Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Sabtu, 23 April 2011

Musafir

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ



Abdullah Ibnu Umar r.a. berkata bahawa beliau pernah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda, maksudnya: Jadikanlah dirimu di dunia ini seperti anak dagang atau seperti unta yang tersesat"

Ibnu Umar selanjutnya berkata:

"Kiranya kau berada di waktu petang, jangan kau menunggu ketibaan waktu pagi dan kiranya kau berada di waktu pagi, jangan pula kau menunggu tibanya waktu perang. Pergunakanlah kesempatan sihat mu untuk sakit mu dan kehidupan mu untuk kematian mu" [Riwayat Al-Bukhari}

Dalam hadis ini, Rasulullah s.a.w. telah menerangkan kepada kita bahawa sesungguhnya seseorang muslim yang menyusuri hidup di dunia ini sebenarnya seorang dagang (asing) dari tanah airnya yang sebenar. Tanah airnya yang sebenar ialah syurga iaitu suatu tempat yang mana ayahnya (Adam) telah dikeluarkan dari situ. Oleh itu tidak dapat tidak masing-masing perlukan berusaha kembali untuk pulang ke desa asalnya.

Dalam hidup ini sebaiknya jangan terlalu berangan tinggi sebab dibimbangi ia akan menimbulkan sifat tamak dan dibimbangi juga dalam mengejar angan-angan amalan ke arah kebaikan tertangguh.

25 ulasan:

Abd Razak berkata...

Assalamualaikum Kak Ani...

Moga kakak sihat hendaknya..

Ya kak! Perjalanan kita di muka bumi ini amat singkat dan itulah hanya masa untuk kita beribadah sebanyak mungkin untuk meraih redha Allah SWT

Miecyber berkata...

Peringatan untuk diri saya juga..


Projek Pintar MAS

MulutPayau berkata...

Assalamualaikum kak....
Saya memang suka berangan....tapi angan2 tinggal angan2 jer...
Semakin tinggi angan2 kita...semakin jauh kita meninggalkan alam nyata...

Sesungguhnya hidup ini hnya smntara..Bila2 masa kita akan dipnggil kembali kepadaNya..
Terima kasih atas prkongsian ilmu ini..

iBu...gUru berkata...

assalamualaikum kak ani..... kak ani sihat? tq kak ani kongsai info ini. selalu berdoa moga dijauhi sifat tamak dan haloba

Insan Marhaen berkata...

adakah kita akam berjaya kembali ke tempasal kita?

anitaare berkata...

assalammualaikum kak,

sifat tamak dan haloba dan meninggalkan suruhanNYA adalah ciri-ciri orang yang terkena istidraj..mintak dijauhkan

a.z.r.i.n.a.03.07 berkata...

InsyaAllah bersederhana saje..

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Abd Razak,

Kadang-kadang bila merancang sesuatu kita terlupa sama ada esok kita masih ada didunia ini atau tidak, jadi sebaiknya bersederhana dalam mengejar kehidupan melainkan mencari bekalan untuk kembali ke kampong kita bila tiba masanya nanti.

Kunang-Kunang berkata...

Terma kasih mie

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam MP.

Antara angan dan cita=cita. Sukar untuk kita bezakan. Tak ada cita-cita tak boleh juga seolah-olah kita tidak ada matlamat, cumanya jangan sambil angan2 atau cita-cita itu sehingga kita terabai untuk menyediakan bekalan untuk kembali nanti.

Semoga MP dan keluarga bahagia dan sihat selalu.

Kunang-Kunang berkata...

Waalakumussalam IbuGuru,

Semoga Ibuguru sihat sentiasa.

Alhamdulillah selain penyakit yang memang dah sedia ada di badan ni, yang lain tu okey.

Kita bimbang dalam mengejar cita-cita kita tercicir menyediakan bekalan untuk kembali nanti.

Kunang-Kunang berkata...

IM,

InsyaAllah sama-samalah kita berdoa dan berusaha ke arah itu. Mudah2an kita akan kembali ke kampong halaman kita nanti.

Kunang-Kunang berkata...

Rasanya tidak salah mencari rezeki selagi kita tidak meninggalkan yang disuruhNYA. Dan rezeki yang kita prolehi itu kita gunakan ke jalan yang boleh membawa kita ke kampong halaman kita nanti dengan bahagianya.

Kunang-Kunang berkata...

Itulah sebaiknya Reen. Besederhana dalam mencari kehidupan di dunia ini tapi kita cuba yang terbaik sebagai bekalan kita ke sana manti. InsyaAllah.

shameel Iskandar berkata...

Assalamualaikum.

kita hanyalah musafir di alam yang fana. Dalam perjalanan menuju abadi kita sering disapa oleh mehnah dan tribulasi. ada berbentuk kesenangan dan ada yang berbentuk kesusahan. aneka ujian inilah yg perlu kita gagahi dgn cermat dan hati-hati.

Che Mid berkata...

Salam kak, ada ustaz kata orang yang paling sukar ditegur ialah orang yang tidak tahu dia tidak betul..moga kita tidak tergolong dalam orang2 yang sebegitu..

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Shameel,

Setiap ujian yang diberikan Seseorang oleh Allah pasti akan digantikanya dengan sesuatu yang lebih baik, cuma kita sedar atau sahaja.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Che Mid,

yer mana tak susahkan, kalau kita tahu yang ada benda yang kita tak tahu, kita boleh tanya orang, kita boleh belajar. Kalau kita tak tau yang banyak benda kita tak tau, tak berkembanglah pengetahuan dan ilmu yang ada pada kita. Silap2 kita yang rugi.

Kakzakie berkata...

Assalamu'alaikum Kak Ani,

Akibat godaan syaitan yg tak akan henti selagi belum kiamat kealpaan membuat manusia memburu dunawi tanpa sedikit menghitung bekalan yg akan dibawa kelak dan lupa dunia yg dikejar ini sementara saja.

Dunia kian uzur sebenarnya. Sama-sama kita berjuang mencari yg terbaik ye kak....

Cikguzam berkata...

salam kunang-kunang,
salam singgah dan ziarah sambil mencari ilmu............... Thankss di atas perkongsian.

Cikli berkata...

kita perlu sentiasa bersedia.

Kunang-Kunang berkata...

Waalakumussalam kakzakie,

Betul tu, syetan sentiasa menggoda anak adam supaya kita lalau. Kenalah kita beringat selalu supaya kita tidak menjadi hamba yang rugi kelak.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam CikguZam,

Terima kasih sudi singgah.

Kunang-Kunang berkata...

Cikli.

Itulah yang sebaiknya.

aby berkata...

salam k hanim.
musafir yg berdagang utk mencarik keuntungan supaya dapat menampong keselesaan kehidupan dialam lain ..