Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Isnin, 4 April 2011

Kilauan Yang Mengundang

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ




Pagi tadi ketika membelek akhbar Kosmos saya terpandang tajuk berita "Tangan, jari nenek terseliuh selepas diragut". Kejadiannya berlaku di Dungun. Memandangkan Dungun tempat lahir saya, saya tertarik untuk membaca. Isi ceritanya lebih kurang begini

"Kisah mengenai seorang nenek yang kena ragut ketika turun dari bas jam 10.30 malam. Nenek ni baru balik dari Rantau Panjang. Sementara menunggu cucunya datang menjemput, tiba-tiba sebuah motosikal yang mengekornya dari belakang telah meragut beg tangannya dan menolak dia hingga jatuh."

Sebenarnya di pekan kecil ni, kita takkan heran kalau melihat wanita-wanitanya terutama yang dalam pertengahan usia dan yang sudah berumur memakai barang-barang kemas dari emas yang besar-besar dan banyak. Kadang-kadang terfikir juga dalam hati, beraninya mereka ni memakai perhiasan emas yang banyak. Memandangkan saya tidak pernah mendengar kes ragut berlaku di sini, saya rasa itulah sebabnya mereka berani berhias begitu walaupun kejadian pecah rumah sering juga berlaku.

Seminggu atau sehari dua sebelum dan selepas hari raya, kita akan nampak kedai-emas ni penuh dengan orang melayu terutama wanita berebut-rebut membeli barang-barang kemas. Masa ni tukang-tukang mas ni pun takkan pandang kalau kita nak 'pateri' barang-barang kemas yang rosak.

Saya pernah bertanya kawan saya, mana dia orang dapat duit beli barang barang kemas untuk hari raya dan waima selepas raya pun masih mampu beli barang kemas. Sedangkan pada pandangan zahirnya mereka ni tak nampak macam orang senang.

Kata kawan saya, ketika nak raya anak-anak atau suami-suami yang bekerja di Singapura atau lain-lain tempat akan balik dan memberi ibubapa atau isteri mereka wang. Jadi memandangkan memakai barang kemas dianggap lambang status seseorang apa lagi ketika hari raya, maka berpusu-pusulah mereka ke kedai emas walaupun mungkin selepas raya barang-barang emas tu disimpan di Pajak Gadai.

Jadi nampaknya Dungun bukan lagi tempat selamat untuk memakai barang-barang kemas yang berkilauan seperti dulu. Sama-samalah kita berwaspada.

10 ulasan:

Ros Illiyyuun berkata...

Assalamualaikum :)

Boleh pakai tapi kena berpada-pada sama ada dari sudut gaya atau tempat.

Erm, saya langsung tiada emas walau 'secuet'pun :)

Miecyber berkata...

Mamcam macam berlaku sekarang......



Sudah banjir di timpa saman

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Ros,

Sebenarnya dah menjadi budaya kita macam tu. Mereka prefer beli mas dari menyimpan duit di bank. Masing2 cara.

Kunang-Kunang berkata...

Betul Mie sekarang ni dah tak selamat lagi di mana-mana pun macam dulu.

kakpah berkata...

rasanya sekarang orang dah kurang ke kedai emas sebab emas dah mahal sangat..

Kakzakie berkata...

Kakak rasa kalau hendak membeli emas sebagai saham amat baik kerana harganya tidak pernah turun. Kalau susut pun seminggu kemudian akan berganda naiknya.

Tapi kalau pakai barang emas ini rasanya tak praktikal lagi sekarang. Banyak mengundang risiko kena ragut waima di bandar kecil.

Kunang-Kunang berkata...

Betul tu Kak Pah,

Sekarang saya dengar emas dah RM140 lebih segram.

Sekarang ni ramai orang simpan dinar emas. Saya tak ada. Kawan2 ada juga ajak beli. Dia orang kata untung sebab bila jual, potongan nilai susut rendah dari menjual emas yang dah dijadikan barang kemas.

Kunang-Kunang berkata...

Yerlah kakzakie. Kita boleh beli dinar untuk untuk simpanan, bila naik harganya boleh dijual.

Pakai barang kemas sikit2 dah lah sebagai 'pemanis saja'

Kamsiah berkata...

salam
seikhlasnya...saya tak mempunyai koleksi brg kemas hehe...langsung tak pakai kat badan ni..
pertama-kalau pakai cincin...saa rimas...nak amik wuduk,kena tanggalkan..nak makan..tanggalkan..nak mandi..tanggalkan..baik saya tak pakai langsung...
begitu jugak gelang...nak bersabun ketika mandi..nak berlosen lps mandi...payah...
telinga..dah umur 40 th..tak pernah 'tebuk' utk pakai subang...tak pernah sekali pun beli/pakai subang hehe...

sesetengah org pakai...mcm nak menunjuk2 pulak..terutama masa majlis kenduri atau hari raya..pakat jadi mami jarum hehe

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumusalam Kam,

Saya adalah juga pakai sikit-sikit. Cincin tu kalau nak berjalan jer, pakai cincin kawin, balik rumah terus simpan. Bila rasa perlu baru pakai balik.

Rasanya sekarang ni orang dah tak kisah sama ada kita pakai emas atau tidak ketika kenduri kendara. Cuma orang lama2 mungkin masih memakainya sebab dah terbiasa. Tak dipakai mungkin rasa tak sedap.