Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Khamis, 7 April 2011

Ketandusan Hampir 24 jam



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


Ketika nak berwudhuk untuk sholat maghrib pada hari Selasa kelmarin, air yang keluar dari paip sangat kecil dan perlahan. Bermula dari saat itu rasanya sebahagian pendudukan Shah Alam kekeringan air. Puncanya tidak diketahui. Tidak ada pengumuman dari SYABAS.

Mula tu ingatkan air kena potong. Tapi rasanya tak ada bil air yang tertunggak. Suruh anak periksa meter air, mana tau kot budak-budak main-main tutupkan ibu paip. Maklumlah meter dan ibu paip tu berada di luar pagar rumah.

Kata anak saya,"okey jer". Oh sahlah tak ada air. Eh kenapa tak ada air. Nak tanya jiran sebelah menyebelah, masing-masing semua berada dalam rumah. Mesti ada berlaku paip pecah atau apa-apa di mana-mana area di Shah Alam ni. Sebab tu SYABAS tak sempat bagi warning.

Sehingga semalam hari Rabu, kami masih menunggu air dengan sabarnya walaupun mulut merungut juga "bila nak ada air". Nasib baik ketika nak sholat subuh paginya tu air di tangki masih ada. Walaupun airnya kecil dan perlahan, dapatlah juga kami berwudhuk. Tapi rupanya itulah titis-titis terakhir air di dalam tangki. Lepas tu semua paip mogok, tak ada air.

Akibat ketiadaan air yang mengejut, 3 orang dirumah ni terpaksa ambik cuti kecemasan. Cucu saya Kaisah yang berusia hampir 2 tahun tak dapat dihantar ke TASKA sebab dalam pukul 7.00 pagi pihak TASKAnya telefon beritahu TASKA ditutup secara kecemasan kerana tak ada air.

Bila TASKA ditutup, emak Kaisah menantu saya, terpaksa ambil cuti kecemasan sebab nak jaga Kaisah. Maaflah bukannya neneknya ni tak nak jaga. Apa nak buat. nak bawa badan sendiri pun kurang berupaya. Abah Kaisah pula iaitu anak saya, ambil cuti kecemasan juga sebab konon nak tunggu air ada nak mandi dulu baru nak ke pejabat. Memandangkan air tak ada menjelang tengahari, cuti kecemasan jugalah dia.

Menjelang tengahari kami terpaksa mencari sumber air untuk sholat zohor pula. Akhirnya kami berpecah, anak saya sekeluarga ke rumah adiknya di Sri Muda dan saya ke UIA jumpa Salam (kerana ada hal), lepas tu cari air di Masjid untuk sholat.

Menjelang asar dah sedia nak ke masjid lagi, tiba-tiba terdengar air naik perlahan-lahan ke tangki, bila buka saja paip, keluarlah air sehalus lidi. Alhamdulillah dapatlah juga berwudhuk untuk sholat asar.

Menjelang maghrib air masih kecil dan perlahan. Sehingga tengahmalam air masih perlahan. Sekarang, Alhamdulillah air dah pulih semula.

Pagi tadi ketika saya ke beberapa gerai jual kuih yang berdekatan dengan rumah, semua tutup, sebab-sebab yang diberi, tak ada air.

Baru sehari semalam air tak ada, dah rasa peritnya. Bayangkan mereka yang selalu dan kerap tak ada air, kesiannya. Apa lagi yang duduk dipangsapuri dan flat-flat, buatnya pula lift tak ada, aduss, cubaan yang agak berat dan menduga kesabaharan.

17 ulasan:

Mutiara Bernilai berkata...

salam alaik wahai kunang-kunang,

^___^

itu yg terbaik, ada org mendapt 'sabar' dalam ujian..

dan.

ada juga org mendapat 'hikmah' dlm ujian..

hikmah membawa kita ke pintu2 keinsafan, melihat kesusahan org lain di sebalik kisah duka kita..

moga berguguran dosa dek kerana hadiah ujian :)

Ati Masrif berkata...

assalamualaikum kak,

memang susah kalau tak ada airni

biar tak ada letrik
dari tak ada air

Kakzakie berkata...

Assalamualaikum Kak,

Tak ada api ok lagi kan kak. Tapi bila tak ada air, lagilah kalau ada anak kecik, sungguh perit. Mereka buang air tak boleh kawal.

Rumah kakak kena sentiasa simpan air dalam plastik drum 200ltr. Sekarang JB tengah upgrade sana-sini bila-bila masa je notis air tak ada.

LIPISLADY berkata...

Sallam Kak KK,
Cerita pasal air ni,
saya ni memang sedih sungguh,
rumah saya sejak mula masuk dulu memang air paipnya besar kelingking aja, nak solat kena tadah dalam baldi dulu. Nak cuci pinggan pun susah.

Tapi Alhamdulillah ada baiknya, setiap bulan bil air hanya RM 2 aja setelah tolak dibiaya oleh kerajaan Pahang sebanyak RM3. Kalau rumah lama dulu bil air mesti atas RM 25.

LIPISLADY berkata...

Kak,
Kuih SEMANG kat bawah tu saya cukup minat, lama dah tak makan kuih tu, mana nak dapat agaknya. Kalau dapat resipinya sekali lagi bagus.Hehehe..

Miecyber berkata...

Syabas yang tak syabas....

Terima Award.Makasih sobat

zue berkata...

baru 3 hari lepas syarikat air johor(SAJ) betulkan 'main'paip air kat umah sy..klu tak air kat sinki halus je mcm lidi..hehehe.

Cikgu Den berkata...

salam.
mengalami kes yang sama. air dicatu pada waktu2 tertentu dan kerap kali berlaku.

sahromnasrudin berkata...

assalamualaikum..

uma mak saya di klang alhamdulillah..memang berlebih lg air..kesian penduduk shah alam..semoga cepat ia dibetulkan

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Mutiara,

Sakit demam, susah senang orang lain boleh kita jadikan iktibar dalam menilai diri kita.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Ati,

Semua pekerjaan kita termasuk makan minum memerlukan air kan Atie.

Tulah peritnya kalau tak ada air.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Kakzakie.

Nasib baik ketika air tak ada tu, masih ada tersimpan air dalam sebuah baldi besar, walaupun air ini sepatutnya tidak boleh digunakan untuk bersuci kerana baldi takungannya tidak bertutup, tapi memandangkan cucu kak ani yang kecik tu banyak urusannya, bagi mensucikan dia kami guna juga air dalam baldi ni.

Semoga Allah ampun kami dalam keadaan kecemasan macam ni,

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam LipisLady,

He he Alhamdulillah di sampai kesusahan atau kepahitan. Itulah adilnya Allah pada kita kan.

Semoga masaalah air ditempat LipisLady selesai juga satu hari nanti.

Kunang-Kunang berkata...

He he Mie, apa nak buat, kisah Kerajaan Selangor dengan SYABAS pun belum selesai.

Kunang-Kunang berkata...

Memang susah yer zue bila tak ada air ni. Orang nak buat kenduri kendara payahlah macam ni kan.

Kunang-Kunang berkata...

Cikgu Den, pada pengalaman akaklah kan, kalau air dicatu selalunya bil air kita lagi tinggi. Sebabnya, bila ada air kita tadah air sebanyak mungkin bimbang air tak cukup untuk keperluan.

Sedangkan jika air sentiasa ada, kita guna air bila perlu saja.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalan Sahrom,

Sebenarnya Alhamdulillah, kawasan rumah kak ani ni jarang tak ada air, jadi sabar jerlah bila sesekali air tak ada.

Tapi dah adat kita manusia, suka merungutkan