Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Rabu, 20 April 2011

Kirim Salam Pada Dia

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ



Malam tadi semasa dalam kelas Bahasa Arab, ada seorang kawan sekelas bertanya soalan tentang "Assalamualaikum" pada Ustaz. Ustaz bahasa arab kami ni graduan Universiti Al Azhar dan ada "Master dalam Fiqh". Tanya kawan saya "Ustaz bolehkah kita tulis salam melalui sms dengan perkataaan 'salam' atau pun A'kum."

Ustaz saya jawab. "Boleh", sebab itu cuma tulisan sedangkan masa pengirimnya menaip perkataan tu memang dia bermaksud Assalamualaikum. Tapi seelok2nya tulislah penuh".

Ustaz sentuh tentang 'kirim salam'. Rasanya kebanyakan dari kita bila nak berkirim salam pada seseorang melalui orang lain, kita akan kata "kirim salam pada ........".

Menurut Ustaz saya, sebenarnya itu bukan cara yang betul. Jika kita berkirim salam cara begitu dan kebetulan orang yang kita berkirim salam itu tidak menjawab "Waalaikumussalam" apabila salam tu disampaikan padanya. dia tidak berdosa, begitu juga bagi orang yang sepatutnya menyampaikan salam kita tu terlupa untuk menyampaikan salam kita, dia juga tidak berdosa kerana cara kita berkirim salam tu bukan cara yang betul.

Cara yang betul ialah:

Kita kata pada kawan yang kita minta tolong sampaikan salam kita pada seseorang tu dengan kata

"Saya berkirim salam kepada .......... dengan lafaz "Assalamualaikum".

Orang yang kita minta menyampaikan salam kita tu kepada kawan kita akan melafazkan seperti berikut apabila dia bertemu dengan orang yang kita kirim salam tu

contoh "Mah, Kak ani kirim salam pada kau dengan lafaz "Assalamualaikum".

Dan orang yang menerima salam itu menjawab "Waalaikumussalam ..........".

Lagi panjang salam yang kita jawab lagi banyak pahalanya. Tambah Ustaz saya lagi,

huruf ال dalam kalimah السلام itu adalah pengganti kalimah اللهِ. Kalimah السلام tu sendiri adalah salah satu nama Allah.

Itulah serba sedikit yang dapat kongsi.

Lepas tu, kawan sebelah saya pula berbisik pada saya. Katanya dia ada hadir satu kelas agama. Dalam kelas agama tu Ustaz menyentuh tentang cara kita mandi. Kata Ustaz tu:



"Sekarang ni dah ramai orang islam yang mandi tanpa memakai 'kain basahan' dalam bilik mandi. Mandi 'macam tu' saja. Sedangkan mungkin semasa dulu-dulu kita diajar mandi jangan mandi 'macam tu' jer. Jadi katanya marilah kita kembali mandi dengan memakai 'kain basahan'. Sebenarnya malaikat nampak kita. Malaikat pun malu tengok kita mandi 'macam tu'. Jadi kalau pun kita tak ada rasa malu pada malaikat kerana kita tak nampak malaikat dan kita tahu malaikat tak ada nafsu, kita cubalah malu pada batang paip dalam bilik mandi tu, sebab kita nampak batang paip".

Macam mana!!!!!!, saling mengingatkan termasuk untuk diri sendiri.

27 ulasan:

kakcik berkata...

Kenalah kita kembali kepada kata2 'betulkan yang biasa dan betulkan yang biasa'. Terima kasih kerana berkongsi ilmu. :)

Aynora Nur berkata...

Kunang-kunang, entri kali ni best la. Lagi2 perenggan yang akhir tu, batang paip pun nampak kita. Heh! Malu!

Thanks kerana tulis benda ni, kita selalu tak perasan. Nak senang je.

Insan Marhaen berkata...

teringat kelmarin, IM dan kawan-kawan bincang pasal kencing berdiri...

dibolehkan?

Werdah berkata...

Assalamu'alaikum Ani

Kadang-kadang kita nak cepat kita terus cakap kirim salam ya pada si dia.. tanpa lafaz tu sebab dah biasa, mudah2an kita dapat amalkannya.

Tentang dalam bilik air tu kak ada baca bahawa malaikat tak ikut masuk dalam tandas. yang ikut masuk ialah syaitan atau jin.

Dalam buku penciptaan ruh, jin dan malaikat karangan Amiruddin Faatih ada menyatakan sabda Rasulullah saw : "Sesungguhnya ada makhluk yang menyertai kamu semua dan tidak memisahkan diri daripadamu melainkan di waktu kamu semua berada di tempat buang air besar atau kecil), juga ketika kamu bersetubuh. Maka dari itu bersikap malulah kepada mereka itu dan muliakanlah mereka. Makhluk yang dimaksudkan ialah malaikat".

Adakah jika dalam bilik air yang tak ada tandas mereka ikut masuk?

Sekarang ni susah nak ada bilik air yang terpisah dengan tandas, kecuali kalau kita sendiri yang buat layout rumah kita.

Bukan pertikaikan fasal kain basahan tu (yang itu memang benar), ini fasal malaikat, adakah mereka masuk ke ke bilik air? Jika dalam hadis di atas macam tak je.. Ustaz Karimanpun pernah sebut malaikat tak masuk ke tandas.

zue berkata...

assalamualaikum kak ani,
terima kasih krn kongsi ilmu.

mak mertua klu dtg umah zue..tak pernah lupa bawak kain basahannya.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Kakcik,

Cuba mengikut cara yang betul walaupun tak biasa.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Nora,

Kita ubah sedaya boleh mana yang termampu. Yang baik kita ikut.

