Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Rabu, 6 April 2011

Semang

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ




Kelmarin saya masuk ke blog anak saudara saya sini, saya dapati dia ada bertanya tentang apa nama kuih ni.

Rakan blogger Azrina pun dalam blognya ada-yang-tahu-sebab-aku-memang-tak-tau ada bercerita tentang kuih ini dan ingin tau namanya.

Kuih ni kueh tradisional Kelantan dan Terengganu. Rasanya manis. Saya ingat lagi masa kecik-kecik dulu kalau makan kuih ni, bersembor2 tepongnya tu memenuhi muka, silap-silap masuk ke hidung. Makannya kena berhati-hati.

Kata suami saya, dia ni tahu sikit nama kuih-kuih tradisional ni, dia kata nama kuih ni ialah "SEMANG". Cara menyebutnya bukan seperti nama "seman" tapi seperti menyebut saya dalam loghat Negeri Sembilan, iatu "seemang".

18 ulasan:

Miecyber berkata...

Baru tahu ada kuih nama "Seman"..


Serangga menu utama masa depan

Kakzakie berkata...

Mungkin kakak pernah makan kuih ini tapi tak tahu nama. Atau sama ke dengan sagun (org Johor panggil).

a.z.r.i.n.a.03.07 berkata...

Kak Ani,


Timaseh. memang sedap. tak berapa manis yang saya beli hari tu. Cari lagi tapi dah tak ada. Anak-anak pun suka.


Ini link entri tu kak.
http://fizrin-fadhiamaira.blogspot.com/2011/03/ada-yang-tahu-sebab-aku-memang-tak-tau.html

JunAina berkata...

selalu menjadi buah tangan bila nak balik perlis bila bercuti masa belajar di besut dulu....

sedap...manis...tapi nak sebut pun tak pandai, tak menjadi telor kelantannya....hahhaa...

Pn Kartini berkata...

Assalamualaikum:):)

..pernah gak makan masa dulu2...:):)
time tu.pandai makan jeklah..namanya tak tahu:):)

Moga akak sihat2 di sana yaa:)

Ayie berkata...

boleh dikomersilkan.. hahaha

MulutPayau berkata...

Assalamualaikum kak Ani...
Lama betul tak mkn kuih ni...Masa kecik2 dulu mmng suka sngat ngan kuih ni..Aduhhhhh bila tgk gmbr tu..terliur pulak....

Kunang-Kunang berkata...

Mie, jangan sebut 'seman' tapi sebut 'se nya' tu kita macam kita sebut 'sebok'. He he

Kunang-Kunang berkata...

Mungkinlah tu kakzakie. Ini kuih tradisional. Mungkin orang sekarang dah ramai tak tau membuatnya.

Kunang-Kunang berkata...

Ren, terima kasih cubaan pertama buat link.

Akak tak pernah nampak kuih ni dijual di sini. Kalau balik ke terengganu tu adalah nampak itu pun dijual oleh penjual kuih di pasar.

Kunang-Kunang berkata...

Salam JunAina,

Terima kasih sudi singgalah blog saya ni.

Kuih ni memang ada dijual di kelantan dan terengganu.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Sis Tinie,

Kuih lama. kalau makan tak boleh bercakap. Nanti bertabur tepung. He he

Kunang-Kunang berkata...

Ayie, benda ni mungkin dijual secara kecil-kecilan sahaja.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam MP,

Kuih-kuih macam ni susah jugak nak dapat sekarang kan.

Pandai orang-orang dulu pelbagaikan kuih. Rasanya dibuat dari tepong beras dan gula.

Tepung membalutnya tu pun tepung beras yang digoreng, kalau tak silap.

Mutiara Bernilai berkata...

salan alaik wahai kunang-kunang, :)

wahhh..mutiara rindu nak makan kuih ni..

tepung yg mencomotkan muka tu lah part yg best ttg kueh ni..suke!~

Insan Marhaen berkata...

tak pernah tengok pun kuih ni. dan nama semangh tu ingatkan IM pada pelajaran tawarikh masa sekolah rendah..

Kunang-Kunang berkata...

Waalakumussalam Mutiara,

Terima kasih sudi singgah blog akak ni.

Tepung tu, silap2 boleh bersin, tapi zaman kanak-kanak itu yang seronoknya.

Kunang-Kunang berkata...

Bila IM sebut perkataan 'tawarikh', zaman akak dulu pun pelajaran 'sejarah' di panggil 'tawarikh'.

'Tawarikh' dalam bahasa arah ertinya 'sejarah'.