Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Isnin, 11 April 2011

Kelabunya Kabus Di Frasers' Hill

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Semalam selepas sarapan pagi, tergerak hati rasa nak berjalan-jalan. Dah jemu rasanya berminggu-minggu semenjak Sakinah buat praktikal ni kami tak kemana-kemana kerana praktikalnya Isnin hingga Sabtu.

Semalam hari terakhir salam di UIA untuk semester I ni. Jadi selepas menjemput dia di asramanya, kami terus menuju ke Frasers' Hill. Kebetulan Zulaikha dan 2 anaknya ada dirumah, dia pun ikut sekali.


Semasa meninggalkan rumah cuaca terang benderang. Tiba saja di Kuala Kubu Bharu, cuaca dah mula gelap dan hujan mula rintik-rintik. Akhirnya hujan lebat, cuaca mendung sangat. Kami teruskan juga perjalanan.


Rasa saya ini kawasan takungan air. Pemandanganya sangat cantik. Sayang gambarnya tak berapa jelas kerana cuaca yang terlalu gelap dan hujan. Saya pula cuma ambik gambar ni menggunakan telefon saja.


Kami tiba dikaki Frasers' Hill lebih kurang jam 2.50 petang. Sedang elok kerana mendaki jam 3.00 petang. Banyak kereta dah menunggu untuk mendaki. Jalan yang lagi satu tu merupakan jalan menghala ke Kuala Lipis dan Raub.


Menunggu untuk mendaki ke Frasers' Hill



Jalan ke Kuala Lipis dan Raub


Tiba di atas bukit tu pun hujan masih tak berhenti. Kabus tebal meliputi seluruh kawasan puncak bukit tu. Pemandangan agak terhad ketika memandu. Agak kecewa sebab kesian cucu-cucu saya tak dapat nak bermain di Padang Permainan yang dah siap. Ketika menginap di sini Disember 2009, kawasan ni masih dalam Pembinaan.






Taman Kanak-kanak dalam hujan lebat dan berkabus tebal





Kami singgah makan di 'Food Court' yang juga baru siap diberi nama 'Food Garden'. Kawasannya cantik dan bersih. Makanan pun okey disamping harga yang reasonable. Di situ ada dua tiga kedai yang menjual cenderahati dan pakaian.









Sebagai kenangan



Kami sholat asar di Masjid di situ. Sehingga menjelang pukul 6.00 petang ia itu waktu terakhir untuk turun dari Frasers' Hill hujan masih terus turun. Kami pun turun dari Puncak Bukit tu dengan janji nak datang lagi tapi bermalam di sini.

Dalam perjalanan pulang, apa lagi semua penumpang di dalam kereta kecuali pemandu dan pembantunya, orang lain semua tidor.


Sekuntum Bunga Merah Di Frasers' Hill

32 ulasan:

♥ manje ♥ berkata...

assalamualaikum

besarnya bunga tu... sekali pandang dah macam kincir angin je kan... ~

Miecyber berkata...

Bestnyer makan angin....

Tandas segera

Zuwairi Aiman berkata...

Salam kunjungan.. singgah la ke blog saya ;)

Abd Razak berkata...

Assalamualaikum kak..

Moga kakak sihat hendaknya..

Cantik tempatnya kak! Bolehlah singgah nanti..:)

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Manje,

Sebenarnya bunga tu saiznya sebesar tapak tangan. Cantik sangat.

Kunang-Kunang berkata...

Mie, ni jalan-jalan ajer, bukan makan angin. He he

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Zuwairi,

Terima kasih sudi singgah. InsyaAllah tak ada aral saya singgah di Blog zuwairi.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Abd Razak.

Alhamdulillah. Semoga Abd Razak juga sihat.

Singgahlah kalau ke sini.

Ros Illiyyuun berkata...

Assalamualaikum,

Saya belum ke sana walaupun 14 negeri telah dilawati,harap akan sampai sana jugak satu hari nanti :)

LIPISLADY berkata...

Sallam Kak,

Laa, sekejap aja naiknya,
tak habis jalan laa ye sebab hujan,
lain kali datang lagilah.

aby berkata...

salam k hanim,
tk sempat la gi waterfall kt sana yer ..
cepat sangat.. mesti tk sempat ..

teringat plak anak wak naik kuda kt sana ...

Cikgu Den berkata...

salam.
hari hujan. sejuknya...

Werdah berkata...

Assalamu'alaikum Ani

Semoga sihat hendaknya amiin

Kak pergi ke sana cuma sekali iaitu masa ada anak dua orang, kini dah bercucu belum lagi pergi. Memang cantik.

JunAina berkata...

fraser hill walaupun dekat tapi tak pernah sampai lagi begitu jugak genting highland...mungkinkah saya fobia dengan tempat tinggi? tapi saya pernag bekerja di sebuah bangunan di tingkat 56 mungkin tak cukup tinggi kot...

melihat gambar ni hati digamit perasaan ingin pergi...