Kunang-Kunang berkata...

Tentang kencing berdiri ni, banyak di bincang orangkan.

Kita ikutlah cara yang nama selalu buat walaupun ada hadith yang mengatakan Nabi s.a.w. pernah kencing berdiri ditempat pembuangan sampah.

Tapi ada lagi hunjjah2 lain yang tidak mengggalakkannya terutama dari sudut kebersihan pakaian dan tubuhbadan kita dari percikan air kencing. Kecing duduk adalah sunat.

Wallahuwa'lam.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Kak Werdah,

Semoga akak sihat.

Memang betul kebanyakan bilik air di rumah yang dibina oleh pemaju tandasnya di dalam Bilik Air. Jadi tak tau sama ada apa yang ustaz tu kata tentang malaikat tu berkaitan atau tidak.

Apa pun mana yang baik kita ikutlah.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam zue,

Brkongsi mana yang tahu sikit sebanyak. Mana yang kita rasa boleh ikut, kita ikutlah.

Miecyber berkata...

Ilmu baru kepada saya.Makasih Kak Nim...

Top 10 negara sihat

Kunang-Kunang berkata...

Sama-sama mie

shameel Iskandar berkata...

Terima kasih atas perkongsian. bahasa arab adalah bahsa Al-Quran jadi menjadi tanggunjawab setiap umat islam utk mempelajarinya. jika tidak samapi mahir setidak-tidaknya tahulah apa itu fi'il( madhi, mudhari' amr), fa'il, maf'ulbih, sifat2 huruf spt huruf Jarr dll.

aby berkata...

salam k hanim,
wak nak lanjutkan sikit psl salam ni,
dalam satu riwayat,
say abu bakar kata say ali ni sombong sbb klu abu bakar ni terjumpa ali, ali tk pernah bagi salam, mesti abu bakar yg bagi salam dulu.
bila abu bakar tanya ali ngapa dia bersifat begitu,
jwb ali, yg abu bakar, sesungguhnya aku memuliakan mu, sbb tu aku tk bagi salam dulu, sbb yg memberi salam lebih mulia dari yg menjawab salam ...
gitu la kira2 nya ..

sbb tu wak klu jwb fon,
jarang bagi salam dulu,
nak muliakan org yg call memberi salam dulu ..

bab yg last tu ...
crite dalam tandas P n C ..
he..he..

khai berkata...

Salam kak Ani..thks share ilmu. kak Ani sihat2 aje kan. Sori lama khai x bziarah. but khai x penah melupakan shbt2 blogger yg dikasihi.

Kakzakie berkata...

Assalamu'alaikum Kak Ani,

Kakak suka kalau ada tazkirah macam ini. Tempohari kuliah maghrib tempat kakak pun kupas isu ini.

Baca komen kak werdah pun kakak suka juga....

Kunang-Kunang berkata...

Sama-sama Shameel. Gembira jika ianya berguna pada kawan-kawan semua.

Memang betul, Bahasa Arab bahasa sorga, kalau terdaya belajarlah untuk membantu kita lebih memahami al quran.

Kunang-Kunang berkata...

Wak, macam ni lain kali kalau wak atau kak ani telefon, akak tunggu wak bagi salam dulu, he he.

Terima kasih wak menambah isi tentang beri salam ni.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Khai,

Alhamdulillah akak sihat semoga Khai sekeluarga pun begitu juga yer.

Alhamdulillah jika N3 ni dapat memberi sedikit sebanyak guna kepada kawan-kawan semua.

Terima kasih atas ingatan.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Kakzakie,

Akak ni tak berapa pandai nak menyampaikan secara detail sesuatu yang akak dengar.

Akak pun gembiran dengan coretan2 dari Kak Werdah. Sangat baik dan berguna untuk pengetahuan dan amalan kita semua.

sahromnasrudin berkata...

assalamualaikum kak..

trime kasih kerana saling mengingatkan..saya pun kadang2 terlepas yg pasal salam tue hehehhee..pas nie, kne lebih berhati2 kan

Che Mid berkata...

Salam, dah tahu pasal salam tu dan tengah cuba praktikkan. Tapi pasal ejaan salam tukan, memanglah yang beri salam tu maksudkan assalaalaikum tapi kalau yang membacanya mengikut ejaan tu camna pulak..

mohdandmeriam berkata...

Assamualaikum Nim..satu perkongsian ilmu yg sangat baik..tambah2 perenggan akhir tu selalu orang abaikan..tqvm..

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Sahrom,

Tentang salam tu memanglah dah dari kita kecik memang tu cara kita tengok orang2 yang lebih dewasa dari kita berkirim salam.

Alhamdulillah sekurang2nya sekarang kita dah tahu cara sebenarnya.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Che Mid,

Cara terbaik rasanya eloklah kita taip salam yang penuh. Tapi rasanya orang yang menerima sms kita tu pun faham maksud kita.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Kak Yam.

Semoga Allah berikan Kak Yam dan abang mad kesihatan yang baik.

Benda-benda macam tu susah nak ubah kerana dah jadi kebiasaan.

zein berkata...

assalamu'alaikum
menarik baca artikel nih.
saya nak share satu bagaimana kita nak jawab kirim salamnya orang lain menurut grammar arabic, in my blog www.maktabahzein.blogspot.com
afwan wa shukron