Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Isnin, 18 April 2011

Lebatnya Hujan

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ



Sehingga ketika menaip N3 ni hujan sekejap lebat sekejap renyai. Hujan turun dengan lebatnya sejak dinihari tadi. Siap kilat petirnya.

Jam 5.00 pagi tadi, Inah mengadu sakit perut. Dia ni tak boleh silap makan. Gastriknya mesti datang. Gavesconnya sentiasa 'standby' di rumah dan di bawah kemana dia pergi. Nampaknya tak pergi praktikallah hari ni. Kejap lagi nak bawa dia ke doktor. Masa praktikal ni kena beri MC pada hospital tempat dia buat praktikal, kalau tidak, susahlah.


Bila hujan-hujan macam ni, teringat ubi kayu yang panas berasap. Ubi yang masih panas tu di makan dengan kelapa kukur yang dicampur gula dan sedikit garam. Saya pernah juga makan ubi kayu rebus dimakan dengan sambal bilis tumbuk. Bilisnya tidak dimasak, cuma dicampurkan dengan cili yang ditumbuk. Sedap juga.



Ataupun keledek rebus dilawan dengan dengan kopi panas pekat. Wuuh terangkat.










Tapi ini hanyalah hayalan. Di Shah Alam ni nak beli ubi kayu atau keledek kena tunggu pasar tani kalau nak yang cantik, kalau nak yang kurang sikit di pasar atau di pasar raya. Ada juga satu dua restoran yang jual ubi rebus dicicah dengan kelapa kukur sebagai sarapan pagi.

Hai manalah badan nak turun, asyik ingat makan jer.

35 ulasan:

Werdah berkata...

Assalamu'alaikum Ani

Teringatkan seni kata lagu Allahyarham Sudirman Haj Arshad.. hujan yang turun membasahi bumi...

Hujan membawa rahmat, ada dalamnya keberkatan, ada mineral yang boleh menyuburkan tanaman.. kalau dialirkan ke tanah gersang bumi itu kembali subur.

Di sinipun hujan lebat sebelum subuh tadi dan berhenti sekitar 7 pagi.. alhamdulillah..

Miecyber berkata...

Pergh...saya pun dah lama tak makan ubi kayu rebus..

Masa kecik selalu juga makan ubi kayu rebus colek gula Heheheehhh Nyummyy..

Ikan Patin Temerloh

sahromnasrudin berkata...

assalamualaikum kak..

kalau dr shah alam, trun cikit area meru senang dah dpt ubi kayu..lalu hiway setia alam dah dekat dah tue :-)

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Kak Werdah,

Hujan yang diturun memberi rahmat kepada kita sekurang-kurang ada yang tolong siramkan tanaman kita - percuma. Tapi jarang kita perasan.

Pagi ni rupa ada berita sedih, Bilal di Masjid kami meninggal. Dikebumikan pagi tadi. Alfatihah untuk arwah bilal berkenaan.

Kunang-Kunang berkata...

Mie, orang muda bolehlah makan ubi kayu colek gula, kalau orang macam kak hanim ni, bahaya. Boleh bertambah produktion gula di kilang gula milik sendiri dalam badan kak hanim ni. He he

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Sahrom,

Akak ada sekali dua ke Meru kerana kenduri kawan anak kawan-kawan.

Pernah makan kentuky di Lebuhraya Setia Alam. Shahrom tinggal di Setia Alam ker.

Dinaz berkata...

Assalamualaikum..

mengigat dinaz pd org2 pantai timur...selalunya begitulah ye bila musim hujan..mkn ubi-ubian...

jiran dinaz pn kalau hujan jer cari ubi kayu nak rebus ..org Kelate ..dah biasa agaknya.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Dinaz,

Betullah tu, akak pun orang pantai timor. Tapi mungkin orang pantai timor yang suka ubi-ubian ni orang yang baya2 kak ani.

Anak-anak kak ani sendiri sorang pun tak mengikut. Mereka bukan anak zaman ubi-ubian. Mereka anak zaman McD dan yang sewaktu dengannya.

iza berkata...

Assalam..
Bestnya kalau hujan. Kat Perlis ni, panas sgt2 siang dan malam. kipas angin mcm tak berfungsi je...

Ati Masrif berkata...

assalamualaikum kak,

kita teringatkan

sambil sardin cicah dg roti..

lapaq noo...

^__________^

a.z.r.i.n.a.03.07 berkata...

Salam Kak Ani,


Hari ni jugak saya pergi carik !
Pasar tani di BTP hari ni.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Zai,

Di sini boleh dikata tiap-tiap hari hujn, tak hujan pagi, hujan petang, macam nak banjir.

Bila hujan petang, kesian orang yang balik kerja, jem teruk. Silap2 banjir kilat.

Kesian orang Perlis yer, hari tu banjir tiba2, lepas banjir panas pulak. Sabarlah banyak2.

Kunang-Kunang berkata...

Waalakumussalam Atie,

Ooh tak pernah makan cicah dengan sardin. Pendek kata lawan dengan apa pun sedapkan.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Reen,

Tulah, kalau beli dari Pasar Tani dapat yang fresh. Harga tak taulah berbeza atau tidak.

anitaare berkata...

