Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Selasa, 5 April 2011

Kesian Kena Saman


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Saya baru balik dari PPUM kerana membuat fisioterapi ke atas lutut saya yang semakin kerap sakitnya.

Rujukan untuk dibuat fisioterapi ni adalah hasil dari keputusan MRI yang saya buat hari tu. Alhamdulillah semuanya okey kecuali lutut. Rupanya kesakitan di kaki kiri saya yang menyebab saya tidak dapat berdiri dan berjalan tu berpunca dari lutut juga. Cumanya sakit dah berubah rasa. Jadi Doktor di PPUM refer saya ke Bahagian Pemulihan untuk membuat fisioterapi.

Di Bahagian Fisioterapi, lutut saya diletakkan 'ais' untuk menghilangkan bengkak. Lepas tu saya diajar membuat beberapa eksesais untuk menguatkan otot-otot di kaki dan peha. Eksesais ni saya kena buat di rumah. Saya tak perlu rawatan susulan untuk masa depan melainkan kalau sakit lagi.

Dalam perjalanan balik saya melalui Jalan Bukit iaitu jalan yang berhadapan dengan kawasan PPUM. Masa saya lalu di situ saya nampak kereta-kereta yang diparking disitu mendapat 'love letter' dari MBPJ. Pada hemat saya pemandu yang parking kereta di sini adalah orang yang ada urusan di PPUM. Parking di PPUM terhad.

Saya rasa memandangkan orang yang parking kereta di sini merupakan sama ada pemandu tu sendiri yang sakit atau dia membawa orang sakit. Rasa-rasanya atas dasar peri kemanusian dan memandang kereta-kereta itu pun tidak menghalang lalulintas, apa salahnya longgarkan sikit undang-undang lalulintas ke atas mereka kerana meletakkan disitu.

Lagi pun saya tak fikir orang yang parking di situ kerana tak nak bayar parking. Ini memandangkan tempat itu agak jauh dari tempat rawatan di PPUM. Maksudnya kalau ada tempat dekat mesti mereka tak nak parking kereta di situ. Lagipun bukan tak tau tabiat orang Malaysia ni kalau boleh semua nak 'drive through'. Jadi mereka parking di sini kerana tak ada pilihan bukan sengaja atau kerana nak buat eksesais dengan berjalan kaki. Mesti frust, lepas jumpa doktor dan ambik ubat, bagi yang bukan kakitangan Kerajaan kenalah pulak bayar ubat dan rawatan, tiba di kereta kena saman pulak. Ibarat kata 'sudah jatuh ditimpa tangga.

22 ulasan:

Abd Razak berkata...

Assalamualaikum kak ani...

Moga kakak sihat hendaknya..

Macamana rasanya sekarang ni dah ok ker lutut tu..

zue berkata...

biasalah kak nak cari parking mesti yg dekat2 dgn tmpt yg dituju...trmasuklah sy hehehe.

semoga lutut akak cepat sembuh.

Kakzakie berkata...

Inilah masalah yg sering terjadi kat negara kita kan kak. Hari itu kami sekeluarga ke Expo pc di Persada Johor. Manusia bagaikan lautan. Parking tak de, ramai yg kena macam tu juga. Habis nak buat macam mana?

Nasib hubby parking di restoran selesa sebelah sebab kami bersarapan di situ. Kalau tak kami pun terima nasib sama.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Abd Razak,

Semoga Abd Razak sihat hendaknya.

Alhamdulillah, ada juga perubahannya, sekarang ni kalau boleh ditahan kak ani nak tahan tak mau ambik pain killer sangat. Maklumlahkan.

Semoga usaha terbaru ni berhasil.

Kunang-Kunang berkata...

Rasanya semua orang nak parking yang dekat kan. Itulah akak kata, orang-orang yang parking di tempat yang akak cerita ni kebanyakannya semua nak ke PPUM.

Di PPUM parking terhad sangat, jadi mereka parking di sini walaupun agak jauh, jadi elolah sangat kalau pihak berkuasa bagilah can. Maklum orang sakit. Kesian.

Kunang-Kunang berkata...

Kakzakie, kerana parking jauh nilah menyebabkan akak tak pernah ke MAHA. Walaupun hati teringin sangat nak kesana bila mendengar cerita orang ada macam-macam di sana.

Kalau ke Pusat2 Membelibelah pula kadang2 masalah parking pun teruk di Shah Alam ni. Silap2 parking tulah kena saman pula sama ada oleh polis atau MSBA.

Kalau nak ke bank kena berdua, seorang tunggu dalam kereta, sorang ke bank. Susah cari tempat parking.

