipis. Peram kejap, baru sampu.

Lega jugak.

Kunang-Kunang berkata...

CikLi, Kes nyaya ni,

Janganlah orang busuk hati macam tu kan.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Kakzakie,

Banyak pokok dan tumbuhan keliling rumah kita tak tau gunanya.

Contoh pokok dokong anak yang tumbuh dalam pasu, kita buang jer. Bila orang kata daunnya boleh hilangkan sakit perut, oh baru kita tahu.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Reen,

Bagus tu. Daun sirih ni memang banyak gunanya selain dari yang dicatatkan di atas.

Akak pulak, tak tanam pokok sirih tak tau kat mana nak dapat benih, pokok kadok adalah. Daun kadok akak masukkan dalam bubur lambok.