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Ros,

Sebenarnya Frasers' Hill ni kalau nak banding dengan Cameron Highland, kalau nak bercuti seronok lagi Cameron Highland tapi kalau nak berehat memang bagus.

Tempat sunyi tak bising macam Cameron Highland.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam LipisLady,

Ini tempat feveret kak ani kalau nak berehat. Selalu ke sini semenjak anak-anak kecil lagi.

Di sini tak banyak aktiviti untuk anak-anak. Tapi saya bawa mereka ke sini untuk main boat dan naik kuda. Selain tu berehat saja.

Saya kesini sebab dulu hasben akak staf telekom, jadi kami selalu ke banglo telekom atau apartment telekom dengan separuh harga berbanding orang lain. Sekarang pun dah pencen masih dapat kemudahan tu.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Aby,

Kali ni memang datang saja untuk jalan-jalan. Mula2 tu ingat nak datang berdua dengan abang man saja tapi ada pulak orang nak kacau daun.

Kawasan ni nostalgia untuk kami kerana dulu masa anak-anak masih kecil kami selalu bawa mereka bercuti di sini.

Mandi air terjun hingga menggigil2, main boat sehingga orang jaga boat bagi naik free (sebab orang tu kesian agaknya, entah berapa kali kami bayar untuk budak2 tu naik boat). he he

Macam Aby kata, tengok dia orang main kuda. Tapi itu semua dah jadi kenangan terutama pada seorang yang dah tiada tu. Akak rasa damai dan hepi sangat bila berada di sini.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Cikgu Den,

Ketika akak ke sana Ahad baru-baru ni, keadaan tak berapa sejuk berbanding masa akak kesana Disember 2009.

Waktu malam kami menggigil kesejukan walaupun ada heater.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Kak Werdah,

Semoga akak sihat yer. Memang seronok bila kenang masa-masa lalu yer kak. Masa anak-anak masih kecil. Missnya saat2 macam tu.

Sekarang tempat ni dah banyak berubah. Selain makan di hotel2 disitu, sekarang dah ada 'food court' yang selesa. Padang permainan kanak-kanak pun cantik. Cuma jalannya saja masih sama, mungkin tak boleh buat apa-apa pembesaran jalan lagi.

Sayangnya air terjunnya dah jauh ke dalam. jalan yang dekat macam dulu sudah ditutup untuk kereta, kita cuma dibenarkan ke sana berjalan kaki, itu yang tak mampu saya lakukan sekarang.

Apa pun ke sana menikmati indahnya ciptaan Allah.

Kunang-Kunang berkata...

Salam Jun,

Frasers'Hill taklah tinggi sangat cuma jalannya berliku2. Kalau orang jenis cepat mabuk, mungkin boleh muntah.

Ke sini kalau untuk berehat memang satu tempat yang sangat sesuai tapi kalau untuk lebih dari itu Cameron Highland lebih baik.

Dulu saya pernah juga sekali dua ke Genting Highland, masa anak-anak masih kecik, disitu banyak permainan untuk kanak-kanak. Budak-budak mesti suka, tinggal bawa duit jerlah.

Sekarang ni dah bertahun-tahun tak pernah ke sana.

kakcik berkata...

Kakcik suka melihat pemandangan yang dirakam itu. Cantiknya. Subhanallah. :)

Be Simple Beb(BSB) - threeQ berkata...

as salam,saya x pernah lagi ke sana. tengok view cantik sungguh...saya follow no.106

Kakzakie berkata...

Assalamualaikum kak Ani,

Kakak rasa sejak kakak menikah hingga kini dah tak lama betul jejak ke sana lagi. Mesti dah cantik. Teringin juga bila tengok gambar yg dipaparkan. Cantiknya....

shameel Iskandar berkata...

salam.
Buat masa sekarang ni, di kawasana rendah pun hujan selalu turun. Apatah lagi kat kawasan tanah tinggi.

Mesti seronakkan jln2 mkn angin di fraser's Hill

Dinaz berkata...

bestnya berjalan2..suka dinaz kalau ada kesempatan ke sana,,sejuk kan!

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Kakcik,

Ciptaan Tuhan. Memang cantik.

Kunang-Kunang berkata...

Bila ada masa jalan-jalanlah ke sana. Terima kasih jadi rakan blogger saya.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Kakzakie,

Memang dan banyak perbezaannya. Tempat ni memang sesuai untuk berehat.

Seronok di sini berbanding Cameron Highland berbeza.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Shameel,

Sekarang cuaca memang tak menentukan. Daj kelam kabut.

Kunang-Kunang berkata...

Ada masa pegilah jalan-jalan ke sana. Tukar-tukar angin. Seronok.

ummu berkata...

assalamualaikum kak hanim
subhanallah'tebalnya kabus di sana
di tempat saya pun tebal kabusnya cuma tak setebal di sana...
rehlah bersama keluarga adalah detik indah kan kak

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Ummu,

Semoga Ummu berada dalam keadaan sihat walafiat.

Kabus di sana tebal mungkin disebabkan hujan. Sebab kalau kita kesana bukan waktu hujan tak adalah kabus macam tu.