Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Jumaat, 8 April 2011

Senjakala

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ



Assalamualaikum kepada semua rakan blogger di hari Jumaat yang mulia ini dan semoga kita semua dirahmati Allah dengan segala keberkatan.

Saya masih ingin dulu mak saya selalu pesan, balik ke rumah sebelum senja. Tak elok anak dara balik rumah ketika orang tengah 'bang'.

Jadi supaya tidak kena marah dek mak, saya akan pastikan tiba di rumah sebelum maghrib ataupun sebelum waktu senjakala. Walau ketika itu saya sedang berseronok dengan aktiviti ko-kurikulum di sekolah. Tapi mak tak beritahu pulak sebab-sebabnya dari segi syariat islam.

Rupanya dalam Sahih Al Bukhari dan Muslim ada menyebut sebuah hadith dari Jabir r.a., bahawa Rasulullah S.A.W. ada bersabda:

Ertinya "Apabila sudah tiba waktu petang (hampir senja), henti dan himpunkanlah anak-anak kamu (dari terus bermain) kerana pada waktu itu syaitan akan mula berkeliaran. Apabila telah menjelang malam, suruhlah mereka (anak-anak) masuk ke dalam rumah dan tutuplah pintu-pintu rumah kamu sambil menyebut nama Allah, kerana syaitan tidak akan membuka pintu rumah yang tertutup. Tutuplah bekas air minuman serta tudunglah bekas-bekas makanan sambil menyebut nama Allah agar ianya tidak dinodai oleh syaitan. Demikian juga padamkanlah lampu-lampu (pelita-pelita) kamu".

Eloklah rasanya kita ingatkan anak-anak kita supaya berhenti bermain pada waktu tu kerana ketika menjelaskan hadis ini, Ibn Hajar Al-’Asqalani mengatakan, “Ibn Al-Jauziy mengatakan bahawa kekhuatiran terhadap anak-anak saat itu kerana najis-najis yang sangat disukai oleh syaitan biasanya masih melekat pada diri mereka, dan zikir yang mencegah gangguan syaitan tidak dimiliki oleh anak-anak itu.

Menurut Ibn Al-Jauziy lagi "Sebenarnya waktu tersebut (senjakala) merupakan waktu yang paling utama dan sesuai untuk makhluk-makhluk syaitan ini bergerak serta menjalankan apa-apa aktiviti berbanding dengan waktu siang. Kerana, suasana yang gelap lebih menguatkan lagi kuasa kensyaitanan mereka dari suasana cerah.".

Tentang sabda baginda Nabi s.a.w., supaya memadamkan lampu-lampu ketika hendak tidor, maka yang dimaksudkan adalah lampu-lampu minyak tanah, agar tidak tumpah dan membakar rumah saat penghuninya sedang tidur. Bimbang dilanggar oleh binatang tertentu (mungkin dari perbuatan syaitan), sehingga yang menimbulkan kebakaran.

Sebab-sebab disuruh memadamkan pelita ketika hendak tidor ada satu hadis dari Ibnu Abbas yang berbunyi, Maksudnya "Suatu ketika, tiba-tiba seekor tikus telah datang lalu merempuh pelita sehingga ianya terbalik di hadapan Nabi S.A.W., kemudian apinya menyambar tikar yang sedang diduduki oleh Baginda S.A.W. Tikar tersebut telah terbakar sedikit iaitu seluas sekeping duit dirham. Nabi S.A.W kemudian bersabda(maksudnya) “Apabila kalian hendak tidur, maka padamkanlah api pelita kamu kerana syaitan-syaitan akan mengambil peluang melalui binatang tikus beserta api ini lalu membakar kamu”{Riwayat Abu Daud dan disahkan oleh al-Hakim dan Ibnu Hibban].