Assalammualaikum kak,

Hujan2 ni mmg mcm-mcm nak mkn..dulu kalu kat umah mak selalu dia goreng je ubi kayu tu cicah sambal belacan..sedap jugak

anitaare berkata...

Assalammualaikum kak,

Hujan2 ni mmg mcm-mcm nak mkn..dulu kalu kat umah mak selalu dia goreng je ubi kayu tu cicah sambal belacan..sedap jugak

mohdandmeriam berkata...

Aslmlkm nim..tenguk gambar ubi kayu tu teringat nak makan..sekarang ni dikampung makcik pun susah nak beli ubi kayu tapi kalau keledek banyak..

mohdandmeriam berkata...

Aslmlkm nim..tenguk gambar ubi kayu tu teringat nak makan..sekarang ni dikampung makcik pun susah nak beli ubi kayu tapi kalau keledek banyak..

Admin P@P berkata...

Assalamualaikum.
Sekarang selalu hujan. Tak menentu musimnya. Alhamdulillah tiada banjir.

Terliu melihat hidangan ubi. Lama juga tak merasanya. Kena cari kalau ke pasar minggu nanti.

TQ

nur berkata...

As-Salam kak Ani..
Uishh.. bestnya kalu dapat ubi kayu rebus cicah nyior time ujan tu ya kak Ani.. paberet kami tuh..
Nak cari ubi kayu kat sini, time weekend je lah.. hari2 biasa takde nampak orang jual..

Kamsiah berkata...

salam
kat kedah pun musim hujan jugak..
best kan pekena yg panas2 time hujan2...ubi kayu,keledek...grg pisang..eh pisang rebus pun sodap...cicah dgn kelapa yg digaul gula..

shameel Iskandar berkata...

Assalamualaikum.

Teringat kenangan zaman kanak2 ketika musim tengkujuh di kg kat kelantan. Ubi kayu dan keledek, baik direbus mahupun dibakar dimakan dgn berseleranya.

MulutPayau berkata...

Assalamualaikum kak...
Emmmm...sedapnya ubi kayu rebus time hujan2 ni......Makan beramai2...Nak kena cari ni...

ummu berkata...

salam kak ani
hujan2 memamng sedap makan ibu kayu, cicah sambal tumbuk ikan bilis,sedapnya...
p/s: suka dgn header blog akak sekarang ni.kemas dan cute

Mutiara Bernilai berkata...

salam,,

wah, ubi kayu rebus + kelapa parut +kopi pekat + hari hujan lebat,

wah, nikmat!

Kunang-Kunang berkata...

Assalamualaikum Nita,

Akak pulak pernah makan buah sukun goreng dicicah dengan kicap yang dah ditenyehkan cili dan gula, sedap.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Kak Yam,

Semoga kak yam sihat.

Zaman saya sekolah2 dulu di dungun, musim hujan ni kami akan ke kampong yang jauh dipendalaman untuk beli ubi kayu dengan harga yang murah sebab mereka terpaksa jual takut ubi rosak.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam P&P,

Kak ani kalau ke Cameron Hihgland, mesti akak beli 'keledek' dari sanan. Keledek tu dikukus saja, tak paya rebus, manis.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Nur,

Sayang budak2 sekarang tak suka makin ubi-ubian ni. Kadang2 tu teringin nak makan pengat ubi kayu, bila masak sendiri dengan abang jerlah yang makan.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Kam,

Dulu masa arwah mak kak ani masih ada, kalau dalam pantang, petang di rebus pisang 'abu' atau dibakar untuk kak ani makan. Bestnya, sayang tak boleh makan banyak.

Sekarang pun kalau dapat pisang nangka atau 'abu', akak masih rebus, sedapnya lain dari gorengkan.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Shameel,

Saya pun masih ingat, zaman dulu2 bila musim hujan, orang yang menanam ubi terpaksa jual ubi dengan harga murah, apa lagi kita pun dgn jumlah yang agak banyak.

Supaya ubi tu tahan tak masuk angin, kami tanam dalam pasir bawah pokok depan rumah. Silap2, bila hujan lebat, penanda ubi hanyut, kenalah gali keliling pokok, cari ubi.

Kunang-Kunang berkata...

Hu hu, MP teringin yer. Bestkan.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Ummu,

Terima kasih tentang header blog tu. Orang senja macam kak ani ni tak banyak idea nak buat macam2.

Ubi kayu ni boleh di buat macam2 kuih kan.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Mutiara,

Rezeki yang Allah sediakan semuanya nikmat kan. Tinggal pandai-pandailah kita menggunakannya.

Kejora berkata...

salam kunang-kunang..

teringat zaman kanak2 hidup susah dahulu..sedihh klw di ingat2 kan..
selalu makan ubi rebus dgn sambil belacan...muak makan ubi..
makan lak pucuk ubi rebus cicah dgn sambil belacan..
sekarang ape nk semua dpt...alhamdulilah syukur rezeki kurniaanMU ya Allah..

(mengidam nak makan tapai ubi makk..)