Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Khamis, 14 April 2011

Pening, SOS Please

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ






Sejak semalam saya pening memikirkan kemana perginya senarai gambar followers di blog saya ni. Dari semalam saya perhati Bahagian Followers tu kosong. Sepatutnya di bawah tajuk terima kasih tu akan dipaparkan followers blog saya, sekarang dah hilang kenapa yer.

Minta tolong sangat rakan-rakan yang tahu bantu saya. Dah tanya budak2 di rumah ni semua kata tak tahu sebab mereka tak pernah 'main' blog, semua 'main' facebook saja.

Saya dah semak di bahagian ni:



Masih ada tercatat senarai follower saya.

Semalam ketika saya dapati senarai followers saya hilang dari blog, saya ke bahagian di atas, tiba-tiba keluar warning 'malware'. Saya dah sekat blog yang tercatat dalam warning tu dari masuk ke blog saya, jadi warning tu dah hilang. Sedihnya Bahagian senarai followers saya masih ghaib.

Saya juga dah ke blog orchidrohani.blogspot.com, saya dapati senarai followernya juga hilang.

Jadi adakah salah komputer saya. Saya dah cuba komputer yang lain dan juga laptop anak-anak saya, semua sama.

Rakan-rakan yang tahu, Please help me!!!

21 ulasan:

Miecyber berkata...

Kak Nim, saya cuba fikirkan juga macam mana nak bantu Kak Nim..


Fakta Menarik Tahun 2011

mohdandmeriam berkata...

salam nim..hehe..kak yam rasa sangat nak tolong tapi tak dapat ..buta IT le..apa khabar ..tentu sihat..semoga nim dan keluarga diberkati oleh Allahswt.

Insan Marhaen berkata...

sabar. lihat dulu 2-3 hari ni. jangan buat apa-apa.

lagu IM juga dah seminggu tak berbunyi. IM tengah sabar le nih!

Ros Illiyyuun berkata...

Assalamualaikum Kak Ani :)

Dulu blog saya pernah kena penyakit yang sama. Saya biarkan je. Lepas tu dia kembali asal semula.

Ati Masrif berkata...

salam kak,

maaf lah ati tak dpt nk bantu

masih baru jd blogger ni

Werdah berkata...

Assalamu'alaikum Ani

Kakpun tak tahu nak membantu. Di komputer kak nampak je gambar follower blog Ani ni.

Che Mid berkata...

salam kenal.. cobaan!!!

LIPISLADY berkata...

Sallam kak,

Blog saya pun pernag jadi macam tu dulu, saya pun tak tau nak buat apa,
tapi bila sampai 3/4 hari gambar2 tu datang semula. Akak sabar je dulu. Munkin macam kes saya dulu.

Kunang-Kunang berkata...

Terima kasih Mie, banyak dah banyak jadi cikgu IT akak. Terima kasih sudi tunjuk ajar. Nampaknya sekarang dah nampak followers tu.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Kak Yam,

Terima kasih atas simpati dan support Kak Yam tu. Samalah kita kak yam, ada masalah sikit, memang bengong dibuatnya.

Kunang-Kunang berkata...

IM, Betul cakap IM dan rakan, biarkan saja, sekarang nampaknya dah ada balik. Terima kasih.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Ros,

Terima kasih. Akak belajar sesuatu yang baru ni.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Ati,

Dari perkara-perkara macam nilah kita belajar sesuatu yang baru. Rakan-rakan blogger begitu membantu.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Kak Werdah,

Saya baru petang ni onkan pc. Alhamdulillah dah kembali normal. Terima kasih pada rakan-rakan semua kerana memberi tunjuk ajar.

Maklumkan saya ni tak pandai sangat IT ni.

Kunang-Kunang berkata...

Terima kasih Che Mid. Terima kasih sudi singgah dan sudi jadi rakan blogger saya.

Betul cubaan dalam berblog.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam LipisLady,

Panik jugak saya sebab tak ada pengalaman dalam perkara macam ni. Terima kasihlah sudi berkongsi masalah yang pernah dihadapi.

Senang hati dah nampak kembali 'Followers' tu.

Miecyber berkata...

Alhamdullilahh....

Fakta Menarik Tahun 2011

Aynora Nur berkata...

Datang singgah dari Anastasyea.Com & follow sekali.

Tentang follower yang hilang tu, don worry. Kdg Google tgh buat configuration...

Sekarang dh ada, kan?

al-lavendari berkata...

masalah dah selesai, dah ada balik. dia tak hilang, tapi main nyorok2.

soalan awak kat entri saya ttg bank rakyat telah pun saya jawab. silalah ke sana utk lihat jawapannya.

Kunang-Kunang berkata...

Salam Nur,

Alhamdulillah, dah ada semula follower tu.

Itulah orang kurang ilmu dalam IT, macam nilah. menggelabah.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam al-lavendari,

Terima kasih, saya akan ke blog tuan.