Pandangan saya:

Bila menjelang maghrib kita dan anak-anak dah ada di rumah dapatlah kita dan anak-anak persiapkan diri untuk menunai sholat maghrib dengan selesa dan tenang sama ada di masjid atau di rumah tanpa perlu memikirkan anak-anak yang belum bersihkan diri atau ayam itik yang belum masuk reban dan lembu kerbau yang belum masuk kandang.

Tentang menutup bekas minuman dan makanan pula selain dari dinodai syaitan yang kita tidak nampak, secara logiknya makanan atau minuman yang tak bertutup tu akan terdedah kepada segala bentuk kekotoran yang dibawa oleh binatang dan boleh dihinggapi kuman tanpa kita ketahuinya.

Kita andaikan pelita di zaman Nabi S,.A.W. kepada lampu elekrik di zaman kita ni. Dengan memadamkan lampu yang tidak perlu di malam hari bila nak tidor, boleh jimatkan bil elektrik.

Tikus ni pula banyak bahanannya. Sekarang ni kita dikejutkan dengan pelbagai penyakit yang dibawa oleh tikus sehingga menyebabkan kematian seperti penyakit- penyakit Melioidosis dan Leptospirosis serta lain-lain lagi.

26 ulasan:

Kakzakie berkata...

Assalamu'alaikum kak,

1. Budak yg hilang tempohari pun dikatakan bermain waktu hampir maghrib. Mujur org yg ambil bukan syaitan.

2. Kalau sekarang dapat jimat bill api kalau buka lampu yg voltnya rendah masa tidur.

3. Tikus memang binatang kotor yg perlu dihindari.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Kakzakie,

Agaknya tu yang masa kita kecik2 dulu selalu kak ani dengar budak2 hilang kena sorok dihantu. Jumpa2 budak tu atas pokoklah dan lain-lain tempat. Hantu tu syaitanlah yer.

Jadikan senjakala ini sebagai batasan anak-anak di luar rumah, baik kecik atau besar. Banyak perkara buruk boleh berlaku apabila hari dah gelap.

kakcik berkata...

Assalamu'alaikum KK...

ibubapa dulu2, memang sangat menitikberatkan agar anak2 berada di rumah sebelum menjelang Maghrib. Sekarang ni, Maghrib pun ada anak2 yang masih terkial2 hendak sampai ke rumah dari sekolah...

Miecyber berkata...

Yang tersirat sudah tersurat....

Teksi berkuasa elektrik di Jepun

kakpah berkata...

mak kita kata masa magrib tu setan siau lantau..

maiyah berkata...

assalam..

skrg kita plak nasihat kat anak2 kan.. trm ksh berkongsi ;)

Insan Marhaen berkata...

betul tu. waktu maghrib adalah limit anak-anak perlu berada di rumah. kalau mereka masih berkeliaran di waktu itu nescaya perkara negatif akan menyusul.

terutama anak remaja..

Pn Kartini berkata...

Assalamualaikum kak:)

Semoga kak Ani dianugerahkan kesihatan yg baik dan dilindungiNya selalu:)

Tksh utk peringatan ..
Ingat dulu zaman budak2..memang kenalah denda bila terlewat sikit balik umah!!:):)

Werdah berkata...

Assalamu'alaikum Ani

Semoga sentiasa diberikan kekuatan dan kesihatan yang baik.

Peringatan yang baik buat kita semua.

Mutiara Bernilai berkata...

assalamualaikum sis ani.

betul, ada sebabnya kenapa org2 tua suke berpesan begitu. Pasti ada hujjahnya dalam hadith atau quran :_)

tp, sekarang, manusia lg berbahaya dr hantu..

Ati Masrif berkata...

assalamualaikum kak,

tenang sikit hati yg tengah moody
ni baca tazkirah di blog akak ini

terima kasih atas info yang amat berguna ini

lagi 1..tutup lampu tu utk
elakkan litar pintas juga kan :)

Admin P@P berkata...

Assalamualaikum Kunang-kunang.
Agaknya orang dulu-dulu mempunyai gaya dan bahasa tertentu yang diterjemah dari hadis dalam memberi keyakinan kepada anak-anak agar mudah patuh dan dengar cakap orang tua.