Kereta ditempat kita dah terlalu banyak sebab sekarang kereta ni satu keperluan bukan lagi kemewahan.

Miecyber berkata...

Kesian mereka....

" Say No " Loji Nuklear Di Malaysia

shameel Iskandar berkata...

Salam ziarah Kak Ani. moga-moga lutut kak Ani akan sembuh spt sedia kala.

Kadang2 saya terfikir juga tentang ketegasan dlm saman menyaman ni. Saya pernah kena saman kerana memotong double line ketika kat jalan raya tmur barat (di gerik tym nak balik kelantan). Padahal, kalau saya tak memotong besar kemungkinan cermin depan kereta saya tu boleh pecah sebab batu-batu dari lori yang membaca batu tu bertaburan dan ia pula dipandu terlalu perlahan. Tanpa menghiraukan alasan yg diberi, terus jer dibagi surat saman. Heran jugak nape lori bawa batu yg memudaratkan pengguna jalan raya yg lain tak dieknakan saman.

Cikgu Den berkata...

salam.
PPUM mesti mengambil langkah-langkah yang membantu mereka2 yang berurusan dengannya contohnya memperbanyakkan tempat parking. Ini memudahkan orang ramai.

a kl citizen berkata...

Harap2 akak makin sihat dan rajin2 eksesais kat rumah... Kalau buat entri eksesais tu mcmana bagus jugak

Ayie berkata...

nak marah pun tak boleh, mereka jalankan tugas.. cuma terkilan sikit sebab mereka tanak consider keadaan orang lain.. sepatutnya ada budi bicara kan..???

Pn Kartini berkata...

Assalamaualaikum my lovely Sis..Kak Ani:)

malam2 sempat lagi ziarah akak nii:):)

moga lutut akak ada kurang sakitnya..!!!take care sis..

Insan Marhaen berkata...

baru ni IM bayar saman rm600..hu..hu..

Kunang-Kunang berkata...

Betul Mie, Kesian

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Shameel,

Memang dalam menegakkan undang-undang rasanya kadang-kadang budibicara perlu juga diambilkira dengan melihat keadaan dan sebab penyebabnya.

Tapi yerlah dah kita salah apa nak buat.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Cikgu Den,

Sebenarnya PPUM telah membuat sebuah bangunan 5 atau 6 tingkat untuk parking dengan bayaran. Tapi tempat parking ni sentiasa penuh, kalau kebetulan kita tiba lambat, terpaksalah menunggu kalau ada orang keluar.

Dan hospital ni selalunya orang akan lama di sana. Dulu PPUM ni ada menyediakan tempat parking jauh dari bangunan utama, dan pesakit atau orang yang mengiringinya akan diangkut dengan kenderaan PPUM untuk di bawah ke bangunan utama. Rasanya mungkin cara ni kurang praktikal, jadi kemungkinan servis ni dah tak ada. Tak pasti.

Sebenarnya semua hospital menghadapi masaalah parking. Ramainya orang sakit.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Cikgu Normah,

He he sejak semalam dah mula melakukan eksesaisnya. Tengoklah kalau ia berhasil mungkin akak boleh pastekan rajah eksesaisnya untuk kegunaan kawan2 yang perlu.

Kunang-Kunang berkata...

Ayie, Terima kasih sudi berkunjung di blog saya ni dan sudi jadi rakan blogger saya.

Betul tu Ayie, mereka menjalankan tugas tak boleh nak salahkan mereka, cuma kalau tidak merbahayakan sesiapa kita cuma minta belas ehsan dan budi bicara.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Sis Tinie,

Terima kasih singgah malam2 ni. Tulah sekarang ni sedang eksesais ni, harap2 Allah perkenankannya.

Akak doa semoga Sis tinie sekeluarga sihat sentiasa.

Kunang-Kunang berkata...

IM, RM600 banyak tu. Sabar jerlahkan.

nur berkata...

As-Salam kak Ani,
Harap lutut kak Ani makin OK ya. Istiqamah eksesais ya kak Ani, InsyaAllah makin elok nnt. Sorang kawan saya yang ada masalah lutut amalkan solat tahajjud.. tujuan 2 dalam 1.. untuk kesihatan jasmani dan ruhani InsyaAllah. Katanya alhamdulillah sakit lututnya makin hari makin berkurang..

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Nur,

Semoga nor Nur dan keluarga semuanya sihat.

InsyaAllah, akak akan cuba istiqamah dalam menjalankan eksesais tu walaupun mula2 ni agak sakit.

Akak juga ada melaku sholat tahajjud dan hajat, yerlah hanya DIA yang maha berkuasakan.