Semoga kita dapat beramal dengan hadis tersebut, dan dipelihara Allah swt.

TQ

sahromnasrudin berkata...

assalamualaikum..

trime kasih atas peringatan ini...

memang benar itu..waktu senja adalah waktu yang sangat pantang untuk anak-anak bermain di luar..kesannya cukup besar kan

nur berkata...

Salam Kak Ani,
Pesanan yang baik buat kita semua..trima kasih

Kalau petang2 hari eloknya sume balik rumah sebab time tu haiwan ternakan pun tau balik rumah. Kami dulu tergelak bila ustaz selitkan citer pasal anak2 muda yang masih duk berambat main motor time2 Maghrib tu, sampaikan lembu2 dan kerbau2 yang ramai2 dalam perjalanan balik pun ngeleng2 kepala tengok gelagat anak2 muda...he he

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Kakcik,

Memang betul sekarang ni anak-anak yang bersekolah sesi petang, lambat tiba di rumah. Keadaan dah berubah.

Kunang-Kunang berkata...

Mie, dulu mak ayah kita melarang tanpa memberi kita sebab yang konkrit cuma berdasarkan pengalaman yang didapati dari larangan mak ayah mereka juga.

Kunang-Kunang berkata...

Kak Pah,

Dulu saya pun kalau orang cakap macam tu kita ingat saja-saja mak takutkan kita kan. Rupa betul.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Maiyah,

Yang baik tu kita turunkan pula pada anak-anak kita, cuma bezanya anak-anak kita sekarang kita kena beri alasan dan sebab yang boleh diterima akal mereka.

Kunang-Kunang berkata...

IM,

Bila hari dah malam banyak berkara buruk boleh berlaku.

Allah pun berkali-kali menyebut dalam al quran yang mengatakan bahawa DIA jadikan siang untuk mencari rezeki dan malam waktu untuk berehat.

Malam makhluk lain pula nak memulakan kehidupan.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Sis Tinie,

Alhamdulillah selagi boleh bergerak tu akak kira syukurlah walaupun bergerakan agak terbatas.

Semoga Sis Tinie sekeluarga pun sihat sentiasa.

Nasihat orang tua yang baik kita nasihatkan pula pada generasi kita.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Kak Werdah,

Terima kasih atas doa kak Werdah, saya harap akan juga berada dalam kesihatan yang baik.

InsyaAllah, sedaya mungkin mana yang baik kita ikut.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Mutiara,

Yerlah, itu juga sebahagian yang membimbangkan kita bila menjelangnya malam.

Banyak aktiviti2 tak sihat senang berlaku bila malam, lebih-lebih lagi yang dilakukan oleh manusia sendiri.

Kunang-Kunang berkata...

Waalakumussalam Ati,

Alhamdulillahm, tenangkanlah fikiran, kadang-kadang fikiran yang kelam kabaut tu juga berpunca dari hasuta 'dia' ni terutama di waktu-waktu senja.

Andai diwaktu2 senja hati rasa kelam kelabu, zikir2 banyak dalam hati, ingatlah itu semua hasutan darinya.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam P&P,

Mungkin juga cara melarang mereka dengan cara begitu. Mungkin zaman akak dulu, anak-anak tak banyak soal jawab macam anak-anak sekarang.

Mak kata, jangan duduk atas bantal nanti naik bisul, kita pun beria-beria takut duduk atas bantal. Cuba buat macam tu pada budak2 sekarang, digelaknya aja.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Sahrom,

Terutama baby, kalau boleh senja2 tu janganlah duduk kat luar. Walaupun ada yang kata mengarut, tapi lebih mana yang elok tu kita ikut.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Nur,

Setuju dengan ustaz Nur tu, ayam itik, sebelum maghrib dah terkedek2 masuk reban, tinggal kita tutup ajer pintunya.

Haiwan dengar kata dari manusia, he he, manusia banyak akalnya.